Wednesday, July 28, 2010

first lecture for OTOLOGY

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Alhamdulillah,lecture yang sangat best dari seorang lecturer yang juga seorang specialist ENT..cukup Islamik..kalau semua lecturer berfikiran macam doktor ni, insyaAllah semakin ramai yang bertungkus lumus untuk menjadi muslim soleh dan muslimah solehah..figure yang boleh dicontohi..

bermulanya kelas dengan mengamalkan adab-adab Islam..mungkin nampak perkara yang cukup basic seperti mulakan dengan Al-Fatihah and bacaan do'a...tapi sedihnye tak ramai lecturer yang mengamalkannya..tapi bukan silap lecturer sepenuhnya, mungkin silapnya datang daripada students seperti saya sendiri yang kadang-kadang tak berani pon nak propose to the lecturer to begin the lecture with that kind of thing...

hampir satu jam kami berta'aruf dan diberikan tazkirah oleh dr.sayuti..kata-kata yang cukup terkesan di hati..sepanjang lecture dapat rasa kelainannya bila mana hati sentiasa berhubung dengan Allah..setiap apa yang diajarkan, dr.sayuti akan cuba untuk relate dengan Islam..ni baru rasa betul2 lecture in IIUM..

"Bersungguh-sungguh untuk apa yang akan dtinggalkan TETAPI bersungguh-sungguh tak kita dengan apa yang akan dihadapi?"...satu persoalan yang dilontarkan oleh dr.sayuti kepada kami..betul, kadang-kadang kita tak perasan or kadang-kadang kita terlupa..kita impikan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, kita nak kejar kekayaan dunia..TAPI, kita tinggalkan ibadah-ibadah kita...kita tinggalkan hubungan kita dengan Allah..terutamanya solat lima waktu..bermakna kita tinggalkan apa yang kita akan hadapi...sedangkan solat adalah perkara pertama yang akan dihisab..that's the thing but we might sometimes take it for granted..

apa yang diluahkan oleh dr. sayuti memang realiti yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang..memang tak perlu dinafikan, memang ramai yang menjadikan SAKIT sebagai alasan untuk tidak menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah iaitu untuk solat..so far, ramai yang menjadikan masuk wad sebagai lesen besar untuk tidak menunaikan solat..sedangkan sakit itu untuk menghapuskan dosa-dosa kita...tapi, kita menambahkan lagi dosa besar ke atas diri kita..what should be is we become closer to Allah but what happened is we become far away from Allah..

so, tugas siapa untuk memberi kesedaran bagi membetulkan kesilapan ini?

dr.sayuti memang banyak menyedarkan kami dengan realiti yang berlaku sekarang..peratus yang bersolat sahaja sudah sedikit..itu yang bersolat..tetapi yang solat berjemaah bagi yang lelaki berapa ramai??dalam kalangan yang bersolat itu sendiri berapa ramai pula yang betul-betul menghayati solatnya??berapa ramai yang betul-betul sempurna solatnya??

as muslim students, it should be a must for us to practice islamic ethics..it's a good chance for being a health professional and at the same time being the one who promote the beauty of Islam to the patients and others..

akhir kata, sama-sama kita renungi, seseorang yang mantap hubungannya dengan Allah akan terserlah melalui akhlak yang mulia dan terpuji, meninggalkan perbuatan maksiat dan syubhat kerana amal perbuatan itu sendiri merupakan pembuktian dan buah kepada 'aqidah yang sahih kepada Allah...wallahu'alam...

No comments:

khair