Monday, November 15, 2010

..10 minit..




Alhamdulillah..

Suatu perasaan yang positif bila tengok berita pagi tadi..Syukur kepada Allah yang memberikan hidayah kepada hati-hati manusia untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah yang lebih baik..

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Razali Daud, mengarahkan semua sekolah di negeri Terengganu memulakan sesi persekolahan dengan membaca Al-Qur'an selama 10 minit..dan setiap program motivasi, perkhemahan dan sebagainya akan dijalankan di masjid-masjid sekitar Terengganu dan tidak lagi akan dijalankan di mana-mana resort atau hotel..

Alhamdulillah, suatu paradigma yang positif..usaha untuk membudayakan bacaan Al-Qur'an serta menghidupkan masjid-masjid..Al-Qur'an panduan hidup, memang selayaknya didahulukan berbanding perkara-perkara lain..semoga usaha ni, akan berterusan dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam..memang masjid berperanan besar kalau disingkap balik sirah zaman Nabi Muhammad S.A.W. dahulu..masjidla tempat pengajian, tempat bermusyawarah dan sebagainya..{rujuk sendiri fiqh sirah ;)}..

Tak guna buat masjid besar-besar, tapi kosong dengan pengisian..tak guna ada masjid cantik-cantik, tapi akhlak ummah semakin buruk..optimumkan penggunaan masjid, jom pakat jadi kaki masjid terutamanya kaum muslimin..semoga hati kalian terlekat di masjid :)..if setiap kali lima waktu, penuh masjid-masjid dengan para jemaah muslimin, itu sudah cukup untuk menggerunkan hati mereka yang ingin melenyapkan agama Allah di muka bumi ini..

Teringat dulu pernah terbaca tentang satu artikel, tak ingat tajuk apa dan lupa dalam buku apa..yang penting, artikel tu mengenai satu kelab beruniform di sebuah sekolah menengah..penasihat kelab tu seorang ustaz..for me, ustaz ni pandai memainkan peranan dan bijak menggunakan posisi yang dia pegang..suatu pendekatan yang jarang kita jumpa untuk seorang tenaga pengajar yang cukup dekat dengan para pelajar meng'amalkannya..ustaz ni meng'amalkan budaya disiplin dalam kalangan ahli kelabnya dengan amal-amal yang berbentuk islamik..mendidik dengan jiwa rabbaniyyah..dia mensyaratkan ahli kelabnya untuk menghafaz surah-surah tertentu if nak naik pangkat..if lepas hafazan baru boleh naik pangkat..selain tu, untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli kelab, mereka semua dikehendaki melakukan solat jemaah..

memang kita semua alkmaklum, solat jemaah memang penting untuk menyatu-padukan ummah..so, kalau nak ummah kita kat Malaysia ni bersatu-padu, kenalah promosikan solat jemaah melebihi promosi-promosi lain..hiburan semata-mata bukan makanan untuk hati..tak salah berhibur, tapi biarla kena dengan syariat islam..jangan samapai solat pun ditinggalkan semata-mata nak kejar konsert..confirm tak betul..

Al-Qur'an Pemberi Syafaat

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya."
(Riwayat Muslim)

Membanyakkan Masa Iktikaf di Masjid

Daripada Abu Darda' r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Azzawajalla memberi jaminan kepada orang yang menjadikan masjid seperti rumahnya akan keamanan dan melepasi titian Sirat pada hari kiamat." (Riwayat al-Bazzar)

Berulang-alik ke Masjid

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang Allah akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

No comments:

khair