Adam…
Maafkan aku jika coretan ini bisa memanaskan hatimu..sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di Syurga dahulu..aku aslnya dari tulang rusukmu yang bengkok..jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, krn aku buruan syaitan..
Maha suci Allah yang mentaqdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebabnya ketelitian Allah dalam urusanNya..jika bilangan nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana, Adam sesame Adam bermusuhan kerana Hawa..buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu cicitnya..pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan aku..bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku..tapi…aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu...pastikah kau untuk berlaku adil?aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu..namun…terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara..
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita..kau diberi amanah mendidikki, kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu….tapi Adam, nyata dan rata2 apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, akau dan kaumku telah ramai menderhakaimu…ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan…asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah…di jalan2, di pasar2, di bandar2 bukan tempatku…jika terpaksa aku keluar dari rumah maka seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut..tapi…realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya…
Mengapa kau biarkan aku begini?aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu…aku ibu dan guru kepada anak-anakmu…tapi sekarang di waktu yang sama, aku kemuka menguruskan hal Negara…aku ke hutan memikul senjata…padahal, kau duduk saja..ada diantara kau yang menganggur tiada kerja…kau perhatikan sahaja aku memanjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing paha mengamankan negra…apakah kau sekarang tidak seperti dahulu?apakah sudah hialang kasih sucimu terhadapku?
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adamlah yang patut tanggung!kenapa?mengapa begitu Adam?ya, ramai org berkata jika anak jahat maka ibu bapa tidak pandai mendidik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tidak mahu mendengar kata, tidak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau Tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad S.A.W. terhadap isteri-isterinya?adakah Adam melayani Hawa sama seprti psikologi Muhammad kepada mereka?adakah akhlaq Adam boleh dijadikan contoh kepada kaum Hawa?
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua…jika kau benar, maka benarlah aku…jika kau lalai, maka lalailah aku…kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu…akalmu Sembilan, nafsumu satu…aku…akalku satu, nafsuku beribu!dari itu Adam…pimpinlah tanganku, kerana kau sering lupa, lalai, alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya…bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah dari Tuhanmu agar menerangi hidupku…tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kta tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah…malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu…
Sekian untuk kali ini…bertemu kembali jika tiada halangan yang akan menimpa…harapanku agar segala nasihatku ini akan tersemat utuh di sanubarimu…ketahuilah wahai Adam, aku amat menanti perubahanmu…lakukanlah perubahan dalam dirimu untuk menjadi seorang LELAKI SOLEH…insyaAllah..sekian, wassalam…
Ikhlas,
HAWA
No comments:
Post a Comment