Tuesday, September 27, 2011

alhamdulillah =)

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas nikmat yang telah Allah kurniakan buat diriku..~16 SEPTEMBER 2011,tarikh aku dinikahkan dengan zauji tercinta, Mohd Shahril Anwar bin Mohd Puzi..alhamdulillah, segalanya dipermudahkan..



Buat suamiku, diriku redha menjadi menjadi isterimu..
semoga dirimu berlapang dada menerima segala kekurangan diriku..
didiklah isterimu ini dengan agama..
bimbingku untuk sama-sama mendapatkan redha-Nya..
diriku dan dirimu punya kelebihan dan kekurangan masing-masing..
semoga bersatunya dua hati ini mampu melengkapkan kedua-duanya..

ya Allah,
jadikanlah perkahwinan kami ini,
perkahwinan yang Engkau berkati dan redhai..

ya Rahman,
hadirkanlah keberkatan dan keredhaan-Mu,
dalam permulaan ini hingga ke akhirnya..

ya Rahiim,
tautkanlah hati kami,
kerana keimanan dan ketaqwaan kepada-Mu,
satukanlah hati kami,
dengan cinta kerana-Mu..

ya Allah,
jadikanlah dia syabab syurga,
wildanku di syurga kelak..
juga jadikanlah aku nisa' syurga,
bidadari suamiku di dunia dan di syurga-Mu..

ya Rahman ya Rahiim,
hadirkan cinta dan kasih sayang antara kami kerana-Mu..
semoga dengan ikatan halal mengikut syari'at-Mu ini,
menambah kekuatan kami untuk ber'ubudiyyah dan taqarrub kepada-Mu..

ya Razzaq,
berikanlah kami keturunan yang baik dari sisi-Mu,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar do'a..

syukran tak terhingga buat kedua ibu bapa kami yang sangat-sangat supportive dan memahami..juga buat family keseluruhannya..kalian sangat membantu dan semoga Allah membalas jasa baik kalian semua dengan sebaik-baik balasan..terima kasih sekali lagi kerana membantu memudahkan perkahwinan kami..we pray may Allah grants u all the best =)..love u all so much!!

tak dilupakan, buat semua sahabat dan sahabiah, thank you for all the wishes and semoga Allah kabulkan do'a daripada kalian semua..semoga Allah memudahkan urusan kamu semua juga ;)

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir."
[ar-Rum 30:21]

Tuesday, June 28, 2011

pengakuan

Bismillahirrahmanirrahiim..

Suatu pengakuan itu boleh berada dalam dua keadaan..sama ada ianya adalah benar atau dusta semata..

Untuk hamba yang mengakui tentang empat hal tapi gagal membuktikannya dengan empat hal maka pengakuan itu bolehlah dianggap dusta..

Apakah empat hal itu? Empat hal yang dimaksudkan adalah:

1. Hamba yang mengaku cinta Syurga, namun tidak taat maka jelaslah dia berbohong.

2. Hamba yang mengaku cinta Nabi SAW, namun tidak menyukai 'ulama' dan fuqara', maka pengakuan itu juga adalah tidak benar.

3. Hamba yang mengaku takut akan Neraka, tetapi dia tidak meninggalkan maksiat, itu tandanya dia berdusta.

4. Hamba yang mengaku cinta kepada Allah SWT padahal dia mengeluh ketika ditimpakan bala kepadanya juga pengakuannya itu adalah bohong.



"Barangsiapa merindukan Syurga, tentu akan cepat dan suka berbuat kebajikan. Barangsiapa takut kepada Neraka, tentu dia akan tahan nafsunya dari segala keinginan. Dan barangsiapa yakin akan mati, maka tidak begitu selera kepada kelazatan."
(diceritakan dari Ali kwj)

Sebagai hamba Allah yang sememangnya lemah, memang mudah untuk membuat sebarang pengakuan.. lidah lembut berkata-kata.. bibir senang melafazkan bicara.. sangat mudah untuk menyatakan takut akan azab Allah..mudah melafazkan kata cinta pada Allah dan rasul-Nya..mengungkapkan rasa rindu akan Syurga Allah..namun hakikatnya hamba-Mu sering lalai dalam membuktikan itu semua..

Seorang hamba memang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..seringkali berbuat dosa..tapi, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Allah sentiasa menunggu taubat dari hamba-Nya kerana itu tanda kasih sayang Khaliq kepada makhluk ciptaan-Nya..

Namun, kadang kala hamba itu selalu alpa..menangguh-nangguhkan taubatnya..semakin hari semakin banyak dosa yang dibawa..jauhkanlah hamba-Mu ya Allah, daripada tergolong dalam kalangan hamba yang tidak sempat bertaubat..izinkanlah hamba-Mu agar kembali kepada-Mu dalam keadaan jiwa yang tenang, bersih dari segala dosa..

Allah itu sangat Pengasih dan sangat Pemurah..

Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka luas buat hamba-Nya yang menghargai peluang itu..namun di saat roh sudah berada di halkum serta bila mana matahari sudah mula terbit dari barat maka tertutuplah pintu taubat..na'uzubillah..

Lazimi diri dengan istighfar..dan usahakan untuk solat sunat taubat setiap hari..
Memang fitrah seorang hamba merasa takut andai taubatnya tidak diterima, namun sebagai hamba yang tidak mempunyai sebarang daya dan kuasa, kepada Allah diserahkan segalanya dan kepada-Nya kita bergantung sepenuh harapan agar taubat tulus itu diterima..

Lumrah dalam menghadapi pertarungan jiwa, hamba Allah akan terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka.

Golongan ini adalah mereka yang tunduk kepada dunia dan kekal dalam keduniaan iaitu orang-orang kafir dan orang-orang yang menuruti cara mereka (orang-orang yang melupakan Allah lantas Allah melupakan mereka).

2. Golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah.

Golongan ini apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.

"Semua anak Adam itu bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (dari kesalahannya)." ~hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah

3. Golongan orang-orang maksum seperti para Rasul dan para Nabi.


Kita hidup di zaman tiada lagi Nabi dan Rasul bersama-sama untuk menjadi contoh teladan dan sumber rujukan buat kita..namun Al-Qur'an dan as-Sunnah, dua sumber utama yang ditinggalkan buat hamba-Nya agar tidak sesat dalam pelayaran dunia, musafir menuju akhirat yang pasti..

Bersyukur dan beruntunglah andai diri hamba-Nya tergolong dalam golongan kedua di atas..cuba untuk meminimumkan dosa, dan andai terlanjur melakukan dosa sama ada besar atau kecil, cepat-cepatlah memohon taubat sewajarnya..sebab kita hanyalah HAMBA..

Allah tidak menzalimi hamba-Nya..tetapi hamba itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri..Hamba-Mu mengakui kekhilafan diri, semoga Allah mengurniakan maghfirah dan rahmat-Nya buat diriku, keluargaku serta semua hamba-Nya..

sumber rujukan: mukhashafah al-qulub (imam al-ghazali), apa ertinya saya menganut islam? (fathi yakan)..semoga rahmat Allah ke atas mereka..ameen

Friday, April 29, 2011

pandai 'si dia' memberi nasihat........


Sepetang bersama mak dan kakak..sekadar menemani dua insan yang disayangi untuk membeli tudung di sebuah kedai kat area KT ni..em, sibuk mak dan kak cik memilih-milih tudung dan saya melayani si comel faris (anak buah)..

Sesak dengan orang yang datang nak membeli bersempena SALE..em, saya tengok je la..i can say almost all the workers pakai seragam yang sama..and menggayakan pakaian tudung yang sama..mak nak belanja tapi tak ada yang berkenan di hati..em cam rugi je menolak tapi buat apa beli if tak jumpa yang berkenan kan..

Pekerja kat situ pon buat tak layan je kat saya, yela saya tak try mana nak layan kan..not a big deal..lagi best main ngan faris..BUT yang paling mengejutkan, when my sis told me, orang yang duk layan dia try-try tudung tu siap boleh bagi suggestion lagi..huh, boleh agak tak dia suggest apa?..

Orang tu cakap, lebih kurang macam ni la ayatnya, "kak ikat rambut angkat tinggi skit.."..anda boleh faham tak maksudnya?..maksudnya, supaya nampakla kononnya macam kita ni ada sanggul..tak sangka betul, dorang mostly pakai macam tu tapi sempat lagi suggest kat customers to do the same thing..

Alhamdulillah, mujurlah my sis pon tahu gakla bab-bab ni..buat apa nak pakai macam tu?nak tunjuk kat siapa kan?..mungkin orang lelaki boleh membayangkan orang yang ada like 'pundak unta' ni berambut panjang..tapi, sekarang tak silap saya memang ada je jual something like 'pundak unta' ni walaupun rambut seseorang tu tak panjang mana pun..if i am wrong, please do correct me..

Dalam buku fiqh wanita pun selalu je cakap berkenaan aurat wanita..dan hadis yang selalu ada dalam buku-buku fiqh wanita ni ada yang betul-betul berkait dengan cara pemakaian wanita Islam sekarang..

Rasulullah saw pernah bersabda :
"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)

Thursday, April 28, 2011

baca dan jiwai..

Hafazan Syabab kurang lancar. Tilawahnya juga ada beberapa kesalahan tajwid. Syeikh Sobir merenungnya. Garang.

"Berapa banyak kamu baca al-Quran sehari?" Suara Syeikh Sobir mendatar.

"Setengah juzuk," ujar Syabab. Syeikh Sobir menggeleng-geleng.

"Al-Quran, mukjizat agung yang masih kekal. Allah menurunkannya pada manusia melalui sebaik-baik makhluk, Muhammad s.a.w. Kenapa tak memperuntukkan masa yang banyak untuknya?" Syeikh Sobir seakan berkhutbah.

Syabab diam, merendahkan diri. Tunduk. Tidak berani menentang anak mata Syeikh Sobir. Dia dapat memahami kata-kata itu.

"Kamu buat apa di sini? Ke mana kamu habiskan masa?" Suara garau Syeikh Sobir seakan sedang membedal tubuhnya. Syabab diam.

"Muslim perlu tersusun dalam waktunya. Umur kita singkat. Jngan habiskan umur dengan perkara sia-sia. Bagitau saya jadual hidup kamu seharian," pinta Syeikh Sobir.

"Pagi, baca al-Quran, lepas tu pergi kuliah," jawab Syabab, lambat. Perlahan. Dia belum sempat menghabiskan kata-katanya.

"Mana tahajud untuk pagi kamu? Mana solat Subuh berjemaah?" celah Syeikh Sobir.

"Err, saya buat tahajud dan solat Subuh berjemaah di Jami' Mansor," jawab Syabab tergagap-gagap.

Jami' Mansor ialah masjid yang paling dekat dengan rumahnya. Di Syria memang terlalu banyak masjid, malah kadangkala berdekatan antara satu sama lain. Syabab selalu ternampak Syeikh Sobir ke Jami' Mansor tetapi tidak pernah berani menegurnya.

"Ya, kena jelaskan tu. Saya nak tahu jadual yang terperinci."

"Err, lepas tu, saya pergi ke Daurah pengajian bahasa. Saya juga pendengar kuliah di universiti-universiti berlainan dari pagi sampai petang. Malam, ikuti pengajian di jami'-jami' dengan masyaikh. Saya akan solat jemaah di masjid berkenaan." Bahasa Syabab lebih lancar daripada sebelumnya.

"Kamu pergi pengajian tu semua, ada tak kamu mendengar mereka berhujah dengan al-Quran?" tanya Syeikh Sobir. Syabab angguk.

"Jadi, al-Quran mukjizat yang perlu diutamakan. Sesibuk manapun kamu, peruntukkanlah masa yang banyak untuk al-Quran. Baca, perelokkan bacaan dengan tajwid, fahami maksud, hafaz, bacaan berlagu dan yang paling penting, amalkan al-Quran." Syeikh Sobir diam seketika. Dia memandang Syabab dalam-dalam. Jauh di dasar hati, dia mendoakan untuk anak muda yang dianggap berpotensi besar itu.

Syabab yang kecut perut kerana rasa dimarahi mula mengangkat pandangan.

"Sekurang-kurangnya, berapa jam sehari perlu saya peruntukan untuk al-Quran?" Lidahnya menutur berani walaupun gagap.

"Paling sikit, dua jam. Setengah juzuk yang kamu baca sehari tu, ulang-ulanglah membacanya. Paling sikit, lima kali. Hafazan, ikut kemampuan. Perelokkan bacaan dulu," tegas Syeikh Sobir, bagaikan sarjan sedang mengeluarkan arahan kepada askarnya. Syabab menelan liur.

"Kalau kamu betul-betul amanah dengan al-Quran, tunaikan kadar minima ini atau lebih. Jangan kurang." Syeikh bersuara lagi.

Syabab memandang Syeikh Sobir dengan mulut terlopong.

"Jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan penipu. Semua orang Allah bagi masa. Beli rakaman. Dengar bacaan ulama' qurro'. Kamu boleh dengar Quran dalam van servis, dalam perjalanan dan di mana sahaja kecuali tempat najis." Kata-kata tegas itu menyebat pintu kesedaran Syabab bertalu-talu. Pedih.

Petikan dari buku, Syabab Musafir Kasih..copy dengan izin Kak Fatimah Syarha..

Ya Allah, ampunkanku andai diri selalu melalaikan al-Quran..sangat tersentuh baca part ni..yes really have to do introspection on me myself, on what what I do for my everyday life..bila fikir-fikir balik, Syabab tu pun boleh terkedu bila Syeikh Sobir soal dia soalan sebegitu.. macam mana nanti bila Allah yang tanya apa yang aku buat masa hidup kat dunia? ya Allah, Engkau memang dekat..terlalu dekat andai diri sentiasa mengingati DIA..Allah yang izinkan kita untuk ingat akan DIA..

YA ALLAH, TOLONGLAH KAMI UNTUK SENTIASA MENGINGATIMU, BERSYUKUR KEPADAMU DAN BER'IBADAH YANG SEBAIKNYA KEPADAMU..

Sunday, April 10, 2011

kita ingin segalanya indah..



Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

andaiku mampu mencontohi dirimu..Khaulah Al-Azwar



Engkaulah serikandi islam
Pahlawan di zaman silam
Pedang Allah menjadi gelaranmu
Terkenal berani serta tangkas

Cintamu pada Rasul terserlah
Mengorbankan diri ketengah musuh
Tangkasmu menjadi persoalan
Siapakah dirimu sebenarnya

Berbekalkan cinta takutkan Tuhan
Segala-galanya sanggup dikorbankan
Agar islam terus dipertahankan
Hebatnya engkau Khaulah Al-Azwar

Demi Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pengasih
Khaulah memacu kudanya ke medan pertempuran
Berbangkitkankan semangat juang seluruh pasukan
Memburu syuhada yang Tuhan janjikan

Perjuangan kebenaran mahal nilainya
Emas bahkan darah pun takkan terbayar
Yang dipandang hati seorang hamba
Yang cinta dan takutkan Tuhan
Khaulah Al-Azwar

Engkaulah serikandi terpilih
Menjadi idola remaja
Peribadimu menjadi contoh ikutan
Agar islam kembali cemerlang terbilang

Thursday, March 24, 2011

lunakkan hatimu duhai diri..

Assalam..

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah untuk terus membetulkan kesilapan diri dalam usaha untuk menjadi hamba dan khalifah Allah di dunia ni..Alhamdulillah, bersyukur ditakdirkan oleh Allah untuk berada di sini..di UIAM..mungkin tak perlu saya nyatakan reason-reasonnya..tapi, tak kisahla berada di mana-mana pun, memang tetap kena jadi hamba yang bersyukur kan?..

Bila berada bersama sahabat-sahabat yang berlainan universiti, bukan saya je yang rasa macam ni, tapi ada gak sahabat-sahabat yang merasakan perkara yang sama..(walaupun kadang-kadang saya pun ada gak selalu kondem@tak puas hati ngan sistem kat UIA..maafkan saya..)..

Hati bercampur-baur..semua rasa ada..tapi, hati memaksa jari ni untuk menari-nari di atas keyboard untuk berkongsi sesuatu..alhamdulillah, terima kasih kat insan-insan di sekeliling yang senantiasa mengingatkan diri yang sangat mudah alpa ni untuk mengingati DIA YANG SATU..

Semalam, seorang sahabat memberi tazkirah mengenai kematian..mungkin bagi orang lain tak terasa sangat..but, cukup terkesan..sebab sahabat yang menyampaikan tu adalah sahabat baik kepada sahabat(dalam entry sebelum ini..)..i'm not willing to repeat it again..nak percaya ke tak, tapi itu adalah hakikat..berbalik kepada tazkirah tadi, setiap yang hidup pasti mati..cukuplah kematian sebagai peringatan buat yang masih hidup..dan mungkin, kematian insan yang dekat dengan kita lagi membuatkan kita lebih terkesan..tapi tak cukup sekadar 'terkesan' tapi tiada tindakan..(untuk diri sendiri)

alhamdulillah, hari ni dapat lagi pengisian buat jiwa yang kosong ni..fikir positif, jiwa yang kosong perlu diisi..kalau tak kosong macam mana nak isi kan?..(ayat nak sedapkan hati..)..i've my 'family management and parenting' lecture today..lecture by Bro. Zam yang saya hormati..thank you so much to him for so many things that he shared with us..(yes, sr. aflah memang bertuah dapat suami cam bro. zam..sir jangan marah kalau terbaca kat cni..)..sir pon ada cakap tentang kematian..hidup ni tak lebih dari senda gurau..kejap kita sedih than happy balik pastu sedih lagi than seterusnya..kejap kita letih tapi lepas rehat ok balik..kita mengantuk, after tidur hilangla mengantuk tu..kita lapar, lepas makan kita kenyang..kita dahaga, lepas minum hilangla haus tu..rutin yang sama, ada selang selinya..silih berganti..itulah namanya kehidupan dunia..

TAPI..kehidupan yang sebenarnya bermula setelah kematian..kenapa?..sebab kehidupan setelah mati itu adalah kehidupan yang kekal abadi..alam barzakh boleh jadi salah satu dari taman syurga dan boleh jadi salah satu dari liang neraka..'amalan kita kat dunia yang akan menentukan keadaan kita kat akhirat..dengar bro.zam cerita tentang titian sirat tadi tiba-tiba rasa sangat sebak..terfikir keadaan diri sendiri waktu nak meniti titian sirat nanti..ya Allah mudahkan kami ke syurga-Mu..

Dalam banyak-banyak benda yang sir share tadi, ada one thing yang i really want to share it with others..i know it, i realize it and i agree with it 100%..thank you again to sir sebab suarakan apa yang saya memang nak semua orang tahu..this thing is basic cuma antara kita sedar or tak tersedar je..

sir ingatkan kami semua, IF YOU LOVE SOMEONE, IT IS NOT ENOUGH WITH ONLY SAYING 'I LOVE U' TO SOMEONE THAT WE LOVE..BUT WE SHOULD DO SOMETHING THAT WILL BRING ALLAH'S PLEASURE AND MUST AVOID ALL THINGS THAT CAN CAUSE THE PERSON THAT WE LOVE TO BE COMMITTED WITH SIN..em, boleh faham tak maksudnya?..ok, saya define lagi detail..

Contohnya, saya cakap kat my mom, "irah sayang mak! irah sayang ayah!"..it does not meant anything if we still contribute sin to them..maksudnya, tak bermakna apa-apa pun kalau saya cakap saya sayang mak ayah saya tapi at the same time saya buat perkara-perkara yang boleh menyebabkan diorang menanggung dosa saya..sir bagi contoh tadi tentang rambut..walau seurat rambut yang sengaja kita tunjuk kat bukan mahram tetap akan diazab oleh Allah..na'uzubillah..inikan pula kalau memang tak pakai tudung langsung..samala anggota tubuh yang lain..yang mana namanya aurat kena tutuplah..(ingatan buat diri sendiri)..so, kalau kita betul-betul sayang diorang kena berusaha sebaik mungkin untuk cover kita punya aurat properly..kalau tak ayah kita gak yang turut sama menanggung dosa..tapi kalau diorang dah tegur, cuma diri kita sendiri je yang 'keras kepala', diorang kira dah lepasla..kita tanggung sorang-sorangla jawabnya..

Disebabkan lecture petang tadi berkait dengan family and parenting, so sir cakap gakla yang SUAMI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS ISTERI sebagaimana AYAH BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS ANAK-ANAKNYA..

Alhamdulillah, saya ada sorang ayah, sorang abang dan sorang adik lelaki..cukup lengkap..kalau saya sayang tiga insan ni, maknanya saya kena berhati-hati dengan setiap perbuatan saya sebab apa yang saya buat berkait rapat dengan diorang..thank you so much atas segala ingatan dan teguran kalian to me..i appreciate it so much..ayah saya dah banyak tanggungjawab, terhadap mak saya, anak-anak perempuan(kakak-kakak dan saya sendiri), mak-mak sedara(adik-beradik ayah), anak-anak saudara perempuan(sepupu perempuan saya), sepupu-sepupu perempuan(mak-mak sepupu saya) dan seterusnya..ya Allah banyaknya..so, sanggup ke saya nak bebankan ayah yang saya cakap "irah sayang ayah" selama ni dengan dosa-dosa dari diri saya sendiri?..of course saya tak sanggup..

kira lelaki ni memang sangat besarla tanggungjawabnya..to my ayah, my abang and my adik tersayang, hope diri ni tak menyumbang dosa kat kalian semua..(ya Allah ampunkan orang-orang yang sangat-sangat disayangi ni andaikata ada dosa yang mereka tanggung disebabkan perbuatan diri ini..)..

To my beloved sisters(kak cik and kak nur), if terbaca entry ni, kalau sayang kat suami masing-masing, so try your very best untuk tak menyumbang dosa kat your hubby yep..(weird je bunyi nak cakap gini tapi ni la yang sir pesan dalam kelas tadi..)

Em, maaf kalau entry ni bercampur aduk..banyak sangat nak share tapi idea here and there..hope the message to be sent is delivered to anyone who read this entry..saya tak mampu nak quote directly apa yang disampaikan kepada saya sebelum ni, saya share berdasarkan apa yang faham daripada orang-orang yang menyampaikan dan dari bacaan diri sendiri..

kesimpulannya, KALAU KITA SAYANG ORANG TU, MAKNANYA KITA NAK MASUK SYURGA BERSAMA-SAMA DENGAN ORANG TU..KALAU NAK MASUK SYURGA KENA DAPATKAN REDHA ALLAH..REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA APA YANG KITA USAHAKAN DI DUNIA NI..SO SAMA-SAMA BERUSAHA UNTUK LAKSANAKAN SURUHAN DAN TINGGALKAN LARANGANNYA..takut nak cakap ni sebenarnya, sebab what we say we will be asked back..lebih teruk azab buat mereka yang tahu tapi tak 'amalkan dan buat mereka yang mengatakan tapi tak laksanakan..

MAHA SUCI ALLAH, LINDUNGILAH HAMBAMU INI DARI SEGALA TIPU DAYA DUNIA, ANUGERAHKANLAH DIRI HAMBAMU INI HIDAYAH YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DALAM PERSEDIAAN SEBELUM MENEMUIMU SUAT SAAT NANTI..PELIHARALAH INSAN-INSAN YANG KUSAYANG KERANAMU INI SEMOGA SENTIASA DALAM JAGAANMU..HAMBAMU INI MENDAMBAKAN RAHMAT, KASIH SAYANG DAN REDHAMU DALAM SETIAP DENYUT NADI INI HINGGA KE SYURGAMU..HIMPUNKANLAH KAMI SEMUA DI DALAM SYURGAMU BERSAMA-SAMA NABI MUHAMMAD S.A.W, PARA SAHABAT, SYUHADA' DAN SOLIHIN..

Thursday, March 10, 2011

dia pergi dulu..



Tertulis kematian pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda
Miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa
Tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya ‘amalan bisa redakan
Bebanan derita diambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Mula kembali untuk menghadap Ilahi
Dari Allah kita datang kepada-Nya kita pasti
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
(INTEAM-detik kematian)

Sesungguhnya kematian itu pasti..cuma cepat atau lambat hanya berada dalam pengetahuan Allah yang sememangnya hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI..

Terkejut baca sms pagi ni, seorang sahabat telah kembali ke rahmatullah..sekali baca nama, macam kenal tapi takkan dia..terus sms seorang lagi sahabat bertanyakan adakah dia yang dimaksudkan..ye, memang dia..teringat masa buka Facebook semalam, aina ada post berita harian online pasal pelajar UTP maut kereta bertembung..tapi, tak terfikir langsung kat sahabat-sahabat yang berada di UTP..sekali baca sms, buka balik Facebook dan klik kat link aina, ye memang dia..

sedih pon ada, memang setakat yang tahu dan kenal, arwah memang baik..dan alhamdulillah, arwah pergi dalam keadaan masih dalam perjuangan Islam..semoga Allah menerima segala perjuangan dan pengorbanan arwah untuk Islam selama ini..yang pergi telah pergi..kita hanya mampu do'akan kesejahteraan, keampunan, rahmat serta redha Allah buat sahabat sahabiah seperjuangan yang telah pergi terlebih dahulu..tapi, kita yang masih diberikan peluang oleh Allah untuk meneruskan hidup, patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membetulkan segala kesilapan, menambah baik 'amalan, dan sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah dan khalifah Allah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya..ya Allah, semoga Engkau istiqamahkan kami dalam perjuangan Islam..moga-moga, pengakhiran hidup kami dengan husnul khatimah dan dalam perjuangan meninggikan kalimah tauhid dan menegakkan syari'at-Mu..AL-FATIHAH buat AL-AKH KHAIRUL HAKIMI BIN ISMAIL..semoga roh arwah bersama-sama para syuhada' dan solihin..insyaAllah..

Saturday, January 22, 2011

insan lemah yang sentiasa memerlukan ALLAH YANG MAHA KUAT...

ya Allah YANG MAHA KUAT, kuatkanlah hambamu ini untuk meneruskan kehidupan dalam menta'ati perintah-Mu, kuatkanlah hambamu ini untuk meninggalkan larangan-Mu..kuatkanlah hambamu ini untuk sentiasa bersabar dalam membuat persiapan untuk menemui-Mu..kuatkanlah hambamu ini untuk melawan segala nafsu jahat yang sentiasa menghasut..kuatkanlah hambamu ini untuk sentiasa bergantung harap kepada-Mu..kuatkanlah hambamu ini untuk menggunakan sebaik mungkin jasad yang ENGKAU pinjamkan sementara ini untuk ber'ibadah, menyembah-Mu..kuatkanlah hambamu ini untuk setiap detik mengingati-Mu dan bersangka baik kepada-Mu..sesungguhnya hanya ALLAH YANG BERHAK ATAS SEGALA SESUATU..kuatkanlah kami ya Allah untuk melakukan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada-Mu dan menjamin redha-Mu..dan kuatkanlah kami untuk menjauhkan diri dari segala yang mendatangkan kemurkaan-Mu..



kita tak pernah kuat..sebab Allah itulah Yang Maha Kuat..disebabkan kita lemah, kekuatan itu mesti dicari..di saat kita merasa teramat lemah, kita mengharapkan suatu kekuatan untuk mengatasi kelemahan tersebut..kita mencari kekuatan itu daripada mak, ayah, abang, kakak, adik, teman-teman atau sesiapa sahaja yang kita harapkan..namun, tercapaikah kekuatan yang kita harapkan itu?..mereka semua adalah makhluk seperti juga kita..mereka hanya mampu meminjamkan telinga untuk mendengar..tersenyum untuk menghiburkan..namun, masih terubatkah kelemahan yang kita hadapi?..kita sama-sama adalah makhluk yang diciptakan Allah..kita sama-sama lemah..itulah hakikat yang sebenar..cuma tahap kelemahan diri kita mungkin berbeza..yang pasti, berbaliklah kepada AL-KHALIQ..DIALAH YANG MAHA KUAT..sama-sama memohon agar diberikan kekuatan oleh-NYA untuk menjadi insan yang tidak terus-menerus dalam kelemahan..BANGKIT DARI KELEMAHAN BERBEKALKAN KEKUATAN DARIPADA ALLAH S.W.T...

Saturday, January 1, 2011

the first six years of life...

Bismillahirrahmanirrheem..

The first six years of life(enam tahun pertama dalam hidup) is very crucial for a child to learn..

All normal children will develop BUT not necessarily they will learn..maksudnya, kanak-kanak yang normal akan berkembang atau membesar secara normal dalam aspek fizikalnya..tetapi, belum tentu kanak-kanak yang dilahirkan normal ini akan belajar seiring dengan perkembangan semula jadi mereka..(their cognitive/thinking development must be 'provoked' because learning itself need to be 'provoked'-we stimulate child to learn not to just wait for them to develop)

Jadi, macam mana kanak-kanak ni belajar?..mereka belajar dari pengalaman melalui persekitaran sebenarnya..enam tahun yang pertama inilah kanak-kanak mesti dididik dan diberikan perhatian sepenuhnya terutamanya oleh mak ayah mereka sendiri..mereka lebih banyak belajar di rumah berbanding di sekolah..kenapa?..sebab masa mereka di rumah lebih banyak berbanding masa mereka berada di sekolah..

Di sini, peranan mak ayah sangat besar..kenapa kanak-kanak mudah untuk mendengar nasihat guru-guru di sekolah berbanding mak ayah mereka sendiri?..sebab mereka sudah perhatikan bagaimana sikap dan tingkah laku mak ayah mereka di rumah dan membuatkan mereka kurang yakin dengan apa yang mak ayah mereka sendiri nasihatkan (i mean if what we ask them to do but we ourselves didn't do so and vice versa)..berbeza dengan guru-guru di sekolah, mereka hanya melihat setiap gerak geri atau tingkah laku guru-guru hanya dalam lingkungan sekolah..mereka tidak dapat melihat sikap sebenar guru-guru di rumah..itu membuatkan mereka lebih cenderung untuk percaya apa yang diperkatakan oleh guru berbanding mak ayah mereka sendiri..

Secara saintifiknya, sel-sel otak berhubung antara satu sama lain(macam dalam iklan susu tepung kanak-kanak dalam TV ;p)..tetapi kalau sel-sel itu tidak digunakan, sel tersebut akan mati..dan jika sel-sel ini sentiasa digunakan, myelin sheath pada neuron otak akan semakin menebal dan hubungan antara sel-sel otak juga semakin kuat..cuba kita bayangkan, wayar elektrik yang mempunyai pembalut penebat yang tebal pasti tidak mudah rosak..btul kan?..perkara yang sama, semakin banyak kita gunakan neuron tersebut,semakin tebal myelin sheath, jadi semakin kuat neuron tersebut dalam badan kita..Sel-sel otak berhubung?..yep, setiap neuron mempunyai fungsi-fungsi tertentu..sepertimana bahagian-bahagian otak juga mempunyai fungsi tertentu..jadi, untuk sel-sel otak ini berhubung, semua fungsi otak perlu digunakan..otherwise, sel yang tidak digunakan fungsinya akan lemah dan akhirnya mati..

Oleh itu, kanak-kanak harus diberi tunjuk ajar seoptimum yang mungkin dari segala aspek kehidupan..bukan akademik semata-mata, tetapi aspek akhlak, sosial dan lain-lain perlu mendapat perhatian yang sama..sistem pendidikan di negara kita terlalu menekankan aspek akademik semata-mata..sedangkan keperluan kanak-kanak ini untuk survive pada masa akan datang memerlukan didikan dari segenap aspek kehidupan..

Kita boleh nilai sendiri, berapa ramai orang yang genius tetapi akhirnya bunuh diri..itu membuktikan, walau macam mana hebat pun seseorang itu dalam akademiknya, belum tentu dia mampu untuk menguruskan hidup dengan baik..di Malaysia umumnya, kanak-kanak atau individu yang genius (gifted) atau berjaya mendapat paling banyak A akan di bangga-banggakan dan tidak kurang juga seolah-olah mereka ini dieksploitasi oleh kerajaan atau individu tertentu..akibatnya, mereka ini akhirnya menjadi lupa diri..mungkin bukan salah mereka tetapi keadaan yang membuatkan mereka terdorong untuk lupa diri..sebagai contoh, orang yang genius matematik, they're gifted with maths, tetapi dari aspek yang lain mereka kurang dan tetap memerlukan didikan..aspek sosial sebagai contoh, mereka perlu belajar cara bersosial dengan orang disekeliling..sebab, hidup memerlukan kita untuk berhubung dengan orang disekeliling..kalau kita pandai matematik sehebat mana pun, tapi tak pandai bergaul dengan orang bukan ke itu suatu masalah yang perlu dirisaukan?..

Kebanyakan mak ayah menghantar anak-anak ke tadika supaya anak-anak mereka pandai membaca..tetapi, mereka tidak ambil kisah sama ada anak-anak ini pandai bagi salam ke tak, pandai pakai kasut dengan betul ke tak, makan guna tangan kanan ke tak..yang mereka tahu, anak mereka mesti pandai membaca tanpa ambil peduli aspek-aspek kehidupan yang lain..bagi mereka, belajar adalah suatu keadaan formal, berada di dalam kelas, ada guru yang mengajar dan pelajar yang belajar..sedangkan skop 'belajar' itu sendiri jauh lebih besar..antara akademik dan akhlak, akhlak itu jauh lebih penting..tidak guna mempunyai anak yang hebat dalam akademik tapi tidak berakhlak..cuba kita perhatikan sendiri, berapa ramai mereka yang kurang berjaya dalam akademik tetapi pandai menghormati guru-guru, orang tua dan orang-orang disekeliling..bagi saya secara peribadi, kejayaan dalam akademik adalah suatu bonus dalam hidup seseorang..kerana akhlak dan sahsiah itu jauh lebih penting..orang yang kurang berjaya dalam akademik tetapi masih mampu meneruskan hidup..kerana mereka belajar dari kegagalan, mereka belajar untuk bangkit..terutamanya orang yang genius, sekali mereka tak mampu melakukan sesuatu, mereka terus jatuh dan susah untuk bangun..bukan genius yang menjadi masalah..tapi, sistem pendidikan kita yang bermasalah..seharusnya, mereka yang gifted ini meneruskan kehidupan seperti biasa..mereka memerlukan peers untuk bersosial..yes, if they really gifted, don't make them proud, it's too much..give special encouragement in the aspect that they are gifted BUT still the other aspects of life should be encourage as well..if not we are trying to destroy their life..

Sebenarnya, apa yang terpenting dalam hidup ini adalah iman dan taqwa..sebab Allah tidak memandang kepada yang lain melainkan iman dan taqwa seseorang..jadi, untuk memenuhi segala aspek kehidupan, sudah tentulah memerlukan agama..ISLAM IS THE WAY OF LIFE..bila kita mendidik dengan agama, sebenarnya kita telah menyediakan segala keperluan untuk anak-anak yang dididik..dan itu merupakan asas penting untuk berjaya dalam hidup, di dunia bahkan di akhirat yang kekal abadi..oleh itu, mulakan sejak dari kandungan serta sejak dari anak itu lahir ke dunia..seperti yang saya katakan sebelum ni, enam tahun pertama sangat penting untuk kanak-kanak menyerap sebanyak mungkin apa yang kita ajarkan..jadi jangan sia-siakan crucial period ini..bila anak dah besar panjang, masuk sekolah menengah apatah lagi dah bergelar pelajar universiti, sudah pasti sukar untuk mendidik mereka dengan agama jika dari kecil lagi tidak diberikan penekanan agama yang sepatutnya..insyaAllah, kalau dari kecil lagi sudah dididik untuk cintakan Al-Qur'an, sudah diajar untuk terpaut hati pada masjid, mudah-mudahan terselamat dari segala perkara yang tidak baik..semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk benar-benar mengaplikasikannya..not only words, but apply it...

We hear, we see, we think, we evaluate and we learn!
khair