Sunday, March 28, 2010

...


Allah tidak menjanjikan bahawa perjalanan hidup ini akan sentiasa mudah..tetapi, Allah telah berjanji untuk sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang berusaha mencari redha dan kasih-Nya..

Duhai khalifah Allah, sesungguhnya kembara hidup ini memang penuh dengan cabaran..justeru, dalam perjalanan mencari tumpuan kehidupan ini, pulanglah kepada fitrahmu yang asal..

Wahai khalifah Allah, hakikat kehidupan tentu sekali penuh dengan duri yang merentangi jalan menuju kesenangan abadi..Dengan itu barulah hidup penuh bererti..

Maka, berbaik sangkalah selalu kepada Tuhanmu..Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Allah datangkan pula guruh dan kilat..Puas kita menangis mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Ya ALLAH, Engkaulah yang Maha Kuat, maka kuatkanlah hati dan jiwa kami untuk sentiasa berpegang teguh dengan agama-Mu..semoga Engkaulah satu-satunya tempat kami bergantung harap..

No comments:

khair