Thursday, April 16, 2009

cinta abu hurairah pada ibunya...

Abu Hurairah adalah seorang sahabat Rasulullah yang terkenal banyak meriwayatkan hadis. Ada suatu perkara yang merunsingkan fikirannya iaitu keengganan ibunya untuk memeluk Islam. Abu Hurairah memberitahu kepada Nabi, " Aku sentiasa memujuk ibuku supaya memeluk Islam tetapi dia tetap menolaknya, suatu hari ibuku telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap Rasulullah yang membuatkan aku menangis."


Dengan perasaan kecewa Abu Hurairah mendatangi Rasulullah, "Ya Rasulullah, berdoalah untuk ibuku semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya agar dia dapat menerima Islam sebagai agamanya."


Dalam doa Rasulullah, "Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar, berikanlah petunjukMu kepada ibu Abu Hurairah."


Sesudah itu Abu Hurairah pun pulang ke rumahnya. Apabila tiba, Abu Hurairah mendapati pintu rumahnya tertutup rapat dan apabila menyedari kepulangannya ibunya terus mendapatkannya lalu berkata, "Tunggu sebentar anakku!". Kemudian Abu Hurairah mendengar simbahan air dan sesudah mandi ibunya mengenakan pakaian baru dan segera berlari membuka pintu seraya berkata, "Wahai anakku, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Mendengar itu, Abu Hurairah terus berlari mendapatkan Rasulullah sambil menangis kegirangan. Baginda lalu memuji-muji keagungan Allah dan memberi sedikit kata-kata nasihat kepada Abu Hurairah.
Begitulah mustajabnya doa Rasulullah dan itulah satu contoh terbaik bagaimana berkatnya doa anak yang soleh pada ibunya. Itulah cinta yang lahir kerana cinta
pada Allah.
Doa itu senjata orang mukmin..

No comments:

khair