Friday, May 22, 2009

gersang jiwa, dahagakan pengisian

Alhamdulillah, di petang jumaat yang penuh barakah ini saya dan along(sarah) diberi kemudahan oleh Allah untuk menghadiri usrah di klinik ummi..syukur tak terhingga kerana memilih untuk hadiri suatu liqa' perkongsian 'ilmu..tak lain hanya Allah la yang menggerakkan hati-hati kami ini ..ya Allah, hamdan wa syukran lillah..syukran juga buat kak sumayyah selaku naqibah kami..memang dah terbiasa apa sahaja yang kita nak buat kenalah pertama sekali ikhlaskan niat..itulah peringatan awal yang diberi..

Di sini, saya ingin berkongsi satu bahagian dari pengisian petang tadi..iaitu bahagian 'ulumul hadis..kak sumayyah membacakan hadis kedua daripada hadis 40..yang mana turut dikenali sebagai hadis jibril..

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

*Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Terdapat empat point utama dalam hadis tersebut..islam, iman, ihsan dan hari qiamat..atau lebih tepat tiga tunggak utama yakni rukun islam, rukun iman dan ihsan..islam itu sendiri merupakan penyerahan diri kita kepada Allah, tunduk padaNya serta perhambaan pada Allah..seperti ulasan kak sumayyah, iman itu tetap..penghayatan terhadap iman itu sebenarnya yazid(meningkat) au yanqus(menurun)..terdetik di dalam hati, "aku tak nak islam luaran sahaja, tapi aku nakkan iman yang sebenar-benarnya..semoga hadir ihsan dalam diri yang serba kekurangan ini!"..untuk tanda-tanda qiamat pula, terasa amat dekat saat itu untuk menjadi suatu realiti..yang pasti janji Allah itu pasti akan datang..tapi bersediakah aku menghadapinya??

Pengajaran dari hadis jibril ini memang banyak..antaranya adalah bukti kesyumulan islam itu sendiri..di mana islam itu adalah agama yang datangnya dari Allah..ia bersifat rabbanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat..tidak seperti agama-agama lain..disebabkan itulah ia sesuai untuk semua umat manusia di setiap tempat dan sepanjang masa..untuk itu, dalam mencapai kesempurnaan seorang mukmin, haruslah seseorang itu menunaikan segala rukun islam, rukun iman dan sifat ihsan..islam itu sendiri bersifat syumuliah yakni menyeluruh..jadi, islam tidak sempurna jika hanya diambil dari segi zahir, atau batin sahaja juga dari aspek kerohanian semata-mata..kesempurnaan islam itu tercapai apabila diamalkan secara menyeluruh..selain itu, 'ilmu itu tidak hanya dengan kita membaca buku kerana kita juga perlu berguru..kak sumayyah turut menceritakan bagaimana sewaktu dia belajar di mesir..syeikh-syeikh di sana amat menekankan adab menuntut 'ilmu..sehinggakan syeikh tersebut tidak redha walau hanya memusing-musingkan pen atau pensel di tangan..tapi, berbeza sangat keadaannya di tempat saya sendiri..kadangkala sedih, geram semua bercampur baur..bila mana ada classmate yang slumber berbual-bual ketika lecturer sedang bercakap di hadapan..mana hilangnya rasa hormat kita terhadap guru?..mungkin itulah salah satu punca kenapa susah kita nak dapat 'ilmu apatah lagi nak mengamalkannya..mungkin redha guru itu tiada..na'uzubillah..

Setakat ini dulu perkongsian pada kali ini...walaupun masih banyak lagi perkongsian dalam usrah tadi yang saya belum kongsikan dengan sahabat dan sahabiah semua..ya Allah, janganlah Engkau hijabkan hati sesiapa sahaja yang membaca perkongsian daripada hambaMu ini, lantaran dosa yang ada pada diri ini..semoga setiap apa yang dikongsikan dapat sampai di hati ini serta sahabat sahabiah semua..



5 comments:

Wawa said...

usrah ye wat kat klinik ke?

shah_haz said...

xdela..ada la bilik..cuma kat klinik..~-*..xau jd dop..ak xreti ngat wat mnde gini..

izan bazlina said...

kalo TERtido gane plok?
:(

shah_haz said...

oho "ter"??urm, tu la mnde ni di luar kawalan kita kadang2 kan..apepun mind setting awl2 tu yg ptg..doa byk2 kat Allah mitak Dia bantu kita untuk focus..insyaAllah boleh..ushakan something yg blh buat kita xngantuk..cakap kat diri sndr ke, "ish tdo je keje..kalu lecturer xredha 'ilmu ye ni kat ak sbb ak tido sia-sia je.."-cth je..kwn2 yg len cpt bg idea lg bernas*

izan said...

oke2,
tQ..
aku try..

khair