"Allah memberi 5 wasiat kepadaku ketika aku diisra'kan:
...jangan kau gantung hatimu pada dunia kerana Aku tak ciptakan dunia untukmu.
...jadikan cintamu kepadaKu.
...bersungguh-sungguhlah kau mencari syurga.
...putuskan harapanmu dari mahkluk kerana tiada sedikit pun kuasa pada mereka.
...rajinlah bertahajjud kerana pertolonganKu pada qiamullail."
Allah khususkan di penghujung malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له
“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”.`(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
sama-sama kita rebut tawaran hebat dari Allah khusus untuk hamba-Nya...mengadu kepada manusia, kadang-kadang mereka itu sekadar pendengar yang baik sahaja...tapi, pengaduan kepada Allah adalah pergantungan sepenuhnya diri kepada Allah...Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu..tiada apa yang mustahil pada-Nya...Allah satu-satunya yang dapat memberikan pertolongan dan penyelesaian terbaik kepada hamba-Nya..kadang-kadang, mengadu kepada manusia tetap membuatkan hati jadi tak tenang, malah mungkin juga menjadi makin bertambah tidak tenang.. nasihat atau saranan yang diberi mungkin juga tidak benar-benar menepati syari'at Islam..tapi, duhai diri..percayalah, yakinlah sepenuhnya..mengadulah kepada Allah...PASTI AKAN HADIR KETENANGAN DALAM HATI...ya Allah, kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami minta pertolongan...
No comments:
Post a Comment