Friday, October 22, 2010

miss them so much!


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...

Ya Allah,Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku...

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda...

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita...
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita...
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya...
Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya...
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini...
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

source-http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.msg158405#msg158405

~sayang mak, sayang mak, sayang mak..sayang ayah..i will do anything that can make both of u happy..just pray for me to be an obey and good daughter..seeking my parents pleasure is seeking for Allah's pleasure..never broke their heart...:)

Sunday, August 1, 2010

angkara DUIT di bawah sejadah

Diriwayatkan oleh Ikrimah bin Abu Jahal, bahawa pada suatu ketika ada seorang lelaki yang pergi ke sebuah pokok yang disembah oleh penduduk kampungnya.. Lelaki itu marah dengan perbuatan tersebut yang sudah terang-terang mensyirikkan Allah, maka diambilnya sebilah kapak serta naik ke atas sebuah kuda menuju ke arah pokok berkenaan untuk menebangnya..

Tiba di pertengahan jalan, lelaki itu telah dihalang oleh iblis yang menjelma dalam rupa seorang manusia.. Berkatalah iblis kepada lelaki soleh itu, "Engkau hendak pergi ke mana?"

Jawab lelaki soleh, "Aku hendak pergi ke sebuah pokok yang disembah oleh orang ramai sebagai sembahan selain daripada Allah dan aku telah berjanji kepada Allah untuk menebangnya."

Iblis pon memberi amaran kepadanya, "Apa urusanmu dengan pokok itu? Biarkanlah, jangan sesekali kau cuba menebangnya."

Tetapi lelaki soleh itu tetap teguh pada pendiriannya untuk menebang pokok tersebut bagi mengelakkan orang ramai menjadi syirik. Kedu-dua mereka bergelut dan lelaki soleh itu berjaya menghumban tubuh iblis sebanyak tiga kali..

Setelah berasa tidak mampu untuk terus berlawan, iblis terpaksa menyerah kalah.. Dia merayu kepada lelaki soleh itu dengan berkata, "Baliklah kau ke rumahmu sekarang dan aku akan memberimu empat dirham setiap hari."

Lelaki soleh itu bertanya, "Benarkah engkau akan menepati janjimu itu?"

Jawab iblis, "Ya."

Maka pulanglah lelaki itu ke rumahnya. Sampai di rumah, lelaki soleh itu meneliti di bawah sejadahnya. Dia terkejut apabila mendapati di bawah itu ada empat keping dirham .. Begitulah yang berlaku selama tiga hari berturut-turut..

Bagaimanapun, selepas itu lelaki tersebut mendapati tidak ada lagi empat dirham di bawah sejadahnya.. Lantas dia pun mengambil kapak lalu memecut kudanya menuju ke arah pokok berkenaan..

Sekali lagi, berdirilah iblis dalam bentuknya dahulu untuk menghalang perjalanan lelaki itu. Iblis bertanya kepadanya, "Engkau hendak pergi ke mana?"

Jawab lelaki tersebut, "Aku ingin menebang pokok itu."

Mereka bertengkar dan kemudiannya bergelut.. Tetapi kali ini iblis berjaya menghumban tubuh lelaku berkenaan sebanyak tiga kali.. Maka hairanlah lelaki itu dan dia bertanya, "Kenapa kali ini engkau dapat mengalahkan aku, sedangkan sebelum ini aku yang berjaya mengalahkan engkau."

Jawab iblis, "Kerana kedatanganmu pada kali pertama adalah kerana Allah.. Dalam keadaanmu itu, jika semua anak buahku berkumpul dan cuba menghalang, mereka tidak akan dapat mengalahkanmu."

Itulah salah satu bukti kekuatan yang lahir dalam diri seorang hamba-Nya yang kerdil bila mana di hatinya sentiasa ada Allah dan setiap apa yang ingin dilakukan semuanya adalah kerana Allah..tetapi, bila mana apa yang hendak dilakukan bukanlah kerana Allah semta-mata, kekuatan itu terus hilang..kenapa??

hidup yang bermatlamatkan Allah..words that are easy to say..BUT..it needs a great strength to mujahadah with any obstacles and tests from Allah..no wonder, for whatever we said usually we might be tested..apepun setiap ujian dan nikmat yang datang, semua datangnya dari Allah..so, pujuklah diri untuk sentiasa berbaik sangka kepada-NYA..semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua.. insyaAllah..barakaLlahu'alaikum..:-)

Wednesday, July 28, 2010

first lecture for OTOLOGY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah,lecture yang sangat best dari seorang lecturer yang juga seorang specialist ENT..cukup Islamik..kalau semua lecturer berfikiran macam doktor ni, insyaAllah semakin ramai yang bertungkus lumus untuk menjadi muslim soleh dan muslimah solehah..figure yang boleh dicontohi..

bermulanya kelas dengan mengamalkan adab-adab Islam..mungkin nampak perkara yang cukup basic seperti mulakan dengan Al-Fatihah and bacaan do'a...tapi sedihnye tak ramai lecturer yang mengamalkannya..tapi bukan silap lecturer sepenuhnya, mungkin silapnya datang daripada students seperti saya sendiri yang kadang-kadang tak berani pon nak propose to the lecturer to begin the lecture with that kind of thing...

hampir satu jam kami berta'aruf dan diberikan tazkirah oleh dr.sayuti..kata-kata yang cukup terkesan di hati..sepanjang lecture dapat rasa kelainannya bila mana hati sentiasa berhubung dengan Allah..setiap apa yang diajarkan, dr.sayuti akan cuba untuk relate dengan Islam..ni baru rasa betul2 lecture in IIUM..

"Bersungguh-sungguh untuk apa yang akan dtinggalkan TETAPI bersungguh-sungguh tak kita dengan apa yang akan dihadapi?"...satu persoalan yang dilontarkan oleh dr.sayuti kepada kami..betul, kadang-kadang kita tak perasan or kadang-kadang kita terlupa..kita impikan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, kita nak kejar kekayaan dunia..TAPI, kita tinggalkan ibadah-ibadah kita...kita tinggalkan hubungan kita dengan Allah..terutamanya solat lima waktu..bermakna kita tinggalkan apa yang kita akan hadapi...sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab..that's the thing but we might sometimes take it for granted..

apa yang diluahkan oleh dr. sayuti memang realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang..memang tak perlu dinafikan, memang ramai yang menjadikan SAKIT sebagai alasan untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah iaitu untuk solat..so far, ramai yang menjadikan masuk wad sebagai lesen besar untuk tidak menunaikan solat..sedangkan sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita...tapi, kita menambahkan lagi dosa besar ke atas diri kita..what should be is we become closer to Allah but what happened is we become far away from Allah..

so, tugas siapa untuk memberi kesedaran bagi membetulkan kesilapan ini?

dr.sayuti memang banyak menyedarkan kami dengan realiti yang berlaku sekarang..peratus yang bersolat sahaja sudah sedikit..itu yang bersolat..tetapi yang solat berjemaah bagi yang lelaki berapa ramai??dalam kalangan yang bersolat itu sendiri berapa ramai pula yang betul-betul menghayati solatnya??berapa ramai yang betul-betul sempurna solatnya??

as muslim students, it should be a must for us to practice islamic ethics..it's a good chance for being a health professional and at the same time being the one who promote the beauty of Islam to the patients and others..

akhir kata, sama-sama kita renungi, seseorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlak yang mulia dan terpuji, meninggalkan perbuatan maksiat dan syubhat kerana amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada 'aqidah yang sahih kepada Allah...wallahu'alam...

Thursday, June 10, 2010

YAHUDI DURJANA

Ia adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.."

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.. TETAPI sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman..nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan..so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam..makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini..

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan..NAMUN sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu..cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck..Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka..

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, NAMUN kambing juga adalah makanan Nabi kita..seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita ni..SEBENARNYA daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol..

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans..

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi.. coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi)..dan para Melayu kita juga yang ketagih minum..

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), NAMUN sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan...selain itu juga soya dapat meningkatakan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan hormon estrogen kat wanita..pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas..



khair