Friday, December 31, 2010

~refreshing mind and soul..



"Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalamnya syurga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalam-nya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan, iaitu orang-orang yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya." (al-'Ankabut 29:58-59)

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun..tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus..yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan tetapi meletakkan keredhaan pada ketentuan-NYA..rasa bahagia dengan ujian walaupun perit..moga-moga air mata yang menitis bernilai di sisi ALLAH..seberat mana diri diuji, hebat lagi orang lain di uji..kasih sayang Allah mengiringi setiap ujian kepada hamba-NYA..pujuk diri untuk sentiasa mengingati Allah di hati dan bersangka baik dengan-NYA...

Ikhlas itu sudah pasti hanya dalam pengetahuan Allah..kita sekadar berusaha untuk mengikhlaskan niat dan mentajdidkn niat supaya tidak lari dari tujuan tunggal dalam ber'amal..tapi, keikhlasan yang sebenar hanya tetap hanya ALLAH yang menilai..pesan pada diri, berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata..kerana semakin tinggi keikhlasan dalam diri, semakin tinggi pula balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak..kita mungkin pernah terlintas untuk berputus asa andai apa yang diusahakan tidak membuahkan hasil atau tiada tanda-tanda untuk berhasil..namun, itu tidak bermakna kita harus berhenti dari terus dan terus berusaha..untuk mendapatkan kesenangan bukan dengan melalui jalan yang senang tapi mungkin hikmah di sebalik jalan yang susah dan berliku itulah yang membuatkan kita lebih menghargai kesenangan yang kita capai atau bakal kita capai..pesan pada diri, jangan mati sebelum mati..terlalu cepat berputus asa adalah tanda orang yang putus harapan..teruskan langkah menuju akhirat..kerana perjalanan masih terlalu jauh..Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan suatu ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba yang disayangi-Nya..tetapi, ujian yg diberi pasti mampu dipikul walau diri terasa beratnya bebanan dari ujian yang datang menjengah ..kita mohon yang terbaik dari-Nya kerana kita tahu dan kita yakin hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..even diri kita sendiri, mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan, ustaz ustazah dan sesiapa sahaja yang bergelar makhluk tidak tahu apa yang terbaik untuk kita..sandarkan pengharapan sepenuhnya pada Allah dan teguhkan kesabaran dalam berhadapan dengan setiap ujian..moga diri kita menjadi insan terpilih di sisi-NYA..

AKHIR KALAM, SEMOGA ALLAH MENJADIKAN AKHIR USIAKU SERTA ORANG-ORANG DI SAMPINGKU DENGAN SUATU KEBAIKAN DAN SEMOGA PENUTUP 'AMALKU SERTA ORANG-ORANG DISAMPINGKU JUGA DENGAN SUATU KEBAIKAN:)

Friday, December 10, 2010

perhitungan yang teliti ketika seseorang menghitung dosa..



Seorang soleh, 'Aun ibn 'Abdullah ibn 'Utbah r.a. berkata,

"Alangkah buruknya diriku kerana suatu perbuatan dosa kesenangannya telah lenyap, tetapi tanggungjawabnya masih ada, kerana perbuatanku telah ditulis oleh penulis yang tidak pernah lalai dariku..

Alangkah buruknya diriku kerana aku tidak malu kepada mereka dan tidak merasa diawasi oleh Allah s.w.t.
Aduh celakanya aku, kerana aku lupa kepada Tuhan yang tidak pernah melupakan aku..
Aduh celakanya aku, ketika aku lalai, sedangkan Dia tidak pernah melalaikan aku..
Aduh celakanya aku, mereka tetap menyimpan catatan perbuatanku, padahal aku telah melupakannya..
Aduh celakanya aku, ketika aku mengikuti nafsuku, namun dia memberi kesulitan kepadaku..
Aduh celakanya nafsuku, pada hari ini dia ingin membinasakan aku dan esok ingin memperkarakan aku..

Tuhanku, janganlah Engkau memberi kemenangan kepada nafsuku atas diriku..
Aduh celakanya aku, bagaimana cara melarikan diri dari kematian yang akan menjemputku..
Aduh celakanya diriku, mengapa aku melupakan-Nya, sedangkan Dia tidak pernah melupakan aku..

Sungguh celaka engkau, wahai nafsu, mengapa engkau melupakan Tuhan yang tidak pernah lupa..
Engkau telah diberi sesuatu yang tidak diberikan kepada orang lain..
Semua pemberian itu, di sisi Tuhanku selalu dicatat di catatan yang tidak akan lenyap dan tidak akan rosak..
Sungguh celaka kalau engkau tidak merasa takut dari pembalasan pada hari ketika setiap orang diberi balasan dari kelakuannya, justeru engkau lebih mengutamakan yang fana daripada yang kekal..

Wahai nafsu, celakalah kamu, mengapa engkau tidak merasa takut dengan keadaanmu seperti ini..
Mengapa engkau menyesal ketika engkau sakit dan engkau lalai ketika engkau sihat..
Mengapa engkau merasa susah ketika miskin dan engkau merasa tidak perlu ketika engkau kaya?
Mengapa jika keadaanmu prima engkau malas melakukan amal kebajikan?
Mengapa jika engkau diajak melakukan amal kebajikan engkau merasa malas?
Aku lihat engkau berharap sebelum engkau melakukan ibadah, mengapa engkau tidak beribadah jika mengharap pahala?

Wahai nafsu, celakalah kamu..
Mengapa engkau suka menentang?
Mengapa engkau mengatakan tentang dunia seperti orang-orang yang zuhud, tetapi engkau bersikap seperti orang-orang yang selalu mengharap dunia?
Mengapa engkau membenci kematian?
Mengapa engkau meminta yang terbanyak?
Mengapa jika engkau memberi nafkah, maka engkau hanya memberi sedikit?"

(Hilyah Al-Auliya')

Sunday, November 28, 2010

VOICE OUT



Bismillahirrahmanirrahiim..

Tak pasti patut cakap ke tak..tapi, tak cakap salah, cakap pun salah..yang penting, apa yang nak dikongsi tidak merujuk kepada batang tubuh sesiapa..ini hanyalah berdasarkan pandangan peribadi, yang mungkin banyak silapnya..harapnya, apa yang nak diperkatakan ni tidak bersifat menghukum, tapi lebih kepada sesuatu yang mungkin we should think back..mungkin kadang-kadang kita tahu, cuma terleka sekejap..dan mungkin juga memang tak tahu..wallahu'alam..

macam mana nak mulakan ye..

memang saya bukanlah orang yang banyak tahu tentang ilmu agama, bukan orang yang hebat bercakap di hadapan khalayak, bukan muslimat berjiwa haroki yang hebat/mantap dan lain-lain..semuanya biasa-biasa saja..memang fitrah diri tak suka nak meng'expose'kan diri ke hadapan kot..memang susah nak ubah..tak banyak idea pon yang boleh disumbangkan seperti orang lain yang memang banyak idea dapat dilontarkan..tapi saya tahu saya kena berubah..

tak salah pon jadi orang yang hebat..HEBAT UNTUK ISLAM :)..tapi kena ingatlah, orang yang hebat ni, orang lain akan selalu jadikan dia sebagai figure untuk dicontohi..setiap benda yang nak buat kena jaga, kadang-kadang benda yang tak berapa nak betul pon orang akan ingat benda tu betul..sebab minded orang dah set yang figure ni untuk dicontohi..melainkanlah untuk orang yang tahu nak bezakan mana yang memang betul dan mana yang silap..kita kena ingat, walau hebat macam mana pon seseorang, tak bermakna dia tak kan buat silap..so, kat situlah adanya konsep saling mengingatkan..

saya ingatkan diri saya sendiri, satu jari saya tunjuk kat orang, empat jari lagi berbalik kat diri saya sendiri..mengakui memang banyak silapnya diri ini, terlalu dahagakan tunjuk ajar dan peringatan daripada orang disekeliling..tapi, apa yang terbuku di hati dan berlegar-legar di fikiran membuak-buak untuk diluahkan..ambillah ini semua dari sudut yang positif..

buat yang ada fikrah, kita semua nak jadi pejuang islam..dalam nak menjadi pejuang islam, of course kita kena berjuang dengan diri sendiri..saya tahu, memang susah nak berjuang memerangi nafsu diri sendiri..ada gak orang kata, nak memusnahkan jahiliyah dalam diri..ikutla mana-mana pon..

saya secara peribadi, tak berapa nak setuju dengan perkongsian peribadi terutamanya di laman FB..bukan suatu keperluan untuk kita share setiap perkara yang kita buat, nak zahirkan perasaan sedih ke gembira ke dan lain-lain..kita nak pergi mana ke..nak makan apa ke..lainlah kalau ada mesej yang nak disampaikan disebalik perkongsian tu..seolah-olah kita dah buat diri kita untuk menjadi perhatian orang..

bersahabat di FB kerana siapa?..mestilah kerana Allah kan..tak kan orang ada fikrah pon nak ada FB sebab saja nak suka-suka..kalau kita beralasan b'FB sebab nak berdakwah..yes, JUSTIFY it..tapi janganlah sampai bercampur aduk yang hak dan batil..sampai saya sendiri pon kadang-kadang keliru..kalau sesama jantina tu, mungkin boleh diterimalah kalau saja nak berbual-bual kosong, nak share setiap benda yang dibuat, nak letak gambar banyak mana pon..tapi, mostly yang ada akaun FB friend listnya ada lelaki dan perempuan..so macam tak perlula nak mesra-mesra sangat..takut ada hati yang sakit..

perlu ke nak komen status-status yang tak perlu?..mungkin kita sendiri masih belum matang untuk membezakan status mana yang perlu dan status mana yang tak perlu..jangan salah faham..saya boleh terima perkara ni kalau ianya terjadi dalam kalangan kaum sejantina..tapi, saya agak kurang bersetuju bila perkara seperti ini terjadi antara muslimin dan muslimat..tak tahulah saya, kalau bergurau senda, bercakap apa yang tak perlu antara yang berlainan jantina itu perlu dan dibenarkan dalam Islam..saya pon mungkin kadang-kadang buat perkara yang sama, tolong betulkan dan ingatkan saya..

kita kejar perkara yang besar, tapi kita tinggalkan perkara yang kita anggap kecil..tapi, mungkin kerana tak betul-betul menjaga perkara yang kecil-kecil ni la membuatkan kita tak mampu nak capai perkara yang besar..emm, 'adik-beradik'..tapi kena ingat, kita bukannya adik-beradik sebapa atau seibu..betul ukhuwwah mantap, tapi tetap kena beringat..

saya tak kisah pon nak add ke nak approve ke orang yang berlainan jantina, asalkan betul-betul kuat nak jauhkan fitnah dalam hati..dan yang paling penting, betul-betul bersahabat kerana Allah dan nak berdakwah..jangan kita sendiri yang tersungkur..we ourselves do know our own limits...

semoga Allah mengasihani diri ini dan kita semua..semoga Allah menjauhkan segala perkara yang tidak baik daripada diri ini dan kita semua..i do lots of mistakes..BUT we learn from our mistake..please and please do remind me..kita sayang seseorang bukan sekadar perasaan yang hadir semata-mata, tapi keinginan untuk sama-sama mendapatkan redha Ilahi serta ke syurga Allah bersama-sama..so, kalau kita sayang sahabat, kita akan sentiasa mengingatkan, mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada melakukan yang mungkar..

p/s: ini lebih merujuk kepada apa yang berlaku antara yang berlainan gender..saya tak kisah pon kalau nak suka-suka, nak release tension, nak kongsi kegembiraan kat FB..tapi biarla sesama gender(kena make surela kalau ada yang lain gender komen ke apa, jangan cepat melatah..kalau komen diorang tak perlu di'reply' so tak perlu la nak dipanjang-panjangkan)..kalau dengan kaum keluarga sendiri tu saya memang tak kisah..even, tak salah kalau kita guna FB ni untuk stay connected to our family..~HIDUP DALAM BATAS HUKUM~

Monday, November 15, 2010

..10 minit..




Alhamdulillah..

Suatu perasaan yang positif bila tengok berita pagi tadi..Syukur kepada Allah yang memberikan hidayah kepada hati-hati manusia untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik..

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Razali Daud, mengarahkan semua sekolah di negeri Terengganu memulakan sesi persekolahan dengan membaca Al-Qur'an selama 10 minit..dan setiap program motivasi, perkhemahan dan sebagainya akan dijalankan di masjid-masjid sekitar Terengganu dan tidak lagi akan dijalankan di mana-mana resort atau hotel..

Alhamdulillah, suatu paradigma yang positif..usaha untuk membudayakan bacaan Al-Qur'an serta menghidupkan masjid-masjid..Al-Qur'an panduan hidup, memang selayaknya didahulukan berbanding perkara-perkara lain..semoga usaha ni, akan berterusan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam..memang masjid berperanan besar kalau disingkap balik sirah zaman Nabi Muhammad S.A.W. dahulu..masjidla tempat pengajian, tempat bermusyawarah dan sebagainya..{rujuk sendiri fiqh sirah ;)}..

Tak guna buat masjid besar-besar, tapi kosong dengan pengisian..tak guna ada masjid cantik-cantik, tapi akhlak ummah semakin buruk..optimumkan penggunaan masjid, jom pakat jadi kaki masjid terutamanya kaum muslimin..semoga hati kalian terlekat di masjid :)..if setiap kali lima waktu, penuh masjid-masjid dengan para jemaah muslimin, itu sudah cukup untuk menggerunkan hati mereka yang ingin melenyapkan agama Allah di muka bumi ini..

Teringat dulu pernah terbaca tentang satu artikel, tak ingat tajuk apa dan lupa dalam buku apa..yang penting, artikel tu mengenai satu kelab beruniform di sebuah sekolah menengah..penasihat kelab tu seorang ustaz..for me, ustaz ni pandai memainkan peranan dan bijak menggunakan posisi yang dia pegang..suatu pendekatan yang jarang kita jumpa untuk seorang tenaga pengajar yang cukup dekat dengan para pelajar meng'amalkannya..ustaz ni meng'amalkan budaya disiplin dalam kalangan ahli kelabnya dengan amal-amal yang berbentuk islamik..mendidik dengan jiwa rabbaniyyah..dia mensyaratkan ahli kelabnya untuk menghafaz surah-surah tertentu if nak naik pangkat..if lepas hafazan baru boleh naik pangkat..selain tu, untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli kelab, mereka semua dikehendaki melakukan solat jemaah..

memang kita semua alkmaklum, solat jemaah memang penting untuk menyatu-padukan ummah..so, kalau nak ummah kita kat Malaysia ni bersatu-padu, kenalah promosikan solat jemaah melebihi promosi-promosi lain..hiburan semata-mata bukan makanan untuk hati..tak salah berhibur, tapi biarla kena dengan syariat islam..jangan samapai solat pun ditinggalkan semata-mata nak kejar konsert..confirm tak betul..

Al-Qur'an Pemberi Syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
(Riwayat Muslim)

Membanyakkan Masa Iktikaf di Masjid

Daripada Abu Darda' r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla memberi jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya akan keamanan dan melepasi titian Sirat pada hari kiamat." (Riwayat al-Bazzar)

Berulang-alik ke Masjid

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang Allah akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, November 7, 2010

mencari hikmah di sebalik ujian...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, two papers more to go..struggle..

Dalam hidup ni, memang kita akan sentiasa diuji..sama ada diuji dengan kesenangan atau sebaliknya..yang pasti, diuji dengan kesenangan membuatkan kita hanyut dengan kesenangan kalau lupa untuk mensyukuri nikmat kesenangan yang Allah pinjamkan untuk kita..sebab, anytime je Allah boleh tarik balik nikmat kesenangan yang Dia pinjamkan..tapi, sebaliknya kalau diuji dengan kesusahan, mala petaka, kesedihan, itu semua mudah untuk membuatkan kita mengingati Allah..itu juga tanda kasih sayang-Nya..Allah masih mahu kita kembali kepada-Nya dan tidak terus leka dengan kehidupan yang dipenuhi keseronokan dunia semata-mata melainkan mereka yang inginkan KEHIDUPAN BERTUHAN..

Kalau diimbas kembali, sepanjang ruh masih bersama jasad ini, terlalu banyak perkara yang berlaku..segala ujian nikmat kesenangan dan kesusahan silih berganti..gembira dan sedih..pahit dan manis..kejayaan dan kegagalan..tenang dan berkecamuk..macam-macam lagi..

Kadang-kadang, diuji dengan musibah..kereta orang langgar..kematian insan yang disayangi..duit hilang..report diconteng oleh anak buah..(contoh je..banyak lagi perkara lain..dan selalunya, kita secara sedar atau tak akan cakap, "kalaula aku tak parking kat sini, mesti tak kena langgar..".."kalaula aku tak tinggal beg kat sini tadi, mesti duit tak hilang..".."kalaula aku letak report ni kat dalam file, mesti tak kena conteng.."..

Hakikatnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..kita yang kena belajar untuk mencari hikmah disebalik setiap ujian itu..tertarik dengan penulis buku 'Tribute buat nenda', Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid..beliau mengajak pembaca buku tersebut untuk mengambil pengajaran dari kisah Nabi Yusuf 'Alaihissalam..

Nabi Yusuf ialah seorang Nabi Bani Israel yang terkenal kisahnya digoda oleh Zulaikha..Al-Qur'an menutup tirai kisah tersebut dengan menyempurnakan janji-Nya sebagaimana firman-Nya:

"Demikianlah KAMI membalas orang yang berbuat baik" (surah Yusuf:22)

Setelah mengalami ujian demi ujian, kesukaran demi kepayahan akhirnya Baginda menjadi pemerintah Mesir..sudah pasti tidak sekejap masa yang diambil untuk sampai ke kemuncak ini..seperti kata penulis lagi, terlalu banyak episod dan babak yang perlu dilalui dan dilakonkan..semuanya dalam pengetahuan Allah walaupun kita yang membaca kisah ini hingga ke akhirnya hanya mengambil masa sedetik cuma..

12 kali JIKALAU

Penulis mengajak kita menoleh ke belakang..melihat kronologi episod-episod kisah Nabi Allah Yusuf ini..bagaimana kebaikan dan hikamah itu datang setelah ujian dari-Nya silih berganti..

Jikalau saudara-saudara Yusuf tidak mengkhianatinya sudah pasti Yusuf tidak akan dibuang ke dalam Jubb (telaga)..

Jikalau Yusuf tidak dibuang ke dalam Jubb, pasti musafir tidak akan menjumpainya..

Jikalau musafir tidak menjumpainya, pasti Yusuf tidak akan dibawa ke Mesir..

Jikalau Yusuf tidak dibawa ke Mesir, pasti Yusuf tidak akan dibeli oleh Qithir..

Jikalau Qithir tidak membeli Yusuf, pasti Yusuf tidak akan bertemu dengan Zulaikha..

Jikalau Yusuf tidak bertemu dengan Zulaikha, pasti Yusuf tidak akan digoda olehnya..

Jikalau Yusuf tidak digoda Zulaikha, pasti Yusuf tidak akan difitnah oleh Zulaikha..

Jikalau Yusuf tidak difitnah, pasti Yusuf tidak akan dimasukkan ke dalam penjara..

Jikalau Yusuf tidak masuk penjara, pasti Yusuf tidak akan bertemu dengan 2 orang pelayan Raja Mesir..

Jikalau Yusuf tidak bertemu dengan pelayan Raja Mesir, pasti Yusuf takkan bertemu dengan Raja Mesir lalu mentafsirkan mimpi 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai tanaman hijau dan yang selebihnya adalah kekeringan dan kekuningan..

Jikalau Yusuf tidak mentafsirkan mimpi raja dan menyelamatkan Mesir dari kemarau, pasti Mesir tidak akan terhutang budi pada Yusuf..

Jikalau Mesir tidak terhutang budi, pasti Yusuf tidak akan dilantik menjadi Pemerintah Mesir..

slips of fingertips nak taip ni..huh, boleh tahan banyak juga jikalaunye..pandanglah dengan mata hati, jangan terlalu mudah untuk menilai dengan mata zahirnya..itulah kuasa Allah yang MUTLAK..apabila Allah berkehendakkan sesuatu, maka tiada siapa yang mampu menghalangnya..carilah keindahan dalam setiap kesukaran..semoga sentiasa bersangka baik dengan Allah, menjadi sumber ketenangan di hati..;-)

Tuesday, November 2, 2010

menghitung...


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..

Dalam fatrah exam sebegini, masing-masing sibuk untuk study..nak makan pon berkira-kira, takut kalau itu membazir masa..hebat kan kuasa exam ni..sampai yang sanggup tak tidur pon ada..terpulangla kepada diri masing-masing, yang paling penting ialah know your limits..

dalam fatrah exam juga, orang akan sibuk menghitung berapa lagi bab yang perlu dihadam..menghitung setiap masa yang berlalu sebab takut tak sempat habis study..menghitung berapa paper lagi yang tinggal..menghitung berapa hari lagi nak balik..setuju?...

tapi, dalam kesibukan semua itu, even kalau bukan dalam fatrah exam pon, mungkinkah terfikir untuk kita menghitung setiap dosa yang kita lakukan sehari-hari?...emmm..kalau dihitung dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang agak-agaknye brape angka untuk dosa-dosa tersebut..Astaghfirullah..terkesan dengan kisah SUFYAN ATHAURI..siapakah insan ini?...

Sufyan Athauri ialah seorang tabiin yang merupakan murid kepada Abdullah bin Mas'ud..sufyan athauri telah menghitung-hitung butiran dosanya..sepanjang ingatannya itu ternyata jumlah dosa yang pernah dilakukannya ialah sebanyak 21 ribu dosa..maka bercucuranlah air matanya sambil berbisik:

"Ini adalah pada hitunganku. Apatah lagi yang aku terlupa untuk menghitungnya tetapi dihitung oleh Allah yang Maha Menghitung."

lalu berazamlah sufyan athauri untuk beristighfar bagi setiap dosanya itu..lantas apabila beliau mula beristighfar bagi setiap dosanya tersebut, maka ingatlah pula ia terhadap dosa-dosa lain yang pernah dilakukan..SubhanaLlah..

kata 'ulama:
"Menangislah! Menangislah mengenangkan dosa-dosamu..sekiranya kamu tidak mampu untuk meratapi dosa-dosamu itu, menangislah kerana kamu tidak mampu menangis!"

sama-sama berusaha untuk memperbaiki hati dan membersihkan segala kotoran yang ada padanya dengan air mata taubat, penuh keinsafan..tanyalah pada hati andai terlalu sukar untuk mengalirkan air mata keinsafan..

"sesungguhnya di dalam hati itu ada satu kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan Allah..dan di dalamnya ada satu kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali Allah dan taat pada-Nya..dan di dalamnya ada satu kesepian yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan rasa cinta pada-Nya dan selalu mengingati-Nya..dan jika seorang hamba diberi seluruh dunia beserta segala isinya pun masih belum dapat mengisi rasa kekosongan ini.." ~Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

bersama-sama menghargai setiap detik yang Allah rezekikan dengan mentaati Dia yang Maha Memberi segalanya..dari Dia kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali..salam mujahadah!!!

Friday, October 22, 2010

miss them so much!


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...

Ya Allah,Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda...

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita...
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita...
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya...
Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya...
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini...
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

source-http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.msg158405#msg158405

~sayang mak, sayang mak, sayang mak..sayang ayah..i will do anything that can make both of u happy..just pray for me to be an obey and good daughter..seeking my parents pleasure is seeking for Allah's pleasure..never broke their heart...:)

Sunday, August 1, 2010

angkara DUIT di bawah sejadah

Diriwayatkan oleh Ikrimah bin Abu Jahal, bahawa pada suatu ketika ada seorang lelaki yang pergi ke sebuah pokok yang disembah oleh penduduk kampungnya.. Lelaki itu marah dengan perbuatan tersebut yang sudah terang-terang mensyirikkan Allah, maka diambilnya sebilah kapak serta naik ke atas sebuah kuda menuju ke arah pokok berkenaan untuk menebangnya..

Tiba di pertengahan jalan, lelaki itu telah dihalang oleh iblis yang menjelma dalam rupa seorang manusia.. Berkatalah iblis kepada lelaki soleh itu, "Engkau hendak pergi ke mana?"

Jawab lelaki soleh, "Aku hendak pergi ke sebuah pokok yang disembah oleh orang ramai sebagai sembahan selain daripada Allah dan aku telah berjanji kepada Allah untuk menebangnya."

Iblis pon memberi amaran kepadanya, "Apa urusanmu dengan pokok itu? Biarkanlah, jangan sesekali kau cuba menebangnya."

Tetapi lelaki soleh itu tetap teguh pada pendiriannya untuk menebang pokok tersebut bagi mengelakkan orang ramai menjadi syirik. Kedu-dua mereka bergelut dan lelaki soleh itu berjaya menghumban tubuh iblis sebanyak tiga kali..

Setelah berasa tidak mampu untuk terus berlawan, iblis terpaksa menyerah kalah.. Dia merayu kepada lelaki soleh itu dengan berkata, "Baliklah kau ke rumahmu sekarang dan aku akan memberimu empat dirham setiap hari."

Lelaki soleh itu bertanya, "Benarkah engkau akan menepati janjimu itu?"

Jawab iblis, "Ya."

Maka pulanglah lelaki itu ke rumahnya. Sampai di rumah, lelaki soleh itu meneliti di bawah sejadahnya. Dia terkejut apabila mendapati di bawah itu ada empat keping dirham .. Begitulah yang berlaku selama tiga hari berturut-turut..

Bagaimanapun, selepas itu lelaki tersebut mendapati tidak ada lagi empat dirham di bawah sejadahnya.. Lantas dia pun mengambil kapak lalu memecut kudanya menuju ke arah pokok berkenaan..

Sekali lagi, berdirilah iblis dalam bentuknya dahulu untuk menghalang perjalanan lelaki itu. Iblis bertanya kepadanya, "Engkau hendak pergi ke mana?"

Jawab lelaki tersebut, "Aku ingin menebang pokok itu."

Mereka bertengkar dan kemudiannya bergelut.. Tetapi kali ini iblis berjaya menghumban tubuh lelaku berkenaan sebanyak tiga kali.. Maka hairanlah lelaki itu dan dia bertanya, "Kenapa kali ini engkau dapat mengalahkan aku, sedangkan sebelum ini aku yang berjaya mengalahkan engkau."

Jawab iblis, "Kerana kedatanganmu pada kali pertama adalah kerana Allah.. Dalam keadaanmu itu, jika semua anak buahku berkumpul dan cuba menghalang, mereka tidak akan dapat mengalahkanmu."

Itulah salah satu bukti kekuatan yang lahir dalam diri seorang hamba-Nya yang kerdil bila mana di hatinya sentiasa ada Allah dan setiap apa yang ingin dilakukan semuanya adalah kerana Allah..tetapi, bila mana apa yang hendak dilakukan bukanlah kerana Allah semta-mata, kekuatan itu terus hilang..kenapa??

hidup yang bermatlamatkan Allah..words that are easy to say..BUT..it needs a great strength to mujahadah with any obstacles and tests from Allah..no wonder, for whatever we said usually we might be tested..apepun setiap ujian dan nikmat yang datang, semua datangnya dari Allah..so, pujuklah diri untuk sentiasa berbaik sangka kepada-NYA..semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.. insyaAllah..barakaLlahu'alaikum..:-)

Wednesday, July 28, 2010

first lecture for OTOLOGY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah,lecture yang sangat best dari seorang lecturer yang juga seorang specialist ENT..cukup Islamik..kalau semua lecturer berfikiran macam doktor ni, insyaAllah semakin ramai yang bertungkus lumus untuk menjadi muslim soleh dan muslimah solehah..figure yang boleh dicontohi..

bermulanya kelas dengan mengamalkan adab-adab Islam..mungkin nampak perkara yang cukup basic seperti mulakan dengan Al-Fatihah and bacaan do'a...tapi sedihnye tak ramai lecturer yang mengamalkannya..tapi bukan silap lecturer sepenuhnya, mungkin silapnya datang daripada students seperti saya sendiri yang kadang-kadang tak berani pon nak propose to the lecturer to begin the lecture with that kind of thing...

hampir satu jam kami berta'aruf dan diberikan tazkirah oleh dr.sayuti..kata-kata yang cukup terkesan di hati..sepanjang lecture dapat rasa kelainannya bila mana hati sentiasa berhubung dengan Allah..setiap apa yang diajarkan, dr.sayuti akan cuba untuk relate dengan Islam..ni baru rasa betul2 lecture in IIUM..

"Bersungguh-sungguh untuk apa yang akan dtinggalkan TETAPI bersungguh-sungguh tak kita dengan apa yang akan dihadapi?"...satu persoalan yang dilontarkan oleh dr.sayuti kepada kami..betul, kadang-kadang kita tak perasan or kadang-kadang kita terlupa..kita impikan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, kita nak kejar kekayaan dunia..TAPI, kita tinggalkan ibadah-ibadah kita...kita tinggalkan hubungan kita dengan Allah..terutamanya solat lima waktu..bermakna kita tinggalkan apa yang kita akan hadapi...sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab..that's the thing but we might sometimes take it for granted..

apa yang diluahkan oleh dr. sayuti memang realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang..memang tak perlu dinafikan, memang ramai yang menjadikan SAKIT sebagai alasan untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah iaitu untuk solat..so far, ramai yang menjadikan masuk wad sebagai lesen besar untuk tidak menunaikan solat..sedangkan sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita...tapi, kita menambahkan lagi dosa besar ke atas diri kita..what should be is we become closer to Allah but what happened is we become far away from Allah..

so, tugas siapa untuk memberi kesedaran bagi membetulkan kesilapan ini?

dr.sayuti memang banyak menyedarkan kami dengan realiti yang berlaku sekarang..peratus yang bersolat sahaja sudah sedikit..itu yang bersolat..tetapi yang solat berjemaah bagi yang lelaki berapa ramai??dalam kalangan yang bersolat itu sendiri berapa ramai pula yang betul-betul menghayati solatnya??berapa ramai yang betul-betul sempurna solatnya??

as muslim students, it should be a must for us to practice islamic ethics..it's a good chance for being a health professional and at the same time being the one who promote the beauty of Islam to the patients and others..

akhir kata, sama-sama kita renungi, seseorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlak yang mulia dan terpuji, meninggalkan perbuatan maksiat dan syubhat kerana amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada 'aqidah yang sahih kepada Allah...wallahu'alam...

Thursday, June 10, 2010

YAHUDI DURJANA

Ia adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.."

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.. TETAPI sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman..nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan..so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam..makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini..

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan..NAMUN sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu..cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck..Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka..

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, NAMUN kambing juga adalah makanan Nabi kita..seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita ni..SEBENARNYA daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol..

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans..

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi.. coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi)..dan para Melayu kita juga yang ketagih minum..

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), NAMUN sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan...selain itu juga soya dapat meningkatakan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan hormon estrogen kat wanita..pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..



Monday, May 31, 2010

bahagia bila m'gembirakan

Bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu berkesempatan untuk join ziarah..sekadar menjadi 'driver' dan menyampaikan sumbangan dari hamba Allah kepada mereka yang memerlukan..pengalaman yang cukup menarik dan memberi kesan buat diri ini..selama ni, jarang kot pergi ke rumah-rumah yang sebegitu..sekadar menontonnya di televisyen seperti yang disiarkan dalam rancangan Bersamamu..

Selalu mak pesan, kita jangan terlalu suka tengok orang yang hidup mewah..kena selalu tengok orang yang hidup lagi susah dari kita untuk muhasabah diri..ye, ziarah pada pagi tu memang mebuatkan hati ni tersentuh..

Selama ni, kalau pergi mana-mana just tengok rumah-rumah yang ada kat tepi jalan je...jarang nak selidik rumah kat dalam-dalam..tapi, bila berkesempatan untuk pergi ziarah kat rumah-rumah yang 'terpinggir' ni barula nampak realiti kehidupan masyarakat yang kurang berkemampuan..

ya ALLAH, sedihnya tengok..yang paling buat hati ni tersentuh, bila tengok anak-anak diorang mandi kat luar rumah..tak ada penghadang langsung..di tambah lagi dengan terpaksa menadah air untuk mandi..masuk lagi kat kawasan dalam, rumah sepasang warga emas i thought..memang keadaan rumah yang tak terurus...gelap..suaminya seperti sudah hilang keupayaan melihat..menurut seorang mak cik yang turut menemani sebagai penunjuk jalan, rumah mak cik dan pak cik ni macam tak ada toilet..mandi pun kat luar..tapi sekurang-kurangnya masih bernasib baik sebab ada paip air di tangga rumahnya untuk apa-apa keperluan..

sepanjang berada kat rumah mak cik ni, memang banyak perkara yang bermain di fikiran..tapi yang penting, bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk melihat semua ni betul-betul di hadapan mata..tak tahula boleh ke tak aku hidup dalam keadaan sebegitu..kalau rasa banyak sangat ujian yang datang, tapi ada lagi orang yang diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..
memang zalim la diri ini kalau tak tahu lagi nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi selama hidup kat dunia ni..

tapi bahagia sangat bila tengok kegembiraan dari diorang apabila diberikan sumbangan..sumbangan berupa keperluan dapur yang tak seberapa tapi sinar kebahagiaan dari diorang memang cukup membahagiakan..mungkin itulah hakikat hidup, bahagia apabila kita membahagiakan orang lain...apalagi bila mana menggembirakan orang yang sedang dalam kesusahan..semoga diri ini mampu untuk turut sama mengikuti sifat mahmudah hamba Allah yang menyumbang tersebut..erm menambahkan lagi keazaman diri ini untuk menjadi orang yang berjaya supaya dapat berbakti kepada ummah..insyaAllah...semoga jika saat itu tiba, Allah jauhkan sifat kedekut dalam diri dan dikurniakan Allah dengan sifat yang pemurah..

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan." Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidat melihat balasan kepadanya selain syurga.."

Tuesday, April 27, 2010

..wondering..

If Prophet Muhammad visited you just for a day or two, if he came unexpectedly, I wonder what you would do? Oh I know you would give your nicest room, to such an honored guest, and you would serve him you very best..

You would be the very best, cause you're glad to have him there, that serving him in your home would be a joy without compare..but, when you see him coming, would you meet him at the door with your arms outstretched in welcome to your visitor?

Or..would you have to change your clothes before you let him in? or hide some magazines and put the Qur'an where they had been?

Would you still watch those movies, or your tv set? Or would you switch off, before he gets upset..

Would you turn off the radio and hope he had not heard? And wish that you did not utter your last loud hasty word?

Would you hide your wolrdly music and instead take out Hadith books? Could you let him walk right in or would you rush about?

And I wonder, if the Prophet S.A.W. spent a day or two with you, would you go on doing the things you always do? Would you go right on and say the things that you always say?

Would life for you continues as it does from day to day...

Would your family conversations keep up their usual pace? And would you find it hard each meal to say table grace?

Would you keep up each and every prayer? Without putting on a frown? And would you alyways jump up early for fajr at dawn?

Would you sing the songs you always sing? And read the book you read? And let him know the things on which your mind and spirit feed?

Would you take Prophet Muhammad with you, everywhere you plan to go? Or would you maybe change your plans, just for a day or so?

Would you be glad to have him meet your very closest friends? Or would you hope they stay away until his visit ends?

Would you be glad to have him stay forever on and on? Or would you sigh great relief when he at last was gone?

It might be interesting to know the things that you would do if Prophet Muhammad came and spend some time with you...

Leave it to you to be answered by you yourself..only Allah knows everything..

i get all those questions from a risalah when i'm at CFS IIUM..where at that time i'm around 18..now going to be 20..wondering what i have done for islam???

Usamah bin Zaid mengetuai angkatan perang ketika berusia 19 tahun...
Muhammad Al-Fatih membebaskan Constantinople saat usianya 23 tahun...

tapi apa yang telah aku capai untuk dipersembahkan kepada Allah?
semoga sedikit perkongsian ini menjadi saksi perjuanganku di jalanMu..


"Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa"
(Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti Keadilan)


~semoga kita semua bukan pengkhianat kepada agama Islam..

Sunday, April 25, 2010

keutamaan Al-Ma'thurat

Al-Ma'thurat ialah himpunan do'a dan wirid harian yang di'amalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ia dikumpul daripada kitab-kitab hadis yang sohih oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna r.a..

Ber'amal dengan wirid Ma'thurat digalakkan kerana ia adalah himpunan wirid yang telah disaring bersumber daripada sunnah Rasulullah s.a.w. sendiri.. Di dalamnya terdapat berbagai wirid dan do'a dengan berbagai tujuan.. Meng'amalkan Ma'thurat dapat mendidik hati agar sentiasa mengingati Allah dan memberikan kelapangan dan ketenteraman jasmani dan rohani..

Di dalamnya terdapat 'amalan-'amalan untuk menguatkan keimanan, menghindarkan tekanan hidup, menghindarkan mara bahaya, istighfar, mensyukuri nikmat, tasbih, memohon kesihatan yang baik dan sebagainya..

Orang yang meng'amalkan Ma'thurat dengan tekun pada setiap hari di waktu pagi dan petang akan merasai betapa perbezaan hari-hari yang tidak dimulai dan disudahi dengan zikir al-Ma'thurat ini..


Al-Ma'thurat boleh dibaca pada waktu pagi dan petang mengikut kelapangan waktu bagi seseorang..Wirid al-Ma'thurat dicadangkan untuk di'amalkan oleh mereka yang mahu menjadikannya sebagai wirid harian, kerana tiada pertikaian dalam kalangan 'ulama' tentang kesahihan sumber dan kandungannya...


Kalau tak mampu dengan al-Ma'thurat Kubra, insyaAllah sama-sama berusaha untuk istiqamah dengan Al-Ma'thurat Sughra...menghafal direct al-Ma'thurat memang agak berat...kaedah paling senang, baca setiap pagi dan petang untuk setiap hari sambil tengok ayat dan kalau berkesempatan tengok dan baca maksudnya sekali..(insyaAllah lagi terkesan di hati)..takkan rasa berat or terbeban untuk ingat bacaan al-Ma'thurat..insyaAllah akan sampai satu masa kita akan terbiasa dengan bacaan tersebut...dengan izin Allah, automatik boleh ingat terus bacaan al-Ma'thurat..

Saturday, April 24, 2010

peringatan buat diri

Rasulullah S.A.W. pernah berkata:

"Allah memberi 5 wasiat kepadaku ketika aku diisra'kan:

...jangan kau gantung hatimu pada dunia kerana Aku tak ciptakan dunia untukmu.

...jadikan cintamu kepadaKu.

...bersungguh-sungguhlah kau mencari syurga.

...putuskan harapanmu dari mahkluk kerana tiada sedikit pun kuasa pada mereka.

...rajinlah bertahajjud kerana pertolonganKu pada qiamullail."

Allah khususkan di penghujung malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:


ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له

“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”.`(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

sama-sama kita rebut tawaran hebat dari Allah khusus untuk hamba-Nya...mengadu kepada manusia, kadang-kadang mereka itu sekadar pendengar yang baik sahaja...tapi, pengaduan kepada Allah adalah pergantungan sepenuhnya diri kepada Allah...Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..tiada apa yang mustahil pada-Nya...Allah satu-satunya yang dapat memberikan pertolongan dan penyelesaian terbaik kepada hamba-Nya..kadang-kadang, mengadu kepada manusia tetap membuatkan hati jadi tak tenang, malah mungkin juga menjadi makin bertambah tidak tenang.. nasihat atau saranan yang diberi mungkin juga tidak benar-benar menepati syari'at Islam..tapi, duhai diri..percayalah, yakinlah sepenuhnya..mengadulah kepada Allah...PASTI AKAN HADIR KETENANGAN DALAM HATI...ya Allah, kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan...



Friday, April 23, 2010

~words from a mom~

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

hakikat bertudung itu...

Bertudung suatu kewajipan..tapi, sedih tengok semakin ramai rakan-rakan yang meninggalkan kewajipan ini..memang hidayah itu milik Allah, ya hari ini aku masih istiqamah bertudung tapi pada masa akan datang siapa tahu adakah aku masih mampu untuk istiqamah dengan kewajipan ini...bukan niat di hati untuk memburukkan sesiapa, tapi fahamilah kewajipan ini duhai sahabat-sahabatku tersayang..kita sama-sama terdidik di sekolah agama, title 'sekolah agama' sudah cukup mengingatkan tanggungjawab kita as 'muslimah'...insyaAllah sama-sama mengingatkan...andai sahabat terleka, kita sama-sama ingatkan...dan andai diri ini yang terleka, sahabat semua yang mengingatkan..semoga dengan cerita ni dapat membuka hati kita...

Ini cerita tentang adikku Nur Annisa, gadis yang baru menginjak dewasa namun agak keras dan tomboy. Pada saat umur adikku menginjak 17 tahun, perkembangan dari tingkah lakunya agak mengkhuatirkan ibuku, banyak teman lelakinya yang datang ke rumah dan itu tidak menyenangkan ibuku sebagai seorang guru agama.

Untuk mengelakkan hal itu ibuku menyuruh adikku memakai tudung, namun selalu ditolaknya hingga timbul pertengkaran-pertengkaran kecil diantara mereka. Pernah sekali adikku berkata dengan suara yang agak keras "Mama cuba lihat, jiran sebelah anaknya pakai tudug namun kelakuannya tak banyak beza pun, malah kawan-kawan Ani yang disekolah yang pakai tudung selalu keluar dengan lelaki-lelaki, sering jalan-jalan. Namun Ani tidak pernah buat macam tu pun". Apabila sudah seperti itu ibuku hanya mengelus dada, kadangkala di akhir malam kulihat ibuku menangis,sayu mendengar doanya "Ya Allah, tunjukkan Ani dengan hukum Engkau".

Pada satu hari berhampiran rumahku, ada jiran baru yang baru pindah. Satu keluarga mempunyai enam anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, aku kenal dengannya waktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka pindah timbul desas-desus mengenai isteri Abu khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga digelarkan si buta, bisu dan tuli. Hal ini terdengar pula oleh adikku, dan dia bertanya sama aku "bang, betul ker yang baru pindah itu isterinya buta, bisu dan tuli?". Terus aku jawab sambil berlalu "kalau kamu nak tau, datang jelah ke rumahnya". Tak ku sangka adikku betul-betul datang kerumahnya. Sekembalinya dari rumah jiranku, kulihat perubahan yang drastik pada wajahnya, wajahnya yang biasa cerah tidak pernah muram atau lesu menjadi pucat.

Entah apa yang terjadi..?

Namun tidak kusangka selang dua hari kemudian dia meminta pada ibuku untuk di buatkan tudung, yang labuh lagi dengan jubah panjang. Aku sendiri jadi bingung. Aku tambah bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana kulihat perubahan yang ajaib.

Ya, kubilang ajaib kerana dia berubah secara total. Tidak banyak lagi lelaki yang datang kerumah atau teman-teman wanitanya untuk sekadar berborak kosong. Kulihat dia banyak merenung, banyak membaca majalah islamik, yang kebiasaannya dia suka membeli majalah hiburan malah kulihat ibadahnya pun melebihi aku. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunatnya. Dan yang lebih menakjubkan lagi, apabila rakanku datang dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau ya Allah SWT jerit hatiku..

Tidak berapa lama aku mendapat panggilan kerja di Kuala Lumpur, kerja di satu syarikat minyak. Dua bulan aku bekerja disana aku dapat khabar bahawa adikku sakit tenat hingga ibuku memanggilku untuk pulang ke rumah. Di pesawat aku tak henti berdoa kepada Allah SWT agar adikku diberi kesembuhan, namun aku hanya berusaha. Ketika aku tiba di rumah, di depan pintu sudah banyak orang. Tak dapat kutahan lantas berlari masuk kedalam rumah.

Kulihat ibuku menangis...

Aku langsung menghampiri dan memeluk ibuku. Sambil tersekat-sekat ibuku memberitahuku, "hadi, adikkmu dapat mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya", tak dapat kutahan linangan air mata ini...

Setelah selesai acara pengebumian dan urusan lainnya, terus aku masuk ke bilik adikku dan kulihat diari diatas mejanya. Diari yang selalu dia tulis, diari tempat dia menghabiskan waktunya sebelum tidur sewaktu adikku masih hidup, kemudian kubuka selembar demi selembar, hingga tertuju pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihatiku.

Perubahan yang terjadi ketika adikku baru pulang dari rumah Abu Khoiri. Disitu kulihat soal jawab antara adikku dengan isteri dari jiran tetanggaku.

(kulihat dilembaran itu banyak bekas airmata)

Annisa: aku tergamam (wajah wanita ini cerah dan bersinar layaknya seperti bidadari). kakak, wajah kakak sangat muda dan cantik.

Isteri jiran : Alhamdulillah, sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi akak kan dah ada 6 orang anak tapi masih kelihatan cantik.


Isteri jiran: Subhanallah, sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak, siapakah yang dapat menolaknya..

Annisa: Akak, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, namun saya selalu menolak kerana saya pikir tiada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya menjaga akhlak dan saya lihat banyak wanita memakai tudung namun kelakuannya lebih teruk melebihi kami yang tidak memakai tudung hinggakan saya tidak pernah ingin untuk memakai tudung. Bagaimana pandangan akak?!?

Isteri jiran: Annisa ku sayang, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah hijab untuk wanita..

Annisa: Tapi kak yang saya lihat banyak wanita bertudung yang kelakuannya tidak sopan..

Isteri jiran: Tudung hanyalah kain, namun hakikat atau erti dari bertudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apa itu hakikat tudung kak?

Isteri jiran: Hakikat tudung adalah hijab lahir batin, hijab mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, hijab lidah kamu dari berghibah dan berkata sia-sia. Usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT, hijab telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu maupun masyarakat, hijab hidungmu dari mencium-cium segala yang berbau busuk, hijab tangan-tangan kamu dari berbuat yang tidak senonoh,hijab kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, hijab fikiran kamu dari berfikir yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, hijab hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah faham maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Akak, saya dah jelas sekarang tentang erti bertudung, mudah-mudahan saya mampu untuk memakai tudung. Namun bagaimana aku mampu melaksanakan semuanya???

Isteri jiran: Sayangku Nisa, apabila kamu memakai tudung itulah kurnia dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bila kamu mensyukuri rahmat itu kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan tudung hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Annisa, ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. Ketika ditiup terompet yang kedua kalinya pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang sangat luas tanpa batasan, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh nabi ketakutan, ketika ibu tidak memperdulikan anaknya, anak tidak memperdulikan ibunya, sanak saudara tidak kenal satu sama lain lagi, kekadang satu sama lain boleh menjadi musuh, satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya mempedulikan nasib dirinya,dan pada saat itu ada yang berkeringat kerana rasa takut yang luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa-rupa bentuk manusia bermacam-macam bergantung dari amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, badan yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka..!!! SANGAT MURKA..!!

Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.. Hingga ribuan tahun manusia didiamkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara, itulah hari Hisab..!!

Annisa, apabila kita tidak berusaha untuk beramal dihari ini, entah dengan apa nanti kita menjawab bila kita di hakimi oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. Allah SWT..

Sampai disini aku baca diari nya kerana kulihat banyak terhenti dan banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah, ku selak lembar berikutnya dan kulihat tulisan tercoret dengan tulisan kecil di bawahnya,

"buta, tuli dan bisu"- wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah ingin mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.

Tak tahan airmata ini pun jatuh...

Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amiin..

Sunday, April 11, 2010

to all FACEBOOKers...

almost everyone ada akaun facebook..lately, memang ramai yang mempersoalkan tentang penggunaan facebook..even tajuk perdebatan kelab debat UIA pon berbicara mengenai facebook..me myself pon pernah mencoretkan entry berkaitan facebook yang b'tiltle 'virus facebook'..kali ni sekadar nak berkongsi TIP PENGGUNA FACEBOOK..

1. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
*kalau masing-masing memainkan peranan untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, insyaAllah kita boleh wujudkan suasana facebook yang bermanfaat untuk Islam...tapi, kita lebih eager untuk berbicara mengenai diri sendiri...if perkara yang bermanfaat it's ok...tapi kalau sekadar nak menzahirkan perasaan better elakkan...

2. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan latar belakang pendidikan.
*alhamdulillah, setakat yang tertengok profile kawan-kawan mostly letak perkara-perkara basic je...

3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi(khususnya bagi wanita) tanpa had. Tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu diingat ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat Facebook.
*isu ni pon banyak dipersoalkan..secara peribadi, tak perlu kot nak letak gambar..banyak lagi cara orang boleh kenal kita..lagi pon, kat facebook better kita add or accept orang yang betul-betul kita kenal..bukannya nak mencari atau menambah kenalan baru yang berlainan jantina..atas dasar apa kita add or accept dia?mungkin bagi kita, kita rasa tak ada apa-apa pun kita letak gambar kat facebook, tapi mungkin kita tak tahu kalau-kalau gambar yang kita letak tu boleh menimbulkan masalah hati kat sesiapa..ni bukan soal perasan atau tak, tapi mengelakkan diri dari menjadi fitnah kepada orang lain lagi penting..bila ada orang yang mengingatkan kita dengan berkongsi artikel-artikel mengenai pendapat 'ulama, ustaz or sesiapa saja yang faqih dalam agama, kita selalu nak persoalkan walaupun benda tu dah nyata..mungkin sukar untuk kita mengubah hakikat kebenaran itu..mungkin juga,kita tak letak pon gambar kita kat facebook, tapi gambar kita ada di akaun facebook kawan-kawan kita..apa nak buat?erm, kalau tak mampu nak minta kawan kita remove gambar-gambar tersebut, kita remove je la tag kawan kita tu..sekurang-kurangnya, gambar tu tak ada kat dalam akaun Facebook kita..

4. Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan memuat turun gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya(khususnya wanita), apatah lagi yang benar-benar mendedahkan aurat.
*of course, if letak gambar pon sesetengah orang yang faqih dalam agama pon cakap tak boleh apatah lagi kalau sampai tahap gambar yang tak menutup aurat..

5. Elakkan ghibah(mengumpat) dalam Facebook kerana telah terang lagi bersuluh bahawa mengumpat yang diibaratkan memakan bangkai saudara sendiri itu haram hukumnya.
*better elakkan dari menimbulkan isu mengenai diri orang lain sebagai topik perbualan..

6. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain.
*boleh muhasabah and koreksi balik diri sendiri..

7. Tidak terlibat dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya..
*mungkin, dalam hidup kita terlalu banyak perkara untuk "suka-suka"..when the time to be serious for Islam will come?

8. Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook, sama ada atas dasar "suka-suka" atau sebaliknya.
*soal 'akidah..ini bukan perkara main-main..

9. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai malah ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana Facebook. Maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk pelbagai kejahatan dan ketamakan.
*fikir-fikirkan...

mungkin saya tak pandai mengatur kata-kata..andaikata ada sesiapa yang terasa dengan entry ini or rasa ayat saya agak keras..mohon maaf atas kekurangan tersebut..hakikatnya, sebuah kebenaran tetap perlu ditelan walaupun ianya pahit..semoga ada natijahnya..

kita semua bukannya ma'sum..sentiasa melakukan dosa..tak lepas dari melakukan perkara yang Allah tak suka or murka..tapi, Allah tetap sayangkan hamba-Nya yang bertaubat..

kepada sahabat dan sahabiah semua, if perasan sesuatu yang tak kena dengan diri ini and if tengok diri ini seakan-akan lari dari landasan yang betul, jangan rasa takut or berat untuk menegur dan mengingatkan..itulah gunanya sahabat, mengingatkan antara satu sama lain..jangan biarkan diri ini terus dalam kelalaian dan berterusan melakukan maksiat...

p/s: input bernombor from ust.zaharuddin(dalam buku SOLUSI)..yang b'* tu adalah pendapat peribadi saya sendiri..wallahu'alam

Saturday, April 10, 2010

...HATI yang SEJAHTERA...

adalah hati yang...

...kenal dan mencintai ALLAH s.w.t. dan takut kepada-Nya.

...meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya, secara konsisten.

...dekat dengan ALLAH dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan ALLAH.

...bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan.

...dipandu oleh nilai-nilai murni, dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain.

...sentiasa tawadhuk dan merendah diri.

...ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan, walau sekecil mana sekalipun.


~petikan dari majalah SOLUSI :-)

Sunday, March 28, 2010

...


Allah tidak menjanjikan bahawa perjalanan hidup ini akan sentiasa mudah..tetapi, Allah telah berjanji untuk sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang berusaha mencari redha dan kasih-Nya..

Duhai khalifah Allah, sesungguhnya kembara hidup ini memang penuh dengan cabaran..justeru, dalam perjalanan mencari tumpuan kehidupan ini, pulanglah kepada fitrahmu yang asal..

Wahai khalifah Allah, hakikat kehidupan tentu sekali penuh dengan duri yang merentangi jalan menuju kesenangan abadi..Dengan itu barulah hidup penuh bererti..

Maka, berbaik sangkalah selalu kepada Tuhanmu..Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat..Puas kita menangis mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Ya ALLAH, Engkaulah yang Maha Kuat, maka kuatkanlah hati dan jiwa kami untuk sentiasa berpegang teguh dengan agama-Mu..semoga Engkaulah satu-satunya tempat kami bergantung harap..

Sunday, March 21, 2010

sumber kekuatan

pejam celik dah nak exam final.. erm, kalu fikir exam semata-mata of course tension sebab banyak sangat benda yang nak kena ingat dan faham.. alhamdulillah, lecturers kat sini mostly islamic..selalu remind supaya belajar bukan kerana 'marks' tapi belajar untuk dapat 'ilmu..yes, read with understanding...not recitation with nothing...bak kata dr. razak, if you learn for 'marks' you may lose your marks but if you learn for knowledge you may get your knowledge and 'marks'...

kadang-kadang bila kita dah habis study semua topik yang nak masuk exam, kita rasa kita dah cukup bersedia dan kita memang patut score..tapi, bila dapat result tak seperti yang kita jangkakan..kita rasa kita boleh jawab tapi tak score pon..mungkin kita terlupa sekejap yang kejayaan itu milik Allah..Dia berhak nak bagi atau tak nak bagi walaupun kita dah bermati-matian study..memang usaha itu penting, tapi bukan sebab kita habis study yang menjamin kepada sebuah kejayaan..

dan kadang-kadang, kita tak sempat pon habiskan semua topik yang nak masuk exam..kita tetap usaha semaksima yang mampu, walaupun pada masa yang sama kita tertekan tengok classmates dan roommates kita yang kuat sangat study, dah berkali-kali ulangkaji lecture notes..tapi, kita yakin yang kejayaan itu milik Allah..dan kita yakin yang Allah bersama kita dan kepada-Nya kita mengharapkan pertolongan..sepenuhnya kita bergantung harap dengan Allah..kita harapkan keberkatan dalam 'ilmu yang kita belajar..dan keberkatan dalam usaha kita..berjaya atau tidak sepenuhnya kita bertawakkal dengan Allah diiringi do'a yang berterusan..alhamdulillah, tak disangka-sangka pertolongan Allah itu tetap hadir..even kalau kejayaan itu tak menjadi milik kita, kita tetap redha...

apapun, usaha tetap kena usaha..takkan nak mengharapkan kejayaan tanpa usaha..tapi jangan sekali-kali ber'aqidah dengan usaha kita tu yang buat kita berjaya..kejayaan itu datang dari Allah..kalau itu takdir Allah untuk kita walau macam mana pun tetap ia akan jadi milik kita..tapi kalau Allah takdirkan kejayaan tu bukan milik kita, kita usaha macam mana pun tetap ia takkan jadi milik kita..

kesimpulannya, Allah la tempat untuk kita bergantung harap, tempat untuk kita meminta sesuatu.. do'a, usaha semaksimanya, buat sehabis baik, tawakkal sepenuhnya kepada-Nya...
kita minta yang terbaik dari Allah, insyaAllah apapun yang kita dapat itulah yang terbaik untuk kita..dalam keadaan apapun, i told myself, "kekuatan dan ketenangan itu hadir bila Allah di hati..Allahurabbi.."

sesunguhnya, tauhid itulah sumber kekuatan jiwa..apabila jiwa dipenuhi sifat raja' (megharap) kepada Allah, meletakkan kepercayaan, bertawakkal kepada-Nya, redha dengan qadar-Nya, sabar terhadap ujian daripada-Nya dan tidak meminta pertolongan daripada makhluk, maka diri akan menjadi kuat...

dan apabila diri ditimpa kesusahan atau malapetaka, hati tetap terus mengingati Allah tanpa meminta pertolongan kepada makhluk..

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat hilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang." ~surah Yunus: 107

Sunday, February 28, 2010

cerita dari Kelantan

Wednesday, 17 February 2010

Siang itu,14 Februari 2010,saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan,sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput.Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan,yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu.Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas.Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih,yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang.Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu.Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00,dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani,sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya.Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers.Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia.Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu.Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir.Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak.Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu.Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat.Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia.Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri BEsar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah MEnteri BEsar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga.Tak ada protokoler.Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri BEsar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya,jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara,dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur- yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia.Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka,kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.

” Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab,mungkin iya.Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab,mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan.Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara.Menurut dia keduaduanya salah. Dia berkata,”Mereka bertemu secara tidak baik-baik,dan berpisah juga dengan tidak baikbaik.

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik,tetapi disangkutpautkan dengan negara.’ Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara.Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih


http://www.seputar- indonesia. com/edisicetak/ content/view/ 305020/

Sunday, January 17, 2010

sungguh, hati ini tersentuh!

Tujuan kita adalah satu, iaitu saat berjumpa dengan Rabbul 'Alamin. Berakhir seluruh apa yang kita lewati dari kehidupan dunia kepada tujuan tunggalnya iaitu berjumpa dengan Allah.

Ingatlah akan datang suatu saat bibir kita tidak bisa lagi bergetar menyebut nama Allah. Di saat itu, kita diturunkan ke dalam kubur kita dan wajah kita dibuka dan wajah kita diciumkan ke tembok kubur kita lalu kita dikuburkan dan ditinggalkan oleh semua kerabat.

Di saat itu tidak ada kekasih...
Di saat itu tidak ada jawatan...
Di saat itu tidak ada harta...

Di saat itulah kita sendiri dan di saat itulah beruntung mereka yang selalu berzikir, yang selalu mengingat Allah dan Allah mengingatnya, yang merindukan Allah dan Allah merindukannya. Dialah yang Maha Baik, Dialah yang Maha Mulia.

Setelah kita diberi kehidupan, diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula dunia berserta isinya, meminjamkan daratan, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, meminjamkan air dan lautan yan kesemuanya adalah milik Allah.

Kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdo'a untuk meminjamnya, Allah yang memberinya sebelum kita meminta. Sedemikian luasnya nikmat Ilahi dan kasih sayang-Nya melebihi semua kasih sayang ibunda kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita.

Jangan tahan lidahmu dari menyebut nama Allah...
Jangan berat menyebut nama Allah...
Dosa apakah yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah?

Kami berlindung kepada-Mu dari pedihnya siksa kubur, kami berlindung dari-Mu dari pedihnya siksa neraka. Pastikan kami selamat dari ini semua...

memetik kata-kata Al-Habib Munzir Al-Musawa yang benar-benar menyentuh qalbi...Allahuakabar!! Subhanallah!! Matikan kami semua dalam husnul khotimah ya Allah..bantulah aku, keluargaku, sahabatku, guruku serta kami semua muslimin muslimat untuk sentiasa mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, ber'ibadah yang sebaiknya kepada-Mu...

Ya Allah, kami pohonkan kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, kehormatan diri dan kecukupan...