Tertarik dgn kata-kata ni, penuh dgn makna, terdetik plak rasa di hati nak berkongsi..kata2 ni bukanlah nukilan sendiri, dipetik dr page my brother, hanif..saya sendiri xpasti nukilan ni berasal dr mane...tapi yang penting smg mendapat sesuatu dr nukilan ni..insyaAllah..
Duhai diri kenapa?
Kau mengeluh kepenatan..
Kau muram kekecewaan..
Kau murung kesedihan..
Kau resah kebimbangan..
Hanya kerana, mereka tidak datang..
Bila kau ajak pada kebenaran..
Wahai diriku..
Bukan niatku melontarkan hamunku..
Cuma teguran setulus salju..
Tak seharusnya kau begitu..
Kufahami impianmu..
Supaya kita bersatu padu..
Kusanjungi ketulusanmu..
Mengajak ke jalan yang satu..
Namun, realiti memang tak seindah yang dimahu..
Lantaran jalan ini terlampau berliku..
Perlukan keabaran dan keteguhan jitu..
Kau harus hayati hakikat itu..
Ingatilah peribadi pejuang sejati..
Baginda tabah meniti hari..
Bermula dari seorang diri..
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi..
Bukannya baginda tidak berani..
Namun itu tertib wahyu..
Suburkan berbaik sangka..
Agar hatimu tenang..
Barulah makin kuat jadinya..
Bukan dirundung kelemahan..
Perbaharuilah iman..
Saban ketika, ingati janjiNya..
Keredhaan dan jannah..
Sedari sunnah perjuangan..
Dipenuhi derita, dihujani kepayahan..
Untuk kutempuhinya dengan ketabahan..
Jadilah orang yang menang!!!
No comments:
Post a Comment