Thursday, March 26, 2009

tAnGiSaN & aiR mATa


"...dan bahawasanya DIA-lah yang telah menjadikan orang yg tertawa dan menangis." (an-najm:43)


Jadi Allah lah yang mencipta ketawa dan tangis, serta sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ni. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil tapi ia tidak pernah kering.


Tangis tercela atau terpuji??


Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan memukul dada dan merobek-robek pakaian.


Ada pula tangisan yang sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan yang menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan seksa Allah.


Tangisan dapat memadam api neraka...


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah seseorang menitiskan air mata kecuali Allah mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak dikotori oleh debu kehinaan, apabila dari seseorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akn dirahmati. Tidaklah ada sesuatu yang tak kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s.


Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya di jurang Serandip. Dari matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa burung meminum air mata Nabi Adam a.s. lalu berkata, " manis sungguh air manis.." Nabi Adam lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah menerima taubatnya dan mewahyukan, " hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada dituntut...


-Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Allah yang telah menentukannya.

-Janganlah menangis kerana cinta tak terbalas kerana mungkin bukan dialah jodoh yang Allah

tetapkan.

-Janganlah menangis dalam peperiksaan kerana mungkin kita kurang persediaan.

-Janganlah menangis wang kita hilang di jalan kerana mungki kerana kita kurang buat sedekah

sbg amalan.

-Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah rezeki itu pemberian Allah.


Dari itu...

Simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di bilik kelopak mata agar ia menitis membasuhi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat meleburkan dosa-dosa dan moga-moga mendapatkan ampunanNya jua.


Junjungan mulia bersabda:


" Ada 2 biji mata yang tak bersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kpd Allah dan 2 biji mata yang menajaga pasukan fisabilillah."


" Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari Qiamat ialah seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah lalu bercucuran air mata."


" Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kpd Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Berkata Salman Al-Faarisi r.a.

Aku dibuat menangis atas 3 perkara jua:

1) berpisah dgn Rasulullah s.a.w. para sahabat.

2) ketakutan yang perkasa tatkala melihat datang malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.

3) aku tidak tahu aku akan diperintahkan ke syurga atau neraka.


Air mata rahmat Tuhan

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jagalah mayat ketika kematiannya perhatikanlah 3 perkara: 1- apabila dahinya berpeluh. 2- air matanya berlinang. 3- hidungnya terkeluar cecair seperti hingus. Kerana hal-hal tersebut rahmat Allah untuk si mati." (Riwayat dari Salman Al-Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dari 4 perkara:

" Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dgn berzikir kpd Penciptamu, hatimu takut dan gementar kpd kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dgn taubat kpd Dzat yang memilikmu."

No comments:

khair