Sunday, November 28, 2010
VOICE OUT
Bismillahirrahmanirrahiim..
Tak pasti patut cakap ke tak..tapi, tak cakap salah, cakap pun salah..yang penting, apa yang nak dikongsi tidak merujuk kepada batang tubuh sesiapa..ini hanyalah berdasarkan pandangan peribadi, yang mungkin banyak silapnya..harapnya, apa yang nak diperkatakan ni tidak bersifat menghukum, tapi lebih kepada sesuatu yang mungkin we should think back..mungkin kadang-kadang kita tahu, cuma terleka sekejap..dan mungkin juga memang tak tahu..wallahu'alam..
macam mana nak mulakan ye..
memang saya bukanlah orang yang banyak tahu tentang ilmu agama, bukan orang yang hebat bercakap di hadapan khalayak, bukan muslimat berjiwa haroki yang hebat/mantap dan lain-lain..semuanya biasa-biasa saja..memang fitrah diri tak suka nak meng'expose'kan diri ke hadapan kot..memang susah nak ubah..tak banyak idea pon yang boleh disumbangkan seperti orang lain yang memang banyak idea dapat dilontarkan..tapi saya tahu saya kena berubah..
tak salah pon jadi orang yang hebat..HEBAT UNTUK ISLAM :)..tapi kena ingatlah, orang yang hebat ni, orang lain akan selalu jadikan dia sebagai figure untuk dicontohi..setiap benda yang nak buat kena jaga, kadang-kadang benda yang tak berapa nak betul pon orang akan ingat benda tu betul..sebab minded orang dah set yang figure ni untuk dicontohi..melainkanlah untuk orang yang tahu nak bezakan mana yang memang betul dan mana yang silap..kita kena ingat, walau hebat macam mana pon seseorang, tak bermakna dia tak kan buat silap..so, kat situlah adanya konsep saling mengingatkan..
saya ingatkan diri saya sendiri, satu jari saya tunjuk kat orang, empat jari lagi berbalik kat diri saya sendiri..mengakui memang banyak silapnya diri ini, terlalu dahagakan tunjuk ajar dan peringatan daripada orang disekeliling..tapi, apa yang terbuku di hati dan berlegar-legar di fikiran membuak-buak untuk diluahkan..ambillah ini semua dari sudut yang positif..
buat yang ada fikrah, kita semua nak jadi pejuang islam..dalam nak menjadi pejuang islam, of course kita kena berjuang dengan diri sendiri..saya tahu, memang susah nak berjuang memerangi nafsu diri sendiri..ada gak orang kata, nak memusnahkan jahiliyah dalam diri..ikutla mana-mana pon..
saya secara peribadi, tak berapa nak setuju dengan perkongsian peribadi terutamanya di laman FB..bukan suatu keperluan untuk kita share setiap perkara yang kita buat, nak zahirkan perasaan sedih ke gembira ke dan lain-lain..kita nak pergi mana ke..nak makan apa ke..lainlah kalau ada mesej yang nak disampaikan disebalik perkongsian tu..seolah-olah kita dah buat diri kita untuk menjadi perhatian orang..
bersahabat di FB kerana siapa?..mestilah kerana Allah kan..tak kan orang ada fikrah pon nak ada FB sebab saja nak suka-suka..kalau kita beralasan b'FB sebab nak berdakwah..yes, JUSTIFY it..tapi janganlah sampai bercampur aduk yang hak dan batil..sampai saya sendiri pon kadang-kadang keliru..kalau sesama jantina tu, mungkin boleh diterimalah kalau saja nak berbual-bual kosong, nak share setiap benda yang dibuat, nak letak gambar banyak mana pon..tapi, mostly yang ada akaun FB friend listnya ada lelaki dan perempuan..so macam tak perlula nak mesra-mesra sangat..takut ada hati yang sakit..
perlu ke nak komen status-status yang tak perlu?..mungkin kita sendiri masih belum matang untuk membezakan status mana yang perlu dan status mana yang tak perlu..jangan salah faham..saya boleh terima perkara ni kalau ianya terjadi dalam kalangan kaum sejantina..tapi, saya agak kurang bersetuju bila perkara seperti ini terjadi antara muslimin dan muslimat..tak tahulah saya, kalau bergurau senda, bercakap apa yang tak perlu antara yang berlainan jantina itu perlu dan dibenarkan dalam Islam..saya pon mungkin kadang-kadang buat perkara yang sama, tolong betulkan dan ingatkan saya..
kita kejar perkara yang besar, tapi kita tinggalkan perkara yang kita anggap kecil..tapi, mungkin kerana tak betul-betul menjaga perkara yang kecil-kecil ni la membuatkan kita tak mampu nak capai perkara yang besar..emm, 'adik-beradik'..tapi kena ingat, kita bukannya adik-beradik sebapa atau seibu..betul ukhuwwah mantap, tapi tetap kena beringat..
saya tak kisah pon nak add ke nak approve ke orang yang berlainan jantina, asalkan betul-betul kuat nak jauhkan fitnah dalam hati..dan yang paling penting, betul-betul bersahabat kerana Allah dan nak berdakwah..jangan kita sendiri yang tersungkur..we ourselves do know our own limits...
semoga Allah mengasihani diri ini dan kita semua..semoga Allah menjauhkan segala perkara yang tidak baik daripada diri ini dan kita semua..i do lots of mistakes..BUT we learn from our mistake..please and please do remind me..kita sayang seseorang bukan sekadar perasaan yang hadir semata-mata, tapi keinginan untuk sama-sama mendapatkan redha Ilahi serta ke syurga Allah bersama-sama..so, kalau kita sayang sahabat, kita akan sentiasa mengingatkan, mengajak kepada kebaikan dan menghalang daripada melakukan yang mungkar..
p/s: ini lebih merujuk kepada apa yang berlaku antara yang berlainan gender..saya tak kisah pon kalau nak suka-suka, nak release tension, nak kongsi kegembiraan kat FB..tapi biarla sesama gender(kena make surela kalau ada yang lain gender komen ke apa, jangan cepat melatah..kalau komen diorang tak perlu di'reply' so tak perlu la nak dipanjang-panjangkan)..kalau dengan kaum keluarga sendiri tu saya memang tak kisah..even, tak salah kalau kita guna FB ni untuk stay connected to our family..~HIDUP DALAM BATAS HUKUM~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
sangat2 setuju, bila orang lain 'rumah' dengan kita cakap tarbiyyah kita tak kuat, kita marah. tapi bila sekecil-kecil perkara ini (ikhtilat) tak di ambil berat kerana lebihkan ukhuwwah 'adik beradik' ni la yang silapnya. memang along sendiri yang kurang ilmunya macam sedikit tak layak nak menegur yang mantap ilmunya, mungkin hati mereka kuat tapi boleh ke kita nak elak dari fitnah orang? refleks kat diri sendiri jugk, memang benda ni susah nak jaga.. :(
lebih baik terus kepada orang yang dimaksudkan.. kita tulis kat blog, tapi orang yang kita tuju tu , tak tahu pun tak guna kan? ntah2 ni pun da kira ngumpat..Wallahua`lam..
betul ke dah kira mengumpat? pandangan sy tak..tak salahkan..be general..kalu ade yang baca nampak kekurangan tu pada sahabat2, sampaikanlah...
" can never find except that a learned man will learn something from a fool and not the other way around".
Comprehend this...
This isn't "ngumpat"..why? if it's ngumpat...many will be the 'target group' as lots of people are doing it..so, such backbiting is too bad for the stomach as more people means more meat and such many people will lead to bloating..or even burst!!haha..just jokin
The point is...
'Ilm can't guarantee deeds. Understand??? I bet those people know that their doing is wrong...it's just a matter of faith..faith that you'll be rcompensed for it leads to fear and reminding each other like u'v ementioned is as esential as well...
Salam WRBT..tepuk dada tanya selera, kalau ikut cara Allah, Allah suka yang baik-baik, jadi melakukan perkara yang baik-baik itulah cara kita beriman kepada Allah.Kalau dah fokus kita hanya kepada Allah dan mahu melakukan yang baik-baik maka tak timbul perkara yang buruk seperti itu dan ini. Kedua, apa pun jangan kita cepat benci atau marah kepada perkara yang buruk sebab hanya Allah yang layak membenci. Bagi kita sebagai insan yang dimuliakan, cukup memadailah kita berdoa kepada Allah agar Allah menukarkan yang buruk tadi menjadi baik kerana hak kita hanya mendoakan dan hak Allah lah yang maha berkuasa untuk mengubahnya...inilah yang dikatakan habluminallah, bukan dengan berperasangka buruk atau berlebih dari yang sepatutnya..Terima kasih Allah.
Post a Comment