Hafazan Syabab kurang lancar. Tilawahnya juga ada beberapa kesalahan tajwid. Syeikh Sobir merenungnya. Garang.
"Berapa banyak kamu baca al-Quran sehari?" Suara Syeikh Sobir mendatar.
"Setengah juzuk," ujar Syabab. Syeikh Sobir menggeleng-geleng.
"Al-Quran, mukjizat agung yang masih kekal. Allah menurunkannya pada manusia melalui sebaik-baik makhluk, Muhammad s.a.w. Kenapa tak memperuntukkan masa yang banyak untuknya?" Syeikh Sobir seakan berkhutbah.
Syabab diam, merendahkan diri. Tunduk. Tidak berani menentang anak mata Syeikh Sobir. Dia dapat memahami kata-kata itu.
"Kamu buat apa di sini? Ke mana kamu habiskan masa?" Suara garau Syeikh Sobir seakan sedang membedal tubuhnya. Syabab diam.
"Muslim perlu tersusun dalam waktunya. Umur kita singkat. Jngan habiskan umur dengan perkara sia-sia. Bagitau saya jadual hidup kamu seharian," pinta Syeikh Sobir.
"Pagi, baca al-Quran, lepas tu pergi kuliah," jawab Syabab, lambat. Perlahan. Dia belum sempat menghabiskan kata-katanya.
"Mana tahajud untuk pagi kamu? Mana solat Subuh berjemaah?" celah Syeikh Sobir.
"Err, saya buat tahajud dan solat Subuh berjemaah di Jami' Mansor," jawab Syabab tergagap-gagap.
Jami' Mansor ialah masjid yang paling dekat dengan rumahnya. Di Syria memang terlalu banyak masjid, malah kadangkala berdekatan antara satu sama lain. Syabab selalu ternampak Syeikh Sobir ke Jami' Mansor tetapi tidak pernah berani menegurnya.
"Ya, kena jelaskan tu. Saya nak tahu jadual yang terperinci."
"Err, lepas tu, saya pergi ke Daurah pengajian bahasa. Saya juga pendengar kuliah di universiti-universiti berlainan dari pagi sampai petang. Malam, ikuti pengajian di jami'-jami' dengan masyaikh. Saya akan solat jemaah di masjid berkenaan." Bahasa Syabab lebih lancar daripada sebelumnya.
"Kamu pergi pengajian tu semua, ada tak kamu mendengar mereka berhujah dengan al-Quran?" tanya Syeikh Sobir. Syabab angguk.
"Jadi, al-Quran mukjizat yang perlu diutamakan. Sesibuk manapun kamu, peruntukkanlah masa yang banyak untuk al-Quran. Baca, perelokkan bacaan dengan tajwid, fahami maksud, hafaz, bacaan berlagu dan yang paling penting, amalkan al-Quran." Syeikh Sobir diam seketika. Dia memandang Syabab dalam-dalam. Jauh di dasar hati, dia mendoakan untuk anak muda yang dianggap berpotensi besar itu.
Syabab yang kecut perut kerana rasa dimarahi mula mengangkat pandangan.
"Sekurang-kurangnya, berapa jam sehari perlu saya peruntukan untuk al-Quran?" Lidahnya menutur berani walaupun gagap.
"Paling sikit, dua jam. Setengah juzuk yang kamu baca sehari tu, ulang-ulanglah membacanya. Paling sikit, lima kali. Hafazan, ikut kemampuan. Perelokkan bacaan dulu," tegas Syeikh Sobir, bagaikan sarjan sedang mengeluarkan arahan kepada askarnya. Syabab menelan liur.
"Kalau kamu betul-betul amanah dengan al-Quran, tunaikan kadar minima ini atau lebih. Jangan kurang." Syeikh bersuara lagi.
Syabab memandang Syeikh Sobir dengan mulut terlopong.
"Jangan bagi alasan tak ada masa. Itu alasan penipu. Semua orang Allah bagi masa. Beli rakaman. Dengar bacaan ulama' qurro'. Kamu boleh dengar Quran dalam van servis, dalam perjalanan dan di mana sahaja kecuali tempat najis." Kata-kata tegas itu menyebat pintu kesedaran Syabab bertalu-talu. Pedih.
Petikan dari buku, Syabab Musafir Kasih..copy dengan izin Kak Fatimah Syarha..
Ya Allah, ampunkanku andai diri selalu melalaikan al-Quran..sangat tersentuh baca part ni..yes really have to do introspection on me myself, on what what I do for my everyday life..bila fikir-fikir balik, Syabab tu pun boleh terkedu bila Syeikh Sobir soal dia soalan sebegitu.. macam mana nanti bila Allah yang tanya apa yang aku buat masa hidup kat dunia? ya Allah, Engkau memang dekat..terlalu dekat andai diri sentiasa mengingati DIA..Allah yang izinkan kita untuk ingat akan DIA..
YA ALLAH, TOLONGLAH KAMI UNTUK SENTIASA MENGINGATIMU, BERSYUKUR KEPADAMU DAN BER'IBADAH YANG SEBAIKNYA KEPADAMU..
No comments:
Post a Comment