Monday, June 22, 2009

apa kita tahu dan faham tentang JIHAD?*siri 1

sewaktu saya membaca mengenai pengertian jihad, saya sangat tertarik dengan isi yang ditulis..gaya bahasa yang mudah difahami tapi perlu didalami pengertiannya..mungkin, entry kali ini agak panjang..tapi, semoga sedikit yang ingin dikongsi bersama sahabat dapat sama-sama dihayati sehingga ke akhirnya..

JIHAD~perjuangan dalam segala bentuk dan bidang untuk menegakkan kalimah Allah..Jadi, perjuangan kerana tanahair, perjuangan kerana bangsa, perjuangan kerana marah semata-mata, perjuangan kerana harta dan pangkat kesemuanya adalah totally bukan fi sabilillah..

Menghayati balik kisah yang berlaku dalam perang Uhud dahulu, Rasulullah s.a.w. melihat mayat-mayat yang bergelimpangan syahid di medan perang Uhud, baginda menunjukkan kepada dua mayat: " mayat ini masuk syurga dan mayat ini masuk neraka." Mayat yang ditunjukkan oleh baginda masuk syurga itu, orang ramai mengetahui asalnya dia adalah orang kafir dan mayat yang ditunjukkan oleh baginda masuk neraka itu ialah orang melihat dia berperang dipihak Islam. Setelah disiasat dan dikaji, didapati mayat yang dikatakan masuk syurga itu, rupa-rupanya orang itu telah menganut Islam dengan tidak disedari oleh orang ramai dan dia telah berperang di pihak Islam dengan jujur dan ikhlasnya, maka dia mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah. Adapun, mayat yang dikatakan masuk neraka walaupun dia berperang di pihak orang Islam dan berperang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w., tetapi setelah dikaji dan disiasat, ternyata orang itu berperang kerana dia orang Madinah yang berperang kerana mempertahankan bumi Madinah. Maka dia mati masuk neraka, kerana dia berperang bukan kerana menegakkan kalimah Allah.

Berperang kerana fahaman kebangsaan ini merupakan satu fahaman yang laris diperkatakan kala ini..perjuangan bangsa semata-mata yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan pemimpin di negara kita tidak kurang lantangnya..Tidak dinafikan perasaan kasih dan cinta kepada keluarga adalah perasaan yang ada dalam hati masing-masing, tetapi perasaan itu tetap tidak boleh dijadikan 'aqidah dan pegangan. Yang menjadi 'aqidah dan pegangan ialah keimanan kepada Allah s.w.t., ialah Islam yang kita sanjung tinggi dan kita junjung, dan kita anggap sebagai satu-satu yang lebih tinggi daripada segala yang lain.

Oleh kerana itulah berlakunya peristiwa Badar, iaitu peperangan keluarga di antara orang-orang Islam dengan keluarga mereka. Sebagaimana riwayat 'Ali bin Abi Talib: " Kami dahulu berperang dengan bapa-bapa kami, dengan abang-abang kami, dengan adik-adik kami dan kami berperang dengan kaum keluarga kami." Ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu mengatasi kepentingan keluarga dan kepentingan kebangsaan. Barangsiapa yang berjihad kerana keluarganya, kerana kebangsaannya, maka dia mati sebagai jahiliyyah, bukan dia mati di atas sifat Islam dan di atas nama Islam.

Begitu juga orang yang berperang kerana marah. Dalam suatu riwayat, Sayyidina 'Ali bin Abi Talib telah bertemu dengan seorang Yahudi yang sudah lama mencari Sayyidina 'Ali. Lalu berlakulah pertarungan di antara Sayyidina 'Ali dengan si Yahudi itu. Dalam pertarungan pedang itu, Yahudi telah rebah dan kemudian Sayyidina 'Ali meletakkan pedangnya pada leher Yahudi itu. Tiba-tiba si Yahudi itu meludah air liurnya ke muka Sayyidina 'Ali, tetapi Sayyidina 'Ali menarik pedangnya dan dimasukkan ke dalam sarungnya, kemudian terus pergi. Si Yahudi hairan, kenapa Sayyidina 'Ali tidak membunuhnya? Lalu si Yahudi menuruti Sayyidina 'Ali dari belakang. Lalu bertanya si Yahudi: " Mengapa awak tidak membunuh saya? Bukankah tadi awak sudah bertarung pedang dengan saya? Tapi mengapa bila sampai masa awak tidak bunuh?" Sayyidina 'Ali menjelaskan: " Saya tidak mahu membunuh awak kerana semata-mata saya marah kerana awak meludah air liur ke muka saya menyebabkan kemarahan saya kerana ludah, bukan kerana Islam. Jadi saya tidak mahu membunuh awak kerana ludah, tapi saya mahu membunuh awak kerana Islam."

Betapa tingginya nialaian Islam yang ditunjukkan, yang tidak boleh dinilai dengan marah, yang tidak boleh dinilai dengan kebangsaan, tidak boleh dinilai dengan keluarga, dengan keturunan warna kulit dan sebagainya.

Oleh kerana perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah adalah suatu perkara yang luas bidangnya, al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna, di dalam risalahnya ada menyatakan: " Bahawa yang dikatakan jihad pada jalan Allah, yang dikatakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah adalah sebarang tenaga dan sumbangan yang dikemukakan dan diberi oleh manusia untuk menegakkan dan meninggikan kalimah Allah s.w.t., sama ada dengan senjata, dengan lisan atau pun dengan tulisan."

Hadis Rasulullah s.a.w.: " Yang menjadi penghulu orang yang mati syahid ialah Sayyidina Hamzah bin 'Abdul Muttalib dan orang yang sanggup mempertahankan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim lalu dia dibunuh."

Ini menunjukkan bahawa memperkatakan(kebenaran) di hadapan pemerintahan yang zalim, kemudian kita dibunuh, termasuk juga orang yang dibunuh itu di dalam jihad fi sabilillah, walaupun pemerintah yang zalim itu seorang Islam dan berbentuk Islam. Apa lagi kalau kita berdepan dengan pemerintah yang murtad yang secara terang-terangan tidak melaksanakan hukum Allah, yang tidak mendaulatkan Islam sebagai agama yang menjadi dasar segala sistem dalam negara itu.

Rasulullah s.a.w. berda'wah di Makkah selama 13 tahun. Dengan menanggung bebanan penderitaan hasil daripada tentangan golongan jahiliyyah pada masa itu, walaupun secara lisan dan mengemukakan ayat-ayat Allah, dan sebagainya yang menjadi tanda kebenaran, Rasulullah s.a.w. dan kesemua yang dikemukan itu lebih daripada mencukupi sebagai tanda kebenaran Islam yang dibawanya. Yang tinggal hanyalah mereka yang tidak bersedia menerima kebenaran, walaupun mengetahui segala hakikatnya. Pertarungan antara haq dan batil sudah menjadi lumrah alam yang didiami oleh manusia berakal. Sesungguhnya pertarungan dan peperangan antara sesama manusia sudah tidak dapat dielakkan. Hukum Allah memberi keizinan kepada mereka yang beriman dengan kebenaran daripadanya untuk menghadapi kebatilannya yang menghalang dan menganggu usaha untuk menegakkan hukum Allah yang layak mentadbir bumi dengan apa cara sahaja.

" Diizinkan berperang bagi orang-orang( Islam) yang diperangi(oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah teraniaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka(mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar,(mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: " Tuhan kami ialah Allah." Dan kalaulah Allah tidak mendorong manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."~(Surah al-Hajj:39-40)

Berdasarkan kepada sejarah turunnya ayat-ayat tersebut, suatu sebab nuzulnya kepada kita bahawa penentangan kita terhadap orang-orang jahiliyyah boleh dilakukan dengan apa cara sahaja menurut kemampuannya. Bermula dari lidah, bermula dari tulisan, bermula dari menyumbangkan harta benda dan sebagainya, hinggalah kepada mengangkat senjata kesemuanya adalah termasuk di dalam perintah jihad yang diwajibkan kepada kita oleh Allah s.w.t. da kesemuanya mesti dilakukan oleh kita, menurut keadaan dan menurut tekanann, menurut cabaran yang dihadapi oleh kita, walau di sana terdapat teori-teori dari ahli falsafah yang menghapuskan peperangan, yang mahu menghapuskan pertarungan antara manusia. Bagaimanapun ahli falsafah itu telah meleset, sebabnya ialah keraa peperangan dan pertarungan itu telah menjadi fitrah, telah menjadi naluri manusia dan telah menjadi kejadian alam. Orang yang cuba hendak menghapuskan peperagan, yang cuba menghapuskan perselisihan, yang cuba hendak menghapuskan pertelingkahan antara manusia, bermakna dia hedak menghapuskan tabi'i alam yang disemulajadikan oleh Allah s.w.t..

Semua itu adalah satu perkara yang mustahil, sebagaimana orang yang hendak menghapuskan matahari, mahu menghapuskan bulan, siang dan malam yang telah diwujudkan Allah s.w.t..Demikian itulah juga dengan peperangan dan pertarungan ini adalah sudah menjadi adat. Oleh kerana itu kerana jangan berasa ganjil, kita jangan berasa pelik.
Mengapa kita mesti berkelahi?
Mengapa kita mesti bergaduh?
Mengapa kita mesti berperang?
Mengapa kita mesti berjuang?
Mengapa kita mesti menghadapi musuh?
Sebabnya musuh, pertarungan dan pertelingkahan di antara manusia itu sudah menjadi fitrah alam. Apabila menjadi fitrah alam, maka ianya dibenarkan oleh Allah menurut batas-batas yang diizinkan oleh Allah s.w.t. Sebabnya mengapa berlaku begitu? Ialah kerana manusia yang diberi oleh Allah 'aqal fikiran itu, ada di antara manusia yang dapat menggunakan 'aqal dengan betul dan ada pula di antara manusia yang tidak dapat menggunakan 'aqal dengan betul. Jika sekiranya Allah tidak mengizinkan peperangan, tidak mengizinkan jihad, bermakna memberi kebenaran kepada orang yang tidak menggunakan 'aqalnya dengan betul untuk melakukan apa sahaja di atas bumi ini dan untuk melakukan apa sahaja di atas bumi ini dan untuk menyekat perkembangan agama Allah..

Walaupun agama Islam yang kita anut ini agama Allah, sebgaimana disebut oleh Syed Qutb di dalam " Haza al-Din", dan Allah itu Maha Berkuasa untuk memberi kemenangan Islam dengan tidak payah berjuang, tidak payah berusaha dengan tenaga daripada kita, kerana Allah s.w.t. itu apabila berfirman jadi, maka jadilah perkara itu. Apabila Allah berfirman menang, maka menang. Kenapa Allah tidak menjadikan kemenangan Islam itu sebagaimana turunnya hujan dari langit? Dengan tidak payah perjuangan daripada kita? Dalam hal ini kita hendaklah menyedari, bahawa Islam yang diturunkan kepada kita itu bukanlah Islam yang diturunkan kepada kayu dan batu, yang tidak ada 'aqal fikiran. Islam yang diturunkan oleh Allah bukannya diturunkan kepada malaikat, yang tidak ada cabaran dalam hidupnya. Tetapi Islam diturunkan kepada manusia, sejenis makhluk yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. dengan sifat-sifat semulajadinya yang ada pada mereka. Oleh itu, maka kemenangan agama Islam yang paling layak dan yang paling sesuai di atas muka bumi ini, hendaklah dilakukan oleh manusia, dan hendaklah dengan tenaga dan perjuangan manusia itu sendiri. Di samping itu sudah menjadi peraturan alam, ianya juga menjadi ujian daripada Allah s.w.t. untuk menguji sejauh manakah keyakinan kita dengan Allah, sejauh manakah keyakinan kita dengan rasul-rasul yang dipilih oleh Allah, sejauh manakah keyakinan kita dengan kitab-kitab Allah, da sejauh manakah keyakinan kita dengan berita-berita yang disampaikan kepada kita daripada Allah dan sejauh manakah kita menghargai segala apa yag diberi oleh Allah kepada kita ini.

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji(dengan satu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuNya tentang orang-orang yang berdusta."~(al-'ankabut:2-3)

Jadi peperangan ini sudah menjadi kewajipan kepada kita sama ada kita mahu menerima ataupun kita tidak mahu menerima. Sama ada kita mengakui atau tidak mahu mengakui. Kewajipan tetap menjadi kewajipan, kerana tanggungjawab itu bukan ciptaan kita, tetapi ciptaan Allah s.w.t..Oleh itu, tidak mungkin kita mengubahnya lagi dan oleh kerana itulah maka seluruh 'ulama' Islam menyatakan bahawa jihad itu adalah wajib. Cuma yang mereka ulas, hanya sama ada jihad itu menjadi fardu kifayah atau fardu 'ain.

Mereka mengulas, bahawa jihad itu menjadi fardu kifayah, jika sekiranya negara Islam itu telah wujud. Adalah menjadi fardu kifayah kepada orang Islam untuk melancarkan jihad bagi menghadapi orang kafir dan menyebarkan Islam ini, serta menegakkan kalimah Allah. Bila musuh Islam menjadi ancaman kepada seluruh ummat Islam, dikala itu jihad menjadi fardu 'ain. Sayangnya kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh ummat Islam ketika ummat Islam hanya menghadapi musuh-musuh fizikalnya sahaja, di zaman ummat Islam tidak menghadapi musuh dari segi ideologi seperti sekarang ini.

Kalaulah di zaman ummat Islam menghadapi serangan dari musuh yang terang-terang dapat dilihat dengan mata kepala hanya berada beberapa saf sahaja daripada bumi Islam, maka semua 'ualama' Islam mengatakana pada ketika itu jihad sudah menajdi fardu 'ain. Kalau begitu rupa sudah menjadi fardu 'ain, maka cuba kita fikir bagaimanakah hukum jihad apabila ideologi-ideologi yang bukan Islam telah masuk ke dalam negeri-negeri Islam, apabila musuh-musuh Islam telah menukarkan taktik mereka dengan melancarkan serangan fikiran yang lebih bahaya daripada serangan senjata, yang telah menyesatkan ummat Islam dalam 'aqidah mereka. Sama ada disedari atau tidak disedari oleh mereka. Kalau ancaman musuh yang dapat dilihat oleh mata, maka kita hanya mati dari segi tubuh badan sahaja, tetapi kalau serangan dari segi fikiran, yang mati ialah 'aqidah kita. Mana lebih bahaya mati 'aqidah dengan mati tubuh badan? Kalau mati tubuh badan diancam oleh musuh dari segi fizikal menjadi fardu 'ain, jika mati 'aqidah yang menyebabkan kita ke dalam neraka lebih bahaya daripada itu, maka jhad lebih menjadi fardu 'ain lagi daripada apa yang digambarkan dalam kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh 'ulama'-ulama' Islam di zaman silam.

Banyak orang membaca hadis: " Kita kembali daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar, iaitu jihad menentang hawa nafsu."

Masalah ini banyak disebut dan sering disebut oleh 'ulama'-'ulama' tasawwuf dan banyak orag keliru berhubung dengan hal ini. Adakah kita orang Islam terpaksa menentang hawa nafsu kita dahulu? Kemudian baru dapat kita menentang musuh yag lahir ini. Walaupun kita tidak dapat menafikan bahawa jihad menentang hawa nafsu itu adalah menjadi kewajipan kepada kita. Tetapi jihad menentang musuh juga menjadi kewajipan, di mana kewajipan di dalam Islam ini seperti rantai jala yang tali-menali antara satu sama lain. Kita tidak boleh ahulukan yang mana dan kita tidak boleh kemudiankan yang mana, tetai ianya hendaklah dilaksanakan dengan cara serentak. Sesungguhnya 'ulama'-'ulama' Islam sendiri mempertikaikan hadis ini. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, dalam 'Tasdid al-Qul' mengatakan: " Bahawa yang sebenarnya perkatan ini bukannya hadis, tetapi ini ialah perkataan Ibarhim bin Ablah", dan menurut al-'Iraki yang mengtakhrij hadis, beliau mengatakan: " Bahawa hadis inii terlalu dha'if." Dan kita janganlah menafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu itu adalah sebahagian daripada jihad yang besar.

~to be continued~

Tuesday, June 16, 2009

-piCnic-

Sebelum ni, masa masak-masak kat rumah mirah, memang plan nak pergi picnic kat pantai ramai-ramai..maybe perjumpaan last sebelum masing-masing dah membawa diri ke kampus masing-masing...plan asalnye nak buat 15 jun...tapi sunyi sepi je sehiggalah mirah dan sarah 'send sms' memaklumkan picnic yang dirancang sebelum ini akan dibuat esok(16 jun)..kebetulan my mom ajak pergi Angulia on that day for three days..urm, possibility untuk join picnic macam sikit je..apa lagi, along macam nak marah je adik tak boleh join..siap cakap lagi, kalau adik tak pergi so program tak jadi..huh, macamla penting sangat adik ni..ooo patut pon, rupanya diorang buat conference kat yahoo messenger tapi adik tak ada..suka hati je ye suruh adik bagi tazkirah..kalau adik tak join pon, ramai lagi ada..boleh je round circle bagi tazkirah satu sorang...setelah berbincang dengan my mom, mak cakap okla irah join je kawan-kawan, esok suruh kak cik hantar pergi kat mak..alhamdulillah, dapat juga buat keputusan..
Mengikut arahan dari pihak penganjur(mirah), along akan ambil adik kat rumah..tapi, adik ingat nak pergi hantar tempahan t-shirt kat rumah orang dulu so adik drive sendiri...padahal tak sempat pon nak hantar sebab dah 5.15 petang..dahla tazkirah pon i'm not really ready..sepanjang perjalanan, sambil baca mathurat dalam hati ni asyik berdoa minta Allah terangkan hati dan bantu diri yang serba serbi kekurangan ni dapat sampaikan tazkirah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat tersayang dengan baik agar sampai di hati kami semua..semoga, diri yang penuh bergelumang dengan dosa ini tidak menjadi hijab untuk hati sahabat-sahabat menerima dengan baik sedikit peringatan bersama...

I'm the first one sampai kat pantai tu..maybe sebab rumah dekat..waiting for them sambil habiskan mathurat..after solat asar tadi tak sempat nak baca sebab kelam kabut prepare barang-barang yang nak kena bawa...ni la akibat kalau amalkan last minute preparation..alhamdulillah sempat gak habiskan, kereta wawa dah kelihatan..sementara tunggu kereta along, kami bergerak dulu mencari port yang sesuai..dah jumpa, semua angkat barang dan tikar pon dibentangkan..dah lame tak picnic macam ni..biasanya dengan keluarga tapi sekarang siblings semua dah besar-besar dah berkeluarga pon..jarang-jarang je ada peluang buat aktiviti macam ni..ok, lupakan tentang tu..
Bila semua dah ada, andak sebagai pengacara majlis memulakan tugas-tugasnya..setelah dibuka dengan bacaan al-fatihah, sesi tazkirah dimulakan..siap kena pejam mata lagi op..bukan apa, biar dapat feel skit..hihi..yela, sama-sama kita ikhlaskan niat.. kita buat picnic ni pon kerana Allah..sebagai salah satu cara untuk kita pelihara sekaligus mantapkan lagi ukhuwwah bersama..moga-moga Allah terima usaha kita ni dan dikira sebagai ibadat kepada-Nya..bukan sekadar suka-suka, pergi dengan bersuka ria dan pulang dengan tak ada apa-apa yang dapat dimanfaatkan..semoga sedikit pengisian yang kita kongsikan bersama, dapat buat kita melihat dengan mata hati, berfikir dengan jiwa insani seterusnya bertindak secara realistik..truly, adik perlukan peringatan dan teguran membina daripada kawan-kawan semua secara berterusan..sebab kita manusia, bila-bila masa je boleh berubah dan sebagai manusia biasa juga adik sudah tentu banyak melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau sebaliknya..

Lepas habis tazkirah, along conduct aktiviti....main apa?..lor main bekas beracun..huh, janganla kena kat adik..dah wondering ni, janganla kena yang pelik-pelik..selam dalam laut ke, nyanyi ke..lagu nasyid egois pon kedengaran, dan berhenti time nadhirah yang pegang bekas beracun tu..dia yang buka kertas berlipat tu..macam dapat yang dahsyat je tengok riak muka..eh, mana aci..alongla kene baca..mana boleh baca sendiri..pelik-pelik..kertas kecil je tapi baca arahan panjang bukan main..bak kata orang terengganu, 'kecik tuik'.."anda dikehendaki membuat kawan-kawan menangis atau menitiskan air mata..gunakan apa cara sahaja..seorang pon dah memadai.."..lagu sedih pon dimainkan..nadhirah pon suruh kami semua pejam mata dan tundukkan kepala..dalam hati ni memang tak yakin langsung nadhirah boleh buat salah seorang dari kami menangis..yela, dari tadi duk gelak ketawa..dahla memang tak sesuai langsung dengan character kawanku yang sorang ni..ceria selalu..lama sangat tunggu bercampur dengan rasa tak yakin, adik pon buka mata..suruh cancel je..alasannya, tak sesuaila..jap lagi nak makan-makan..happy-happy..tapi sekarang nak suruh menangis..tak masuk tema langsung..marah cik nad ngan along bila adik buka mata..cepat-cepat suruh adik pejam mata..melihatkan aina yang semangat tengah feel nak nangis, adik pon tryla nak feel sedih..tengah-tengah feeling lagu sedih tu, tiba-tiba dengar diorang nyanyi lagu 'selamat hari lahir'..bila buka mata je, tegok kek coklat kat depan mata..wah terkejut+terharu sangat-sangat...first time, kawan-kawan buat suprise macam ni..dahla, dah seminggu hari lahir adik berlalu..tak sangka langsung..semua ada bakat berlakon..pandai ye wawa, cakap nak tengok kereta jap..padahal pergi ambil kek ye..bijak-bijak..rancangan yang totally menjadi!
Adik ucapkan terima kasih tak terhingga buat antunna semua..semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan kalian..adik sangat-sangat menghargainya..

aina
~terima kasih untuk jus epal dan mee goreng yang sedap dan menyelerakan tu! ;) along~syukran untuk puding caramel yang lemak manis rasanya..;)
andak
~thank you for the fried potato (my favourite)..;)
nadhirah
~sedap air bandung+laici dan buah-buahan tu..;)
wawa~dadih milo ke?apepun, memang sedap..bolehla buat lagi, mari hantar kat rumah;) 'amirah~penganjur op? well done..sy dok dang rasa cup cake(btol dok eja?) awak..tapi, kek tu memang attractive..kalau anak buah saya ada mesti dia nak..;)

Akhir kata, syukran jiddan semua!Semoga doa rabitah menjadi pengikat hati kita semua..Ampun maaf dipinta andai kata ada salah silap dan terlanjur kata..


"Biarpun mesra, hati pasti pernah terluka. Biarpun, ramah lidah, pasti ada yang menyentuh rasa. Atas sifat manusia, segala silap dan kelemahan ampun maaf jua dipinta. Ukhuwwah kita bukan sekadar di sini tetapi di mana-mana, bukan setakat sekarang tapi untuk selama-lamanya, selagi 'aqidah menjadi teras hubungan kita.."


BEKAS BERACUN~feeling to cry...lambatnye cik nad!

POTONG KEK~terima kasih semua kawan-kawan for the cake!

BALIK~nak maghrib dah ni..jom solat kat rumah adik semua..kita bahagikan makanan yang masih banyak tersisa..tak sempat nak habiskan semua sebab matahari dah terbenam..


p/s: buat sahabatku izan yang berjuang di negara seberang, jangan sedih-sedih ye..walaupun izan tak ada bersama kami secara jasadinye, tapi waktu kat pantai tu memang namamu ada disebut..miss you izan!!

Wednesday, June 3, 2009

gempar!

Segala puji untuk Allah, Tuhan sekalian alam..Dialah yang Maha Berkuasa..subhanallah!!Maha Suci Allah! Allahuakbar! Allah lah yang Maha Besar...

Mungkin saya agak lewat berkongsi cerita..disebabkan beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu, baru saat ini berkesempatan untuk berkongsi cerita, idea serta pandangan berkenaan berita gempar pada 2 jun 2009~runtuhnya stadium yang baru sahaja siap dibina dan digunakan sejak kebelakangan ini..bagi sesiapa yang pernah membaca entry saya yang lepas bertajuk "bising!" mungkin masih ingat sedikit sebanyak perkongsian saya tentang ketidakpuas hatian saya dengan apa yang berlaku di sekitar stadium tersebut..

Saya lupakan tentang itu untuk kali ini, tapi agak terkejut sebab baru sahaja rasanya saya minta Allah tak turunkan bala-Nya sehingga terkena kepada kami semua..apapun, secara peribadi saya agak bersyukur dengan musibah ini, kerana membuatkan saya lagi tahu menghargai kekuasaan Allah..lokasi kejadian amat dekat dengan kediaman kami..dalam kegembiraan saya, kakak dan emak berkongsi cerita sewaktu di dapur, tiba-tiba terdengar bunyi kuat lebih kurang dalam lima saat..saya sendiri ingat kapal terbang nak terhempas, sebab pelik selalunya bunyi kapal terbang takla sekuat tu..nak kata accident pon, macam tak logik sebab kuat sangat..kami pon just wodering what had happened sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada abang ipar..dia yang memaklumkan kepada kami mengenai berita memeranjatkan tersebut..akhirnya terjawabla kebingungan kami sebentar tadi..saya terus ke bilik belakang untuk melihat stadium yang sebelum ini tersergam tinggi, kelihatan kesan runtuhan tersebut..ingatkan sikit je runtuh, bila saya keluar rumah barula tahu teruk juga runtuhan tu..itulah kuasa yang Maha Esa...

Dah banyak pihak yang megutarakan pendapat serta megulas mengenai kejadian tersebut, tapi bagi saya sendiri alhamdulillah dan kita semua patut bersyukur sebab tiada kemalangan meragut nyawa yang berlaku..hanya kerosakan pada beberapa buah kenderaan yang dilaporkan..mungkin inilah tandanya Allah masih sayangkan kita semua dengan memberi peluang untuk kita terus hidup tapi terpulangla pada diri kita sama ada ingin segera merebut peluang bertaubat kepada-Nya atau masih ingin terus berada dalam kealpaaan dan keegoaan diri sendiri..

"ya Allah, janganlah Kau jadikan aku, keluargaku serta muslimin dan muslimat yang masih diberi peluang untuk hidup ini mensia-siakan peluang kesempatan waktu hidup untuk bertaubat serta kembali ke jalan-Mu..jangan Kau biarkan kami menanti saat ruh di kerongkong kami, dan baru saat itu kami ingin bertaubat kepada-Mu..semoga kami semua bukanlah di kalangan orang yang mati dalam keangkuhan dan kesombongan diri sendiri..jauhkanlah kami dari penyakit-penyakit hati serta peliharalah hati-hati kami semoga senantiasa bertaut pada-Mu.."

Tadi, mak saya menunjukkan mesej dari seorang rakan sekerjanya...suka untuk saya kongsikan di sini, semoga sama-sama dapat ambil iktibar.."Asmk..runtuhnya stadium sultan mizan..adalah gambaran sebenar kekuasaan Allah s.w.t..hayatilah dan fahamilah..x ada makhluk Tuhan yang mampu mencabar keagunganNya..ya Allah lindungilah hati hati kami dengan rasa angkuh, ego dan takabbur kerana sifat-sifat itu adalah hakMu ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..jika selama ini kami memiliki sifat-sifat seperti itu.."..saya tidak berniat langsung untuk menunding jari atau menyalahkan sesiapa..hakikatnya, yang bersalah tetap bersalah dan harus berani bertanggungjawab..tidak perlu untuk menjadi pengecut..mungkin terselamat dari hukuman dunia tapi hukuman akhirat directly dari Allah adalah suatu kepastian..selagi pintu taubat masih di buka, sama-sama rebut peluang tu..diri sendiri pon masih banyak bergelumang dengan dosa, rasanya tak layak nak menghukum sesiapa..yang pasti, orang yang bertaubat nasuha itu walau seburuk dan sekeji mana pun dia, sekiranya taubatnya diterima Allah, maka sudah tentulah dia lebih baik dari sesiapa yang hanya enak menghukum dan memburukkan orang sedangkan diri sendiri tidak dimuhasabah terlebih dahulu..apapun, saya bukanlah insan yang faqih, ampun maaf andai kata ada dari tulisan hamba ini kesilapan yang tidak disengajakan..

"Persekitaran memerlukan keputihan dicemari dengan kekeruhan yang datang dari pelbagai sudut dan ruang. Justeru, ayuh kekangkan ia. Walaupun letupan gunung berapi, ombak menghempas, taufan mengganas, ribut membadai, sesungguhnya sentiasa terbuka peluang untuk diri merenung dengan mata hati dan berfikir dengan jiwa insani.."