Alhamdulillah, akhirnya dapat juga habiskan buku berjudul 'cinta di rumah hasan al-banna'..buku yang dibeli sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur International Book Fair 2009 beberapa hari yang lepas..banyak juga buku yang dibeli, semoga peruntukkan duit yang dikeluarkan berbaloi dan tidak sia-sia..hajat di hati, cuti selama tiga bulan ini, nak manfaatkan betul-betul dengan menghabiskan bacaan seberapa banyak buku yang mampu..setelah di analisa diri ini, ternyata masih kurang thaqofah..resolusinya, harus dan mesti dipertingkatkan bacaan..tapi satu je ujian yang paling dibenci, bila membaca mesti syaitan datang menghasut suruh tidur..membaca sehigga tertidur..itulah satu benda dalam hidup yang paling tak disukai..
Berbalik kepada buku 'CINTA DI RUMAH Hasan Al Banna'..alhamdulillah, buku ini memang mengandungi banyak pengajaran yang bisa diteladani..banyak menceritakan praktikal hidup seorang tokoh islam yang saya sendiri kagumi..khususnya, pengalaman hidup as-syahid hasan al-banna bersama isteri dan anak-anaknya..bagaimana cara didikan hasan al-banna terhadap anak-anaknya..di mana seboleh mungkin as-syahid mencontohi dan mempraktikkan apa yang telah dilakukan junjungan mulia Rasulullah s.a.w..walaupun sibuk dengan gerakan dakwah serta jadual yang cukup padat, namun keluarga tetap diutamakan..as-syahid hasan al-banna bijak menggunakan pendekatan dalam mendidik anak-anaknya sehingga kesemuanya menjadi insan yang berguna..anak-anaknya cukup menghormati ayah mereka..mereka mengagumi ayah mereka yang sering membuatkan mereka menyedari dan mengakui kesilapan diri sendiri, mereka terdidik dengan cara berfikir..bukannya takut pada ayah mereka..
Untuk kisah yang lebih mendalam, mungkin boleh rujuk dan khatam sendiri buku yang saya kira agak nipis dan berharga RM13 sahaja untuk semenanjung jika tiada potongan diskaun..sedikit petikan, iaitu bahagian terakhir buku ini iaitu petikan wawancara Saiful Islam al-Banna: "AYAHKU, PEMIMPIN YANG DISEDIAKAN ALLAH S.W.T."..
Terakhir, menurut saudara bagaimana sikap al-Banna di rumah, terkait dengan saudara sebagai anaknya yang hidup bersamanya selama 14 tahun?
Ayah adalah pemimpin rumah tangga yang ideal yang tidak melalaikan hak-hak keluarga.Awal makalah yang ditulisnya 'Dakwah adalah Kewajipan,' dan makalah keduanya bertajuk, 'Kepada Siapa Dakwah ini Diserukan?' Dalam makalah itu ditegaskan bahawa keluarga adalah objek nombor satu dakwah yang harus diberikan perhatian. Ayah melandaskan hal itu pada firman Allah S.W.T., "Wa andzir asyiiratakal aqrabiin..." Dan berilah peringatan kepada keluarga kalian yang dekat...
Inilah salah satu petikan yang agak membuatkan diri ini terkesan..semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat diri yang lemah ini untuk turut sama menjadikan keluarga sebagai objek nombor satu dakwah..insyaAllah..kuyakin, selagi mana niat itu baik insyaAllah semoga Allah tunjuki jalan menuju redhaNya..siiru 'ala barokatillah..
5 comments:
alhamdulillah..dah habis baca buku tu ye..akak pun setuju sgt..byk dapt menfaat..setiap kata2 dlm buku tu ada motivasi yg bakal dipraktikkan..
insyaAllah sama-sama kita cuba praktikkan dalam realiti kehidupan..miss u akak..lagi satu, please remind me always ya..
rugi plk x g pesta buku ari 2.. :(
xpe wawa..kedai buku still ada..pandai2 r bodek tuan pny kedai tu nak dapat diskaun..hehe
salam ziarah...
teringin la nak memiliki buku ini ^-^
tak jumpa pOn buku tue waktu jalan-jalan di KLIBF ari2...
terima kasih atas perkongsian !! :)
Post a Comment