Monday, May 31, 2010

bahagia bila m'gembirakan

Bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, beberapa hari yang lalu berkesempatan untuk join ziarah..sekadar menjadi 'driver' dan menyampaikan sumbangan dari hamba Allah kepada mereka yang memerlukan..pengalaman yang cukup menarik dan memberi kesan buat diri ini..selama ni, jarang kot pergi ke rumah-rumah yang sebegitu..sekadar menontonnya di televisyen seperti yang disiarkan dalam rancangan Bersamamu..

Selalu mak pesan, kita jangan terlalu suka tengok orang yang hidup mewah..kena selalu tengok orang yang hidup lagi susah dari kita untuk muhasabah diri..ye, ziarah pada pagi tu memang mebuatkan hati ni tersentuh..

Selama ni, kalau pergi mana-mana just tengok rumah-rumah yang ada kat tepi jalan je...jarang nak selidik rumah kat dalam-dalam..tapi, bila berkesempatan untuk pergi ziarah kat rumah-rumah yang 'terpinggir' ni barula nampak realiti kehidupan masyarakat yang kurang berkemampuan..

ya ALLAH, sedihnya tengok..yang paling buat hati ni tersentuh, bila tengok anak-anak diorang mandi kat luar rumah..tak ada penghadang langsung..di tambah lagi dengan terpaksa menadah air untuk mandi..masuk lagi kat kawasan dalam, rumah sepasang warga emas i thought..memang keadaan rumah yang tak terurus...gelap..suaminya seperti sudah hilang keupayaan melihat..menurut seorang mak cik yang turut menemani sebagai penunjuk jalan, rumah mak cik dan pak cik ni macam tak ada toilet..mandi pun kat luar..tapi sekurang-kurangnya masih bernasib baik sebab ada paip air di tangga rumahnya untuk apa-apa keperluan..

sepanjang berada kat rumah mak cik ni, memang banyak perkara yang bermain di fikiran..tapi yang penting, bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk melihat semua ni betul-betul di hadapan mata..tak tahula boleh ke tak aku hidup dalam keadaan sebegitu..kalau rasa banyak sangat ujian yang datang, tapi ada lagi orang yang diuji dengan ujian yang lebih hebat dari kita..
memang zalim la diri ini kalau tak tahu lagi nak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi selama hidup kat dunia ni..

tapi bahagia sangat bila tengok kegembiraan dari diorang apabila diberikan sumbangan..sumbangan berupa keperluan dapur yang tak seberapa tapi sinar kebahagiaan dari diorang memang cukup membahagiakan..mungkin itulah hakikat hidup, bahagia apabila kita membahagiakan orang lain...apalagi bila mana menggembirakan orang yang sedang dalam kesusahan..semoga diri ini mampu untuk turut sama mengikuti sifat mahmudah hamba Allah yang menyumbang tersebut..erm menambahkan lagi keazaman diri ini untuk menjadi orang yang berjaya supaya dapat berbakti kepada ummah..insyaAllah...semoga jika saat itu tiba, Allah jauhkan sifat kedekut dalam diri dan dikurniakan Allah dengan sifat yang pemurah..

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: "Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan." Dan sabdanya lagi, maksudnya: "Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidat melihat balasan kepadanya selain syurga.."
khair