tuluskan impian
sujudku mendambakan keredhaanMu..
Teringat kata-kata Dato' Dr.Fadzillah Kamsah, dia cakap kita kena sayang diri sendiri barulah kita tahu hargai diri sendiri..kata-kata tu bermain-main di kotak pemikiran..tapi hakikat hati seakan benci dengan diri sendiri..pengecut betul..mengaku kalah sebelum berjuang..susahnya nak tajdidkan niat dihati..ikhlaskan diri untuk ditarbiyyah..kenapa diri ini tak sehebat dan sekuat adik-beradik yang lain??..jawapan=muhasabah diri..Be strong!!
"Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia medapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.(Al-Baqarah:112)
Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis..peritnya terasa..tapi ketahuilah dan renungi kembali ke dalam diri kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..semoga Allah tabahkan hati dan tetapkan iman..
No comments:
Post a Comment