Monday, May 25, 2009

kunjungan ukhuwwah

Alhamdulillah, selamat juga sahabat semua berkunjung ke terengganu...semoga semua berpuas hati dengan sambutan kami di sini..minta maaf banyak-banyak atas segala kekurangan atau ketidak mesraan kami dalam melayan tetamu..agak terkilan sebenarnya, sebab sahabat-sahabat yang datang dari jauh bukannya selalu datang tapi tak berkesempatan singgah di teratak ana..apa pun, ana faham atas kesuntukkan masa..kalu ada peluang lagi ke terengganu jemputla ke rumah..insyaAllah layanan terbaik buat sahabat-sahabat semua..maaf juga andai kata selera masakan terengganu tidak kena dengan selera mana-mana sahabat..kalau air tak cukup ke, pemanis mulut manis sangat ke..maaf sangat-sangat..buat pic bbq, alhamdulillah sedap bolehla share resipi..

~sharing moment~..ana tertarik dengan peringatan dari seorang sahabat, dah lama ana tak dengar peringatan tu..alhamdulilah, ada yang sudi mengingatkan..dalam persahabatan, memang sepatutnya kita selalu ingat kata-kata ni, " ingat kebaikan sahabat, lupakan kebaikan sendiri..ingat keburukan sendiri, lupakan keburukan sahabat.."

~i'll miss the moment we're together~

~night moment~

~bbq~

~dinner~

~ketupat sotong~hehe, ada sorang sahabat dari kedah..jeng3, k.anis orangnye, first time jumpa masakan ni..funny moment..k.anis tanya, " mana ketupatnya?"..tergelak kami semua..maaf ye k.anis..rilek2, ketupat dia kat dalam sotong..

Gembira sangat dengan kunjungan sahabat-sahabat semua..semoga ni bukan yang terakhir..masih ada lagi kunjungan macam ni next time..mungkin ke utara, selatan tak pon pantai barat..bak kata seorang sahabat, ukhuwwah fillahi walau sesaat lebih berharga dari segunung emas dan perak..

"Nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian, namun..tautan ukhuwwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui robitoh hati..ya Allah! Peliharalah ukhuwwah kami.."~Allahhummarzuqna istiqamah..

p/s: harap tak serik nak berkunjung ke terengganu lagi...






Friday, May 22, 2009

gersang jiwa, dahagakan pengisian

Alhamdulillah, di petang jumaat yang penuh barakah ini saya dan along(sarah) diberi kemudahan oleh Allah untuk menghadiri usrah di klinik ummi..syukur tak terhingga kerana memilih untuk hadiri suatu liqa' perkongsian 'ilmu..tak lain hanya Allah la yang menggerakkan hati-hati kami ini ..ya Allah, hamdan wa syukran lillah..syukran juga buat kak sumayyah selaku naqibah kami..memang dah terbiasa apa sahaja yang kita nak buat kenalah pertama sekali ikhlaskan niat..itulah peringatan awal yang diberi..

Di sini, saya ingin berkongsi satu bahagian dari pengisian petang tadi..iaitu bahagian 'ulumul hadis..kak sumayyah membacakan hadis kedua daripada hadis 40..yang mana turut dikenali sebagai hadis jibril..

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

*Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Terdapat empat point utama dalam hadis tersebut..islam, iman, ihsan dan hari qiamat..atau lebih tepat tiga tunggak utama yakni rukun islam, rukun iman dan ihsan..islam itu sendiri merupakan penyerahan diri kita kepada Allah, tunduk padaNya serta perhambaan pada Allah..seperti ulasan kak sumayyah, iman itu tetap..penghayatan terhadap iman itu sebenarnya yazid(meningkat) au yanqus(menurun)..terdetik di dalam hati, "aku tak nak islam luaran sahaja, tapi aku nakkan iman yang sebenar-benarnya..semoga hadir ihsan dalam diri yang serba kekurangan ini!"..untuk tanda-tanda qiamat pula, terasa amat dekat saat itu untuk menjadi suatu realiti..yang pasti janji Allah itu pasti akan datang..tapi bersediakah aku menghadapinya??

Pengajaran dari hadis jibril ini memang banyak..antaranya adalah bukti kesyumulan islam itu sendiri..di mana islam itu adalah agama yang datangnya dari Allah..ia bersifat rabbanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat..tidak seperti agama-agama lain..disebabkan itulah ia sesuai untuk semua umat manusia di setiap tempat dan sepanjang masa..untuk itu, dalam mencapai kesempurnaan seorang mukmin, haruslah seseorang itu menunaikan segala rukun islam, rukun iman dan sifat ihsan..islam itu sendiri bersifat syumuliah yakni menyeluruh..jadi, islam tidak sempurna jika hanya diambil dari segi zahir, atau batin sahaja juga dari aspek kerohanian semata-mata..kesempurnaan islam itu tercapai apabila diamalkan secara menyeluruh..selain itu, 'ilmu itu tidak hanya dengan kita membaca buku kerana kita juga perlu berguru..kak sumayyah turut menceritakan bagaimana sewaktu dia belajar di mesir..syeikh-syeikh di sana amat menekankan adab menuntut 'ilmu..sehinggakan syeikh tersebut tidak redha walau hanya memusing-musingkan pen atau pensel di tangan..tapi, berbeza sangat keadaannya di tempat saya sendiri..kadangkala sedih, geram semua bercampur baur..bila mana ada classmate yang slumber berbual-bual ketika lecturer sedang bercakap di hadapan..mana hilangnya rasa hormat kita terhadap guru?..mungkin itulah salah satu punca kenapa susah kita nak dapat 'ilmu apatah lagi nak mengamalkannya..mungkin redha guru itu tiada..na'uzubillah..

Setakat ini dulu perkongsian pada kali ini...walaupun masih banyak lagi perkongsian dalam usrah tadi yang saya belum kongsikan dengan sahabat dan sahabiah semua..ya Allah, janganlah Engkau hijabkan hati sesiapa sahaja yang membaca perkongsian daripada hambaMu ini, lantaran dosa yang ada pada diri ini..semoga setiap apa yang dikongsikan dapat sampai di hati ini serta sahabat sahabiah semua..



Thursday, May 21, 2009

tazkirah trio...


Salam..Hari ni saya, mirah and along(sarah) keluar jalan-jalan di kuala terengganu..dah lame tak keluar bersama-sama..Kami pergi ke beberapa destinasi..antaranya adalah masjid terapung..di sana, kami bertiga membuat sedikit pengisian untuk makanan rohani masing-masing..TAZKIRAH..

Sesi tazkirah dimulai oleh 'amirah..setelah dibuat pengundian secara adil..hehe..saya kongsikan di sini apa yang telah dikongsikan mirah untuk saya dan along..main point dari sharing moment mirah yang saya boleh cakap adalah janganlah sesekali kita berburuk sangka dengan Allah..apa pun, kita sendiri yang memilih sama ada mahu menzalimi diri sendiri atau sebaliknya..sentiasalah berbaik sangka dengan Allah..setiap ujian yang datang tanda kasih sayang Allah untuk kuatkan lagi pergantungan kita dengan Allah..

Next is along..along berkongsi mengenai tiga jenis manusia yang beribadah kepada Allah..agak menarik..along menganalogikannya menjadi satu cerita..begini ceritanya, ada sorang budak tu dia jalan-jalan kat sebuah masjid yang dalam pembinaan..dia pon menegur seorang lelaki yang mengecat masjid tersebut dalam keadaan masam..budak ni tanyala, " kenapa pak cik mengecat dalam keadaan masam?"..pak cik tu jawab, "sebab pak cik terpaksa buat kerja ni..dah tak ada kerja lain bleh buat.."..budak tu jalan lagi..jumpa pula dengan sorang pak cik yang sedang mengecat dalam keadaan senyum..budak ni tanya, "kenapa pak cik gembira je mengecat ni?"..pak cik tu respon, "sebab nanti pak cik dapat gaji.."..last sekali, orang ketiga..budak ni kagum tengok dinding yang di cat oleh pak cik ketiga ni..budak ni pon tegurla.."cantik pak cik cat..smooth je.."..pak cik tu tersenyum, "pak cik cat dinding ni baik-baik, sebab pak cik nak masjid ni kelihatan menarik dan cantik..semoga akan ramai orang yang datang ke rumah Allah ni dan senang hati untuk beribadah kepada Allah.."..so, semua dapat grab tak apa tiga jenis manusia tu?..yang pertama, manusia yang beribadah kerana terpaksa..kedua, manusia yang beribadah untuk dapatkan ganjaran..ketiga, mereka yang beribadah untuk mendapat redha Allah..jadi, kita ni jenis yang mana tepuk dada, tanya diri sendiri..along turut mengutarakan persoalan, macam mana nak istiqamah..mungkin kalian ada cadangan silalah berikan pandangan..

And I'm the last..saya berkongsi cerita mengenai peristiwa dalam perang khandaq(parit)..yang mana saya kaitkan dengan persahabatan kami bertiga..dalam persahabatan mesti ada rasa kasih dan sayang..di mana dalam peristiwa perang khandaq tersebut Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap sahabat-sahabat baginda..bagaimana?..semasa proses persiapan untuk menghadapi peperangan, Rasulullah s.a.w. telah bermandi peluh dan debu bersama sahabat-sahabat menggali parit(hasil cadangan daripada salman al-farisi) serta memecahkan bongkah-bongkah batu yang besar..waktu itu, bekalan makanan tak mencukupi..Rasulullah turut sama menanggung rasa lapar..tetapi baginda tak menunjukkan yang baginda letih kerana lapar..baginda tak nak sahabat yang lain bimbang dan sedih..lalu, baginda mengambil beberapa biji batu lalu dibalutnya..batu-batu yang dibalut itu diikat dengan kemas di perut baginda untuk mengatasi masalah tersebut..tapi, sahabat baginda iaitu Jabir r.a. telah ternampak ikatan balutan batu di perut baginda..lalu, Jabir merasa simpati dan sedih..Jabir pulang ke rumah dan berbincang dengan isterinya..hanya sedikit roti dan sup seekor kambing yang kerdil dan kurus yang mampu disediakan..Jabir kembali dan mengundang Rasulullah ke rumahnya untuk menikmati hidangan tersebut..Rasulullah memberitahu Jabir supaya pulang menyuruh isterinya membiarkan makanan tersebut kerana baginda sendiri yang akan menghidangkan makanan tersebut..Jabir akur..Rasulullah membuat pengumuman kepada semua sahabat supaya ke rumah Jabir..secara logiknya, sedikit roti dan sup seekor kambing yang kerdil tidak cukup untuk mengenyangkan ribuan sahabat..tapi, Rasulullah tidak sanggup membiarkan sahabat yang lain kelaparan sedangkan baginda dan beberapa sahabat yang lain dapat mengisi perut..itulah Rasulullah..insan yang berperibadi unggul..Allah juga menunjukkan kasih sayangNya terhadap Rasulullah..bayangkan, makanan yang sedikit itu mampu mengenyangkan ribuan sahabat malahan turut ada baki..baginda meminta Jabir menyedekahkan lebihan makanan tersebut..subhanallah..Allahuakbar!..apa yang saya boleh jadikan pengajaran di sini, bagaimana Rasulullah menunjukkan sikap yang patut ada sebagai seorang sahabat serta sebagai pemimpin..baginda bukanlah pemimpin yang menggilai gelaran, tapi baginda turut sama berhempas pulas untuk memastikan kemenangan islam..selain itu, yang paling penting adalah keyakinan yang tinggi pada kuasa Allah..baginda yakin bukannya makanan tersebut yang mengenyangkan seseorang..tapi kuasa Allah sama ada kenyang atau tidak..di situlah terzahirnya berkat itu ada atau tidak..

Begitulah serba sedikit yang dapat saya kongsikan..semoga mendapat sesuatu..

time kasih dik!

Copied from my email sent by my dearest adik mai..junior tj..syukran dik..saya tujukan buat semua sahabiah yang mengunjungi blog ini..

BUATMU MUJAHIDAH FILLAH SOLEHAH....
Dengan Kecantikanmu, Kau Lebih Elok Daripada Matahari...
Dengan Akhlak Islamiahmu, Kau Lebih wangi Daripada Haruman...
Dengan Kerendahan Hatimu, Kau Lebih Tinggi Daripada Bulan...
Dengan Kelembutanmu, Kau Lebih Halus Daripada Rintik Hujan...
Maka Pertahankanlah Keindahan Ini Agar Kau Terus Menjadi
Sayap Kiri Perjuangan Islam Pada Seorang Mujahid Allah Yang Sejati....
PENEGAK KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI INI!!!
SaLaM MuJaHaDaH!!!



Tuesday, May 19, 2009

-new sharing-

Segala puji dan puja hanya buatMu Tuhan sekalian 'alam...selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w. junjungan mulia serta para sahabat dan keluarga baginda...Lama juga tak update blog ni..sudah beberapa hari lap top berada di 'klinik' untuk 'medical check up'..sekali gus diberi rawatan yang diperlukan serta dibuang segala virus serta toksin yang ada..sepatutnya dah boleh ambil petang kelmarin, tapi tuan lap top nak vitamin serta supplement supaya lap top dia berfungsi semaksimum mungkin, so kena tunggula maybe tomorrow boleh keluar wad..urm, alang-alang better make sure everything is okay before bring it to kuantan soon..sekarang pinjam lap top kakak la dulu..

Teringat pula kat kak min bila cakap tentang lap top ni..yela, lap top dia kena serangan sampai tak dapat nak diselamatkan..finally, kena format balik..my lap top too..cuma bezanya, semua document dah ada back up sebab saya yang minta format baru..kak min pon ada tulis dalam blog dia tentang tu..yela, lap top subjek yang tak ada 'akal dan hati..tapi manusia adalah subjek yang ber'akal dan mempunyai hati..kalau lap top sakit kita boleh ubati dia tapi kalau hati yang sakit bukan sesenang kita ubati lap top..rasanya tak nak cakap tentang hati untuk entry kali ni..lagi pon dah panjang lebar berbicara soal hati dalam previous entry...

InsyaAllah, kali ni saya nak berkongsi tentang wudhuk..bila sebut tentang wudhuk, mesti semua tahu kan..tapi sejauh mana kita hayati wudhuk tu?..sama-sama kita muhasabah diri..dulu, sejak zaman sekolah rendah sampaila sekolah menengah, mostly kena solat kat sekolah untuk waktu tertentu..lazimnya, waktu zohorla..masa sekolah rendah, pernah kena sekolah petang, jadi zohor dan asar kena solat kat sekolah..sekolah menengah lagila..sampai ke petang duk kat sekolah..tapi dulu zaman jahiliyah lagi..banyak benda yang tak tahu..kadang tu ada yang tahu tapi kurang penghayatan..kita semua sedia maklum yang wudhuk bukan bila nak solat je kan..memang susah nak istiqamahkan diri untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk..apepun kita usaha..itu yang penting..

Mengimbau balik suasana kat sekolah dulu, waktu ambil wudhuk kat kolah surau sekolah, memang bising..masing-masing bergurau senda dan bercakap-cakap..sekarang saya tak tahula..mungkin keadaan dah berubah..kalau ye, alhamdulillah..memang betul, setiap apa pun yang kita nak buat mestilah sentiasa tajdidkan niat..bila kita sentiasa ingatkan diri untuk perbaharui niat setiap kali nak buat sesuatu, insyaAllah kita tahu matlamat untuk setiap perbuatan tu..sama macam kes ambil wudhuk terutamanya bila nak solat..bila kita dah niatkan nak ambil wudhuk kerana Allah, untuk membolehkan kita solat insyaAllah kita serius dan tak main-main..sebab kita tahu yang kita nak berinterakasi directly dengan Allah dalam solat..

Untuk yang dah tahu alhamdulillah..bagi yang belum saya sekadar berkongsi dari apa yang saya baca sebelum ni..insyaAllah sama-sama kita ber'amal dengannya..semoga wudhuk kita diterimaNya dan dapat pelihara kita dari gangguan syaitan..

Firstly, kita basuh tangan kan..masa basuh tangan tu, kita berdoa: " Ya Allah! Aku meminta akan Engkau akan tuah dan berkat, dan aku berlindung denganMu daripada sial dan kebinasaan."...

Doa waktu berkumur: " Ya Allah! Permudahkan aku untuk membaca kitab-Mu(al-quran) dan untuk memperbanyak berzikir kepadaMu dan kukuhkanlah aku dengan perkataan yang kukuh (La Ilaha illallah) di dunia dan di akhirat (maksudnya jadikanlah hidup dan matiku di dalam keadaan beriman)."...

Doa ketika memasukkan air ke dalam hidung: "Ya Allah! Ciumkanlah akan hidungku ini akan bau wangi syurga sedangkan engkau redha daripadaku."...

Doa ketika menghembuskan air daripada hidung: " Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada bau busuk api neraka dan daripada kejahatan tempat kediamanku."...

Doa ketika membasuh muka: " Ya Allah! Putihkanlah mukaku dengan nurMu pada hari yang menjadikan putih muka para AuliaMu (iaitu pada hari kiamat) dan jangan Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapanMu pada hari menjadi hitam muka musuh-musuhMu."...

Doa ketika membasuh tangan kanan: " Ya Allah! Berikanlah kepadaku catitan amalanku (pada hari kiamat nanti) di tangan kananku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah."...

Doa ketika membasuh tangan kiri: " Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada Engkau berikan kepadaku akan catitan amalanku di tangan kiriku, atau Engkau berikankan kepadaku daripada sebelah belakangku."

Doa ketika menyapu kepala: " Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmatMu dan turunkanlah kepadaku berkatMu, dan naungilah aku di bawah naungan 'arasyMu di hari yang tidak ada naungan kecuali hanya naunganMu. Ya Allah! Haramkanlah rambutku dan kulitku daripada sentuhan api neraka."...

Doa ketika menyapu kedua telinga: " Ya Allah! Jadikanlah aku daripada hambaMu yang mendengar sesuatu perkataan lalu mereka mengikuti yang baik-baik daripadanya. Ya Allah! Perdengarkanlah akan aku suara pemanggil syurga di dalam syurga bersama dengan orang yang baik."...

Doa ketika membasuh kaki kanan: " Ya Allah! Tetapkanlah kedua kakiku di atas titian Siratul Mustaqim bersama dengan kaki-kaki hambaMu yang soleh."...

Doa ketika membasuh kaki kiri: " Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada tergelincir kakiku ke dalam jurang api neraka ketika aku melalui di atas titian Siratul Mustaqim. Di mana pada hari itu akan tergelincir kaki-kaki orang yang munafik dan musyrik."...

Semoga dengan sentiasa memohon do'a-do'a ini dapat membantu kita mendapatkan khusyuk dalam solat..insyaAllah..siiru 'ala barokatillah..

Rujukan: Bidayatul Hidayah ( Al-Imam Hujjatul Islam Al Ghazali r.a.)

Wednesday, May 13, 2009

macam mana dengan kain solat kita?

Assalamu'alaikum..sudah beberapa hari tak update blog..alhamdulillah, terdetik di hati nak berkongsi pendapat sedikit mengenai 'kain solat' @ 'telekung sembahyang'..rasanya tak salah jika sekiranya post kali ini turut dibaca oleh kaum adam..exactly not only to hawa..sebab, adam pon ada mak yang juga kaum hawa kan..
Selalunya orang akan cakap saya 'skema'..alhamduillah, tak ada apa yang nak dirisaukan dengan gelaran tu..people can say anything..surah al-asr sedikit sebanyak boleh menguatkan hati kita untuk sentiasa sabar dalam berpesan-pesan atau menasihati..


" Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(al-Asr:1-3)


Kalau diperhatikan betul-betul, kebanyakan kain solat ni biasanya nipis..kadang-kadang kainnya pon singkat sampai boleh nampak kaki waktu sedang solat..setuju tak?..fikir-fikirkan..kalau solat di tempat yang ada sinaran cahaya matahari, lagila obvious nampak warna kulit leher dan tangan kita..bukan saya nak salahkan kain solat tersebut..ada juga kain solat yang mahal pon tapi still nipis dan berbayang..so, yang pentingnya kita cari alternatif sendiri..


Why not kita pakai t-shirt lengan panjang waktu solat? Kalau t-shirt lengan pendek pon tak salah tapi kita pakaila arm guard(sarung tangan)..tak panas pon..pakai kejap je..after solat tukarla balik..then leher pon dikira aurat kan..jadi kita pakaila tudung supaya tak berbayang..untuk kaki pula, nak senang cari kain yang tebal, or pakai kain pelikat..kalau pakai kain putih yang biasa tu kita guna la alternatif untuk counter masalah aurat kaki tersebut dengan memakai stokin atau sarung kaki..ni beberapa cadangan dari saya..mungkin kalau ada tambahan boleh dikongsi bersama..guna sweater yang boleh tutup leher tu pon boleh juga..panas kejap je pon..tapi kalau takut hilang khusyuk solat sebab panas, so gunakan alternatif terbaik untuk keselesaan masing-masing..


Sebelum ni, saya takut nak utarakan isu ni di blog..sekadar menimbulkan isu ni dikalangan sahabat, dalam study circle dan rumates..sedar akan kelemahan diri yang kurang faqih dalam 'ilmu sebegini, bimbang kalau-kalau saya silap..tapi, setelah baca buku berjudul "50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita" saya menemui perkaitan tentang isu ini di halaman 426..iaitu wasiat ke-39 : YANG MENYEBABKAN SOLAT TIDAK DITERIMA..


Berikut sedikit petikan yang saya ambil dari buku tersebut supaya lebih jelas maksud yang saya ingin sampaikan..


"Dari Safiah binti Al-Harith, dari Aisyah radiyallahu 'anha, dia berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam berkata: Allah tidak menerima solat wanita yang sudah haid kecuali dia memakai tudung kepala."


Wasiat ini memberi suatu alasan bahawa diterimanya solat tergantung kepada keberadaan tudung kepala, yang menunjukkan kepada kewajipan memakainya. Sebab kalau tidak begitu, maka mengapa harus dikaitkan dengan tudung kepala? Menutup kepala perlu menutupi kedua telinga, kerana ia merupakan bahagian dari kepala, yang didasarkan kepada perkataan Nabi s.a.w.: "Dua telinga adalah bahagian dari kepala."

Jika engkau sudah tahu bahawa kedua telinga adalah sebahagian dari kepala, maka engkau harus menutup kedua telinga tatkala menutup kepala. Sedangkan masalah menutup wajah dan kedua telapak tangan, engkau tidak diwajibkan menutupnya. Ini menurut kesepakatan para ulama' muslimin. Bahkan menurut ijmak, mereka membolehkan membuka kedua telapak tangan ketika solat. Sedangkan di luar solat, mereka saling berbeza pendapat, dan di sini bukan tempat yang tepat untuk menghuraikannya.


Yang mesti engkau perhatikan bahawa leher, dada, atau lengan tidak boleh nampak ketika solat, kerana semua itu termasuk aurat yang wajib ditutupi oleh wanita, baik tatkala solat mahupun di luar solat. Ummul Mukminin, Aisyah berkata:

"Ada tiga pakaian yang wajib bagi wanita yang dipergunakan untuk solat, iaitu zirah, jilbab dan khimar."


Ibnu Umar juga berkata: " Apabila wanita solat, maka hendaklah ia solat dalam semua pakaiannya, iaitu zirah, khimar, dan mantel(baju labuh)."


Semoga sentiasa saling mengingatkan..andai kata diri ini ada melakukan kesilapan, tanggungjawab antum dan antunna semua juga untuk menegur..wassalam

Friday, May 8, 2009

bising!

Segala puji bagiMu Tuhan sekalian alam..hari ni, kesabaranku teruji..dah lame tahan, tapi tak tahan..."geramnya!!kenapa bising sangat ni??mat rempit ni buat hal lagi ke??ish, tak serik-serik lagi.."monologku di dalam hati..mulalah teringat peristiwa dulu-dulu..masa mula-mula pindah ke rumah yang mana saya sekeluarga menetap sekarang, lebih kurang 10 tahun yang lalu, suasana petang dan hujung minggunya memang merimaskan..apa taknya, mat-mat moto or mat rempit dan minah rempitya memenuhi segenap ruang kawasan perumahan kami..ada ke patut, diorang gunakan jalan kat rumah kami ni untuk berlumba moto@merempit..haa, bila polis datang tahu pon takut..bertempiaran lari..sampai sanggup duduk dalam longkang depan rumah kami..yang tak beradab pon ada, main masuk je kawasan rumah orang..biadab betul..
Semakin lama, semakin menjadi-jadi..alhamdulillah, semangat kejiranan kat taman perumahan ni still okay..pernah golongan ayah-ayah ni buat mesyuarat macam mana nak solve problem ni..yela, memang menyusahkan..sampai kami semua pon tak berani nak keluar rumah bila tibanya waktu petang di hujung minggu..saudara mara pon takut nak bertandang ke rumah melainkan kalau ada hal penting sangat..diorang buat macam jalan diorang..merempit sesuka hati...tak sayang nyawa langsung..masalah di hujung minggu ni settle dengan kerjasama pihak polis..setiap kali kami dengar je diorang berlumba, terus pihak polis dihubungi..lama-lama senyap juga akhirnya..sekarang dah jarang..mungkin dah serik..jumpa track baru barangkali..

Tapi sebelum tu, diorang ni macam nak balas dendam je..tak boleh hujung minggu, diorang buat hal di pagi hari..area pukul 1-4 pagi begitulah lebih kurang..mengganggu tidur penghuni di taman perumahan ni..Sekali lagi, khidmat polis terus digunakan..mak ayah saya antara yang paling alert dan aktif report kat polis..usaha di pihak kami juga dilakukan..golongan ayah-ayah ni bergilir-gilir berjaga di waktu pagi buta..menyembunyikan diri di tepi jalan..bila mangsanya tiba, apa lagi, senjata dihulurkan..senjata apa?..saya pon ingat-ingat lupa..biji kacang ke..paku ke..kayu pon mungkin..geram punya pasal, so nak bagi diorang jatuh, tak pon tayar moto diorang keluar angin..saya pon tak tahu la betul ke tak apa yang kami buat, lagi pon waktu tu kecil lagi..sekadar pemerhati..tapi tu semua cerita lama..

Berbalik kepada apa yang berlaku hari ni..geramnya, Allah je tahu..dah tak dapat nak tahan sabar rasanya..bising!bising!bising!..nak telefon polis hajatya..saya pon keluar bilik menuju ke ruang tamu..berlakulah dialog antara saya dengan mak dan ayah.."eii, geramnyelah..bising!telefon polis la mak.."saya menyatakan rasa tidak puas hati dengan kebisingan yang melanda..buyi moto yang tak henti-henti..bingit betul telinga nak mendengar..mak ngan ayah rilex je..eh apahal ni..huh, nasib baik saya tak memandai telefon polis..tak pasal-pasal, polis datang cari saya sebab buat laporan palsu..alkisahnya, bukan orang merempit..Petronas AAM Malaysian Cub Prix Championship..itulah jawapannya..patutla bising sangat..bukan bunyi moto je, orang menyanyi pon ada..dah macam-macam sekarang ni..ya Allah jauhkanlah kami semua dari ditimpa bala bencana..banyak betul ujian sekarang ni..stadium baru digunakan untuk macam-macam aktiviti...sejauh mana mengundang manfaat wallahu'alam..
Kalau setakat lumba moto je mungkin takpe..
Tapi, selalunya yang saya lihat macam ni la..dahla aurat terdedah sana sini..tak sedar ke yang diri tu sedang dieksploitasi..yang lelaki pula, bangga diapit oleh si bunga mawar tak berduri..

Rumah kami terapit di celah-celah pembangunan zahiriah ini..tapi pembangunan akhlak serta jati diri entah ke mana?TERENGGANU DARUL IMAN..tapi, sejauh mana rakyatnya BERIMAN..
Sejujurnya, antara bunyi lumba moto, bunyi orang b'konsert(menyanyi), bunyi kapal terbang..sudah tentulah bunyi kapal terbang yang saya boleh tahan..Ya ALLAH, peliharalah hati kami..berikanlah diri ini kekuatan untuk menghadapi segala betuk dugaan dan cabaran di akhir zaman ini..tetapkanlah iman di hati kami..

Monday, May 4, 2009

mei untuk ibukusayang..


Selamat Hari Lahir!

Selamat Hari Ibu!

Selamat Hari Guru!

Semuanya untuk mak...insan yang telah melahirkanku ini juga telah selamat dilahirkan ke dunia pada 4 mei 1954 yang lalu..anakmu ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buatmu dunia dan akhirat..semoga mak sentiasa dalam rahmat, kasih sayang dan jagaan Allah selalu..doaku buatmu, semoga Allah meredhaimu dunia dan akhirat..sayang mak!

"Dan Kami memerintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah."
(Al-Ahqaf:15)

Seorang lelaki datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Ya Rasulullah siapakah orang yang paling berhak untuk saya berbuat baik kepadanya?"

"Ibumu!" Jawab Rasulullah s.a.w.

"Kemudian siapa?" Tanya orang tersebut lagi.

"Ibumu!" Jawab Rasulullah s.a.w.
"Kemudian siapa lagi?" Orang itu bertanya lagi.

"Ibumu!" Jawab Rasulullah s.a.w. pula.

"Kemudian siapa lagi?" Tanya orang itu lagi.

"Ayahmu!" Jawab Rasulullah.

(Bukhari, Muslim)



Sunday, May 3, 2009

duhai hati..


Pujian dan sanjungan hanya berhak dan layak bagi Allah s.w.t..Selawat dan salam buat junjungan mulia, sebaik-baik manusia yang diutuskan di muka bumi yang sangat sabar dengan karenah umatnya hingga menjadi penghulu segala Rasul..

" Ya Muqallib al-Quloob, tsabbit qalbi 'ala tho'atik "
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati ini di dalam ketaatan kepadaMu..

"Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa paras kamu dan harta kekayaan kamu, tapi Allah memandang kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu."
(Riwayat Muslim)

"Pada hari itu, harta benda dan anak-anak tidak berguna. Orang yang beruntung ialah orang yang datang kepada Allah dengan hati yang bersih."
(Asy Syu'ara:88-89)

Ya Allah, berat benar terasa..HATI..salah satu kurniaanMu buat hamba yang cukup besar nilainya, cukup payah untuk dijaga..apalagi, sesuatu yang core dalam sesuatu 'amalan seharian..jika baik dan bersihnya hati ini, maka baiklah seluruh anggota badan..begitulah hati yang sering menjadi 'raja' kepada manusia..hanya iman yang mampu mengawal 'raja' kepada seluruh anggota kita yang lain..Gerun dan gentarkah hati ini bila mana mendengar neraka?..kadang-kadang, bila disebut harimau dan neraka mungkin kita lagi takut dan gerun dengan harimau..na'uzubillah..

Berdasarkan hadis riwayat muslim di atas, kalau baik hati kita, maka baiklah kita di sisi Allah...sebaliknya, kalau hati kita jahat, maka jahatlah kita pada pandangan Allah..jelas lagi nyata betapa besarnya peranan hati..hamba ini hamba berdosa, ampunkanlah hambaMu ini wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..siapalah hamba, tanpa rahmat dan belaian kasih sayang dariMu..seringkali diri alpa, lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan..tatkala ujian datang menerjah, saat itu baru menjelma rasa keinsafan dan kekerdilan dalam diri..Sayangnya Allah pada hambaNya, disakitkanNya sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula..itulah belaianNya..dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya..dipohon-pohon kepadaNya meminta itu dan ini, Allah amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Ya Allah, jauhkanlah hambaMu dari segala maksiat hati..hanya padaMu kumengharapkan belaian kasih dan sayang..semoga Engkau tetapkan iman di hati ini, tebalkan pergantungan sepenuhnya padaMu!!bersihkanlah hati ini, agar mudah bagiku menerima 'ilmu lantas ber'amal dengannya..suburkan hati ini dengan iman dan taqwa sepanjang mengembara memburu cinta hakiki, cinta teragung..sebagai teman yang sejati buat menemani diri ini menanti saat bertemu denganMu yang tak lain hanya redhaMu yang diharap..Ya Allah, bersediakah aku?kematian senantiasa menanti..ya, itulah yang pasti!

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(Ali 'Imran:185)

Antara racun-racun hati:

1. Banyak berbicara.Nabi S.A.W. bersabda: " tidak akan lurus seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya."

2. Berlebih dalam makan. Sabda Nabi S.A.W. : "Orang yang paling kenyang makan di dunia akan menjadi yang paling lama lapar pada hari kiamat." -Riwayat al-Hakim

3. Berlebih-lebih dalam bergaul.

Kenapa hati perlu dijaga?
Untuk mencapai tauhid yang sebenar-benarnya.

Tanda-tanda hati mati:
1. buat maksiat tapi tidak merasa bersalah.
2. tidak merasa gerun dengan ayat-ayat Allah.
3. menyintai dunia berlebihan.
4. kurang mengagungkan Allah.

Cara-cara hidupkan hati:
1. zikir dan istiqamah
2. mendekati majlis 'ilmu dan 'alim 'ulama'
3. doa
"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau dari 'ilmu yang tidak bermanfaat dan dari hati yang tidak khusyuk dan dari 'amalan yang tidak diangkat(tidak diterima) dan dari doa yang tidak didengar(tidak dimakbulkan)."

Terkedu bila mana teringat akan kata-kata ini, "bagaimana hati yang mati nak hidupkan hati-hati mati yang lain". Subhanallah..Maha Suci Allah..hidupkanlah hati-hati kami dengan cahaya hidayah dan taufiq dariMu..pandulah hati-hati kami ke jalan yang lurus..jalan yang diredhaiMu..

Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan, api bila ikan itu telah mati..secubit garam mampu memasinkannya..Begitulah hati, hati yang hidup sangat sukar dinodai..tapi bila hati telah mati mudahnya dipengaruhi..Moga Allah sentiasa memelihara hati kita..Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya..

"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(As-Saff:2 dan 3)

Berikanku kekuatan..Tunjukilah hambaMu ini jalan yang ENGKAU REDHAI..agar mudah untukku ber'amal..Allahummarzuqni istiqamah..

Friday, May 1, 2009

akhirnya..

'ADLAN dan 'ADNIN..buah hati mak alang!!

ada orang cakap, doraemon ni bagus juga..sebabnya, dia tak pernah putus asa..sentiasa ada idea untuk selesaikan sesuatu masalah..so, membawa seseorang untuk berfikir secara kreatif dan kritis..


hagemaru..kartun yang dikenali selama menemani anak buah menontonnya..walaupun kadang-kadang agak 'lawak bodoh'..tapi kelakar juga..mungkin itula yang buat kanak-kanak suka..


detective conan..haa..ni la satu-satunya animasi ke kartun??..yang saya suka la juga..tapi masa zaman sekolah menengah..sebabnya kawan-kawan suka sangat..so balik rumah try tengok..best la juga..
Mesti semua tengah wondering apa sebenarnya yang saya nak sampaikan ni..ok, now the story begin..
AHKIRNYA..alhamdulillah tak sangka langsung dalam usaha menghabiskan buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, akhirnya saya dapat gak penjelasan mengenai salah satu perkara yang sering bermain di fikiran tanpa jawapan..ada satu per empat lagi nak khatam..

Kebetulan cuti sem ni, tak jadi anak tunggal dah kat rumah ni..diserikan dengan riuh rendah dua orang anak buah yang hero belaka..kesian, kecil-kecil terpaksa berjauhan dengan umi dan ayah tercinta..ayah di kemaman..umi di besut..sekurang-kurangnya terubat juga rindu bila masing-masing dekat je, so boleh balik tiap-tiap minggu kalau tak disibukkan dengan camping, assignment dan lain-lain..pelik?macam student je kan..memang pon, umi diorang dah kembali jadi student untuk tempoh satu tahun untuk menghabiskan program KPLI..nasib baik setahun je..
Berbalik kepada pencarian untuk suatu penjelasan tadi..alhamdulillah, saya dan adik-beradik yang lain bukanlah di kalangan yang suka kartun..ntah macam mana anak buah yang sorang ni suka sangat tengok kartun..risau juga..sampai kalau time dia nak marah pon ada gaya macam ultraman..kuat betul pengaruh kartun ni..lagi-lagi budak ni mudah terikut..sepanjang ketiadaan umi dan ayah diorang, saya merangkap mak alang diorang kenalah ambil alih peranan parents diorang..sekadar membantu nenek dan ki diorang..tak kan nak tengok je, mak pun dah seharian sibuk di sekolah..sekurangnya, ada juga pengalaman tengok budak-budak membesar ni..memang tak dinafikan, memang berat dengan ujian zaman moden yang macam-macam sekarang ni..channel 611 astro ceria benar-benar buat diri teruji..siaran kartun yang tak henti-henti..saya yang tak suka kartun ni pon sekarang dah boleh sebut rancangan-rancangan kartun yang disiarkan.mana taknya, anak buah sulung yang bernama 'adnin ni suka sangat tengok kartun sampai ternganga mulut..doraemon, hagemaru, power rangers, thomas and friends, kampung boy, b-daman dan macam-macam lagi..tak diafikan kadang-kadang ada juga nilai positif yang ingin disampaikan..tapi kebimbangan dalam diri melihatkan pengaruh aksi yang ganas-ganas yang mudah aje ditiru balik oleh budak-budak yang tak tahu akan kesannya..

Lagi satu, banyak masa terbuang tengok kartun..tapi mungkin ni memang kehidupan kanak-kanak..sampai sanggup tak nak mandi sebab takut mak alang dia tutup tv..saya pernah tanya 'adnin, nak tengok pendapat dia tentang kartun ni..berikut sesi soal jawab mak saudara dengan anak saudaranya...
Saya: Abang long suke tengok kartun? (dah tahu jawapannya mestila suka..sekadar bertanya..)

'Adnin: Suke.
Saya: Bakpe abang long suke?

'Adnin: Sukela, sebab abang long kan kecik lagi..

Saya: Kartun mende abang long suke tengok?

'Adnin: Ultraman, Power Rangers, B-Daman, Thomas and Friends, Spongebob, Hagemaru...

Saya: Bakpe abang long suke kartun-kartun tu?

'Adnin: Ultraman sebab dia gagah, baik dan suka tolong orang.kalu ultraman baik la..ada gak ultraman jahat..(tak tahula saya sejauh mana kebenarannya)..B-Daman sebab lumbe sape menang sape kalah..Thomas sebab ye come..Spongebob and Hagemaru sebab klako...


Begitulah lebih kurang dialog kami..Saya memang dah lama nak kan pendapat tentang kanak-kanak dan kartun ni..alhamdulillah, saya dapat jawapannya dalam buku blogger saifulislam.com di bahagian yang bertajuk 'Abi Dinosaur, Ummi Raksasa'..Suka untuk saya kongsikan sedikit di sini apa yang telah ditulis oleh ustaz hasrizal..

Saya berpandangan, adalah mustahil untuk kita menyekat anak-anak daripada menyukai kartun dan animasi. Perbuatan kita menyembunyikan kewujudan kartun-kartun itu di rumah, akan menyebabkan anak-anak melakukan 'jenayah' apabila mereka mencari peluang menontonnya di luar rumah.
Di pusat asuhan...
Di pasar raya...
Dari cerita dan mulut kawan-kawan...
Kartun ada di mana-mana!
Menyekatnya ialah suatu kemustahilan. Tetapi kita boleh membimbing dan meletakkan had keperluan. Namun sebelum soal bimbingan dan had keperluan itu diperkatakan, ambillah peluang untuk melayani fikiran anak-anak kita sendiri tentang hal ini.

Mana mungkin seorang kanak-kanak yang normal, tidak suka kepada hero mereka yang berwarna terang, lincah, penuh aksi, penyayang, lucu, bercakap dengan jelas, lantas mendampingi watak-watak itu menjadikan mereka terhibur, gembira, malah ada juga yang 'beroleh rasa selamat'.



POWER RANGERS.Warnanya terang dan menarik perhatian. Aksinya lincah dan sentiasa menang dalam pertempuran. Mereka juga bekerja dalam pasukan dan sering bantu-membantu untuk menangkis ancaman. Unsur-unsur ini sungguh kuat mempengaruhi anak-anak kita.


ULTRAMAN. Dia seorang yang action oriented. Dia diangkat sebagai perwira kerana bertindak kena pada masanya. Dia tidak perlu berleter dan bercakap untuk dilihat sebagai hero dan idola. Dia hanya perlu beraksi. Membuktikan kepahlawanannya melalui tindakan.


BARNEY. Walaupun matanya besar, perutnya buncit dan susah untuk dipeluk, Barney 'seorang' yang pengasih lagi penyayang. Barney tidak marah-marah dan berleter. Barney sentiasa membelai, dan pandai mengambil hati. Biarpun warnanya ungu dan sering dikutuk oleh yang jemu dengannya sebagai 'The Purple Thing', dia tetap mendapat tempat di hati anak-anak kita.

Begitulah serba sedikit petikan yang di ambil..Untuk penjelasan yag lebih lanjut boleh rujuk di halaman 171 hingga 176..Pengajaran buat diri ini juga, berusahalah untuk memahami barulah diri akan difahami..Mungkin cara kita ada yang tak sesuai..Sama-sama semak balik segala tindak tanduk selama ini dan gunakan pendekatan terbaik untuk mendekati dan menyelami jiwa mereka..peringatan buat diri ini juga, jangan terlalu mudah menilai sesuatu yang negatif..tapi, cubalah untuk mengambil pengajaran serta pandang dari sudut yang positif..mungkin, ini salah satu cara untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa kanak-kanak..who knows..cara ni lagi mudah diorang nak terima..masa tengok, kita tanya apa pengajaran yang boleh di ambil..hihi macam pakar psikologi la pulak..selamat berfikir