Monday, April 27, 2009

dari hati seorang sahabat..

saat ini, waktu hampir menginjak ke pagi hari..hajat di hati ingin bercuti dari terus mengupdate post di ruangan blog yang serba kekurangan ini..terasa terlalu cetek 'ilmu di hati, masih banyak buku yang perlu dibaca, difahami, dihadam dan di'amalkan sebaik mungkin..namun, seakan ada sesuatu yang memanggil-manggil untuk menulis sesuatu yang sedang terbuku di hati..

suatu saat, pernah diri ini mengimpikan seorang sahabat yang benar-benar boleh menjadi sahabat sejati..yang bisa memahami setiap kelebihan dan kekurangan diri ini..sama-sama bangkit atas dasar 'aqidah yang sama..sama-sama punya niat yang tulus untuk saling melengkapi antara satu sama lain..terlalu jauh perjalanan untuk tiba di destinasi yang dituju...dalam musafir pencarian tersebut, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi..setiap masalah yang hadir menjelma perlu diselesaikan..bukannya lari dari masalah..jauh sekali ingin digelar sebagai pengecut..setiap ujian Allah sepanjang musafir mengembara mencari siapakah itu 'sahabat' kucuba hadapi dengan sepenuh keyakinan bahawa saat itu pasti tiba..insyaAllah Allah itu Maha Mendengar..Allah tidak pernah tidur dari mendengarkan permintaan hambaNya..walau sebanyak mana pun dosa hambaNya yang hina dina ini, kasih dan sayangNya pada makhluk tetap kunjung tiba...

dalam musafir pencarian inilah, kukenali mana kawan dan mana lawan..namun, tiada niat di hati ini untuk berlawan dengan lawanku..semoga suatu saat nanti, Allah bukakan pintu hati kalian juga buat diri yang kerdil ini untuk menerima hakikat sebuah kebenaran..berbalik kepada pencarian seorang 'sahabat' tadi, tidak terhitung setiap tetes air mata yang keluar dari kelopak mata ini, dari awal pencarian sehinggalah ke saat yang kukira Allah telah hadirkan insan itu dalam hidupku..air mata kerana kesedihan, kesakitan, kegembiraan, dan semuanya sebati dalam satu adunan yang kukira membuahkan hasil yang baik..kutau, insan-insan itu bisa mengerti siapakah itu 'sahabat'..

adakalanya, diri ini terpaksa akur dengan tafsiran orang disekeliling...siapa sahaja berhak untuk berkata apa sahaja..namun, tak semudah itu untukku mengalah..alhamdulillah, berkat kebergantungan dengan Allah, Dialah yang memberi diri ini kekuatan dan ketabahan untuk terus hidup selagi hidup..ya, setiap apa yang ingin dilakukan kata iman harus didahului daripada kata hati..

betul, hidayah itu milik Allah..hanya Dia yang berhak untuk mengurniakan petunjuk itu kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki..ku sebagai hamba hanya bisa mengangkat tangan memohon doa dariNya..semoga Allah tidak putus-putus memberikan hidayahNya buat kita semua..insyaAllah..buat 'sahabat', kubangga melihat dirimu yang baru..kubangga melihat setiap perubahan pada dirimu..semangatmu yang sentiasa mengiringi azammu untuk berubah menjadi lebih baik, membuatkan diriku turut terkesan..jujur, diriku termotivasi dengan apa yang kaulakukan..walaupun pernah terdetik rasa 'jealous' di hati melihatkan perubahan pada dirimu, kucepat-cepat beristighfar memohon ampunan Allah..semoga perasaan itu hadir untuk diriku turut sama membaiki diri menjadi lebih baik..

alhamdulillah, kini kita sama-sama berada dalam jalan perjuangan..kukirimkan doa buat dirimu juga buat diriku, semoga kita terus thabat dalam jalanNya..akhirnya, inilah takdir Allah..walau pada awalnya, terlalu banyak dugaan menimpa..terlalu berat hati ini nak menghadapi, saat insan yang paling dekat dengan diri ini, cuba untuk menjauhkan diri..timbul salah faham yang langsung tak kusangkakan..kulalui semua itu, walaupun berat terasa, tapi Allah tetap di hati..sebab kuyakin hanya Allah yang mengetahui segalanya..kuharapkan yang terbaik dariNya..syukur tak terhingga atas nikmat halawatul ukhuwwah yang Engkau berikan..semoga ikatan ukhuwwah ini keranaMu ya Allah!!

3 comments:

ever green said...

salam adikku..
menitis air mata ini tatkala baca post adik ni..tak kisah la sape sbnrnye insan yg bnama 'sahabat' itu pd adik, tp diri ini terharu dgn betapa hebatnya anugerah ALLAH itu yg mengurniakan hidayah,tp hati ini tetap gentar dan mengharapkan DIA tak putus2 melimpahkan hidayah tersebut,jgn DIA palingkan hati kita semua,
alhamdulillah, semoga halawatul ukhuwah akn terus dinikmati,dan slps ni halawatul iman pula digenggami

shah_haz said...

insyaAllah along..sama2 kita genggam halawatul iman itu..kita sama2 bangkit demi islam..saling menguatkan selamanya..insyaAllah Allahhummarzurqnaa istiqamah..uhibbuki fillah ya ukhti..insyaAllah abadan abada fiddunia wal akhirah..

Wan Darimi said...

hdp ni ssh kita nak duga,kdg2 kita rse dkt ng seseorg tu,tp sbnrnya jauh.wlopon kita dpt capai dan genggam tgn dia,tp blm tntu hati dia dpt kite selami,mngkin kite leh buat die tertawa tp kita tak tahu pe mkne senyumannya,bile dia nangis,kita xsngka kita dpt memujuknya,walhal khadiran kita lansong x disenanginya.rencah dunia,kita xkan tau sape kwn spa lawan,smpai satu mase kita jatuh,..adkh tgn tu mnghulurkan bntuan atau kita akn di tinggalkan..(hassan al bana)...

khair