Friday, April 10, 2009

cerita hari ini...

assalamu'alaikum..alhamdulillah hari ini ada dua cerita yang nak dikongsikan bersama-sama..kedua-duanya berlaku hari ini..hari jumaat yang penuh kelebihan..

insyaAllah next week nak pegi kl..boleh jumpa sahabat-sahabat yang dirindui sekian lama..so, terpaksala menemani mak tersayang pegi membeli buah kurma dan sedikit barang-barang lain sebab nak beli tiket punya pasal..harga tiket masih tak turun-turun..still nak masuk rm40..huh mahalnya..dulu nak dekat rm30 je..hairan gak sebab harga minyak semakin turun tapi harga tiket tetap maintain sedangkan subsidi untuk bas kerajaan dah bagi..kebetulan my sis ikut sama..dia cakap dulu time dia belajar harga tiket lebih kurang rm20 je..tapi tu dulu, sekarang macam-macam dah berubah..

cerita pertama bermula..
destinasi ketiga kami ialah mydin..setelah selesai membeli apa yang patut, kami pon nak balikla..yela takkan nak tidur kat mydin kan..masa mak tengah reverse nak keluar parking, tiba-tiba adala sorang akak tu datang bagitau tayar kereta kat belakang pancit..so, masukla balik kereta kami ke parking tadi..kami semua perempuan cuma anak saudara je lelaki..namun, tak mampu nak buat apa-apa..jam menunjukkan lebih kurang pukul 1 lebih..aduhai, nak telefon siapa ye..orang mesti nak gi solat jumaat..tambahan lagi tayar bocor kat tempat macam tu..bingung kejap..alhamdulillah pertolongan Allah tetap datang...akak tu bagitau ada kawan dia boleh tolong..rakan sekerja dia..lelaki..diorang kerja kat salah satu stall kat depan mydin tu..kebetulan kami parking kat depan kedai diorang gak..syukur tak terkira..akhirnya ada gak yang nak menghulurkan bantuan..saya pon dah bimbang sebab takut lama..abang tu nak gi solat jumaat lagi..nasib baik tak ambil masa yang lama..setelah selesai, mak pon bagila sedikit duit kat dia..bukan upah tapi sekadar nak bagi..tapi dia menolak..kami pon segan juga..at last mak pon masuk kedai dia letak gak duit tu atas meja..dia memang tak nak tapi mak tinggalkan gak..waktu kami reverse buat kalu kedua abang tu kejar kereta kami..ingatkan apa hal..rupa-rupanya dia nak bagi air yang dia jual..murah rezeki kami, sebotol besar air dr.sukida(air berteknologi nano) dia hulurkan kat mak saya..huh, terharu rasanya..ada lagi orang yang baik macam tu..dahla sudi menolong lepas tu boleh hadiahkan lagi air kat kami..semoga Allah murahkan rezeki abang dan akak tadi..insyaAllah..

cerita kedua..
on the way kami balik, ada la sebuah myvi putih di hadapan kereta kami ni..boleh pulak dia letak satu beg plastik sampah kat ats kereta dia kat bahagian belakang tu..memang merimaskan betul tengok gelagat orang-orang kat sini yang suka buat keje tak bertangungjawab macam tu..apa taknya, dahla bawa laju..berat macam mana pun sampah tu kalau dah laju possibility untuk jatuh tu hampir 100% gak..seperti yang dijangka, sampah tersebut pun jatuhla..sedih betul, dia tak berhenti pon untuk angkat beg plastik sampah tu..kebetulan, sampah tersebut jatuh betul-betul dekat dengan tong sampah besar tapi tak masukla kat dalam tong tu..jatuh tepi jalan je..nanti kalau ada orang terlanggar sampah tu habisla berterabur kat atas jalan..sakit mata memandang..yang lagi sedih, pemandu tu perempuan.memalukan kaum perempuan je..betul cakap mak, orang cerdik memang ramai tapi orang yang berfikir tak ramai..

in conclusion, moral of the story kita hidup saling lengkap melengkapi..bantu-membantu.mungkin hari ni kita tolong orang yang dalam kesusahan..suatu hari nanti siapa tahu orang pulak tolong waktu kita dalam kesusahan..lagi satu, semoga kita semua dapat jaga kebersihan tak kira di mana jua kita berada..takkan kita nak rumah kita je bersih tapi tempat orang awam kita buat tak kisah je..mana perginya sifat prihatin dan tanggungjawab kita?..sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan..

2 comments:

Huda Idris said...

knape jam kat posting irah x same ngan jam sebenar? lg 1, x paham sgt yg pasal myi tu, dia letak beg plastik sampah hitam kt atas bonnet ke? time kereta tgh berjalan?

shah_haz said...

yup..orang kat cni suka sangat buat keje macam tu..ooo yg jam tu knape ye..nanti sy cek..thanx huda!

khair