Thursday, April 30, 2009

berubah untuk siapa?



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
BERUBAH UNTUK SIAPA?...satu persoalan..redha manusia atau redha Allah kah yang dicari?..persoalan kedua..saya terlebih dahulu memohon kemaafan, sedar akan diri ini kurang faqih dalam 'ilmu agama, namun insyaAllah hamba ini sentiasa berusaha untuk mendalami 'ilmu agama..saya hanyalah insan yang diberi nama hazirah, bukanlah hafizah, apa lagi ustazah..berbekalkan sedikit 'ilmu yang dipelajari, sekadar ingin berkongsi pendapat..ramai yang jauh lebih layak untuk berbicara soal ini..justeru itu, saya mengharapkan feedback daripada saudara dan saudari sekalian untuk turut sama memberikan pandangan serta mungkin bagi yang lebih faqih dalam 'ilmu agama ini, bolehlah berkongsi dalil-dalil yang sesuai..
Saya sedikit terkilan bila mana ada di kalangan teman yang cuba berubah menjadi lebih baik kerana ingin memiliki seseorang..maaf, saya tiada niat langsung untuk mengusik hati dan perasaan sesiapa..ini merupakan suatu perkara yang saya kira bisa berlaku tanpa kita sedar..jadi, tak salah rasanya untuk saya kongsikan perkara ini supaya menjadi peringatan berguna buat diri sendiri juga buat jiwa-jiwa yang ingin mengambil pengajaran..harapannya, agar tiada siapa yang terasa hati..saya bukanlah benci kepada individu yang sebegini, cuma sikap seperti itu yang saya tidak sukai..masih belum terlambat untuk kita berubah selagi mana Allah masih berikan kita peluang untuk terus bernafas di dunia penuh panca roba ini..

Sesiapa sahaja mengimpikan redha Allah..betul, redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa kita..bagi muslimat yang sudah mendirikan rumah tangga pula, redha Allah bergantung kepada redha suami..bukankah ibu bapa dan suami itu adalah manusia??berbalik kepada niat kita sebenarnya..innama 'amalu binniaat..setiap apa yag kita lakukan, biarlah semuanya kerana Allah..sentiasalah kita tajdidkan niat di hati..sama-sama berusaha untuk ikhlaskan niat..

IKHLAS...ikhlas ni tiada siapa yang mampu menilainya..mulut mudah mengatakan ikhlas, hakikatnya hanya Allah yang mampu menilai sejauh mana tahap keikhlasan kita tu..apepun, kita berdoalah pada Allah semoga segala amalan kita selama ini diterimaNya..insyaAllah..kesimpulannya, janganlah berubah kerana manusia..kadang-kadang manusia jugalah yang menjadi wasilah untuk kita berubah menjadi lebih baik..tapi, biarlah perubahan yang berlaku pada diri kita tu berlaku sebab keinsafan yang lahir dalam diri sendiri..cuba bayangkan, kalau kita berubah sebab manusia, bila mana manusia itu lenyap dari hidup kita, terus kita berubah kembali kepada perangai dan sikap asal...


Sesiapa juga mengharapkan pasangan yang baik agamanya..ada juga kata-kata, kalau ingin pasangan yang baik, jadi perbaikilah diri sendiri dahulu dan berusahalah untuk menjadi lebih baik..tapi, tak bermakna kita berubah jadi lebih baik sebab nak dapatkan seseorang tu..sesungguhnya, cinta teragung yakni CINTA ALLAH yang didamba..moga-moga dengan usaha kita sentiasa 'improve' diri jadi semakin baik kerana mengharap redha Allah, insyaAllah cinta manusia yang mencintai Allah juga kita peroleh..
Ampun maaf andai ada terkasar bahasa..tersilap kata..kalau ada kesilapan dari tulisan hamba dhaif ini, minta perbetulkan..syukran..













4 comments:

ever green said...

salam..menarik post adk kali ni..bukan apa,sebenarnya ia membawa kita muhasabah diri balik sebenarnya apa matlamat,tujuan kita selama ni.astaghfirullah,tajdidkan niat..semoga perubahan kita tu semata-mata kerana DIA..

Kurush said...

memang betul kekadang mata kita di seliputi cinta yang entah benar atau tidak, sama-sama kita mengambil pengajaran dari setiap kejadian

shah_haz said...

salam...syukran to along and kurush..sy pon ada minta pendapat drp ustzh2..ni komen drp ustzh zubaidah:

dalil dari hadis riwayat abu daud:
"redha Allah terletak pada redha ibu bapa dan murka Allah jua pada murka ibu bapa.."
berubah kerana manusia dibolehkan tetapi tiada pahala..tapi tak mustahil lepas tu dia kan jadi betul-betul insaf dan kerana Allah..-ustzh zubaidah

Wawa said...

btol2..kdg2 org tu menjadi wasilah bg kte utk berubah tp still kte kene tetapkan hati yg kte brubah sbb allah n kalo org tu bkn utk kte pn kte still kekalkan ape yg kte dh ubah tu (yg baik laa)

khair