Sunday, March 29, 2009

-sHaRinG tO rEmiNd-


Sedikit pengisian usrah semalam…

Dalam dunia ni ada tiga kategori manusia..kita ni duk kat kategori yg mane satu ye..jom kita same2 cek..

1.golongan yg hidup utk dunia sahaja.
-golongan ni merujuk kpd materialistic people..do we are??
-bila hidup ni bermatlamatkan kebendaan saja mesti mudah lupa akhirat..
-bila dah melupakan akhirat, mcm mne nak jadikan dunia ni sbg tmpt kita
b’kebun utk menuai hasil di akhirat kelak..
-boleh rujuk surah al-an’am 6: ayat 29

2.golongan yang sesat antara dunia dan akhirat.
-ni adalah golongan kebanyakan.
-golongan yg walaupun mrk percaya pd Allah dan hari akhirat, namun ‘aqidah
mrk just m’jadi gambaran palsu yg t’pish dan t’putus dr reality kehidupan.
-pd hakikatnya, golongan ni juga t’masuk dlm golongan yg menganut fahaman
kebendaan walaupon pd zahirnya mrk melakukan sebahagian dr upacara2
kerohanian.

3.golongan yang menganggap dunia ini adalah ladang tanaman utk di akhirat.
-nilah golongan yg benar2 beriman.
-mrk tahu hakikat sebenar hidup ni.
-golongan ini menginsafi nilai hidup dunia ini dibandingkan dgn akhirat.

“dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir.” (surah al-an’am 6:ayat 3)

-golongan ni sedar betapa rendahnya nilai dunia jika nak dibandingkan dgn akhirat.
-justeru itu, golongan ni tidaklah menjadikan kehidupan dunia sbg penghalang atau
menyibukkan mrk drp melaksanakn tujuan dan matlamat mrk diciptakan oleh Allah.

“dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mrk mengabdikan diri kepadaku.” (az-zariyat 51: ayat 56)

-golongan yg benar2 menggabungkan diri dgn Islam menganggap dunia ni sbg medan utk
berbakti mentaati Allah dan m’peroleh keredhaanNya.
-seluruh hidup mrk tidak kira ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumahtangga,
masa, pemikiran dan sebagainya semua dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah.
-tapi, berbeza dgn golongan kebendaan yg m’gunakan segala kurniaan tersebut demi untuk
memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.

So, of course kita semua nak jadi golongan yg ketiga kan..hidup di dunia adalah tempat untuk kita semua bercucuk tanam, dalam bercucuk tanam itu mestilah dgn penjagaan yg rapi, cukup semua mineral yg diperlukan dan bersedia untuk menyingkir segala agen-agen perosak..insyaAllah, tanaman kita menjadi..sbb kita tak pasti, apa yg kita tanam kat dunia ni, adakah pasti membuahkan hasil di akhirat kelak..mungkin juga takde hasil yg dapat dituai krn cara kita yg silap..atau yg paling penting akar itu yang xcukup mantap..bila akar(‘aqidah) kita terpesong, xkn menjadilah tanaman kita tu..jom kita same2 muhasabah diri!!


p/s: boleh rujuk buku "apa ertinya saya menganut Islam" for further explaination...

No comments:

khair