BINGKAI KEHIDUPAN
oleh:shoutul harokah
Mengharungi samudra kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allahu ghoyatuna
Ar Rosul qudwatuna
Al Qur'an dusturuna
Al jihadu sabiluna
Al mautu fi sabilillah, asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi..
Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi..dengan limpah kurniaNya, masih lagi diberi kesempatan buat diri ini terus bernafas di bumi Allah ini..berkat kasih dan sayangNya juga membuatkan diri ini terasa amat bertuah kerana dipilih oleh Sang Pencipta Sekalian Makhluk untuk hidup demi Islam..semoga Engkau istiqamahkan aku dalam jalan perjuangan demi menegakkan agamaMu dan meninggikan kalimahMu..
Hampir seminggu tak berkesempatan untuk post sesuatu di blog ini untuk dikongsikan bersama..kebetulan setelah membantu sahabat2 dalam sebuah program di shams terpaksa pula menunaikan suatu kewajipan lain..alhamdulillah semuanya telah berlalu dengan amat baik..semoga hari-hari yang telah kulalui selama ini medapat catatan yang baik untuk rekod buku amalan kehidupanku yang bakal diselongkar habis-habisan di akhirat kelak..insyaAllah..
Ada apa dengan lagu Bingkai Kehidupan?..buat diri ini, lagu ini akan tetap menjadi kenangan terindah dalam sejarah kehidupan..lirik lagu ini memang bisa mengusik hati dan jiwa buat seorang pejuang agama Allah..setiap kali medengarkannya, terasa nak menetes air mata..semoga lagu ini boleh menjadi motivasi buat sahabat seperjuangan dalam mendayung perahu kehidupan..
Bak pesanan seorang sahabat tika diri ini diuji, "Perjalanan ini sungguh memenatkan..apa tidaknya, makin kehujung semakin sukar..tanggungjawab semakin sarat..tetapi apakah ada jalan lain selain meneruskan?jangan mati sebelum mati..sering diperingatkan kalau ada masalah di tengah jalan, teruskan perjalanan..hidup tak boleh dibelenggu jemu dan lesu..hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan..hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik..susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah..sabar dan syukur adalah minyak pada pelita yang meliuk lentuk dipukul badai kehidupan..dalam sekolah kehidupan ada pelajaran yang mesti ditempuhi..jadilah dirimu sendiri..insyaAllah kau akan sentiasa menjadi juara.."
Perasaan takut dan sedih yang selama ini menghantui diri telah berjaya diatasi dengan meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah s.w.t..hanya doa yang mampu dipohon dan selebihnya tawakkaltu 'ala Allah..sabda Nabi s.a.w.: "jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebear-benar tawakal , nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana memberi rezeki kepada burung-burung.mereka pergi di pagi hari dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut kenyang."-hadis riwayat Tirmizi..itulah salah satu tanda kekuasaan Allah serta tanda kasih sayangNya pada makhluk ciptaanNya..la takhof wa la tahzan...innallaha ma'ana..
Man ana? jundullah insyaAllah..
p/s: sedikit pesanan buat kalian..sesiapa sahaja yang ada nak menyampaikan apa-apa komen, pendapat,kritikan, nasihat, pandangan atau apa-apa sahaja untuk penambahbaikkan diri ini bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan coretan kalian ke irah_1990@yahoo.com.. segala ketelusan dan ketulusan pihak kalian amatlah diharapkan..syukran
1 comment:
salam..adik,doakan along gk..semoga diberi kekuatan utk terus di jln ni..doakan kite sme2 thabat..
Post a Comment