Tuesday, November 2, 2010
menghitung...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Dalam fatrah exam sebegini, masing-masing sibuk untuk study..nak makan pon berkira-kira, takut kalau itu membazir masa..hebat kan kuasa exam ni..sampai yang sanggup tak tidur pon ada..terpulangla kepada diri masing-masing, yang paling penting ialah know your limits..
dalam fatrah exam juga, orang akan sibuk menghitung berapa lagi bab yang perlu dihadam..menghitung setiap masa yang berlalu sebab takut tak sempat habis study..menghitung berapa paper lagi yang tinggal..menghitung berapa hari lagi nak balik..setuju?...
tapi, dalam kesibukan semua itu, even kalau bukan dalam fatrah exam pon, mungkinkah terfikir untuk kita menghitung setiap dosa yang kita lakukan sehari-hari?...emmm..kalau dihitung dosa-dosa sejak baligh sampai sekarang agak-agaknye brape angka untuk dosa-dosa tersebut..Astaghfirullah..terkesan dengan kisah SUFYAN ATHAURI..siapakah insan ini?...
Sufyan Athauri ialah seorang tabiin yang merupakan murid kepada Abdullah bin Mas'ud..sufyan athauri telah menghitung-hitung butiran dosanya..sepanjang ingatannya itu ternyata jumlah dosa yang pernah dilakukannya ialah sebanyak 21 ribu dosa..maka bercucuranlah air matanya sambil berbisik:
"Ini adalah pada hitunganku. Apatah lagi yang aku terlupa untuk menghitungnya tetapi dihitung oleh Allah yang Maha Menghitung."
lalu berazamlah sufyan athauri untuk beristighfar bagi setiap dosanya itu..lantas apabila beliau mula beristighfar bagi setiap dosanya tersebut, maka ingatlah pula ia terhadap dosa-dosa lain yang pernah dilakukan..SubhanaLlah..
kata 'ulama:
"Menangislah! Menangislah mengenangkan dosa-dosamu..sekiranya kamu tidak mampu untuk meratapi dosa-dosamu itu, menangislah kerana kamu tidak mampu menangis!"
sama-sama berusaha untuk memperbaiki hati dan membersihkan segala kotoran yang ada padanya dengan air mata taubat, penuh keinsafan..tanyalah pada hati andai terlalu sukar untuk mengalirkan air mata keinsafan..
"sesungguhnya di dalam hati itu ada satu kekosongan yang tidak akan terhapus melainkan kekosongan itu diisi dengan Allah..dan di dalamnya ada satu kesedihan yang tidak dapat dihapuskan melainkan dengan kegembiraan mengenali Allah dan taat pada-Nya..dan di dalamnya ada satu kesepian yang tidak dapat dihilangkan melainkan dengan rasa cinta pada-Nya dan selalu mengingati-Nya..dan jika seorang hamba diberi seluruh dunia beserta segala isinya pun masih belum dapat mengisi rasa kekosongan ini.." ~Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
bersama-sama menghargai setiap detik yang Allah rezekikan dengan mentaati Dia yang Maha Memberi segalanya..dari Dia kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali..salam mujahadah!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Alhamdulillah dapat jua suntikan pena dari fitrah qalbi setelah lama kutunggu..:)
berkongsi sedikit pembacaan dari buku,tulisan Badiatul Roziqin
Ali bin Abi Talib mengatakan: ''Apabila hamba beribadah pada Allah dan dia ingin mendapat balasan serta menjauhi maksiat sebab takut akan seksa itu, itu tidak lain cara ibadah golongan peniaga..Sebabnya, dia masih mengambil kira akan untung dan ruginya. Apabila hamba itu beribadah pada Allah kerana takut akan seksaanNya, maka itu tidak lain adalah cara ibadah para hamba. dan ada golongan kecil hamba yang beribadah kerana cinta suci padaNya, itulah ibadahnya mukmin sejati''..
(dan kebiasaannya, kita duk dlm kategori pertama dan kedua..dan tak mustahil untuk dapat jadi golongan ketiga tu, kena lebih mujahadah la)
wallahua'lam
syukran alang untuk perkongsian tu..btul, memang susah tapi tak mustahil kan..sama2 berusaha utk menjadi mu'min sejati yg b'ibadah kerana cinta suci kepada pencipta cinta itu sendiri..seeking for HIS PLEASURE..
=)
Post a Comment