Thursday, April 30, 2009

berubah untuk siapa?



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
BERUBAH UNTUK SIAPA?...satu persoalan..redha manusia atau redha Allah kah yang dicari?..persoalan kedua..saya terlebih dahulu memohon kemaafan, sedar akan diri ini kurang faqih dalam 'ilmu agama, namun insyaAllah hamba ini sentiasa berusaha untuk mendalami 'ilmu agama..saya hanyalah insan yang diberi nama hazirah, bukanlah hafizah, apa lagi ustazah..berbekalkan sedikit 'ilmu yang dipelajari, sekadar ingin berkongsi pendapat..ramai yang jauh lebih layak untuk berbicara soal ini..justeru itu, saya mengharapkan feedback daripada saudara dan saudari sekalian untuk turut sama memberikan pandangan serta mungkin bagi yang lebih faqih dalam 'ilmu agama ini, bolehlah berkongsi dalil-dalil yang sesuai..
Saya sedikit terkilan bila mana ada di kalangan teman yang cuba berubah menjadi lebih baik kerana ingin memiliki seseorang..maaf, saya tiada niat langsung untuk mengusik hati dan perasaan sesiapa..ini merupakan suatu perkara yang saya kira bisa berlaku tanpa kita sedar..jadi, tak salah rasanya untuk saya kongsikan perkara ini supaya menjadi peringatan berguna buat diri sendiri juga buat jiwa-jiwa yang ingin mengambil pengajaran..harapannya, agar tiada siapa yang terasa hati..saya bukanlah benci kepada individu yang sebegini, cuma sikap seperti itu yang saya tidak sukai..masih belum terlambat untuk kita berubah selagi mana Allah masih berikan kita peluang untuk terus bernafas di dunia penuh panca roba ini..

Sesiapa sahaja mengimpikan redha Allah..betul, redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa kita..bagi muslimat yang sudah mendirikan rumah tangga pula, redha Allah bergantung kepada redha suami..bukankah ibu bapa dan suami itu adalah manusia??berbalik kepada niat kita sebenarnya..innama 'amalu binniaat..setiap apa yag kita lakukan, biarlah semuanya kerana Allah..sentiasalah kita tajdidkan niat di hati..sama-sama berusaha untuk ikhlaskan niat..

IKHLAS...ikhlas ni tiada siapa yang mampu menilainya..mulut mudah mengatakan ikhlas, hakikatnya hanya Allah yang mampu menilai sejauh mana tahap keikhlasan kita tu..apepun, kita berdoalah pada Allah semoga segala amalan kita selama ini diterimaNya..insyaAllah..kesimpulannya, janganlah berubah kerana manusia..kadang-kadang manusia jugalah yang menjadi wasilah untuk kita berubah menjadi lebih baik..tapi, biarlah perubahan yang berlaku pada diri kita tu berlaku sebab keinsafan yang lahir dalam diri sendiri..cuba bayangkan, kalau kita berubah sebab manusia, bila mana manusia itu lenyap dari hidup kita, terus kita berubah kembali kepada perangai dan sikap asal...


Sesiapa juga mengharapkan pasangan yang baik agamanya..ada juga kata-kata, kalau ingin pasangan yang baik, jadi perbaikilah diri sendiri dahulu dan berusahalah untuk menjadi lebih baik..tapi, tak bermakna kita berubah jadi lebih baik sebab nak dapatkan seseorang tu..sesungguhnya, cinta teragung yakni CINTA ALLAH yang didamba..moga-moga dengan usaha kita sentiasa 'improve' diri jadi semakin baik kerana mengharap redha Allah, insyaAllah cinta manusia yang mencintai Allah juga kita peroleh..
Ampun maaf andai ada terkasar bahasa..tersilap kata..kalau ada kesilapan dari tulisan hamba dhaif ini, minta perbetulkan..syukran..













Wednesday, April 29, 2009

cinta di rumah hasan al-banna...


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga habiskan buku berjudul 'cinta di rumah hasan al-banna'..buku yang dibeli sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur International Book Fair 2009 beberapa hari yang lepas..banyak juga buku yang dibeli, semoga peruntukkan duit yang dikeluarkan berbaloi dan tidak sia-sia..hajat di hati, cuti selama tiga bulan ini, nak manfaatkan betul-betul dengan menghabiskan bacaan seberapa banyak buku yang mampu..setelah di analisa diri ini, ternyata masih kurang thaqofah..resolusinya, harus dan mesti dipertingkatkan bacaan..tapi satu je ujian yang paling dibenci, bila membaca mesti syaitan datang menghasut suruh tidur..membaca sehigga tertidur..itulah satu benda dalam hidup yang paling tak disukai..


Berbalik kepada buku 'CINTA DI RUMAH Hasan Al Banna'..alhamdulillah, buku ini memang mengandungi banyak pengajaran yang bisa diteladani..banyak menceritakan praktikal hidup seorang tokoh islam yang saya sendiri kagumi..khususnya, pengalaman hidup as-syahid hasan al-banna bersama isteri dan anak-anaknya..bagaimana cara didikan hasan al-banna terhadap anak-anaknya..di mana seboleh mungkin as-syahid mencontohi dan mempraktikkan apa yang telah dilakukan junjungan mulia Rasulullah s.a.w..walaupun sibuk dengan gerakan dakwah serta jadual yang cukup padat, namun keluarga tetap diutamakan..as-syahid hasan al-banna bijak menggunakan pendekatan dalam mendidik anak-anaknya sehingga kesemuanya menjadi insan yang berguna..anak-anaknya cukup menghormati ayah mereka..mereka mengagumi ayah mereka yang sering membuatkan mereka menyedari dan mengakui kesilapan diri sendiri, mereka terdidik dengan cara berfikir..bukannya takut pada ayah mereka..


Untuk kisah yang lebih mendalam, mungkin boleh rujuk dan khatam sendiri buku yang saya kira agak nipis dan berharga RM13 sahaja untuk semenanjung jika tiada potongan diskaun..sedikit petikan, iaitu bahagian terakhir buku ini iaitu petikan wawancara Saiful Islam al-Banna: "AYAHKU, PEMIMPIN YANG DISEDIAKAN ALLAH S.W.T."..


Terakhir, menurut saudara bagaimana sikap al-Banna di rumah, terkait dengan saudara sebagai anaknya yang hidup bersamanya selama 14 tahun?


Ayah adalah pemimpin rumah tangga yang ideal yang tidak melalaikan hak-hak keluarga.Awal makalah yang ditulisnya 'Dakwah adalah Kewajipan,' dan makalah keduanya bertajuk, 'Kepada Siapa Dakwah ini Diserukan?' Dalam makalah itu ditegaskan bahawa keluarga adalah objek nombor satu dakwah yang harus diberikan perhatian. Ayah melandaskan hal itu pada firman Allah S.W.T., "Wa andzir asyiiratakal aqrabiin..." Dan berilah peringatan kepada keluarga kalian yang dekat...


Inilah salah satu petikan yang agak membuatkan diri ini terkesan..semoga Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan buat diri yang lemah ini untuk turut sama menjadikan keluarga sebagai objek nombor satu dakwah..insyaAllah..kuyakin, selagi mana niat itu baik insyaAllah semoga Allah tunjuki jalan menuju redhaNya..siiru 'ala barokatillah..


Monday, April 27, 2009

dari hati seorang sahabat..

saat ini, waktu hampir menginjak ke pagi hari..hajat di hati ingin bercuti dari terus mengupdate post di ruangan blog yang serba kekurangan ini..terasa terlalu cetek 'ilmu di hati, masih banyak buku yang perlu dibaca, difahami, dihadam dan di'amalkan sebaik mungkin..namun, seakan ada sesuatu yang memanggil-manggil untuk menulis sesuatu yang sedang terbuku di hati..

suatu saat, pernah diri ini mengimpikan seorang sahabat yang benar-benar boleh menjadi sahabat sejati..yang bisa memahami setiap kelebihan dan kekurangan diri ini..sama-sama bangkit atas dasar 'aqidah yang sama..sama-sama punya niat yang tulus untuk saling melengkapi antara satu sama lain..terlalu jauh perjalanan untuk tiba di destinasi yang dituju...dalam musafir pencarian tersebut, terlalu banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi..setiap masalah yang hadir menjelma perlu diselesaikan..bukannya lari dari masalah..jauh sekali ingin digelar sebagai pengecut..setiap ujian Allah sepanjang musafir mengembara mencari siapakah itu 'sahabat' kucuba hadapi dengan sepenuh keyakinan bahawa saat itu pasti tiba..insyaAllah Allah itu Maha Mendengar..Allah tidak pernah tidur dari mendengarkan permintaan hambaNya..walau sebanyak mana pun dosa hambaNya yang hina dina ini, kasih dan sayangNya pada makhluk tetap kunjung tiba...

dalam musafir pencarian inilah, kukenali mana kawan dan mana lawan..namun, tiada niat di hati ini untuk berlawan dengan lawanku..semoga suatu saat nanti, Allah bukakan pintu hati kalian juga buat diri yang kerdil ini untuk menerima hakikat sebuah kebenaran..berbalik kepada pencarian seorang 'sahabat' tadi, tidak terhitung setiap tetes air mata yang keluar dari kelopak mata ini, dari awal pencarian sehinggalah ke saat yang kukira Allah telah hadirkan insan itu dalam hidupku..air mata kerana kesedihan, kesakitan, kegembiraan, dan semuanya sebati dalam satu adunan yang kukira membuahkan hasil yang baik..kutau, insan-insan itu bisa mengerti siapakah itu 'sahabat'..

adakalanya, diri ini terpaksa akur dengan tafsiran orang disekeliling...siapa sahaja berhak untuk berkata apa sahaja..namun, tak semudah itu untukku mengalah..alhamdulillah, berkat kebergantungan dengan Allah, Dialah yang memberi diri ini kekuatan dan ketabahan untuk terus hidup selagi hidup..ya, setiap apa yang ingin dilakukan kata iman harus didahului daripada kata hati..

betul, hidayah itu milik Allah..hanya Dia yang berhak untuk mengurniakan petunjuk itu kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki..ku sebagai hamba hanya bisa mengangkat tangan memohon doa dariNya..semoga Allah tidak putus-putus memberikan hidayahNya buat kita semua..insyaAllah..buat 'sahabat', kubangga melihat dirimu yang baru..kubangga melihat setiap perubahan pada dirimu..semangatmu yang sentiasa mengiringi azammu untuk berubah menjadi lebih baik, membuatkan diriku turut terkesan..jujur, diriku termotivasi dengan apa yang kaulakukan..walaupun pernah terdetik rasa 'jealous' di hati melihatkan perubahan pada dirimu, kucepat-cepat beristighfar memohon ampunan Allah..semoga perasaan itu hadir untuk diriku turut sama membaiki diri menjadi lebih baik..

alhamdulillah, kini kita sama-sama berada dalam jalan perjuangan..kukirimkan doa buat dirimu juga buat diriku, semoga kita terus thabat dalam jalanNya..akhirnya, inilah takdir Allah..walau pada awalnya, terlalu banyak dugaan menimpa..terlalu berat hati ini nak menghadapi, saat insan yang paling dekat dengan diri ini, cuba untuk menjauhkan diri..timbul salah faham yang langsung tak kusangkakan..kulalui semua itu, walaupun berat terasa, tapi Allah tetap di hati..sebab kuyakin hanya Allah yang mengetahui segalanya..kuharapkan yang terbaik dariNya..syukur tak terhingga atas nikmat halawatul ukhuwwah yang Engkau berikan..semoga ikatan ukhuwwah ini keranaMu ya Allah!!

Saturday, April 25, 2009

bangkit demi sebuah kehidupan...



BINGKAI KEHIDUPAN
oleh:shoutul harokah
Mengharungi samudra kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan
Allahu ghoyatuna
Ar Rosul qudwatuna
Al Qur'an dusturuna
Al jihadu sabiluna
Al mautu fi sabilillah, asma amanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi..

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi..dengan limpah kurniaNya, masih lagi diberi kesempatan buat diri ini terus bernafas di bumi Allah ini..berkat kasih dan sayangNya juga membuatkan diri ini terasa amat bertuah kerana dipilih oleh Sang Pencipta Sekalian Makhluk untuk hidup demi Islam..semoga Engkau istiqamahkan aku dalam jalan perjuangan demi menegakkan agamaMu dan meninggikan kalimahMu..

Hampir seminggu tak berkesempatan untuk post sesuatu di blog ini untuk dikongsikan bersama..kebetulan setelah membantu sahabat2 dalam sebuah program di shams terpaksa pula menunaikan suatu kewajipan lain..alhamdulillah semuanya telah berlalu dengan amat baik..semoga hari-hari yang telah kulalui selama ini medapat catatan yang baik untuk rekod buku amalan kehidupanku yang bakal diselongkar habis-habisan di akhirat kelak..insyaAllah..

Ada apa dengan lagu Bingkai Kehidupan?..buat diri ini, lagu ini akan tetap menjadi kenangan terindah dalam sejarah kehidupan..lirik lagu ini memang bisa mengusik hati dan jiwa buat seorang pejuang agama Allah..setiap kali medengarkannya, terasa nak menetes air mata..semoga lagu ini boleh menjadi motivasi buat sahabat seperjuangan dalam mendayung perahu kehidupan..

Bak pesanan seorang sahabat tika diri ini diuji, "Perjalanan ini sungguh memenatkan..apa tidaknya, makin kehujung semakin sukar..tanggungjawab semakin sarat..tetapi apakah ada jalan lain selain meneruskan?jangan mati sebelum mati..sering diperingatkan kalau ada masalah di tengah jalan, teruskan perjalanan..hidup tak boleh dibelenggu jemu dan lesu..hari-hari adalah lembaran baru yang perlu dilorek dan diukir dengan keindahan dan keceriaan..hari-hari adalah peluang untuk mencipta yang lebih baik..susah dan payah adalah baja yang membina kematangan jatuh bangun diri menuju Allah..sabar dan syukur adalah minyak pada pelita yang meliuk lentuk dipukul badai kehidupan..dalam sekolah kehidupan ada pelajaran yang mesti ditempuhi..jadilah dirimu sendiri..insyaAllah kau akan sentiasa menjadi juara.."
Perasaan takut dan sedih yang selama ini menghantui diri telah berjaya diatasi dengan meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah s.w.t..hanya doa yang mampu dipohon dan selebihnya tawakkaltu 'ala Allah..sabda Nabi s.a.w.: "jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebear-benar tawakal , nescaya Allah akan memberi rezeki sebagaimana memberi rezeki kepada burung-burung.mereka pergi di pagi hari dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut kenyang."-hadis riwayat Tirmizi..itulah salah satu tanda kekuasaan Allah serta tanda kasih sayangNya pada makhluk ciptaanNya..la takhof wa la tahzan...innallaha ma'ana..


Man ana? jundullah insyaAllah..
p/s: sedikit pesanan buat kalian..sesiapa sahaja yang ada nak menyampaikan apa-apa komen, pendapat,kritikan, nasihat, pandangan atau apa-apa sahaja untuk penambahbaikkan diri ini bolehlah berbuat demikian dengan menghantarkan coretan kalian ke irah_1990@yahoo.com.. segala ketelusan dan ketulusan pihak kalian amatlah diharapkan..syukran






Thursday, April 16, 2009

cinta abu hurairah pada ibunya...

Abu Hurairah adalah seorang sahabat Rasulullah yang terkenal banyak meriwayatkan hadis. Ada suatu perkara yang merunsingkan fikirannya iaitu keengganan ibunya untuk memeluk Islam. Abu Hurairah memberitahu kepada Nabi, " Aku sentiasa memujuk ibuku supaya memeluk Islam tetapi dia tetap menolaknya, suatu hari ibuku telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap Rasulullah yang membuatkan aku menangis."


Dengan perasaan kecewa Abu Hurairah mendatangi Rasulullah, "Ya Rasulullah, berdoalah untuk ibuku semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya agar dia dapat menerima Islam sebagai agamanya."


Dalam doa Rasulullah, "Ya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar, berikanlah petunjukMu kepada ibu Abu Hurairah."


Sesudah itu Abu Hurairah pun pulang ke rumahnya. Apabila tiba, Abu Hurairah mendapati pintu rumahnya tertutup rapat dan apabila menyedari kepulangannya ibunya terus mendapatkannya lalu berkata, "Tunggu sebentar anakku!". Kemudian Abu Hurairah mendengar simbahan air dan sesudah mandi ibunya mengenakan pakaian baru dan segera berlari membuka pintu seraya berkata, "Wahai anakku, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."


Mendengar itu, Abu Hurairah terus berlari mendapatkan Rasulullah sambil menangis kegirangan. Baginda lalu memuji-muji keagungan Allah dan memberi sedikit kata-kata nasihat kepada Abu Hurairah.
Begitulah mustajabnya doa Rasulullah dan itulah satu contoh terbaik bagaimana berkatnya doa anak yang soleh pada ibunya. Itulah cinta yang lahir kerana cinta
pada Allah.
Doa itu senjata orang mukmin..

Monday, April 13, 2009

dua persimpangan...

Tika hati diuji
antara dua rasa
nawaitu hati terangkan segalanya
sandarkan harapan
tuluskan impian
jalan bahagia dega izinNya..
Terkadang keliru
kutemu hujung yang buntu
dihias semua rasa
moga masa tentukan segalanya..
Ya Allah,
terangi hidupku
dengan cahaya kasihMu
pimpinlah daku dengan hidayahMu
sujudku mendambakan keredhaanMu..
Ya Tuhan,
tunjukkanlah jalan kebenaran
suburkan jiwaku dengan keimanan
hanya padaMu Tuhan
kusandarkan harapan..



Teringat kata-kata Dato' Dr.Fadzillah Kamsah, dia cakap kita kena sayang diri sendiri barulah kita tahu hargai diri sendiri..kata-kata tu bermain-main di kotak pemikiran..tapi hakikat hati seakan benci dengan diri sendiri..pengecut betul..mengaku kalah sebelum berjuang..susahnya nak tajdidkan niat dihati..ikhlaskan diri untuk ditarbiyyah..kenapa diri ini tak sehebat dan sekuat adik-beradik yang lain??..jawapan=muhasabah diri..Be strong!!



"Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, dan dia berbuat baik, dia medapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.(Al-Baqarah:112)

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis..peritnya terasa..tapi ketahuilah dan renungi kembali ke dalam diri kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan..semoga Allah tabahkan hati dan tetapkan iman..






Saturday, April 11, 2009

A great Muslim and teacher of Da'wah




Ahmad ibn 'Abd al-Rahman al-Banna, the father of al-Shahid Hassan al-Banna, worked as a watch-repairer in the southern Egyptian town of al-Mahmudiyya. he was also an Islamic scholar that had graduated from al-Azhar University. Imam Hasan al-Banna was the oldest son and was born in al-Mahmudiyya in October 1906.



His family was well educated and followed a very strict Islamic lifestyle. The Imam memorised the Qur'an at a very young age and eventually joined the Teachers Training Centre where after a three-year course he came first in his final examinations. He was admitted to Cairo University despite being only 16 years of age because of his intelligence and breadth of knowledge.
Hassan al-Banna when asked why he commenced the work of da'wah once commented: Only Allah knows how many nights we four spent(his colleagues) reflecting on the situation of the Ummah; what stages it has passed through and the sickness that has reduced it to its present state. And we pondered on the cures for all the Ummah's illnesses. The Ummah's difficulties painhat e would often end up crying during these nights.



In 1927 he took the job of a teacher within a state school at the age of 21. In March 1928, the Imam, his brother and five others gathered at his house and swore to live and die for Islam. The foundation for the Muslim Brotherhood (Jama'at al-Ikhwan al-Muslimun) had now been laid.
In the book "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) the dynamics of the Ikhwan are explained: Hassan al-Banna's greatest achievement was his ability to create a sophisticated, organisational structure aiming to translate his vision into real life. However what distinguishes the Ikhwan from other groups which were established in the twenties and afterwards is the former's holistic approach. The Ikhwan was not merely a social, political or religious association or group.



It was described by antagonists as a state within a state. By 1934, the Ikhwan had established more than fifty branches in Egypt. They set up numerous schools, mosques and factories. At the end of World War Two, the Ikhwan had over half a million active workers and around twice as many supporters (some sources say around 3 million). Over two thousand branches were in existence altogether and fifty in Sudan - the work of the Ikhwan began to transcend national borders.



The British even invited al-Banna to their embassy for tea. He was complimented on his good character and his welfare work for the poor, the orphans and the widows was applauded. They explained that the world was very fragile and that Egypt must be built into a modern and prosperous state. They concluded that it was in the Ikhwans interest to get assistance from the British.



Al-Banna listened patiently, then told the Ambassador that Egypt and all its money is the property of the Egyptian people and that Britain's time in Egypt was coming to an end. Al-Banna was exiled to Upper Egypt in 1948.



The government of Noqrashi Pasha banned the Ikhwan despite the organisation having sent thousands of fighters in the war against Israel. A journalist asked al-Banna about the ban and he replied: "..when words are banned, hands make their move."



Shortly afterwards the Prime Minister was killed and the blame was immediately attributed to the Ikhwan. In the following months the properties of the movement were confiscated and thousands of youth were imprisoned.



On the 12th of February 1949, on a sunny crowded market in Cairo Imam Hassan al-Banna was shot dead by assasin. No one was ever charged with the murder.
He was only 43 years old. His last daughter was born on the same day. Her mother named her "Esteshhaad" - martyrdom.



The Muslim Brotherhood has since the martyrdom of Hassan al-Banna survived all attempts to stifle it. Not only did it grow even stronger in Egypt, but it created branches in all the Arab countries. The Islamic resurgence manifest today in the Arab world today owes its origin directly or indirectly to the Muslim Brotherhood Organisation.

p/s:copied from website mane dah lupa..kebetulan guna this source for assignment comp before this..

Friday, April 10, 2009

cerita hari ini...

assalamu'alaikum..alhamdulillah hari ini ada dua cerita yang nak dikongsikan bersama-sama..kedua-duanya berlaku hari ini..hari jumaat yang penuh kelebihan..

insyaAllah next week nak pegi kl..boleh jumpa sahabat-sahabat yang dirindui sekian lama..so, terpaksala menemani mak tersayang pegi membeli buah kurma dan sedikit barang-barang lain sebab nak beli tiket punya pasal..harga tiket masih tak turun-turun..still nak masuk rm40..huh mahalnya..dulu nak dekat rm30 je..hairan gak sebab harga minyak semakin turun tapi harga tiket tetap maintain sedangkan subsidi untuk bas kerajaan dah bagi..kebetulan my sis ikut sama..dia cakap dulu time dia belajar harga tiket lebih kurang rm20 je..tapi tu dulu, sekarang macam-macam dah berubah..

cerita pertama bermula..
destinasi ketiga kami ialah mydin..setelah selesai membeli apa yang patut, kami pon nak balikla..yela takkan nak tidur kat mydin kan..masa mak tengah reverse nak keluar parking, tiba-tiba adala sorang akak tu datang bagitau tayar kereta kat belakang pancit..so, masukla balik kereta kami ke parking tadi..kami semua perempuan cuma anak saudara je lelaki..namun, tak mampu nak buat apa-apa..jam menunjukkan lebih kurang pukul 1 lebih..aduhai, nak telefon siapa ye..orang mesti nak gi solat jumaat..tambahan lagi tayar bocor kat tempat macam tu..bingung kejap..alhamdulillah pertolongan Allah tetap datang...akak tu bagitau ada kawan dia boleh tolong..rakan sekerja dia..lelaki..diorang kerja kat salah satu stall kat depan mydin tu..kebetulan kami parking kat depan kedai diorang gak..syukur tak terkira..akhirnya ada gak yang nak menghulurkan bantuan..saya pon dah bimbang sebab takut lama..abang tu nak gi solat jumaat lagi..nasib baik tak ambil masa yang lama..setelah selesai, mak pon bagila sedikit duit kat dia..bukan upah tapi sekadar nak bagi..tapi dia menolak..kami pon segan juga..at last mak pon masuk kedai dia letak gak duit tu atas meja..dia memang tak nak tapi mak tinggalkan gak..waktu kami reverse buat kalu kedua abang tu kejar kereta kami..ingatkan apa hal..rupa-rupanya dia nak bagi air yang dia jual..murah rezeki kami, sebotol besar air dr.sukida(air berteknologi nano) dia hulurkan kat mak saya..huh, terharu rasanya..ada lagi orang yang baik macam tu..dahla sudi menolong lepas tu boleh hadiahkan lagi air kat kami..semoga Allah murahkan rezeki abang dan akak tadi..insyaAllah..

cerita kedua..
on the way kami balik, ada la sebuah myvi putih di hadapan kereta kami ni..boleh pulak dia letak satu beg plastik sampah kat ats kereta dia kat bahagian belakang tu..memang merimaskan betul tengok gelagat orang-orang kat sini yang suka buat keje tak bertangungjawab macam tu..apa taknya, dahla bawa laju..berat macam mana pun sampah tu kalau dah laju possibility untuk jatuh tu hampir 100% gak..seperti yang dijangka, sampah tersebut pun jatuhla..sedih betul, dia tak berhenti pon untuk angkat beg plastik sampah tu..kebetulan, sampah tersebut jatuh betul-betul dekat dengan tong sampah besar tapi tak masukla kat dalam tong tu..jatuh tepi jalan je..nanti kalau ada orang terlanggar sampah tu habisla berterabur kat atas jalan..sakit mata memandang..yang lagi sedih, pemandu tu perempuan.memalukan kaum perempuan je..betul cakap mak, orang cerdik memang ramai tapi orang yang berfikir tak ramai..

in conclusion, moral of the story kita hidup saling lengkap melengkapi..bantu-membantu.mungkin hari ni kita tolong orang yang dalam kesusahan..suatu hari nanti siapa tahu orang pulak tolong waktu kita dalam kesusahan..lagi satu, semoga kita semua dapat jaga kebersihan tak kira di mana jua kita berada..takkan kita nak rumah kita je bersih tapi tempat orang awam kita buat tak kisah je..mana perginya sifat prihatin dan tanggungjawab kita?..sama-sama kita renung dan fikir-fikirkan..

Thursday, April 9, 2009

bisikan hati...

ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini setenang keindahan alam semulajadi ciptaanMu..setenang kehijauan mempesona menyejukkan mata memandang..setenang deruan air terjun dan sungai yang mengalir tenang...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk still hidup dalam keadaan sihat sejahtera..semoga diri ini sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t...sesekali bertanya pada diri sendiri siapa sebenarnya aku..ya, aku hambaMu yang hina lagi kerdil ya Allah..diberi kesempatan olehMu untuk menjadi hamba yang mengabdikan diri padaMu dan pada masa yang sama diberi tanggung jawab memegang amanah besar sebagai khalifah di muka bumi ini..besarnya amanahMu ya Allah..hanya doa yang kupohon mengharapkan petunjuk dan taufiq yang tidak putus-putus..moga-moga diri ini berada dalam jagaan dan hidayah dariMu sehingga ke akhir hayat..insyaAllah..


Sejak kebelakangan ini, seringkali bahkan hampir setiap hari mendapat berita kematian..alhamdulillah di sebalik berita kesedihan itu terkandung hikmah yang berharga..mungkin kehidupan dunia yang amat meyibukkan ini membuatkan kita seringkali lupa memikirkan kematian..sedangkan kita tahu orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati..tapi bila difikirkan, berapa ramai bilangan orang yang bijak dalam konteks ini..hikmahnya, bila mendapat berita kematian membuatkan kita teringat yang hidup pasti akan kembali kepada Allah..cuma masa sahaja yang menentukan..


Sering juga berdiskusi bersama rumate tersayang, kak muni juga sahabat2 yang lain..kita sibuk belajar, kita sibuk dengan kawan-kawan, kita sibuk dengan pelbagai program..tapi, pernah terdetik tak di hati kita dalam kesibukan kita itulah Allah cabut nyawa kita..kita selalu je fikirkan cita-cita kita..ada yang aim nak jadi doktor, engineer, cikgu, lecturer..tak kurang ada jugak yang masih tercari-cari apa nak jadi..tapi, masing-masing seakan begitu yakin dapat apa yang dihajati..ada jugak yang sibuk bercinta, sedangkan takde pertalian sah yang menghalalkan hubungan tersebut..seolah-olah terlalu yakin itulah suamiku dan itulah isteriku..huh, mungkin agak keterlaluan ayat ini..tapi tu la realiti..


Persoalan yang sering menghantui benak fikiran ini..sempat ke habis degree?sempat ke konvo disaksikan mak dan ayah tersayang?ada ke jodoh di dunia ini atau mungkin juga tak ada..yela, kita selalu gak dengar ada sahabat2 kita yang terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi..pengalaman sendiri, sudah tentu sahabat2 di smkatj..ada yang lemas, ada yang accident..tak kiralah junior mahupun senior..ada jugak yang meninggal on the way nak pegi ke kelas..accident..alhamdulillah, sekurang-kurangnya mati dalam perjalanan menuntut ilmu..


Tapi, kita semua tak tahu lagi pengakhiran hidup ini bagaimana, bila dan di mana..yang pasti, saat itu pasti datang..ramai meletakkan cita-cita tertinggi iaitu mati syahid..alhamdulillah, semoga dikabulkan Allah..at least, apabila cita-cita itu yang diletakkan boleh remind kita untuk sentiasa buat preparation to face it..tapi, bukan senang-senang je boleh dapat..tentunya memerlukan pengorbanan.


Dalam perjuangan Islam dalam erti kata lain dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini, memang banyak mehnah dan tribulasinya..tambahan, di akhir zaman yang penuh dengan fitnah dan penipuan, pasti lagi besar cabaran dan pengorbanan yang harus dihadapi..Hidup ini adalah sebuah perjuangan..dan perjuangan memerlukan pengorbanan..dua perkataan yang amat sinonim juga mesti wujud demi sebuah kejayaan dan kemenangan yang ingin dicapai..seperti kata hukama' : "kejayaan semanis madu memerlukan pegorbanan sepahit hempedu."


Firman Allah yang bermaksud: "pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun degan keadaan berat (disebabkan berbagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah:41)


Melalui sejarah juga kita mula belajar bagaimana sesebuah kemenangan dan kegemilangan Islam diwarnakan oleh perjuangan dan pengorbanan yang hebat dan mantap..ia turut menyaksikan bagaimana harta, tenaga, darah, dan nyawa menjadi yuran bernilai harganya yang dibayar oleh para pejuang..


Dalam sebuah buku yang pernah dibaca mengatakan tiada hidayah tanpa dakwah, tiada dakwah tanpa perjuangan dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan..


Hidup ini memang amat-amat memerlukan pengorbanan..itulah syarat bila mana kita memperjuangkan sesuatu..cakap memang senang, tapi nak buat masing-masing boleh nilai tahap pengorbanan diri sendiri..ya Allah, kadang-kadang hambaMu lemah..rebah tersungkur menyembah bumi..tapi, bila ujian datang menerjah takkan semudah itu ingin menyerah..duhai diri, mana perginya pendirian nan jitu??mana perginya kebergantungan dengan Allah??saat diri diuji, dengan ketakutan, kesedihan dan sebagainya..mungkin terasa malangnya nasib diri tapi sebenarnya itulah tanda kasih sayang Allah pada diri..diujiNya sejauh mana iman diri ini..


mengapa mesti ada rasa takut sesama manusia sedangkan takut itu hanya layak pada ALLAH..kita nak buat sesuatu sering juga tersasar bila mana meletakkan pandangan manusia di hadapan..sedangkan pandangan Allah lebih patut diaulakan...duhai diri, kutau jiwa ini lemah, tapi mohonla pada Allah semoga diberikan kekuatan..ya, agar dikurniakan kekuatan mental, fizikal..rohani dan jasmani..redhakanlah diri ini untuk ditarbiyyah..semoga apa sahaja yang bakal dilakukan ke atas diri ini nanti, dapat diterima dengan hati terbuka, lapang dada dan moga-moga kutenang dan berfikiran jernih menghadapinya..insyaAllah semoga Allah istiqamahkan kita dalam perjuangan Islam..syahid harapan tertinggi juga moga-moga dikabulkan..


“Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di antara kamu berpaling dari agamanya (murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya lagi meliputi PengetahuanNya.” (al-Maidah:54)


Ya Allah, semoga dengan kemukjizatan al-quran itu sendiri dapat membersihkan hati ini, supaya bersih dan ikhlas beramal kepadaMu..secara teorinya, memang mudah untuk megatakan sesuatu..hakikatnya, secara praktikal sukar untuk diamalkan..tapi, selagi mana niat itu baik, insyaAllah semoga didorong oleh Allah dan ditunjuki jalanNya..salam mujahadah buat diri sendiri!!wake up..think positive and everything will be okay insyaAllah..

Wednesday, April 8, 2009

"be a good wife"

Salam mahabbah fillah..hamdan wa syukran lillah..artikel ni teristimewa buat my beloved sisters, kak nur and kak cik..also to my beloved sister in law, kak alis...semoga setiap hari yg dilalui senantiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..insyaALLAH...tak lupa juga buat sahabat- sahabat yg dah bergelar 'zaujah' orang atau yang bakal memegang title tersebut...semoga menjadi isteri solehah...kabulkan ya Allah...


Irah sayang kak nur, kak cik and kak alis fillah..selamat melayari bahtera hidup rumahtangga..irah sentiasa doakan kebahagiaan kita semua dunia akhirat..insyaAllah..semoga dapat laksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dengan istiqamah dan menjadi isteri solehah penyejuk mata dan permata hakiki buat suami tercinta..doakan irah dapat suami soleh ye..hihi..dah baca artikel kat bawah ni semoga sama-sama beroleh kefahaman untuk beramal dengannya..


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Rum ayat k eke 21 maksudnya :Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Menerusi ayat ini kita dapat melihat bahawa antara tanda kesempurnaan kejadian manusia ialah penciptaan teman hidup yang akan meneruskan kesinambungan kehidupan manusia di bumi.Ayat yang menjurus kepada pembuktian tanda-tanda kekuasaanNya ini menghuraikan satu bentuk dari berbagai bentuk anugerahNya yang seringkali diabaikan.Para ahli tafsir menitikberatkan permasalahan yang berkaitan dengan Islam dan hokum, namun suatu perkara yang perlu ditangani ialah memahami mesej ayat dalam rangka realiti atau lebih tepat lagi kaedah menguruskan konflik rumahtangga yang sering dialami oleh pasangan-pasangan yang berkahwin.Mengapakah masalah ini timbul sedangkan mafhum ayat mengkehendaki dnegan perkahwinan adanya keserasian dan kedamaian.
Antara wasiat orang bijaksana yang dicatatkan oleh al-Jahidz dalam kitabnya al-Bayan wa al-Tabyeen tentang perspektif perkahwinan yang membahagiakan ialah pesanan isteri ‘Auf bin Muslim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan panduan bagi orang yang menggunakan akal.Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'hamba' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'hamba' lelaki bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang tidak cantik daripadamu dan jangan sampai dia mencium bau yang busuk daripadamu.Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu mengegkari perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan selamat daripada pengkhianatannya.Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bereseronok. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.Jadilah kamu orang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan kehendaknya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kegembiraannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang tidak kamu senangi dan Allah pasti memberkatimu.”walaupun nasihat ini lebih menumpukan kepada aspek bahasa, namun pengajaran yang dikutip di sebaliknya amat membantu kita memahami reality hayat kita di dalam rumahtangga.
Secara ringkasnya, ibrah yang terdapat di sebalik wasiat ibu yang matang ini ialah :
1. Carilah pasangan yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib selagi beliau tidak menyuruh melakukan maksiat kepada Allah.
3. Kepentigan mengamalkan sikap berlapang dada dan bertolak ansur kerana ia pasti menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.
4. Carilah keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan Allah,contohnya dengan sentiasa berdoa kepadaNya tanpa menghebohkan kekurangan pasangan nescaya engkau akan dapat kasih sayangnya dan kasih sayang manusia.
5. Para perunding hendaklah sentiasa memberikan semangat terhadap banyaknya peluang untuk pembaik pulihan daripada mencari kelemahan seseorang.

Mudah-mudahan sedikit wasiat berupa pengalaman para hukamak ini dapat menyerikan lagi rumahtangga yang dibina bagi menjamin keberadaan sakinah, mawaddah dan rahmah!

p/s:copied from blog ust zahazan

wahai puteri adam...



Lembutmu menggamit kalbu setiap mata memandang.Oleh itu, jagalah penampilanmu agar terjaga dari panahan syaitan….Jadilah seorang hamba Allah yang sentiasa mengingatkan manusia yang sedang terleka……Insya-Allah, hidupmu akan diberkati Allah.





Yang lembut fitrah tercipta,

halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ...

telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa,

di matanya cahaya, dalamnya ada air,

sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja, penuh cinta,

sayang semuanya, cinta untuk diberi ...

cinta untuk dirasa ...

namun manjanya bukan untuk semua,

bukan lemah, atau kelemahan dunia ...

ia bisa kuat, bisa jadi tabah,

bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah,

tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...

teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ...

dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia,

hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,

yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya,

teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia, menyimpan ílmu,

si teman bicara, dialah Áishah,

penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah,

penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...
seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...
bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah ...

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia ...
pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...
seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!
seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ...
anak mak & ayah, muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Tuesday, April 7, 2009

Pengajaran yg baik....

Subject: 3 soalan...

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya

2.Apakah yang dinamakan takdir

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

copied from my email...

Sunday, April 5, 2009

-FriEnDs-

Salam mahabbah fillah..teristimewa buat sahabat2 yg ku kenali sejak di bangku sekolah (sarah, mirah, aina, izan, nadhirah and nadia)...cetusan hati buat kalian and sesiapa sahaja yg membaca tulisan ini..semoga kita semua senantiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah..

Indahnya sebuah persahabatan bila dibentuk atas dasar akidah yang sama..masing2 sedang memburu impian utk melakar sejarah gemilang dalam diari kehidupan seorang insan..rasa syukur dipanjatkan buat Dia yg menciptakan rasa kasih dan sayang sesama insan..alhamdulillah, semoga rasa kasih dan sayang yang Allah kurniakan itu sama2 kita salurkan pada jalan kebaikan..insyaAllah..

Masih segar di ingatan segala kenangan bersama..


Dulu, masa sekolah masing2 berusaha untuk jadi matang sbb masa tu masing2 macam childish lagi kan...alhamdulillah kalu ada salah faham pon ada yang mendamaikan dgn cr terbaik..anyway, semua suka dan duka yang dilalui bersama itulah yang membuatkan kita jadi lebih matang..iyalah, kita belajar dari kesilapan dan pengalaman juga guru terbaik untuk sekolah kehidupan..

Erm, paling best waktu berkampung kat umah izan tyme parents dorg gi mekah...rasanya andak je takder..rugi tau andak..buat homework same2, masak same2, tgk tv same2, main same2, naik moto jalan2 pon same2..seme same2 kan..rasa mcm duk rumah sewa je..waktu tu gak kita buat kek buah ramai2 then bg kat cikgu2 kan..rindu sangat kat soto yg kita buat tu...hihi..bila lagi ye nak gather cm dulu??

Bila dah dapat result spm, yg lain pegi matrik kpm, along ng andak je still bersama ng adik..at least ade gak teman..urusan2 nak masuk uia pon kita settle same2...waktu tu, adik xde lesen kete lagi, so andak n along la gilir2 jadi driver...sekarang, adik la plak kene jadi driver..

walaupon izan jauh kat seberang, tapi itu tak mejauhkan kita...adik harap sangat2 ukhuwwah ni kekal hingga ke akhirat sana..coretan ini sekadar melepaskan rindu kat antunna seme..buat along n andak, kenangan uia pon xkn dilupakan..waktu outing bertiga, makan same2...andak igt tak, tyme wat tutorial kita tdo lewat pagi makan mee ruski same2...esokkannya, kita pegi jusco yg jauh tu, sume ngantuk nak terlelap dlm lrt..tu laa stay up sbb nak outing punya pasal...then, masuk kat tempat budak2 main..tetiba pak guard dtg..huhu...waktu along n andak paling comel nak tau bile??tyme muka penuh ng tepung ms family day GATE..hihi..

Buat nadhirah n mirah lak..waktu korang bawa moto paling best..ur mum still don't know eh nadhirah??aina, we all knowing u as a cheerful person yg sgt peramah...yg lain setuju tak??Okla, sekilas mengimbau kenangan lepas yg dilalui bersama..


Apepun, kat sini ape yg adik nak sampaikan, dalam kita semua sibuk dgn urusan dunia smg kita semua tidak lupakan kehidupan yg abadi which is kehidupan akhirat..hari jumaat baru2 ni, adik dapat berita kematian seorang lecturer uia..sekali lagi membuatkan adik berfikir ttg kehidupan ni..

Sahabat semua, mati itu pasti dan kita semua pasti akan jadi jenazah sama ada cepat atau lambat..destinasi hidup kita begitu pasti..antara syurga atau neraka pengakhir kita..tapi, mana satu yg menjadi milik kita hanya Allah yg tahu..kita hanya mampu berusaha semampu mungkin untuk menjadi hambaNya yg beriman dan bertaqwa dalam meraih cinta dan redhaNYA..Walau setinggi mane pon cita2 kita, dalam kesibukan kita mengejar cita2 itu semoga kita semua tidak lupa untuk senantiasa meyediakan bekalan ke akhirat..jadikan dunia ini tempat utk kita bercucuk tanam...sirami air dan bekalkan mineral yg diperlukan secukupnya...semoga ada hasil yg baik utk kita tuai di hadapan Allah kelak..




adik doakan kejayaan kita semua dunia dan akhirat..semoga bila ada antara kita yg terasa jauh dr rahmat Allah, kita saling menyuburi jiwa masing2 dgn saling ingat-mengingati antara satu sama lain..adik igtkan diri adik sndri serta sahabat semua, Allah matlamat kita, syahid cita tertinggi kita..kita manusia biasa yg sering melakukan kesilapan, tapi Allah itu amat sayang dan cinta pada hambaNya..jgn kita jadi org yg angkuh..selagi mana ada kesempatan utk bernyawa di bumi Allah ini, kita mohon keampunan atas segala dosa2 kita pada Allah yg maha pengampun..semoga segala amalan kita diterimaNya dan dosa2 kita diampuniNya..ajal itu bila tiba masanya takkan dilewatkan atau dipercepatkan walau sesaat..yg mampu kita sebagai hambaNya, berdoalah semoga kita semua mati dalam iman dan kebaikan..husnul khotimah insyaAllah..

"SAHABAT yg paling baik adalah seseorg yg apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah SWT, apabila kamu dengari percakapannya, pengetahuan tentang Islam bertambah, apabila kamu melihat kelakuannya, kamu teringat akan kehidupan akhirat..."

wahai TEMAN jika hari ini ana t'lalu GEMBIRA, antum sedarkanlah ana..jika hari ini ana b'SEDIH tanpa kata, antum CERIAkan dan pujuklah ana..jika hari ini kita adalah MUSUH, antum selesaikanlah segera..jika ana MELUKAI HATI antum, antum MAAFkanlah..dan jika esok ana TIDUR TANPA TERJAGA, antum kirimkanlah sekalung doa & AL-FATIHAH buat ana...syukran 'ala kulli hal...

UKHWAH FILLAH..kita BERTEMU krn ALLAH, dan kita BERPISAH krn ALLAH..friendship forever..

Friday, April 3, 2009

FEW CASES FROM THE HOLY AL-QURAN


Assalamu'alaikum..hari ni terasa nak share tentang beberapa kaum yg diceritakan dalam al-quran..diri ini bukanlah org yang faqih dlm bidang seperti ini, so kalau ada salah silap bolehla diperbetulkan..actually, this is my part in doing assignment and presentation base on the topic "The Rise and Fall of Civillization" for the Basic Themes of Al-Quran(BTQ)..anyway, our assignment has been checked by our lecturer.Alhamdulillah we got full mark..so insyaAllah there is nothing wrong..tapi kalu ada gak silakan make it correct k..


'Ad People
•the people of prophet Hud.
•in surah Al-A’raaf verse 65; “ To the ‘Ad people, (We sent) Hud, one of their (own) brethren: “ O my people! Worship Allah! Ye have no other god but Him. Will ye not fear (Allah),”.

They worshipped false gods as well as rejected revelation of Allah and disobeyed His messengers. Allah has disaster them and replace with other community.
The punishment from Allah to the ‘Ad people is clearly stated in surah Al-Haaqqah:
“ And the ‘Ad-they were destroyed by a furious wind, exceedingly violent.” (69:6)
“ He made it rage against them seven nights and eight days in succession. So that thou couldst see the (whole) people lying prostrate in its (path), as if they had been roots of hollow palm trees tumbled
down.”
(69:7)

Thamud People
•People of prophet Salih.
•The successors to the culture and civilization of the ‘Ad people.
•The standard of living of Thamud people was rising higher and higher during that time.
•Unfortunately, with the advance of materials civilization caused them become godless and arrogant.


•broken up into two fractions, the rich oppressing the poor and keep them out of the good things of life.
•They practiced wrong in doings and have no belief in Allah.
•rejected prophet Salih who sent by Allah to be a preacher of truth and as a warner to them.

In surah Hud verse 61, Allah said: “ To the Thamud people, (We sent) Salih, one of their own brethren. He said: O my people! Worship Allah; ye have no other god but Him. It is He who hath produced you from the earth and settled you therein: Then ask for forgiveness of Him and turn to Him (in repentance), for my Lord is (always) near ready to answer”.


•Thamud people deny and disbelief what has been said by prophet Salih.
•They asked prophet Salih for a proof that can make they belief in prophet Salih as a messenger of Allah.
•As mentioned in surah Asy-Syu’araa’:


“ They said: Thou art only one of those bewitched ”(26:153)“ Thou art no more than a mortal like us: Then bring us a sign if thou tallest the truth!”(26:154)


Allah has fulfilled their request by giving them a clear proof, she-camel, as a sign for Thamud people. Allah said:“ To the Thamud people, (We sent) Salih, one of their own brethren: He said: “ O my people! Worship Allah, ye have no other god but Him, now hath come unto you a clear (sign) from your God! This she-camel of Allah is a sign unto you. So leave her to graze in Allah’s earth, and let her come to no harm, or ye shall be seized with a grievous punishment” (7:73)



•Arrogantly, they still do not obey the command’s of Allah. Moreover, they killed the she-camel.
•They said to prophet Salih, “ O Salih! Bring about thy threats, if thou art a messenger (of Allah)”.
•Allah retributed Thamud people with a terrible earthquake and destroyed their boasted civilization.
•All of these are already
mentioned in surah Al-A’raaf from verse 76 to 78.

Bani Israel People

•people of prophet Moses.
•According to surah Taha from verse 85 to 97, it can be summarized that one of the Bani Israel people, Saamiri has been a traitor when he made a golden statue and called that as the Allah.
• Bani Israel people were tested by him during the absence of prophet Moses.
•Saamiri mislead them by claiming that a calf is their God and the God of Moses.

•as in surah Al-Baqarah from verse 55 to 56, it shows that people of Moses wanted to see Allah when prophet Moses asked them to obey Allah.
•they cannot even see the lightning.
•Allah raised them up, hoping they will thankful and obey to Allah.


•In surah Al-Qasas verse from verse 76 to 82, Qaarun who was a rich people among the Bani Israel, act arrogantly and cruelly to his people.
•he said that the wealth that he owned were all come due to his knowledge and excellence.
•Allah has retributed him by destroying him as well as his wealth.


To be the best ummah we should take the stories of the people before us as a lesson…Only then we do not repeat the same fault and we must improve ourselves, at every TIME and every WHERE in order to be GOOD MUSLIM/AH!!!Keep in mind, our heart, and our soul, whatever in this life the most important is MARDHOTILAH…

Thursday, April 2, 2009

Siasah Syariah Satu Muqadimah

Ke arah mengenali Politik Islam

Politik Islam tidak di ajar di Universiti tetapi telah lahir daripada penghayatan seseorang tentang ketatanegaraan dalam Islam berpandukan Al-Quran dan Hadith. Politik sekular lahir daripada kajian dan pengalaman manusia berpolitik dan bersifat pragmatik. Dalam Islam pemerintah yang menyeleweng wajib ditentang. Golongan yang mempertahankan sekularisme ialah:

· mereka yang jahil tentang Islam
· kerana tiada negara Islam yang boleh dicontohi
· kerana kebaikan dalam politik Islam disembunyikan

Dalam politik Islam, Jabatan Islam ialah jabatan yang tertinggi tapi diganti dengan Jabatan Perdana Menteri dalam sekularisme. Sekularisme adalah satu kemungkaran kerana mementingkan majoriti dari hukum Islam dalam hal politik, ekonomi dan sosial.

Kedudukan Politik dalam Aqidah dan Syariah

Aqidah dan Syariah menetapkan dasar politik dan kedudukannya dalam agama. Berpolitik cara Islam adalah wajib bagi setiap muslim dan pragmatisma adalah haram. Nasionalisme yang disebut sebagai ‘Asabiyatul Jahiliyah di dalam Al-Quran berasal dari golongan Bani Israel dan boleh merosakkan Aqidah.

Konsep Syura

Syarat-syaratnya: panduannya ialah hukum Allah s.w.t yang wajib diterima.
Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan ahli mesyuarat lain mestilah dari kalangan Ahlul Hilli Wal Aqdi (seperti yang diterangkan dalam Kitab Feqah). Namun kelonggaran diberikan diperingkat bukan pemerintah di sesebuah negara, negeri atau daerah. Wakil rakyat yang tidak terlibat dengan masalah negara seperti untuk mejaga kebudayaan dan adab resam diberi kelonggaran.
Cukup Korum hanyalah pelengkap dan tidak wajib asalkan wakil-wakil yang hadir boleh membuat keputusan secara syarii.
Pengerusi mestilah Islam yang boleh membuat keputusan bila tiada keputusan muktamad dicapai.

Cara Mengamalkan Politik Islam Dalam Negara Demokrasi

Proses demokrasi membenarkan proses Islamisasi berdasarkan hak kebebasan beragama dan mengamalkannya. Wakil rakyat Muslim wajib memastikan kawasan mereka terus dipegang oleh orang Islam. Suasana keIslaman mesti diwujudkan walaupun ada kaum bukan Islam dan ini perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Dalam Islam, para Umara’ tidak boleh membelakangkan teguran atau nasihat para ulama’.

Politik Kepartian Tidak Bersifat Mutlak

Dalam Demokrasi rakyat boleh menubuhkan parti politik dengan dasar masing-masing, selagi tidak bercanggah dengan perlembagaaan negara. Politik kepartian tidak sesuai kerana bersifat perkauman. (Surah Ar-Rum : 32). Namun diharuskan jika pemerintahan Islam tidak tertegak. Ajaran Politik Islam, "Nizam Siasah Syariah" menganggap politik hanyalah wadah perjuangan yang berubah-ubah mengikut masa dan tempat.
"Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)." Ar Rum:32

Antara wadah-wadahnya:
Badan-badan Dakwah - Rasulullah saw telah menggunakannya pada zaman Makki dan Madani
Parti Politik - lahir pada kurun ke 19, tidak begitu bebas
Angkatan bersenjata - perlu diasaskan dasar tarbiyyah Islamiyah. Wasilah perjuangan Islam tertua dan tidak boleh dimonopoli oleh badan-badan tertentu.
Pilihanraya tidak bergantung penuh dengan kewujudan parti politik semata-mata dan umat Islam boleh berijtihad mengikut masa.

Pemerintahan Satu Parti

Boleh diwujudkan berpandukan cara-cara berikut:

Kerajaan pemerintah membenarkan satu parti politik sahaja yang wujud dalam satu masa.
Kerajaan membenarkan wujud pelbagai parti politik tetapi kesemuanya disatukan ke arah perjuangan dengan mewujudkan satu ikatan politik yang kukuh.
Ini dapat membendung pertentangan ideologi dan isu-isu yang diperjuangkan lebih bersifat lokal mengikut keperluan kawasan masing-masing. Anggota perwakilan boleh juga menjadi pembangkang dalam membahas sesuatu usul dan pengundian akan dijalankan.

Bentuk Mujahadah Dalam Masyarakat Setempat di Malaysia
PAS telah memilih siasah ( medan Politik) sebagai wasilah berdasarkan suasana di Malaysia
tanpa menolak konsep tarbiyah yang mengharapkan kepada pembentukan individu Muslim. Ini kerana PAS berpendapat tarbiyah semata-mata tidak dapat membawa kepada pembentukan Daulah Islamiyah di dalam sekularisme.

3 cara untuk memerintah sesuatu tempat secara sah:
· Bai’ah dari orang ramai yang beragama lslam
· lstikhlaf (pemimpin mengundur diri dan memberi kuasa kepada orang yang layak)
· Isti’la’ (penaklukan ke atas ‘Darul Harbi’dan menjadikan ‘Darul lslam’)
Orang Islam dalam negara sekular ‘wajib berjuang’ untuk menegakkan negara Islam atau berhijrah ke negara Islam. Golongan sekular akan menyekat sebarang kemajuan dalam tarbiyyah Islamiyyah, dengan itu kuasa politik adalah penting.


Kedudukan politik dalam pandangan Agama Islam
Ajaran Islam telah melahirkan politik. Oleh itu keputusan politik akan terbatal jika bertentangan dengan Islam. Meletakkan seseorang lebih dari Islam adalah syirik (An-Nisa’: 48 ). Inilah yang dilakukan oleh orang Yahudi dan Nasrani.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar."
An Nisa’ : 48
Sabda Nabi saw:
"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah dari kalangan mereka"
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah s.w.t. terbahagi kepada kafir, zalim dan fasiq (Al-Ma’idah: 44, 45, 47, 48, 50). Apabila menurut susun tertil ayat, ayat 47 dan 48 termansuh kerana adanya ayat 50 sahaja. Nas syari’e menegah kita dari menghukumkan kafir terhadap orang yang mengaku lslam. Namun orang fasiq juga amat besar dosanya (Al-lmran : 110 dan Al-Baiyinah : 6)

Kewajipan menubuhkan parti mengundi dan menyertai pilihan raya
Penubuhan parti politik lslam tidak wajib pada awalnya menjadi bagi umat lslam dalam negara demokrasi. Oleh itu, merebut kerusi juga wajib. ‘Sesuatu yang wajib itu ialah sesuatu perkara yang tidak sempurna sesuatu pekerjaan yang lain tanpa kewujudannya, maka lanya adalah wajib" (Qawaidul Fiqhiyah). Menyukung parti sekular hukumnya maksiat (Al-Ma’idah : 3)
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al Maidah : 3

Malaysia negara sekular
Seorang hakim pernah berkata yang malaysia ialah negara sekular dan kerajaan menggunakan ‘penerapan nilai islam dalam proses islamisasi’ sebagai muslihat politik. Negara Islam bermaksud negara yang dalamnya terlaksana hukum Islam secara menyeluruh bukannya majoriti penduduknya Islam. Perlembagaan hanya menyatakan "Islam Agama Persekutuan".

Kewajipan Menubuhkan Negara Islam dan Menjalankan Hukum Islam
Menyeru agar kerajaan Malaysia menjadi kerajaan Islam adalah wajib Syarie’. Selari dengan konsep amar maaruf dan nahi mungkar yang berjalan seiring (Al-Imran :104). Negara Islam juga memberi peluang kepada orang bukan Islam untuk menggunakan hukum agama mereka dengan lebih meluas. Asas kepada perpaduan dalam Islam didasarkan kepada Aqidah Tauhid.

Adab-adab Dalam Politik
Dalam menentang musuh, Islam mewajibkan ahli politik mengikut panduan yang ditetapkan oleh syara’ bukannya dengan melulu. Politikus Islam tidak boleh dipengaruhi oleh unsur-unsur politik yang boleh membelakangkan agama (Al-Nahl: 125). Mujahid mesti berjiwa besar, tidak suka berdendam dan memberi maaf kepada musuh setelah dikalahkan.
Setiap ahli wajib menjalankan hukum Allah s.w.t. (An-Nisa’ : 105) untuk mengelakkan timbulnya perasaan dendam. Mengubal undang-undang mengikut pemikiran sendiri adalah syirik (Yunus : 35, Al-Baqarah : 61) Amar maaruf dan nahi mungkar adalah falsafah politik Islam.

Pemikiran Politik Islam
Politik Islam difikirkan secara serius setelah kewafatan Nabi Muhamad s.a.w. Daripada Muktamar "Saqifah" didapati bahawa menghantar wakil ke mana-mana muktamar adalah penting. Umat Islam perlu berada di bawah satu pimpinan sahaja untuk mengelakkan perpecahan. Tindakan Saidina Abu Bakar mempertahankan bangsa Quraisy (Muhajirin) dari bangsa Ansar dalam pemilihan khalifah adalah sama seperti mempertahankan bangsa Melayu semata-mata kerana agama Islam. (Muktamar Saqifah - dimulakan oleh orang Ansar untuk memilih ketua selepas kewafatan Nabi)


This entry was posted on Friday, December 14th, 2007 at 6:14 am and is filed under FIKRAH DAN HARAKAH.
khair