Thursday, April 9, 2009

bisikan hati...

ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini setenang keindahan alam semulajadi ciptaanMu..setenang kehijauan mempesona menyejukkan mata memandang..setenang deruan air terjun dan sungai yang mengalir tenang...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk still hidup dalam keadaan sihat sejahtera..semoga diri ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t...sesekali bertanya pada diri sendiri siapa sebenarnya aku..ya, aku hambaMu yang hina lagi kerdil ya Allah..diberi kesempatan olehMu untuk menjadi hamba yang mengabdikan diri padaMu dan pada masa yang sama diberi tanggung jawab memegang amanah besar sebagai khalifah di muka bumi ini..besarnya amanahMu ya Allah..hanya doa yang kupohon mengharapkan petunjuk dan taufiq yang tidak putus-putus..moga-moga diri ini berada dalam jagaan dan hidayah dariMu sehingga ke akhir hayat..insyaAllah..


Sejak kebelakangan ini, seringkali bahkan hampir setiap hari mendapat berita kematian..alhamdulillah di sebalik berita kesedihan itu terkandung hikmah yang berharga..mungkin kehidupan dunia yang amat meyibukkan ini membuatkan kita seringkali lupa memikirkan kematian..sedangkan kita tahu orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati..tapi bila difikirkan, berapa ramai bilangan orang yang bijak dalam konteks ini..hikmahnya, bila mendapat berita kematian membuatkan kita teringat yang hidup pasti akan kembali kepada Allah..cuma masa sahaja yang menentukan..


Sering juga berdiskusi bersama rumate tersayang, kak muni juga sahabat2 yang lain..kita sibuk belajar, kita sibuk dengan kawan-kawan, kita sibuk dengan pelbagai program..tapi, pernah terdetik tak di hati kita dalam kesibukan kita itulah Allah cabut nyawa kita..kita selalu je fikirkan cita-cita kita..ada yang aim nak jadi doktor, engineer, cikgu, lecturer..tak kurang ada jugak yang masih tercari-cari apa nak jadi..tapi, masing-masing seakan begitu yakin dapat apa yang dihajati..ada jugak yang sibuk bercinta, sedangkan takde pertalian sah yang menghalalkan hubungan tersebut..seolah-olah terlalu yakin itulah suamiku dan itulah isteriku..huh, mungkin agak keterlaluan ayat ini..tapi tu la realiti..


Persoalan yang sering menghantui benak fikiran ini..sempat ke habis degree?sempat ke konvo disaksikan mak dan ayah tersayang?ada ke jodoh di dunia ini atau mungkin juga tak ada..yela, kita selalu gak dengar ada sahabat2 kita yang terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi..pengalaman sendiri, sudah tentu sahabat2 di smkatj..ada yang lemas, ada yang accident..tak kiralah junior mahupun senior..ada jugak yang meninggal on the way nak pegi ke kelas..accident..alhamdulillah, sekurang-kurangnya mati dalam perjalanan menuntut ilmu..


Tapi, kita semua tak tahu lagi pengakhiran hidup ini bagaimana, bila dan di mana..yang pasti, saat itu pasti datang..ramai meletakkan cita-cita tertinggi iaitu mati syahid..alhamdulillah, semoga dikabulkan Allah..at least, apabila cita-cita itu yang diletakkan boleh remind kita untuk sentiasa buat preparation to face it..tapi, bukan senang-senang je boleh dapat..tentunya memerlukan pengorbanan.


Dalam perjuangan Islam dalam erti kata lain dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini, memang banyak mehnah dan tribulasinya..tambahan, di akhir zaman yang penuh dengan fitnah dan penipuan, pasti lagi besar cabaran dan pengorbanan yang harus dihadapi..Hidup ini adalah sebuah perjuangan..dan perjuangan memerlukan pengorbanan..dua perkataan yang amat sinonim juga mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai..seperti kata hukama' : "kejayaan semanis madu memerlukan pegorbanan sepahit hempedu."


Firman Allah yang bermaksud: "pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun degan keadaan berat (disebabkan berbagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah:41)


Melalui sejarah juga kita mula belajar bagaimana sesebuah kemenangan dan kegemilangan Islam diwarnakan oleh perjuangan dan pengorbanan yang hebat dan mantap..ia turut menyaksikan bagaimana harta, tenaga, darah, dan nyawa menjadi yuran bernilai harganya yang dibayar oleh para pejuang..


Dalam sebuah buku yang pernah dibaca mengatakan tiada hidayah tanpa dakwah, tiada dakwah tanpa perjuangan dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan..


Hidup ini memang amat-amat memerlukan pengorbanan..itulah syarat bila mana kita memperjuangkan sesuatu..cakap memang senang, tapi nak buat masing-masing boleh nilai tahap pengorbanan diri sendiri..ya Allah, kadang-kadang hambaMu lemah..rebah tersungkur menyembah bumi..tapi, bila ujian datang menerjah takkan semudah itu ingin menyerah..duhai diri, mana perginya pendirian nan jitu??mana perginya kebergantungan dengan Allah??saat diri diuji, dengan ketakutan, kesedihan dan sebagainya..mungkin terasa malangnya nasib diri tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah pada diri..diujiNya sejauh mana iman diri ini..


mengapa mesti ada rasa takut sesama manusia sedangkan takut itu hanya layak pada ALLAH..kita nak buat sesuatu sering juga tersasar bila mana meletakkan pandangan manusia di hadapan..sedangkan pandangan Allah lebih patut diaulakan...duhai diri, kutau jiwa ini lemah, tapi mohonla pada Allah semoga diberikan kekuatan..ya, agar dikurniakan kekuatan mental, fizikal..rohani dan jasmani..redhakanlah diri ini untuk ditarbiyyah..semoga apa sahaja yang bakal dilakukan ke atas diri ini nanti, dapat diterima dengan hati terbuka, lapang dada dan moga-moga kutenang dan berfikiran jernih menghadapinya..insyaAllah semoga Allah istiqamahkan kita dalam perjuangan Islam..syahid harapan tertinggi juga moga-moga dikabulkan..


“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya lagi meliputi PengetahuanNya.” (al-Maidah:54)


Ya Allah, semoga dengan kemukjizatan al-quran itu sendiri dapat membersihkan hati ini, supaya bersih dan ikhlas beramal kepadaMu..secara teorinya, memang mudah untuk megatakan sesuatu..hakikatnya, secara praktikal sukar untuk diamalkan..tapi, selagi mana niat itu baik, insyaAllah semoga didorong oleh Allah dan ditunjuki jalanNya..salam mujahadah buat diri sendiri!!wake up..think positive and everything will be okay insyaAllah..

No comments:

khair