Sunday, November 16, 2008

perkongsian bersama....




Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh….

Alhamdulillah Allah Taala mengurniakan kesempatan untuk kita semua berhubung dengan beberapa helai tulisan yang tidak seberapa ini.Saya tidaklah begitu mahir dalam bidang penulisan seperti ini. Cuma rasa tanggungjawab untuk menyampaikan beberapa perkara dalam tulisan ini mendorong saya untuk tetap melakukannya. Sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dari gaya penyampaian ini saya memohon jutaan kemaafan kepada semua.

Alhamdulillah sekali lagi dipanjatkan kepada Tuhan yang Esa yang telah mengurniakan nikmat yang melimpah ruah untuk kita semua dan apa lagi dengan nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam. Kita semua diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah ini sehingga sekarang kita telah pun menjadi remaja. REMAJA iaitu saya sendiri dan sahabat-sahabat sekalian, apa erti remaja untuk kita semua? Adakah waktu remaja masa untuk enjoy, atau waktu paling indah dan bermakna dalam hidup dan diari kita semua? Ini persoalan yang harus kita semua fikirkan sebaik-baiknya…

REMAJA dan CINTA memang nampak sinonim…dua perkataan yang boleh dikatakan sangat glamour…kat tajuk lagu, tajuk drama, tajuk filem, dan kat mana-mana lagi memang kita semua selalu jumpa…betul atau tidak?...itulah semua cara yang telah digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk meracuni pemikiran kita semua…

Iya cinta itu FITRAH SEMULAJADI menjadi penghuni pada diri setiap manusia yang punya perasaan…tetapi, sedar atau tidak cinta yang suci itu telah dinodai dan dilacurkan menjadi FITNAH…

Saya sendiri pernah menaruh hati kepada seseorang yang saya harapkan dia menjadi suami saya suatu masa nanti. Bukan kerana harta, nama, keturunan, tapi atas dasar melihatnya mampu menjadi pemimpin keluarga yang bertanggungjawab….Namun, secara tak sedar betapa banyak dosa yang telah saya sendiri kumpul dalam akaun amalan hidup saya kerana lelaki tersebut yang pada hukumnya bukanlah halal untuk saya..itu sebenarnya telah membawa masalah hati kepada saya kerana sentiasa ingat kepada seseorang yang bukan muhrim saya..sedangkan semua itu adalah suatu harapan yang tidak pasti…Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk untuk saya dengan membuka ruang dalam hati saya untuk terdetik memikirkan tentang semua ini…sudah terang lagi bersuluh, apa yang saya lakukan selama ini sebenarnya salah…semoga cerita tentang diri saya sendiri ini boleh memberi ruang untuk sahabat semua turut sama berfikir…semoga Allah mengampuni dosa-dosa saya hambaNya yang hina dina ini…siapa kita untuk terus berpegang kepada firasat hati sendiri yang tidak ada kepastiannya, sedangkan hukum Allah itu nyata dan janji Allah itu pasti…

Sekarang saya betul-betul yakin, jodoh pertemuan hendaklah kita serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Kuasa iaitu Allah…hanya Dia yang mengetahui setiap apa yang baik dan buruk untuk kita…yang mampu kita lakukan hanyalah dengan berdoa memohon dariNya semoga mendapat jodoh yang baik…insyaAllah Dia tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang amat-amat Dia kasihi…bukankah Allah telah menjanjikan lekaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya…apakah kita tidak mengharapkan lelaki yang baik untuk kita cintai selayaknya sebagai suami kita, untuk kita menjadi sayap kiri membantu perjuangan suami kita? Jika ya kita harapkan lelaki yang soleh untuk membimbing kita ke jalan yg lurus dan benar, hendaklah kita sama-sama membaiki diri untuk menjadi wanita solehah…memang kita semua tidak sempurna, namun itu bukan menjadi penghalang untuk kita terus melakukan yang terbaik untuk diri kita demi agama Allah yang mulia…sesungguhnya saya sendiri amat takut untuk membicarakan soal ini kerana takut diri sendiri tidak mampu untuk melaksanakannya…fi kitabullah, merenung sebentar dalam menghayati tafsiran ayat-ayat awal dalam surah as-Saff sudah cukup untuk memberi peringatan kepada kita semua sesungguhnya Allah amat tidak suka(benci) kepada orang yang hanya pandai mengatakan tetapi tidak melakukannya…semoga rabithah persaudaraan kita semua mampu untuk menghidupkan hati kita semua agar saling membantu dan memberi sokongan dan pertolongan antara satu sama lain…

Maaf jika sekiranya saya terlalu lantang mengutarakan pendapat, pandangan dan komentar kepada sahabat semua..untuk yang sudah mempunyai ‘boyfriend’, ‘pakwe’, ‘makwe’, girlfriend’, ‘gewe’, dan seangkatan dengannya, semoga sahabat semua di beri kekuatan oleh Allah untuk meninggalkan semua ini…saya tidak menujukan kata-kata ini kepada mana-mana pihak, ini adalah komentar saya secara umum iaitu dalam konteks yang luas dalam rangkai kata lain, kelompok saudara seIslam kita…kehidupan di terengganu kebelakangan ini sudah terlampau dan melebihi batasan…lihat saja sahabat remaja kita yang berpeleseran di sana sini…berkepit ke sana kemari..apa sahaja kehendak dan kemahuan sang kekasih pujaan hati dengan rela dan bangga dituruti…mana letak maruah kita sebagai perempuan…tak kan semurah tu harga diri kita…dengan penuh cinta dan kasih sayang untuk buah hati intan payung sanggup dibiarkan tangan-tangan yang haram bagi kita menyentuh kulit-kulit halus dan gebu, membiarkan diri dipeluk, dicium, dan macam-macam lagi…yang paling menyakitkan hati, saya sendiri pernah terlihat adegan lucah ini di depan mata sewaktu outing bersama-sama rumates ke mid-valley…secara tidak sengaja, saya terpandang seorang perempuam BERTUDUNG membiarkan dirinya dicium oleh lelaki disebelahnya…saya cuba untuk bersangka baik dengan menduga mungkin lelaki itu suaminya…namun, kebiasaanya suami isteri tak buat kerja-kerja macam tu depan khalayak ramai…inilah scenario kehidupan remaja akhir zaman kini… usah dilihat jauh sampai ke negeri orang, di stesen bas kuala terengganu tidak kurang hebatnya…dengan baju yang ketat gelematnya, yang peliknya tudung kat kepala…tapi yang tutup pon ala kadar je…pakai tudung, tapi rambut tersembur keluar…tu bab rambut, yang pakai baju tapi nampak habis body kat dalam baju tu macam mana pula ye..dah tahu baju tu jarang tak reti-reti ke nak buat lining…yang saja nak tunjuk betisku yang putih melepak pon ada…dah tak cukup benang sangat nak jahit kain agaknya…tulah duit dah habis buat beli alat make-up nak tampal kat muka berinci-inci…

Komentar tersebut hanyalah sekelumit dari luahan hati saya sebenarnya, tidak malukah kita mencurahkan kasih dan sayang tak bertempat? Memberi yang tak sepatutnya kepada mereka yang belum pasti menjadi sumai kita…Bercinta sakan, sampai tak ingat dunia, yela sampai tak peduli apa pandangan orang dan tak hirau sensitivity masyarakat di sekeliling, last-last kat atas pelamin lelaki lain…tu ok la lagi, tapi yang dah sampai melahirkan anak tak berayah(anak luar nikah), yang sanggup bunuh kandungan sendiri….ni semua ape???dah pandai buat tak pandai nak tanggung…dah rasa diri tu hebat sangat…berlagak macam diva or ratu dunia…maaf kalau bahasa saya terlalu kasar tapi dalam soal macam ni tak ada kompromi…

“kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau melihat kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engkau berpergian maka ia menjaga nama baikmu” (riwayat muslim dan ibnu majah)

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra denganNya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”. (ar-Ruum:21)

Dalam hadis dan firman Allah di atas, jelas sekali disebut “kesenangan dunia yang paling baik adalah isteri yang solehah”, bukan awek, girlfriend, atau makwe yang solehah. Dan juga disebut “bahawa Ia ciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri”, bukan awek, girlfriend, atau makwe dari jenis kamu sendiri. Dan juga disebut, “dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” bukan di antara pakwe dan makwe, atau boyfriend dan girlfriend…

Inilah antara rahmat yang disebut di dalam al-Quran yang Allah telah berikan kepada kita hambaNya. Rahmat untuk kita menyalurkan fitrah pada cara yang betul. Inilah betapa kasih dan sayangNya Allah pada kita, memberi kesempatan untuk kita merasa kesenangan dunia dengan menanamkan perasaan mawaddah dan rahmah dalam hati suami dan isteri. Maka siapakah kita untuk membelakangkan Allah? Tepuk dada, Tanya iman….

Kita belajar erti kehidupan melalui kesilapan…orang yang tak pernah gagal bererti tak pernah belajar erti kehidupan sebenar…Allah senantiasa menanti taubat kita kerana Dia memang terkenal dengan sifat pemaaf…ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG…Sahabat semua dan diri saya sendiri, peliharalah maruah, harga diri, kehormatan, dan aurat kita…sesungguhnya kaum Adam juga insan yang lemah bila berhadapan dengan kaum Hawa…sama-sama kita membantu Adam untuk menjadi muslim sejati berjuang demi Islam…Untuk itu, usah diperlihatkan aurat-aurat kita merata-rata tidak kira tempat, peliharalah mahkota diri kita, curahkan segala kasih sayang, cinta, belaian, dan diri kita hanya untuk suami kita…kerana hanya suami yang berhak terhadap isteri-isterinya…bukan pakwe, bukan boyfriend…satu lagi sahabat, untuk membina keluarga yang bahagia dan diredhai Allah bukanlah dengan cara kita memulakan perhubungan itu dengan sesuatu yang haram, tapi dengan satu ikatan yang kukuh dan dikehendaki syarak iaitu melalui akad nikah…takut-takut, kemanisan hangatnya percintaan sebelum perkahwinan tak berpanjangan dan tiba-tiba membeku setelah bergelar suami isteri…kalau rasa diri dah siap menerima tanggungjawab sebagai isteri dan sebagai suami, serta dah tak mampu nak tahan syoknya duk bercinta, kahwinlah dan pelihara rumahtangga sebaiknya…semoga Allah meredhai kalian dan saya juga…sama-sama kita doakan kebahagiaan kita bersama…

Terima kasih atas bantuan, nasihat, dorongan sahabat-sahabat sekalian selama ini..Semoga Allah Taala meletakkan kita semua di bawah naungan rahmatNya, insyaAllah…

Sabda Nabi Sollallahua’laihiwasallam:
“Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam bukan dalam kalangan kami”

Salam ukhuwwah,
Akhukum fil Islam,
MUJAHIDAH SOLEHAH
28 Rabiul Akhir 1429H

No comments:

khair