Sunday, August 1, 2010

angkara DUIT di bawah sejadah

Diriwayatkan oleh Ikrimah bin Abu Jahal, bahawa pada suatu ketika ada seorang lelaki yang pergi ke sebuah pokok yang disembah oleh penduduk kampungnya.. Lelaki itu marah dengan perbuatan tersebut yang sudah terang-terang mensyirikkan Allah, maka diambilnya sebilah kapak serta naik ke atas sebuah kuda menuju ke arah pokok berkenaan untuk menebangnya..

Tiba di pertengahan jalan, lelaki itu telah dihalang oleh iblis yang menjelma dalam rupa seorang manusia.. Berkatalah iblis kepada lelaki soleh itu, "Engkau hendak pergi ke mana?"

Jawab lelaki soleh, "Aku hendak pergi ke sebuah pokok yang disembah oleh orang ramai sebagai sembahan selain daripada Allah dan aku telah berjanji kepada Allah untuk menebangnya."

Iblis pon memberi amaran kepadanya, "Apa urusanmu dengan pokok itu? Biarkanlah, jangan sesekali kau cuba menebangnya."

Tetapi lelaki soleh itu tetap teguh pada pendiriannya untuk menebang pokok tersebut bagi mengelakkan orang ramai menjadi syirik. Kedu-dua mereka bergelut dan lelaki soleh itu berjaya menghumban tubuh iblis sebanyak tiga kali..

Setelah berasa tidak mampu untuk terus berlawan, iblis terpaksa menyerah kalah.. Dia merayu kepada lelaki soleh itu dengan berkata, "Baliklah kau ke rumahmu sekarang dan aku akan memberimu empat dirham setiap hari."

Lelaki soleh itu bertanya, "Benarkah engkau akan menepati janjimu itu?"

Jawab iblis, "Ya."

Maka pulanglah lelaki itu ke rumahnya. Sampai di rumah, lelaki soleh itu meneliti di bawah sejadahnya. Dia terkejut apabila mendapati di bawah itu ada empat keping dirham .. Begitulah yang berlaku selama tiga hari berturut-turut..

Bagaimanapun, selepas itu lelaki tersebut mendapati tidak ada lagi empat dirham di bawah sejadahnya.. Lantas dia pun mengambil kapak lalu memecut kudanya menuju ke arah pokok berkenaan..

Sekali lagi, berdirilah iblis dalam bentuknya dahulu untuk menghalang perjalanan lelaki itu. Iblis bertanya kepadanya, "Engkau hendak pergi ke mana?"

Jawab lelaki tersebut, "Aku ingin menebang pokok itu."

Mereka bertengkar dan kemudiannya bergelut.. Tetapi kali ini iblis berjaya menghumban tubuh lelaku berkenaan sebanyak tiga kali.. Maka hairanlah lelaki itu dan dia bertanya, "Kenapa kali ini engkau dapat mengalahkan aku, sedangkan sebelum ini aku yang berjaya mengalahkan engkau."

Jawab iblis, "Kerana kedatanganmu pada kali pertama adalah kerana Allah.. Dalam keadaanmu itu, jika semua anak buahku berkumpul dan cuba menghalang, mereka tidak akan dapat mengalahkanmu."

Itulah salah satu bukti kekuatan yang lahir dalam diri seorang hamba-Nya yang kerdil bila mana di hatinya sentiasa ada Allah dan setiap apa yang ingin dilakukan semuanya adalah kerana Allah..tetapi, bila mana apa yang hendak dilakukan bukanlah kerana Allah semta-mata, kekuatan itu terus hilang..kenapa??

hidup yang bermatlamatkan Allah..words that are easy to say..BUT..it needs a great strength to mujahadah with any obstacles and tests from Allah..no wonder, for whatever we said usually we might be tested..apepun setiap ujian dan nikmat yang datang, semua datangnya dari Allah..so, pujuklah diri untuk sentiasa berbaik sangka kepada-NYA..semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.. insyaAllah..barakaLlahu'alaikum..:-)