Sunday, November 28, 2010

VOICE OUT



Bismillahirrahmanirrahiim..

Tak pasti patut cakap ke tak..tapi, tak cakap salah, cakap pun salah..yang penting, apa yang nak dikongsi tidak merujuk kepada batang tubuh sesiapa..ini hanyalah berdasarkan pandangan peribadi, yang mungkin banyak silapnya..harapnya, apa yang nak diperkatakan ni tidak bersifat menghukum, tapi lebih kepada sesuatu yang mungkin we should think back..mungkin kadang-kadang kita tahu, cuma terleka sekejap..dan mungkin juga memang tak tahu..wallahu'alam..

macam mana nak mulakan ye..

memang saya bukanlah orang yang banyak tahu tentang ilmu agama, bukan orang yang hebat bercakap di hadapan khalayak, bukan muslimat berjiwa haroki yang hebat/mantap dan lain-lain..semuanya biasa-biasa saja..memang fitrah diri tak suka nak meng'expose'kan diri ke hadapan kot..memang susah nak ubah..tak banyak idea pon yang boleh disumbangkan seperti orang lain yang memang banyak idea dapat dilontarkan..tapi saya tahu saya kena berubah..

tak salah pon jadi orang yang hebat..HEBAT UNTUK ISLAM :)..tapi kena ingatlah, orang yang hebat ni, orang lain akan selalu jadikan dia sebagai figure untuk dicontohi..setiap benda yang nak buat kena jaga, kadang-kadang benda yang tak berapa nak betul pon orang akan ingat benda tu betul..sebab minded orang dah set yang figure ni untuk dicontohi..melainkanlah untuk orang yang tahu nak bezakan mana yang memang betul dan mana yang silap..kita kena ingat, walau hebat macam mana pon seseorang, tak bermakna dia tak kan buat silap..so, kat situlah adanya konsep saling mengingatkan..

saya ingatkan diri saya sendiri, satu jari saya tunjuk kat orang, empat jari lagi berbalik kat diri saya sendiri..mengakui memang banyak silapnya diri ini, terlalu dahagakan tunjuk ajar dan peringatan daripada orang disekeliling..tapi, apa yang terbuku di hati dan berlegar-legar di fikiran membuak-buak untuk diluahkan..ambillah ini semua dari sudut yang positif..

buat yang ada fikrah, kita semua nak jadi pejuang islam..dalam nak menjadi pejuang islam, of course kita kena berjuang dengan diri sendiri..saya tahu, memang susah nak berjuang memerangi nafsu diri sendiri..ada gak orang kata, nak memusnahkan jahiliyah dalam diri..ikutla mana-mana pon..

saya secara peribadi, tak berapa nak setuju dengan perkongsian peribadi terutamanya di laman FB..bukan suatu keperluan untuk kita share setiap perkara yang kita buat, nak zahirkan perasaan sedih ke gembira ke dan lain-lain..kita nak pergi mana ke..nak makan apa ke..lainlah kalau ada mesej yang nak disampaikan disebalik perkongsian tu..seolah-olah kita dah buat diri kita untuk menjadi perhatian orang..

bersahabat di FB kerana siapa?..mestilah kerana Allah kan..tak kan orang ada fikrah pon nak ada FB sebab saja nak suka-suka..kalau kita beralasan b'FB sebab nak berdakwah..yes, JUSTIFY it..tapi janganlah sampai bercampur aduk yang hak dan batil..sampai saya sendiri pon kadang-kadang keliru..kalau sesama jantina tu, mungkin boleh diterimalah kalau saja nak berbual-bual kosong, nak share setiap benda yang dibuat, nak letak gambar banyak mana pon..tapi, mostly yang ada akaun FB friend listnya ada lelaki dan perempuan..so macam tak perlula nak mesra-mesra sangat..takut ada hati yang sakit..

perlu ke nak komen status-status yang tak perlu?..mungkin kita sendiri masih belum matang untuk membezakan status mana yang perlu dan status mana yang tak perlu..jangan salah faham..saya boleh terima perkara ni kalau ianya terjadi dalam kalangan kaum sejantina..tapi, saya agak kurang bersetuju bila perkara seperti ini terjadi antara muslimin dan muslimat..tak tahulah saya, kalau bergurau senda, bercakap apa yang tak perlu antara yang berlainan jantina itu perlu dan dibenarkan dalam Islam..saya pon mungkin kadang-kadang buat perkara yang sama, tolong betulkan dan ingatkan saya..

kita kejar perkara yang besar, tapi kita tinggalkan perkara yang kita anggap kecil..tapi, mungkin kerana tak betul-betul menjaga perkara yang kecil-kecil ni la membuatkan kita tak mampu nak capai perkara yang besar..emm, 'adik-beradik'..tapi kena ingat, kita bukannya adik-beradik sebapa atau seibu..betul ukhuwwah mantap, tapi tetap kena beringat..

saya tak kisah pon nak add ke nak approve ke orang yang berlainan jantina, asalkan betul-betul kuat nak jauhkan fitnah dalam hati..dan yang paling penting, betul-betul bersahabat kerana Allah dan nak berdakwah..jangan kita sendiri yang tersungkur..we ourselves do know our own limits...

semoga Allah mengasihani diri ini dan kita semua..semoga Allah menjauhkan segala perkara yang tidak baik daripada diri ini dan kita semua..i do lots of mistakes..BUT we learn from our mistake..please and please do remind me..kita sayang seseorang bukan sekadar perasaan yang hadir semata-mata, tapi keinginan untuk sama-sama mendapatkan redha Ilahi serta ke syurga Allah bersama-sama..so, kalau kita sayang sahabat, kita akan sentiasa mengingatkan, mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada melakukan yang mungkar..

p/s: ini lebih merujuk kepada apa yang berlaku antara yang berlainan gender..saya tak kisah pon kalau nak suka-suka, nak release tension, nak kongsi kegembiraan kat FB..tapi biarla sesama gender(kena make surela kalau ada yang lain gender komen ke apa, jangan cepat melatah..kalau komen diorang tak perlu di'reply' so tak perlu la nak dipanjang-panjangkan)..kalau dengan kaum keluarga sendiri tu saya memang tak kisah..even, tak salah kalau kita guna FB ni untuk stay connected to our family..~HIDUP DALAM BATAS HUKUM~

Monday, November 15, 2010

..10 minit..




Alhamdulillah..

Suatu perasaan yang positif bila tengok berita pagi tadi..Syukur kepada Allah yang memberikan hidayah kepada hati-hati manusia untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik..

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Razali Daud, mengarahkan semua sekolah di negeri Terengganu memulakan sesi persekolahan dengan membaca Al-Qur'an selama 10 minit..dan setiap program motivasi, perkhemahan dan sebagainya akan dijalankan di masjid-masjid sekitar Terengganu dan tidak lagi akan dijalankan di mana-mana resort atau hotel..

Alhamdulillah, suatu paradigma yang positif..usaha untuk membudayakan bacaan Al-Qur'an serta menghidupkan masjid-masjid..Al-Qur'an panduan hidup, memang selayaknya didahulukan berbanding perkara-perkara lain..semoga usaha ni, akan berterusan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam..memang masjid berperanan besar kalau disingkap balik sirah zaman Nabi Muhammad S.A.W. dahulu..masjidla tempat pengajian, tempat bermusyawarah dan sebagainya..{rujuk sendiri fiqh sirah ;)}..

Tak guna buat masjid besar-besar, tapi kosong dengan pengisian..tak guna ada masjid cantik-cantik, tapi akhlak ummah semakin buruk..optimumkan penggunaan masjid, jom pakat jadi kaki masjid terutamanya kaum muslimin..semoga hati kalian terlekat di masjid :)..if setiap kali lima waktu, penuh masjid-masjid dengan para jemaah muslimin, itu sudah cukup untuk menggerunkan hati mereka yang ingin melenyapkan agama Allah di muka bumi ini..

Teringat dulu pernah terbaca tentang satu artikel, tak ingat tajuk apa dan lupa dalam buku apa..yang penting, artikel tu mengenai satu kelab beruniform di sebuah sekolah menengah..penasihat kelab tu seorang ustaz..for me, ustaz ni pandai memainkan peranan dan bijak menggunakan posisi yang dia pegang..suatu pendekatan yang jarang kita jumpa untuk seorang tenaga pengajar yang cukup dekat dengan para pelajar meng'amalkannya..ustaz ni meng'amalkan budaya disiplin dalam kalangan ahli kelabnya dengan amal-amal yang berbentuk islamik..mendidik dengan jiwa rabbaniyyah..dia mensyaratkan ahli kelabnya untuk menghafaz surah-surah tertentu if nak naik pangkat..if lepas hafazan baru boleh naik pangkat..selain tu, untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli kelab, mereka semua dikehendaki melakukan solat jemaah..

memang kita semua alkmaklum, solat jemaah memang penting untuk menyatu-padukan ummah..so, kalau nak ummah kita kat Malaysia ni bersatu-padu, kenalah promosikan solat jemaah melebihi promosi-promosi lain..hiburan semata-mata bukan makanan untuk hati..tak salah berhibur, tapi biarla kena dengan syariat islam..jangan samapai solat pun ditinggalkan semata-mata nak kejar konsert..confirm tak betul..

Al-Qur'an Pemberi Syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
(Riwayat Muslim)

Membanyakkan Masa Iktikaf di Masjid

Daripada Abu Darda' r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla memberi jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya akan keamanan dan melepasi titian Sirat pada hari kiamat." (Riwayat al-Bazzar)

Berulang-alik ke Masjid

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang Allah akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, November 7, 2010

mencari hikmah di sebalik ujian...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, two papers more to go..struggle..

Dalam hidup ni, memang kita akan sentiasa diuji..sama ada diuji dengan kesenangan atau sebaliknya..yang pasti, diuji dengan kesenangan membuatkan kita hanyut dengan kesenangan kalau lupa untuk mensyukuri nikmat kesenangan yang Allah pinjamkan untuk kita..sebab, anytime je Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan yang Dia pinjamkan..tapi, sebaliknya kalau diuji dengan kesusahan, mala petaka, kesedihan, itu semua mudah untuk membuatkan kita mengingati Allah..itu juga tanda kasih sayang-Nya..Allah masih mahu kita kembali kepada-Nya dan tidak terus leka dengan kehidupan yang dipenuhi keseronokan dunia semata-mata melainkan mereka yang inginkan KEHIDUPAN BERTUHAN..

Kalau diimbas kembali, sepanjang ruh masih bersama jasad ini, terlalu banyak perkara yang berlaku..segala ujian nikmat kesenangan dan kesusahan silih berganti..gembira dan sedih..pahit dan manis..kejayaan dan kegagalan..tenang dan berkecamuk..macam-macam lagi..

Kadang-kadang, diuji dengan musibah..kereta orang langgar..kematian insan yang disayangi..duit hilang..report diconteng oleh anak buah..(contoh je..banyak lagi perkara lain..dan selalunya, kita secara sedar atau tak akan cakap, "kalaula aku tak parking kat sini, mesti tak kena langgar..".."kalaula aku tak tinggal beg kat sini tadi, mesti duit tak hilang..".."kalaula aku letak report ni kat dalam file, mesti tak kena conteng.."..

Hakikatnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kita yang kena belajar untuk mencari hikmah disebalik setiap ujian itu..tertarik dengan penulis buku 'Tribute buat nenda', Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid..beliau mengajak pembaca buku tersebut untuk mengambil pengajaran dari kisah Nabi Yusuf 'Alaihissalam..

Nabi Yusuf ialah seorang Nabi Bani Israel yang terkenal kisahnya digoda oleh Zulaikha..Al-Qur'an menutup tirai kisah tersebut dengan menyempurnakan janji-Nya sebagaimana firman-Nya:

"Demikianlah KAMI membalas orang yang berbuat baik" (surah Yusuf:22)

Setelah mengalami ujian demi ujian, kesukaran demi kepayahan akhirnya Baginda menjadi pemerintah Mesir..sudah pasti tidak sekejap masa yang diambil untuk sampai ke kemuncak ini..seperti kata penulis lagi, terlalu banyak episod dan babak yang perlu dilalui dan dilakonkan..semuanya dalam pengetahuan Allah walaupun kita yang membaca kisah ini hingga ke akhirnya hanya mengambil masa sedetik cuma..

12 kali JIKALAU

Penulis mengajak kita menoleh ke belakang..melihat kronologi episod-episod kisah Nabi Allah Yusuf ini..bagaimana kebaikan dan hikamah itu datang setelah ujian dari-Nya silih berganti..

Jikalau saudara-saudara Yusuf tidak mengkhianatinya sudah pasti Yusuf tidak akan dibuang ke dalam Jubb (telaga)..

Jikalau Yusuf tidak dibuang ke dalam Jubb, pasti musafir tidak akan menjumpainya..

Jikalau musafir tidak menjumpainya, pasti Yusuf tidak akan dibawa ke Mesir..

Jikalau Yusuf tidak dibawa ke Mesir, pasti Yusuf tidak akan dibeli oleh Qithir..

Jikalau Qithir tidak membeli Yusuf, pasti Yusuf tidak akan bertemu dengan Zulaikha..

Jikalau Yusuf tidak bertemu dengan Zulaikha, pasti Yusuf tidak akan digoda olehnya..

Jikalau Yusuf tidak digoda Zulaikha, pasti Yusuf tidak akan difitnah oleh Zulaikha..

Jikalau Yusuf tidak difitnah, pasti Yusuf tidak akan dimasukkan ke dalam penjara..

Jikalau Yusuf tidak masuk penjara, pasti Yusuf tidak akan bertemu dengan 2 orang pelayan Raja Mesir..

Jikalau Yusuf tidak bertemu dengan pelayan Raja Mesir, pasti Yusuf takkan bertemu dengan Raja Mesir lalu mentafsirkan mimpi 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai tanaman hijau dan yang selebihnya adalah kekeringan dan kekuningan..

Jikalau Yusuf tidak mentafsirkan mimpi raja dan menyelamatkan Mesir dari kemarau, pasti Mesir tidak akan terhutang budi pada Yusuf..

Jikalau Mesir tidak terhutang budi, pasti Yusuf tidak akan dilantik menjadi Pemerintah Mesir..

slips of fingertips nak taip ni..huh, boleh tahan banyak juga jikalaunye..pandanglah dengan mata hati, jangan terlalu mudah untuk menilai dengan mata zahirnya..itulah kuasa Allah yang MUTLAK..apabila Allah berkehendakkan sesuatu, maka tiada siapa yang mampu menghalangnya..carilah keindahan dalam setiap kesukaran..semoga sentiasa bersangka baik dengan Allah, menjadi sumber ketenangan di hati..;-)

Tuesday, November 2, 2010

menghitung...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Dalam fatrah exam sebegini, masing-masing sibuk untuk study..nak makan pon berkira-kira, takut kalau itu membazir masa..hebat kan kuasa exam ni..sampai yang sanggup tak tidur pon ada..terpulangla kepada diri masing-masing, yang paling penting ialah know your limits..

dalam fatrah exam juga, orang akan sibuk menghitung berapa lagi bab yang perlu dihadam..menghitung setiap masa yang berlalu sebab takut tak sempat habis study..menghitung berapa paper lagi yang tinggal..menghitung berapa hari lagi nak balik..setuju?...

tapi, dalam kesibukan semua itu, even kalau bukan dalam fatrah exam pon, mungkinkah terfikir untuk kita menghitung setiap dosa yang kita lakukan sehari-hari?...emmm..kalau dihitung dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang agak-agaknye brape angka untuk dosa-dosa tersebut..Astaghfirullah..terkesan dengan kisah SUFYAN ATHAURI..siapakah insan ini?...

Sufyan Athauri ialah seorang tabiin yang merupakan murid kepada Abdullah bin Mas'ud..sufyan athauri telah menghitung-hitung butiran dosanya..sepanjang ingatannya itu ternyata jumlah dosa yang pernah dilakukannya ialah sebanyak 21 ribu dosa..maka bercucuranlah air matanya sambil berbisik:

"Ini adalah pada hitunganku. Apatah lagi yang aku terlupa untuk menghitungnya tetapi dihitung oleh Allah yang Maha Menghitung."

lalu berazamlah sufyan athauri untuk beristighfar bagi setiap dosanya itu..lantas apabila beliau mula beristighfar bagi setiap dosanya tersebut, maka ingatlah pula ia terhadap dosa-dosa lain yang pernah dilakukan..SubhanaLlah..

kata 'ulama:
"Menangislah! Menangislah mengenangkan dosa-dosamu..sekiranya kamu tidak mampu untuk meratapi dosa-dosamu itu, menangislah kerana kamu tidak mampu menangis!"

sama-sama berusaha untuk memperbaiki hati dan membersihkan segala kotoran yang ada padanya dengan air mata taubat, penuh keinsafan..tanyalah pada hati andai terlalu sukar untuk mengalirkan air mata keinsafan..

"sesungguhnya di dalam hati itu ada satu kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan Allah..dan di dalamnya ada satu kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali Allah dan taat pada-Nya..dan di dalamnya ada satu kesepian yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan rasa cinta pada-Nya dan selalu mengingati-Nya..dan jika seorang hamba diberi seluruh dunia beserta segala isinya pun masih belum dapat mengisi rasa kekosongan ini.." ~Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

bersama-sama menghargai setiap detik yang Allah rezekikan dengan mentaati Dia yang Maha Memberi segalanya..dari Dia kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali..salam mujahadah!!!