Sunday, April 25, 2010

keutamaan Al-Ma'thurat

Al-Ma'thurat ialah himpunan do'a dan wirid harian yang di'amalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ia dikumpul daripada kitab-kitab hadis yang sohih oleh al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna r.a..

Ber'amal dengan wirid Ma'thurat digalakkan kerana ia adalah himpunan wirid yang telah disaring bersumber daripada sunnah Rasulullah s.a.w. sendiri.. Di dalamnya terdapat berbagai wirid dan do'a dengan berbagai tujuan.. Meng'amalkan Ma'thurat dapat mendidik hati agar sentiasa mengingati Allah dan memberikan kelapangan dan ketenteraman jasmani dan rohani..

Di dalamnya terdapat 'amalan-'amalan untuk menguatkan keimanan, menghindarkan tekanan hidup, menghindarkan mara bahaya, istighfar, mensyukuri nikmat, tasbih, memohon kesihatan yang baik dan sebagainya..

Orang yang meng'amalkan Ma'thurat dengan tekun pada setiap hari di waktu pagi dan petang akan merasai betapa perbezaan hari-hari yang tidak dimulai dan disudahi dengan zikir al-Ma'thurat ini..


Al-Ma'thurat boleh dibaca pada waktu pagi dan petang mengikut kelapangan waktu bagi seseorang..Wirid al-Ma'thurat dicadangkan untuk di'amalkan oleh mereka yang mahu menjadikannya sebagai wirid harian, kerana tiada pertikaian dalam kalangan 'ulama' tentang kesahihan sumber dan kandungannya...


Kalau tak mampu dengan al-Ma'thurat Kubra, insyaAllah sama-sama berusaha untuk istiqamah dengan Al-Ma'thurat Sughra...menghafal direct al-Ma'thurat memang agak berat...kaedah paling senang, baca setiap pagi dan petang untuk setiap hari sambil tengok ayat dan kalau berkesempatan tengok dan baca maksudnya sekali..(insyaAllah lagi terkesan di hati)..takkan rasa berat or terbeban untuk ingat bacaan al-Ma'thurat..insyaAllah akan sampai satu masa kita akan terbiasa dengan bacaan tersebut...dengan izin Allah, automatik boleh ingat terus bacaan al-Ma'thurat..

No comments:

khair