Tuesday, December 8, 2009

first day in second semester

segala puja dan puji yang sebenar-benarnya untuk Allah SWT..selawat dan salam buat semulia-mulia makhluk-Nya, Nabi Muhammad SAW, begitu juga keluarga dan sahabatnya..

alhamdulillah hari pertama 2nd sem bermula dengan baik semalam..lecture pertama yang memulakan sem baruku ini cukup interesting iaitu subjek UNGS 2040 (ISLAM: KNOWLEDGE & CIVILIZATION)..walaupun ada gelaran doktor falsafah pada namanya, tapi lecturerku ini ingin dirinya dipanggil Bro. razak only..katanya, panggilan doktor seakan-akan menyediakan gap untuk student mendekati lecturer..bila panggil bro. ada nilai brotherhood di antara student dengan lecturer katanya..apepun, lecture yang menarik sebab dia pandai menghidupkan suasana dan mewujudkan perbincangan dua hala..ibaratnya give-and-take situationla...untuk first lecture ni, just introduction..banyak persoalan yang dia kemukakan antaranya what is knowledge? what kind of knowledge should we have? how do you know what you know? when you can be certain that your knowledge is the truth? agak hangat juga antara kami memberi respon...tapi all those questions tak terjawab lagi sebab semua tu akan terjawab on the following lecture..semalam kami semua hanya di'provoke' terlebih dahulu dengan macam-macam soalan supaya kami dapat gambaran tentang apa yang bakal dirungkai dan dipelajari dalam subjek UNGS 2040..

habis je lecture Ungs semalam, terus je ke library..ingatkan nak cari required book for subject ungs sebab bro. razak cakap method of teaching dia adalah we have to find books in library..salah satu sebab, katanya dia tak nak melahirkan student yang tak tahu langsung kat mana library sehingga dah dapat ijazah disebabkan 100% bergantung dengan internet..surf dekat OPAC pon tak ada...pegi cari dekat rak pon tak ada..mungkin ada kat library uia gombak kot..lain yang dicari lain pula yang dijumpai..Allah gerakkan hati nak tengok satu buku ni..tajuknya, "PEDOMAN ORANG TAKWA" karya Imam Ghazali..belek-belek sepintas lalu macam best je, lagi pon time tak busy ni la lagi best nak baca..so pinjamla buku ni..

menariknya, kandungan awal buku ni menekankan tentang pelajar dan kaitannya dengan menuntut 'ilmu..memang kena dengan diri sendiri nak-nak lagi baru je mulakan sem baru..kat sini, nak share sedikit kata-kata Syaikh Imam Alim-Allamah Hujjatul-Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali Ath-Thusi:

"ketahuilah wahai para pelajar yang rajin dan bersungguh-sungguh menuntut 'ilmu! oleh kerana kesungguhanmu hendak mencari 'ilmu pengetahuan pastikanlah terlebih dahulu bahawa niatmu itu berada di atas landasan yang lurus.

jangan sampai terjadi menuntut 'ilmu itu dengan niat untuk berbangga dan angkuh terhadap teman sejawatmu, untuk menarik perhatian orang terhadap dirimu, apa lagi untuk meraih dan mengumpulkan ni'mat duniawi yang hampa ini.

jika demikianlah halnya tujuan niatmu itu, bererti anda seorang yang sedang berusaha meruntuhkan agamamu dan untuk menjerumuskan dirimu sendiri, serta menjual akhiratmu yang abadi dengan kepentingan dunia yang bersifat nisbi ini.

pastilah perniagaanmu akan bankrap dan daganganmu pun akan kerugian besar. gurumu yang turut membantu niatmu itu juga akan ikut berkongsi dalam kerugianmu. tidak ubahnya seperti seorang yang menjual senjata kepada penyamun, iapun tidak terlepas dari bersubahat juga. sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.:

'sesiapa yang membantu sesuatu perbuatan maksiat walaupun dengan sepatah perkataan, ia dikira telah turut berkongsi di dalamnya.'

sebaliknya jika niat dan tujuanmu - Allah dan dirimu sajalah yang lebih mengetahuinya, kerana hendak mencari hidayat - petunjuk, bukannya sekadar hendak memungut keterangan, maka gembirakanlah hatimu!

sebab apabila anda berjalan ke tempat 'ilmu itu, anda akan dipayungi oleh para malaikat dengan sayapnya, malah ikan-ikan di air pun akan memohonkan pengampunan kepada Allah agar terkabul niat sucimu itu."

itulah kata-kata yang membuat hati ini terusik dan kembali memikirkan tujuan diri menuntut 'ilmu seterusnya untuk sentiasa mentajdidkan niat di hati dalam apa jua yang ingin dilakukan..

sabda Nabi s.a.w.: "barangsiapa yang semakin bertambah 'ilmunya tetapi tidak bertambah petunjuknya, tidaklah ia bertambah hampir kepada Allah melainkan semakin jauh lagi."

wallahua'lam

Saturday, December 5, 2009

berakhirnya cuti sem

sekejap je masa berlalu, esok dah nak balik uia pon...alhamdulillah walaupun awal-awal cuti tu agak banyak buang masa begitu saja, hari-hari terakhir aku melewati cuti yang berbaki dengan sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat..

manusia ni boleh dianalogikan macam pokok gak rasanya..sebab apa? the reason is pokok perlukan air, cahaya matahari dan mineral yang cukup untuk membesar dengan baik dan seterusnya mampu menghasilkan buah yang baik..buah yang baik sudah tentu banyak memberi manfaat kepada manusia sebab ianya boleh dimakan, dijadikan ubat, or even dijual untuk dijadikan sumber pendapatan..sama juga macam manusia...manusia tetap perlukan pengisian dalam hidupnya agar ianya berguna untuk dirinya sendiri mahupun mampu memberi manfaat untuk orang disekelilingnya juga..hidup yang tak diisi dengan pengisian yang mendidik jiwa sudah tentu menyebabkan jiwa kita kosong..

erm, selalunya je menjadi topik perbualanku dan kawan-kawan kalau berjumpa dalam musim cuti sem adalah persoalan istiqamah..banyak mende yang kita boleh amalkan sewaktu di kampus tapi bila balik amalan-amalan sunat yang biasa kita buat kadang kala jadi terbantut bila berada di rumah..one more thing, bila kat kampus terasa syahdu je bila menadah tangan memohon do'a kepada Allah SWT..tapi, kalau kat rumah susah je nak feeling betul-betul waktu berdo'a even nak menangis pon susah..mungkin, kat kampus kita berhadapan dengan macam-macam ujian dan dugaan yang membuatkan kita kuat nak bergantung dengan Allah..tapi bila kat rumah seolah-olah langsung tak ada masalah..fitrah manusia pon suka dan gembira bila berada disamping keluarga..apepun, do'a Allahummarzuqnaa istiqoomah selalu je diperingatkan supaya diamalkn...

rupa-rupanya, sedar ataupun tak aku realize kat rumah cabaran dan dugaan tu lagi hebat...sebab aku kena pandai manage time dengan perkara-perkara yang bermanfaat..bila dah terlalu banyak masa yang terluang memang amat mudah nak buat perkara-perkara yang melaghokan..nak tengok tv pon kena tapis-tapis..dah terlalu banyak mende yang tak patut mengisi setiap siaran di televisyen...dah tak payah ulas lanjut rasanya sebab semua mesti dah sedia maklum..cuti dan berehat nampak macam serasi..tapi, hakikatnya dari apa yang dibaca, ceramah atau tazkirah yang didengar, selalu je cakap dunia bukan tempat untuk berehat..tapi kita nak berehat yang abadi iaitu di SYURGA ALLAH..

meaning that,umat Islam tak boleh berehat selagi mana Islam tak tertegak dan selagi itulah kerja-kerja Islam perlu dilakukan..nak buat kerja-kerja Islam bukan dengan senang lenang dan dilimpahi kemewahan tapi tentunya memerlukan perngorbanan...kalau bukan harta yang menjadi masalah mungkin kesanggupan hati untuk bekerja untuk Islam yang menjadi ujian..semoga Allah anugerahkan hidayah-Nya yang terus-menerus buat kita semua untuk menuju ke jalan yang lurus..

teringat pesan tuan guru haji hadi dalam kuliah jumaat semalam, jangan kita asyik minta do'a supaya dijauhkan dari kejahatan manusia dan jin sehingga kita lupa untuk berdo'a supaya dijauhkan dari kejahatan dari dalam diri kita sendiri..

sabda Nabi SAW: "sesungguhnya aku telah menjauhkan dunia untukmu. Janganlah engkau hidupkan dia sesudahku. Setengah kebusukan dunia adalah bahawa kederhakaan terhadap Allah ada di sana. Setengah keburukan dunia bahawa kau tidak ingat pada Akhirat kecuali dengan meninggalkannya. Ingatlah, ambillah dunia sekadarnya jangan engkau menyertainya dan beramallah. Sesungguhnya punca segala kesalahan adalah cinta dunia dan kesenangan yang sedikit yang dapat menyeret seseorang dalam derita yang panjang."

sabda baginda Nabi SAW lagi: "dunia ini penjara orang mukmin, juga syurga bagi orang kafir."



Thursday, December 3, 2009

exam akademik dan exam kehidupan

alhamdulillah akhirnya dapat juga cek result final exam untuk sem satu baru-baru ini..setelah berkali-kali mencuba dari petang semalam tak dapat-dapat sehinggalah ditakdirkan Allah pagi tadi mission accomplished..sepanjang melalui kehidupan sebagai student audiology untuk tempoh satu sem, alhamdulillah subjek2nya banyak yang kena dengan jiwaku..itulah mungkin hikmah di sebalik ketentuan Allah kenapa aku bukan budak 'medic' yang pernah suatu ketika dulu diidamkan sangat..kita sentiasa minta yang terbaik dari Allah dan semoga Allah makbulkan do'a kita tu, insyaAllah..

pernah dulu waktu dalam keadaan stress yang amat, bila kita dah cuba yang terbaik, tapi hasilnya tak seberapa aku mula tak kuat...tapi terlalu awal untuk aku menyerah kalah..i must fight!!!aku cuba minta kata-kata semangat dari sahabatku, along..dia mengingatkan aku balik tentang pergantungan dengan Allah...ya, memang seluruh hidup ini aku perlu bergantung harap hanya kepada-Nya..apapun yang aku dapat, bersyukurlah pada-Nya sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..konsep tawakal juga kuanggap sebagai salah satu exam kehidupan yang perlu aku pegang betul-betul..

"sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal." (Ali Imran :159)

Sabda Rasulullah SAW:"jika kamu bertawakal kepada Allah dengan benar-benar bertawakal, tentu Dia akan memberimu rezeki, sebagaimana memberi rezeki kepada burung yang waktu pagi lapar dan waktu petang kenyang."

mak pon selalu ingatkan aku supaya jangan ada rasa takut, sedih atau apa-apa perasaan dan fikiran yang negatif terutamanya bila time nak quiz dan exam..pesan mak, usaha sehabis daya, banyakkan ibadah dan do'a kepadanya, usahakan buat solat malam, jangan tinggal solat dhuha, dan jaga hubungan sesama manusia (kawan-kawan, lecturer dll)...buat setakat yang kita mampu dan selalu pegang yang semuanya datang dari Allah..kalau kita belajar banyak mana pun kalau Allah tak izinkan kita boleh buat dengan baik tetap kita tak boleh buat yang terbaik..yang penting kita usaha pada masa yang sama tidak putus-putus memohon do'a agar Allah berikan pertolongan-Nya kepada kita...

alhamdulillah, bagi mak kalau berjaya dengan baik, alhamdulilah..kalau tak berjaya atau dapat biasa-biasa aje pon alhamdulillah..kesemuanya diterima dengan redha dan rasa syukur kepada-Nya..sebab dia tahu anaknya belajar bukannya main-main..hehe...thanx mak sebab selalu bagi perangsang dan jadi my mom yang cukup memahami...irah sayang mak and i pray to Allah may He gives you Jannah as the reward...

Sunday, October 18, 2009

kerinduan dan pencarian...

i miss u mak,
i miss u ayah...

ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana Engkau telah mengurniakan aku kesempatan untuk masih mempunyai mak dan ayah..berbanding kawan-kawanku yang sudah kehilangan ayah, ibu dan tak kurang yang sepenuhnya sudah yatim piatu..ujian-Mu terhadap setiap makhluk itu pastinya sesuai dengan kemampuannya..seringkali aku terbayang, bila saat tibanya giliran aku menerima ujian yang sama, bersediakah aku?

apepun, sebagai hamba yang mengaku beriman kepada-Mu akan kupasrahkan diri untuk redha dalam apa jua perkara yang berlaku..memang sifat manusia gembira bila mendapat sesuatu yang diingini, tertekan bila berhadapan dengan tekanan dan masalah, sedih bila dilukai dan disakiti...

pastinya kekosongan hati akan terisi, kerinduan akan terubat bila Allah sentiasa di hati. tapi bukan senang nak jadi orang yang sentiasa bermotivasi..yang sentiasa melihat kebaikan dalam setiap masalah yang datang silih berganti..

andainya aku hidup dikelilingi insan yang sentiasa mengingatkan aku tentang pencarian hidup yang sebenar, barangkali tiada rasa sedih yang perlu hadir..tapi aku tak berhak salahkan orang lain sebab bila hati dah benar-benar mantap pada pencarian yang sebenar ia tak perlu berharap pada manusia...

ya Allah, aku ingin sekali ke tempat itu...
semoga Engkau rezekikan aku untuk itu...
air mata tak tertahan..
setiap kali aku bayangkan jika itu menjadi kenyataan..
pastinya, akulah orang yang paling gembira ya Allah..
hanya doa yang mampu aku pohonkan..
kabulkan ya Allah..

hari ni semua orang sibuk study..sebab final dah nak dekat..bila dalam keadaan macam ni, mesti jeles bila tengok rumate dan kawan-kawan yang ada banyak masa untuk study..neutralkan balik diri sendiri, manage time wisely..insyaAllah semoga masa yang sedikit itu ada berkatnya..bila fikir-fikir balik, tarikh nak exam dah tahu..semangat buat preparation sebab nak score yang terbaik..nak dapat pointer yang mantap..memang bagus sebab bermatlamat dan bercita-cita tinggi..

nasihat buat diri sendiri, dalam sibuk mengejar dunia jangan pernah aku lupa yang kehidupan akhirat itu lagi bermakna kerana itulah yang abadi..semoga setiap apa pun kejayaan yang diperoleh sentiasa ditemani dengan keredhaan Allah..

"ya Allah, teguhkanlah diriku, jadikanlah diriku pemberi petunjuk yang selalu mendapat petunjuk."

Saturday, August 29, 2009

bantulah kami untuk mengingati-Mu setiap detik

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu
dan berharap engkau akan berbicara kepada KU,
walaupun hanya sepatah kata meminta
pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas
sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk
mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk
berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu
sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kerusi
selama lima belas minit tanpa melakukan apapun.
Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan
kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara
kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan
menghubungi seorang teman untuk mendengarkan
kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan
AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.
Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau
terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk
berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa
engkau tidak menundukkan kepalamu.

Engkau memandang tiga atau empat meja
sekitarmu dan melihat beberapa temanmu
berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut
sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi
engkau tidak melakukannya ....... masih ada waktu
yang tersisa dan AKU berharap engkau akan
berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau
pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak
hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV,
engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari
didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya
menikmati acara yg ditampilkan.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau
menonton TV dan menikmati makananmu tetapi
kembali kau tidak berbicara kepadaKU ..........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada
keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan
tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut.

Engkau menyadari bahwa AKU selalu hadir
untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau
sadari.
AKU bahkan in gin mengajarkan bagaimana
bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU
menantikan sepatah kata, do ' a, fikiran atau syukur
dari hatimu.

Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan
kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahwa
hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk
menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu...... .. tak
kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........ Dzuhur .......
Ashyar ..........Magrib ......... Isya dan Subuh
kembali, kau masih mengacuhkan AKU.... tak ada
sepatah kata, tak ada seucap do ' a, dan tak ada
rasa, tak ada harapan dan kein gin an untuk
bersujud kepadaKU .........

Apa salahKU padamu ...... wahai HAMBAKU?????
Rizki yang KU limpahkan, kesehatan yang KU
berikan, harta yang KU relakan, makanan yang KU
hidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan, apakah
hal itu tidak membuatmu ingat
KepadaKU.... ........! !!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU
tetap berharap suatu saat engkau akan menyapa
KU, memohon perlindungan KU, bersujud
menghadap KU ...... Yang selalu menyertaimu
setiap saat

cut and paste from
http://isis165. ning.com/ profiles/ blog/show? id=3518124% 3ABlogPost% 3A2444&\
xgs=1

Tuesday, August 18, 2009

virus FACEBOOK

Sejauh manakah kita semua manfaatkan facebook? terpulang kepada setiap individu untuk menilainya sendiri. mengapa 'virus facebook'? saya katakan demikian kerana secara sedar ataupun tidak facebook sedikit sebanyak telah mempengaruhi seseorang pada masa yang sama turut mengenakan 'infection'nya. rasa bersalah melihatkan fenomena yang berlaku di alam facebook, terdetik hati ni untuk berkongsi pandangan tentang facebook.

saya sendiri pada awalnya,agak mudah terpengaruh dengan quiz-quiz yang ada..walaupun pilih-pilih juga untuk menjawabnya, bila difikirkan balik untuk apa? sekadar suka-suka? adakah hidup kita ni terlalu banyak perkara yang dilakukan sekadar untuk suka-suka? bila kita semua mahu serius? masa terlalu pantas berlalu, tetapi kita asyik dengan virus ini..saya rasa, virus facebook ni lagi bahaya dari virus influenza A h1n1..secara halus, orang kafir menggunakan kelemahan kita dengan melekakan umat Islam..mereka senyum kegembiraan melihatkan mudahnya umat Islam ditipu..semakin hari semakin misi mereka berjaya..mereka terlalu eager untuk menjauhkan umat Islam dari al-qur'an..mereka sedaya upaya memikirkan cara terbaik untuk pisahkan Islam dari kehidupan kita..sanggup ke kita biarkan diri kita termakan dengan tipu muslihat jahat dan jijik mereka itu??memang kita manusia biasa, sentiasa bergelumang dengan dosa..tapi pintu untuk bertaubat senantiasa terbuka..kita tunggu terbitnya matahari dari baratkah atau barangkali bila roh dah berada di kerongkong baru terfikir untuk itu? waktu tu semuanya dah terlambat..na'uzubillah..

tidak dinafikan ada baiknya penggunaan facebook ni..senang kalau nak buat pengumuman apa-apa and can keep in touch dengan sahabat-sahabat..tapi, salahnya bila kita gunakannya melebihi had yang dibenarkan..terlalu banyak perkara yang tidak berkaitan dengan Islam yang kita bincangkan..kita mengaku Islam, tetapi setakat mana kita gunakan facebook ni sebagai medan untuk memahami Islam dengan lebih mendalam..untuk sama-sama berkongsi 'ilmu atau pendapat tentang Islam..umat Islam setiap masa, ditindas oleh kafir laknatullah, mungkin kita di malaysia tidak terasa keadaan itu..tapi saudara-saudara kita di Palestin bagaimana? ada ke mereka leka dengan facebook macam kita? mereka, di usia kanak-kanak lagi telah matang..berbeza sangat dengan keadaan kanak-kanak kita di malaysia..apatah lagi remaja..semakin hari semakin mudah terpedaya..langsung tiada semangat untuk mengembalikan kegemilangan Islam..kita lebih kenal artis-artis tidak kiralah di dalam negara mahu pun luar negara..tapi, tidak hadirkah rasa kerisauan dalam diri kita bila mana kita tidak ambil tahu pun kisah kehidupan para rasul dan nabi? tidak kurang juga gambar-gambar yang keterlaluan, "kissing", pendedahan aurat yang berleluasa, aksi-aksi yang tidak sepatutnya kita publishkan..sama-samalah kita membantu sahabat-sahabat adam kita dalam usaha mereka untuk menjaga pandangan..

mohon maaf, andai kata terlalu keras kata-kata itu..namun, itulah realiti yang harus kita sedar..biarkanlah yang dah berlaku itu menjadi pengajaran berguna buat diri kita, saat ini juga kita mulakan episod baru yang lebih indah dengan nilai-nilai Islami..kita hentikan perkongsian yang tidak memberi faedah, sekadar berbual kosong, quiz-quiz yang tidak bermanfaat...kita hidupkan dengan peringatan-peringatan kepada-Nya, quia-quiz yang meningkatkan pengetahuan yang bermanfaat, perbincangan mengenai isu semasa, akademik dan pelbagai lagi..

kita hidup memang tidak akan lari dari ujian..apa pun kena terus menghadapinya..kadangkala kita leka dalam kelalaian, kita asyik dengan perkara-perkara yang melaghokan..kita perlukan seseorang yang bersedia mengingatkan tika kita alpa dan leka..hadirnya teman kerana Allah, untuk sama-sama mengingatkan..di kala kita leka dia mengingatkan, di kala sedih dia hiburkan, di kala tertekan dia tenangkan, di kala lemah dia bakarkan semangat..untuk apa? untuk kembali mengingatkan kita kepada Allah..

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Monday, August 10, 2009

H1N1 : Mesej dari seorang doktor untuk difikirkan bersama..

Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG… Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER… NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.

Second Stage
Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena… Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage
Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.
Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body…difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action…Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus…. woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.


[Note : forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA].

Wednesday, July 29, 2009

itulah ketentuan Allah yang Maha Berkuasa

Bismillahirahmanirrahim..ya Allah tersentak rasanya tatkala membaca sms yang ditunjukkan oleh classmate sewaktu di lecture hall tengah hari tadi..berita pemergian saudara kami di uia kuantan ini..pergi menyahut panggilan Ilahi..terkedu sampai tak terkata..arwah merupakan pelajar tahun kedua menemui ajal disebabkan kemalangan di hadapan kolej jalan hospital..begitulah sedikit sebanyak info yang aku perolehi..sepanjang perjalanan dari kuliyyah of medicine ke mahallah, kepala ligat berfikir..tak tahu apa yang dirasa..tunduk berjalan menginsafi diri sendiri..betapa mengukuhkan hakikat sebuah kematian yang amat pasti..ya Allah, itulah janjiMu..bilakah tibanya giliran aku pula?tak siapa pon tahu..sepanjang menyendiri, berita tersebut memang mengingatkan aku bahawa hakikat aku diciptakan di muka bumi Allah ini, tentunya untuk mengabdikan diri kepadaNya..

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaku."(az-zariyat:56)

Ya Allah, jadikanlah kami semua orang yang benar-benar menggabungkan diri dengan Islam dan menganggap dunia ini tidak lain sebagai medan untuk berbakti mentaatiMu dan memperoleh keredhaanMu..andai kata, saat ini Allah mengarahkan malaikat Izrail datang menjemputku..ke mana hala tuju aku??macam mana nak berhadapan dengan Munkar dan Nakir..azab kuburkah yang menanti atau salah satu dari taman syurga yang menjadi destinasi persinggahan sebelum ke mahsyar??ku mohon padaMu, janganlah Engkau ambil nyawaku selagi mana redhaMu yang kudamba belum bisa kugapai..jagaan dan peliharaan dariMu semoga sentiasa hadir dalam hidup hambaMu ini..kupanjatkan doa kepadaMu ya ALLAH, semoga sahabat-sahabat seperjuanganku yang terlebih dahulu menyahut panggilanMu, mendapat keredhaan di sisiMu dan semoga alam barzakh merupakan salah satu dari taman-taman syurgaMu..

Malangnya kalau aku hidup selama ini sekadar untuk mengejar kejayaan duniawi semata-mata..semua orang ingin berjaya dalam akademik..ingin berjaya dalam kerjaya masing-masing..pendek kata, semua orang ada cita-cita yang ingin digapai..tapi, kalau hidup hanya bermatlamatkan itu semta-mata, macam mana jika perkara yang sama terjadi pada diri aku..belum pun sempat menghabiskan empat tahun di uia kuantan ni, belum sempat mendapat segulung ijazah, tapi ajal terlebih dahulu datang menjemput..istiqamahkanlah aku untuk meneruskan perjuangan Islam..untuk terus buat kerja-kerja Islam..Egkaulah yang membolak-balikkan hati ini..semoga Engkau pelihara hati ini dengan tautan erat dengan pergantungan sepenuhnya padaMu..

" Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali-'Imran: 185)

Selesai solat Isyak tadi pula, mendapat sms dari sahabat yang amat disayangi, perkara yang menyedihkan yang disampaikan..sahabat yang kukira sudah seperti adik-beradikku sendiri ditimpa musibah..kedua-dua handphonenya dicuri..katanya, ada orang yang masuk ke bilik sekitar jam 3 pagi..kebetulan, pintu bilik semalam tak berkunci disebabkan tertidur sewaktu study..yang paling mengejutkan, yang menceroboh masuk ke bilik itu adalah seorang lelaki..mungkin pekerja asing yang sedang membuat kerja-kerja pembangunan di dalam uia sekarang..ya Allah, jagalah kami dari segala macam mala petaka atau musibah..nasib baik, hanya barang sahaja yang di ambil dan tiada sebarang perkara yang lebih menakutkan berlaku..mungkin, inilah ujian dari Allah untuk meningkatkan keimanan dalam diri kita..mungkin juga, inilah caranya Allah ingin kita sedar dan kuatkan pergantungan denganNya..buat sahabatku yang disayangi fillah, semoga dikau tabah dan cekal menerima ujian ini..sama-sama kita saling mendoakan keselamatan bersama di mana sahaja kita berada..insyaAllah, semoga peristiwa itu tak kan berulang lagi..

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('Iam full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.'
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

Akhir kalam, SABARMU bukanlah kelemahan tetapi itulah sebenarnya kekuatan, sebab engkau kuat mengendalikan diri.~hamka

Monday, July 27, 2009

coretan hati di bumi kuantan

Setelah hampir tiga minggu berada di bumi uia kuantan, rasanya masih belum dapat nak menyesuaikan diri..setiap hari nak kena betulkan niat di hati, sentiasa nak kena positifkan minda dan diri..agak tertekan dengan keadaan diri yang masih tak stabil di bumi ini..insan-insan yang dulunya terasa amat dekat dengan diri sekarang seakan luput menghilangkan diri..selama bersahabat, terasa tak pernah lagi diuji dengan sesuatu yang berat..tapi, di bumi kuantan ini apa yang ditakuti sebelum ini benar-benar terjadi..ia, mahallah memang benar-benar memisahkan kita tapi berbeza bidang juga suatu ujian..sekarang, aku betul-betul kena kuat..berdiri dengan sendiri..sepenuhnya kena hidup berdikari..kena belajar memahami kondisi orang lain..yes, i must do it!! to along and andak, i'm so sorry and i love both of you fillah..and to my alang muni, walaupun satu mahallah tapi ujian yang sama tetap berlaku..may Allah always lead me to the truth and give me strength at all time..

Sabda Nabi s.a.w.: " dunia ini adalah penjara untuk orang mu'min dan syurga bagi orang kafir." (riwayat muslim)

Setiap ujian Allah sesuai dengan kemampuan hambaNya..semoga Allah membantu hambaNya yang hina dina ini untuk terus kuat melawan hawa nafsu sendiri..supaya benar-benar hidup untuk Islam..hazirah, please keep in mind keredhaan Allah yang dicari..lemahnya iman bila mana takutkan manusia, di mana aku letakkan takut pada Allah??semoga permohonan kami supaya diletakkan bidai di mahallah ini akan dikabulkan as soon as possible..kecewa, geram dan sedih dengan diri sendiri atas kelemahan iman di hati untuk terus istiqamah mengingatkan sahabiah-sahabiah supaya cover aurah properly..memandangkan kami di uji dengan mahallah sisters yang letaknya berhadapan dengan mahallah brothers..aku sendiri tak berpeluang nak belajar sambil menghirup udara segar di bumi kuantan ini memandangkan tingkap bilik langsung tak boleh dibuka..huh, empat tahun nak kena bertahan hidup macam ni..

Bumi kuantan yang hanya beberapa jam perjalanannya untuk sampai ke bumi kuala terengganu juga menjadi suatu ujian buat diri ini..memang tak dapat dinafikan, aku memang terlalu rapat dengan mak, ayah and of course my family as a whole..rasa rindu memang terubat bila tiap-tiap minggu boleh balik..sekarang aku realize kenapa Allah tak campakkan aku untuk belajar di luar negara..setiap kali boleh balik, rasa sangat gembira dan secara tak langsung rasa termotivasi..tapi, for the coming weekend and so on maybe susah aku nak teruskan misi tersebut..the reason is, every saturday i've to attend language development lecture..ujian lagi..mungkin, sekarang ni Allah betul-betul nak aku focus sepenuhnya dan belajar untuk berkorban..mak and ayah, i love both of you so much..doa dan restu dari kalian amat kuharapkan..semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan jagaan Allah s.w.t...insyaAllah..

Hidup mesti pandang ke hadapan..yang dah berlalu, biarkan berlalu..yang baik jadikan pengajaran dan yang buruk jadikan sempadan..la takhof wa la tahzan..innallahama'ana..be strong and be positive!!jadikan hari-hari yang mendatang jauh lebih baik dari hari-hari yang dah berlalu pergi..semoga Allah tabah dan cekalkan diri ini dalam jihad menuntut 'ilmu di bumi kuantan yang barakah ini..insyaAllah..

" Sesiapa yang berusaha menjalani suatu jalan bagi mendapatkan pengetahuan, Allah menyediakan untuknya satu jalan daripada jalan-jalan ke syurga." ( riwayat Abu Daud)

Saturday, July 25, 2009

apa kita tahu dan faham tentang JIHAD?*siri 2

Begitu juga apa yang berlaku sekarang, iaitu jihad di bidang ekonomi, ianya sangat menarik kepada setengah-setengah orang kita, yang selalu disebut; 'kita hendaklah berjihad di bidang ekonomi.'

Saya telah menerangkan bahawa jihad di dalam Islam ialah untuk meninggikan kalimah Allah s.w.t., dengan itu kalau orang itu berjihad di bidang ekonomi, walau punekonomi itu berbentuk Islam yang tidak ada riba', maka saya kata jihad itu adalah jihad jahliyyah, sebabnya ekonomi tidak menjadi matlamat orang Islam, yang menjadi matlamat orang Islam untuk menegakkan kalimah Allah. Ekonomi ialah menjadi alat, kita berjihad bukan kerana alat, tetapi kerana matlamat jihad itu sendiri. Kita tidak menafikan bahawa ekonomi adalah penting, tapiekonomi bukan matlamat. Ekonomi semata-mata menjadi alat. Oleh kerana itu kita jangan berjihad kerana alat, tetapi mari kita berjihad kerana matlamat.

Oleh kerana jihad dan perjuangan ini merupakan penentuan kepada rebah bangunnya keperibadian Islam dan ummat Islam, maka sebab itulah Allah s.w.t. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada mereka yang berjihad, sehingga ada hadith Rasulullah s.a.w. bersabda, "barangsiapa yang berjihad bersungguh-sungguh dan dia bercita-cita untuk mati dalam jihad itu, maka ia mati syahid walaupun dia tidak mati syahid, apa lagi orang yang mati syahid di dalam jihadnya."

"Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." ~ ali-'imran:169

Dan kita melihat bagaimana sahabat Rasulullah s.a.w. berdo'a: " Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang pertama mati syahid dalam peperangan ini."

Mereka berebut-rebut untuk mati syahid, bukannya mereka berebut-rebut untuk hidup. Sebabnya ialah kerana mereka mengetahui nilai orang yang berjihad, orang yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Dan bagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda: Dari Anas Radiyallahu 'anhu berkata: Nabi s.a.w. bersabda: " Tiada seorang yang telah masuk syurga ingin kembali ke dunia, meskipun bagaimana besar kekayaan di dunia, kecuali orang yang mati syahid, dia ingin kembali ke dunia untu dibunuh dalam perang fi sabilillah, hingga sepuluh kali. Kerana apa yang telah dilihatnya dari kehormatan yang diberikan kepadanya." (hadis riwayat al-bukhari dan muslim)

Oleh kerana itu pernah di dalam peperangan Islam dengan Parsi, seorang Islam telah melihat seorang tua yang terlalu uzur, sehingga matanya hampir tertutup kerana terlalu tua, tetapi ia memikul senjata bersama-sama dengan orang Islam. Lalu orang bertanya kepadanya: " Wahai orang tua, bukankah pak cik ini sudah tua, mata pun tak terang lagi, mengapa masih memikul senjata lagi?" Orang tua itu terus membuka matanya dan marah kepada orang yang berkata begitu: " Tidakkah Allah s.w.t. telah berfirman: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." ~at-taubah:41

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari 'Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Dua mata yang tidak akan kena api neraka. Apakah dua mata yang tidak kena api neraka? Yang pertama mata yang menangis kerana takut kerana Allah dan yang kedua mata yang berjaga malam kerana berjuang untuk menegakkan kalimah Allah." (hadis riwayat al-Tirmidzi)

Ini menunjukkan kepada kita bahawa kita berjaga malam untuk menegakkan kalimah Allah adalah mendapat sanjungan tinggi daripada Allah s.w.t., walaupun yang kita lihat sekadar berjaga begitu sahaja, tetapi oleh kerana apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah, maka mendapat ganjaran yang tinggi dari Allah. Dan ganjaran yang diberi oleh Allah tentang jihad ini melebihi yang lain apa yang dilakukan daripada jihad ini.

Sehingga Allah s.w.t. mengganda orang yang memberi sumbangan kerana menegakkan kalimah Allah dengan tujuh ratus kali ganda. FirmanNya: " Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi 'ilmu pengetahuanNya." (al-baqarah:261)

Ayat ini menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai orang yang berjihad dalam menyumbangkan harta-bendanya kerana Allah.

Oleh kerana itulah Allah s.w.t. amat murka, apabila sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. leka dengan harta-benda, walaupun harta-benda itu tidak dinafikan sebagai satu sumber kekuatan. Ketika itu Rasulullah s.a.w. membahagikan tanah-tanah yang luas, apabila orang Islam leka dengan bumi yang luas, maka mereka berkebun, sehingga mereka mengabaikan tugas jihad, maka Allah menurunkan ayat, 195, surah al-Baqarah: " Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan berskap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki 'amalannya."

Allah s.w.t. menganggap,orang yang leka dengan harta-bendanya, yang melupakan tugas jihad adalah orang yang mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan. Oleh kerana jihad itu amat pentinglah, maka Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. di dalam ucapan dasar baginda, sebaik sahaja baginda dilantik menjadi khalifah Islam yang pertama, yang antara lain baginda mengatakan: " Sesungguhnya kaum yang meninggalkan tugas jihad itu akan menimpa kehinaan dan kerosakan."

Dengan ini teranglah kepada kita bahawa kejatuhan ummat Islam dan kelemahan ummat Islam itu ialah apabila ummat Islam itu sendiri leka dengan tugas jihad, bukan kelemahan yang ada dalam Islam. Islam kuat, Islam tetap tinggi.

Tetapi ummat Islam yang tidak menunaikan amanah untuk memelihara Islam dan menegakkan Islam dan menjalankan tugas-tugas jihad. Oleh kerana jihad ini penting, maka Allah s.w.t. memberi ancaman yang hebat kepada ummat Islam yang tidak menjalankan tugas jihad.Firman Allah s.w.t.: "Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah- membela agamaNya) , Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."~at-taubah:39

Setengah 'ulama' mengatakan, yang dimaksudkan dengan kaum lain, ialah kaum lain yang akan menjalankan tugas jihad. Kalau kamu orang Melayu tidak mahu berjihad, kamu menjadi Kristian, maka Allah s.w.t. akan melahirkan golongan lain yang akan menegakkan Islam.

Sejarah telah berlaku di Sepanyol, apabila orang-orang Islam di Sepanyol tidak menjalankan tugas jihad, negeri Sepanyol telah tumbang. Orang-orang 'Arab di Sepanyol telah tumbang dan jatuh. Sejarah telah menunjukkan kepada kita, bagaimana kerajaan 'Abbasiyyah di Baghdad telah jatuh, dan tumbang oleh Monggol. Dan Allah s.w.t. telah melahirkan golongan-golongan Islam daripada orang Monggol yang memperjuangkan Islam.

Demikianlah juga sekarang tidak mustahil, kalaulah orang Islam di negara kita ini tidak mahu menjalankan tugas jihad, Allah boleh melahirkan golongan yang mahukan Islam di negeri-negeri barat. Dan tidak mustahil negeri-negeri timur akan jatuh ke tangan kuasa-kuasa yang bukan Islam.

Oleh kerana itu, apa yang berlaku dan akan berlaku, akan membawa malapetaka dan akibat yang hebat kepada kita.

Kalau kita masih bertukar dan tidak faham, yang mana Melayu, yang mana Islam, tidak faham yang mana kebangsaan dan yang mana Islam, maka tidak mustahil kita akan terjebak dengan kehancuran dan keruntuhan seperti yang diberi amaran oleh Allah s.w.t..

Allah s.w.t. telah memberi janji kemenangan kepada orang yang berjihad. Mengapa kita diberi sedangkan kita kalah? Kemungkinan orang tertanya-tanya, Allah s.w.t. pasti memberi kemenangan walaupun kita kalah dari segi fizikalnya, tetapi kita menang dari segi rohaninya. Cuba kita lihat, misalnya kita kalah dalam pilihanraya dalam mengahadapi jahiliyyah di tanah air kita ini. Kita tahu bahawa kita memperjuangkan Islam, dan mereka memperjuangkan jahiliyyah, tetapi kita kalah dalam pilihanraya. Kita hendaklah menyedari bahawa kita tidak kalah, walaupun kita kalah dalam pilihanraya tetapi kita menang dari segi hatinya.

Kesedaran kita lebih meningkat, kemungkinan kalau kita menang tidak dengan 'aqidah yang kuat, kemenangan itu akan membawa kehilagan 'aqidah dan keruntuhan kepada kita. Oleh kerana itu kita menyedari bahawa kemenangan tidak diberi oleh Allah s.w.t. secara lahiriyyah yang dapat dilihat dengan mata kita. Allah s.w.t. akan memberi kemenangan secara roh kepada kita. Sehingga kita dapat melayakkan diri kita untuk menegakkan Islam, barulah Allah akan memberi kemenangan kepada kita.

Sekiranya Allah memberi kemenangan sekarang, menurut apa yang kita mahu dan menurut apa yang kita kehendaki percayalah bahawa kemenangan itu akan hancur dan kita akan menjadi jahat dengan kemenangan kita, kita tidak akan menjadi baik, kerana kita tidak cukup syarat-syarat kemenangan itu. Kita hendaklah menyedari bahawa kemenangan Islam ini bukannya kemenangan bikinan kita, tetapi kemenangan itu adalah yang diberi oleh Allah s.w.t..

Kita hendaklah menyedari bahawa kita orang Islam tidak menang dengan duit banyak, kita tidak menang dengan jumlah kita ramai, kita tidak menang dengan senjata kita banyak, tetapi kita menang dengan pertolongan Allah. Apabila kita dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki oleh Allah. Memang tidak dapat dinafikan harta-benda itu perlu, tidak dapat dinafikan pengikut yang ramai itu perlu, tetapi syarat kemenangan itu lebih penting dan lebih perlu daripada itu.

Oleh kerana itu Sayyidina 'Umar al-Khattab r.a. berpesan kepada Sa'ad bin Abi Waqqas ketika Sa'ad menuju ke Parsi memimpin tentera Islam. Sayyidina 'Umar berkata: " Wahai Sa'ad, saya berpesan kepadamu dan tentera-tentera Islam supaya bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya kemenangan yang dicapai oleh kamu ialah dengan sebab maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat sama seperti musuh, yang menjadi ukuran ialah kekuatan kebendaan."

Apabila kekuatan kebendaan menjadi ukuran, maka musuhlah yang mencapai kemenangan. Kerana jumlah mereka lebih banyak daripada kita, kerana senjata mereka lebih banyak daripada kita. Kita percayalah kalau Allah s.w.t. memberi kemenangan juga kepada kita, sedangkan kemenangan itu dengan asas Islam yang tidak kuat, kita akan jadi jahat sebagaimana yang saya kata tadi.

Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada 313 orang yang berperang Badar itu, ialah kerana orang ang berperang dalam perang Badar itu memenuhi syarat-syarat kemenangan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t..

Mereka itu telah diberi kemenangan oleh Allah s.w.t. apabila mereka meletakkan Islam lebih tinggi daripada harta, meletakkan Islam tinggi daripada keluarga, meletakkan Islam lebih tinggi daripada pangkat, sehingga tidak ada nawaitu langsung selain daripada Islam di dalam jiwa mereka, barulah Allah memberi kemenangan kepada mereka. Dan oleh kerana itulah, iaitu kerana Islam itu lebih tinggi daripada segalanya, mereka bersedia untuk menghukum saudara mara mereka sendiri.

Apa kata, kalaulah Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada kita dengan jiwa kita yang ada sekarang? Kemungkinan kita akan menjadi jahat, kita sanggup menghukum orang lain, tapi kita tidak sanggup menghukum anak beranak kita sendiri, maka kita akan menjadi zalim. Kalau Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada kita, oleh kerana itulah syarat-syarat kemenangan itu hendaklah disedari leh kita.

Ada juga orang mengatakan, bahawa kemenangan Islam itu berdasarkan kepada jihad dan hukm-hukumnya hendaklah dibahagi kepada dua perkara:
1. Apa yang menjadi matlamat perjuangan kita itu hendaklah menyeluruh.
2. Kita hendaklah berdiri di atas kaki kita sendiri.

Dalam masalah yang pertama, iaitu Islam yang menyeluruh. Kalaulah perjuangan kita tidak di atas nama Islam yang menyeluruh, Allah s.w.t. tidak akan memberi kemenangan kepada kita. Kita hendaklah menyedari bahawa, perjuangan kita ini bukan perjuangan di bidang politik sahaja, bukan perjuangan untuk pilihanraya sahaja, sebab itulah Allah s.w.t. tidak memberi kemenangan kepada kita sekarang, kerana yang terfikir dalam kepala kita sekarang hanyalah pilihanraya sahaja. Kita tidak fikir Islam yang menyeluruh, seperti mana yang diamanahkan oleh Allah s.w.t., kita hendaklah menyedari bagaimana kejayaan Islam di Iran.

Kejayaan ummat Islam di Iran kerana mereka sudah berhati-hati, sebabnya musuh Islam itu terlalu bijak, apabila mereka merasakan Islam itu kuat, apabila mereka menyedari bahawa arus kebangkitan Islam ini kuat, mereka akan menunjukkan kepada kita bahawa mereka mahu kepada Islam.

Kalaulah pemerintah yang ada sekarang ini, dia mengemukakan kepada kita bahawa mereka mahukan undang-undang Islam, orang mencuri dipotong tangan, orag berzina direjam, arak diharamkan? Mungkin kita akan menerima. Dan kita akan baik pula dengan mereka? Yang penting di sini adakah matlamat kita undang-undang itu sahaja? Kalau matlamat kita undang-undang itu sahaja, maka kita akan terjerat dengan tunduknya kita kepada mereka dengan suatu isu yang terlalu kecil iaitu yang tidak merangkumi Islam yang menyeluruh. Sebab mereka akan menggunakan taktik. Apakah kita yang ada sekarang ini mahu Islam yang menyeluruh? Apabila mereka menggunakan suatu isu Islam yang sempit, maka kita akan mendiamkan diri dan kemungkinan ada di antara kita yang menerima, kerana kita tidak memahami Islam yang menyeluruh.

Apa yang berlaku di Iran? Misalnya diambang kemenangan ummat Islam di Iran, Shah Iran menawarkan kepada Khomeini dan ummat Islam untuk mengharamkan arak, untuk mengaharamkan judi, untuk mengadakan pilihanraya, tetapi dia tidak menyedari bahawa sistem pemerintahan yang ada di Iran itu adalah sistem yang tidak Islam. Bermakna Shah tidak mahu Islam yang menyeluruh dan ummat Islam di Iran telah menolak tawaran itu.

~the end~

p/s: mostly petikan dari hasil tulisan HJ. 'ABDUL HADI AWANG dalam buku yang berjudul ISLAM: FIKRAH, HARAKAH & DAULAH...

Monday, June 22, 2009

apa kita tahu dan faham tentang JIHAD?*siri 1

sewaktu saya membaca mengenai pengertian jihad, saya sangat tertarik dengan isi yang ditulis..gaya bahasa yang mudah difahami tapi perlu didalami pengertiannya..mungkin, entry kali ini agak panjang..tapi, semoga sedikit yang ingin dikongsi bersama sahabat dapat sama-sama dihayati sehingga ke akhirnya..

JIHAD~perjuangan dalam segala bentuk dan bidang untuk menegakkan kalimah Allah..Jadi, perjuangan kerana tanahair, perjuangan kerana bangsa, perjuangan kerana marah semata-mata, perjuangan kerana harta dan pangkat kesemuanya adalah totally bukan fi sabilillah..

Menghayati balik kisah yang berlaku dalam perang Uhud dahulu, Rasulullah s.a.w. melihat mayat-mayat yang bergelimpangan syahid di medan perang Uhud, baginda menunjukkan kepada dua mayat: " mayat ini masuk syurga dan mayat ini masuk neraka." Mayat yang ditunjukkan oleh baginda masuk syurga itu, orang ramai mengetahui asalnya dia adalah orang kafir dan mayat yang ditunjukkan oleh baginda masuk neraka itu ialah orang melihat dia berperang dipihak Islam. Setelah disiasat dan dikaji, didapati mayat yang dikatakan masuk syurga itu, rupa-rupanya orang itu telah menganut Islam dengan tidak disedari oleh orang ramai dan dia telah berperang di pihak Islam dengan jujur dan ikhlasnya, maka dia mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah. Adapun, mayat yang dikatakan masuk neraka walaupun dia berperang di pihak orang Islam dan berperang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w., tetapi setelah dikaji dan disiasat, ternyata orang itu berperang kerana dia orang Madinah yang berperang kerana mempertahankan bumi Madinah. Maka dia mati masuk neraka, kerana dia berperang bukan kerana menegakkan kalimah Allah.

Berperang kerana fahaman kebangsaan ini merupakan satu fahaman yang laris diperkatakan kala ini..perjuangan bangsa semata-mata yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan pemimpin di negara kita tidak kurang lantangnya..Tidak dinafikan perasaan kasih dan cinta kepada keluarga adalah perasaan yang ada dalam hati masing-masing, tetapi perasaan itu tetap tidak boleh dijadikan 'aqidah dan pegangan. Yang menjadi 'aqidah dan pegangan ialah keimanan kepada Allah s.w.t., ialah Islam yang kita sanjung tinggi dan kita junjung, dan kita anggap sebagai satu-satu yang lebih tinggi daripada segala yang lain.

Oleh kerana itulah berlakunya peristiwa Badar, iaitu peperangan keluarga di antara orang-orang Islam dengan keluarga mereka. Sebagaimana riwayat 'Ali bin Abi Talib: " Kami dahulu berperang dengan bapa-bapa kami, dengan abang-abang kami, dengan adik-adik kami dan kami berperang dengan kaum keluarga kami." Ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu mengatasi kepentingan keluarga dan kepentingan kebangsaan. Barangsiapa yang berjihad kerana keluarganya, kerana kebangsaannya, maka dia mati sebagai jahiliyyah, bukan dia mati di atas sifat Islam dan di atas nama Islam.

Begitu juga orang yang berperang kerana marah. Dalam suatu riwayat, Sayyidina 'Ali bin Abi Talib telah bertemu dengan seorang Yahudi yang sudah lama mencari Sayyidina 'Ali. Lalu berlakulah pertarungan di antara Sayyidina 'Ali dengan si Yahudi itu. Dalam pertarungan pedang itu, Yahudi telah rebah dan kemudian Sayyidina 'Ali meletakkan pedangnya pada leher Yahudi itu. Tiba-tiba si Yahudi itu meludah air liurnya ke muka Sayyidina 'Ali, tetapi Sayyidina 'Ali menarik pedangnya dan dimasukkan ke dalam sarungnya, kemudian terus pergi. Si Yahudi hairan, kenapa Sayyidina 'Ali tidak membunuhnya? Lalu si Yahudi menuruti Sayyidina 'Ali dari belakang. Lalu bertanya si Yahudi: " Mengapa awak tidak membunuh saya? Bukankah tadi awak sudah bertarung pedang dengan saya? Tapi mengapa bila sampai masa awak tidak bunuh?" Sayyidina 'Ali menjelaskan: " Saya tidak mahu membunuh awak kerana semata-mata saya marah kerana awak meludah air liur ke muka saya menyebabkan kemarahan saya kerana ludah, bukan kerana Islam. Jadi saya tidak mahu membunuh awak kerana ludah, tapi saya mahu membunuh awak kerana Islam."

Betapa tingginya nialaian Islam yang ditunjukkan, yang tidak boleh dinilai dengan marah, yang tidak boleh dinilai dengan kebangsaan, tidak boleh dinilai dengan keluarga, dengan keturunan warna kulit dan sebagainya.

Oleh kerana perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah adalah suatu perkara yang luas bidangnya, al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna, di dalam risalahnya ada menyatakan: " Bahawa yang dikatakan jihad pada jalan Allah, yang dikatakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah adalah sebarang tenaga dan sumbangan yang dikemukakan dan diberi oleh manusia untuk menegakkan dan meninggikan kalimah Allah s.w.t., sama ada dengan senjata, dengan lisan atau pun dengan tulisan."

Hadis Rasulullah s.a.w.: " Yang menjadi penghulu orang yang mati syahid ialah Sayyidina Hamzah bin 'Abdul Muttalib dan orang yang sanggup mempertahankan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim lalu dia dibunuh."

Ini menunjukkan bahawa memperkatakan(kebenaran) di hadapan pemerintahan yang zalim, kemudian kita dibunuh, termasuk juga orang yang dibunuh itu di dalam jihad fi sabilillah, walaupun pemerintah yang zalim itu seorang Islam dan berbentuk Islam. Apa lagi kalau kita berdepan dengan pemerintah yang murtad yang secara terang-terangan tidak melaksanakan hukum Allah, yang tidak mendaulatkan Islam sebagai agama yang menjadi dasar segala sistem dalam negara itu.

Rasulullah s.a.w. berda'wah di Makkah selama 13 tahun. Dengan menanggung bebanan penderitaan hasil daripada tentangan golongan jahiliyyah pada masa itu, walaupun secara lisan dan mengemukakan ayat-ayat Allah, dan sebagainya yang menjadi tanda kebenaran, Rasulullah s.a.w. dan kesemua yang dikemukan itu lebih daripada mencukupi sebagai tanda kebenaran Islam yang dibawanya. Yang tinggal hanyalah mereka yang tidak bersedia menerima kebenaran, walaupun mengetahui segala hakikatnya. Pertarungan antara haq dan batil sudah menjadi lumrah alam yang didiami oleh manusia berakal. Sesungguhnya pertarungan dan peperangan antara sesama manusia sudah tidak dapat dielakkan. Hukum Allah memberi keizinan kepada mereka yang beriman dengan kebenaran daripadanya untuk menghadapi kebatilannya yang menghalang dan menganggu usaha untuk menegakkan hukum Allah yang layak mentadbir bumi dengan apa cara sahaja.

" Diizinkan berperang bagi orang-orang( Islam) yang diperangi(oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah teraniaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka(mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar,(mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: " Tuhan kami ialah Allah." Dan kalaulah Allah tidak mendorong manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam); sesungguhya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."~(Surah al-Hajj:39-40)

Berdasarkan kepada sejarah turunnya ayat-ayat tersebut, suatu sebab nuzulnya kepada kita bahawa penentangan kita terhadap orang-orang jahiliyyah boleh dilakukan dengan apa cara sahaja menurut kemampuannya. Bermula dari lidah, bermula dari tulisan, bermula dari menyumbangkan harta benda dan sebagainya, hinggalah kepada mengangkat senjata kesemuanya adalah termasuk di dalam perintah jihad yang diwajibkan kepada kita oleh Allah s.w.t. da kesemuanya mesti dilakukan oleh kita, menurut keadaan dan menurut tekanann, menurut cabaran yang dihadapi oleh kita, walau di sana terdapat teori-teori dari ahli falsafah yang menghapuskan peperangan, yang mahu menghapuskan pertarungan antara manusia. Bagaimanapun ahli falsafah itu telah meleset, sebabnya ialah keraa peperangan dan pertarungan itu telah menjadi fitrah, telah menjadi naluri manusia dan telah menjadi kejadian alam. Orang yang cuba hendak menghapuskan peperagan, yang cuba menghapuskan perselisihan, yang cuba hendak menghapuskan pertelingkahan antara manusia, bermakna dia hedak menghapuskan tabi'i alam yang disemulajadikan oleh Allah s.w.t..

Semua itu adalah satu perkara yang mustahil, sebagaimana orang yang hendak menghapuskan matahari, mahu menghapuskan bulan, siang dan malam yang telah diwujudkan Allah s.w.t..Demikian itulah juga dengan peperangan dan pertarungan ini adalah sudah menjadi adat. Oleh kerana itu kerana jangan berasa ganjil, kita jangan berasa pelik.
Mengapa kita mesti berkelahi?
Mengapa kita mesti bergaduh?
Mengapa kita mesti berperang?
Mengapa kita mesti berjuang?
Mengapa kita mesti menghadapi musuh?
Sebabnya musuh, pertarungan dan pertelingkahan di antara manusia itu sudah menjadi fitrah alam. Apabila menjadi fitrah alam, maka ianya dibenarkan oleh Allah menurut batas-batas yang diizinkan oleh Allah s.w.t. Sebabnya mengapa berlaku begitu? Ialah kerana manusia yang diberi oleh Allah 'aqal fikiran itu, ada di antara manusia yang dapat menggunakan 'aqal dengan betul dan ada pula di antara manusia yang tidak dapat menggunakan 'aqal dengan betul. Jika sekiranya Allah tidak mengizinkan peperangan, tidak mengizinkan jihad, bermakna memberi kebenaran kepada orang yang tidak menggunakan 'aqalnya dengan betul untuk melakukan apa sahaja di atas bumi ini dan untuk melakukan apa sahaja di atas bumi ini dan untuk menyekat perkembangan agama Allah..

Walaupun agama Islam yang kita anut ini agama Allah, sebgaimana disebut oleh Syed Qutb di dalam " Haza al-Din", dan Allah itu Maha Berkuasa untuk memberi kemenangan Islam dengan tidak payah berjuang, tidak payah berusaha dengan tenaga daripada kita, kerana Allah s.w.t. itu apabila berfirman jadi, maka jadilah perkara itu. Apabila Allah berfirman menang, maka menang. Kenapa Allah tidak menjadikan kemenangan Islam itu sebagaimana turunnya hujan dari langit? Dengan tidak payah perjuangan daripada kita? Dalam hal ini kita hendaklah menyedari, bahawa Islam yang diturunkan kepada kita itu bukanlah Islam yang diturunkan kepada kayu dan batu, yang tidak ada 'aqal fikiran. Islam yang diturunkan oleh Allah bukannya diturunkan kepada malaikat, yang tidak ada cabaran dalam hidupnya. Tetapi Islam diturunkan kepada manusia, sejenis makhluk yang diamanahkan oleh Allah s.w.t. dengan sifat-sifat semulajadinya yang ada pada mereka. Oleh itu, maka kemenangan agama Islam yang paling layak dan yang paling sesuai di atas muka bumi ini, hendaklah dilakukan oleh manusia, dan hendaklah dengan tenaga dan perjuangan manusia itu sendiri. Di samping itu sudah menjadi peraturan alam, ianya juga menjadi ujian daripada Allah s.w.t. untuk menguji sejauh manakah keyakinan kita dengan Allah, sejauh manakah keyakinan kita dengan rasul-rasul yang dipilih oleh Allah, sejauh manakah keyakinan kita dengan kitab-kitab Allah, da sejauh manakah keyakinan kita dengan berita-berita yang disampaikan kepada kita daripada Allah dan sejauh manakah kita menghargai segala apa yag diberi oleh Allah kepada kita ini.

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'kami beriman', sedang mereka tidak diuji(dengan satu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka(dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuNya tentang orang-orang yang berdusta."~(al-'ankabut:2-3)

Jadi peperangan ini sudah menjadi kewajipan kepada kita sama ada kita mahu menerima ataupun kita tidak mahu menerima. Sama ada kita mengakui atau tidak mahu mengakui. Kewajipan tetap menjadi kewajipan, kerana tanggungjawab itu bukan ciptaan kita, tetapi ciptaan Allah s.w.t..Oleh itu, tidak mungkin kita mengubahnya lagi dan oleh kerana itulah maka seluruh 'ulama' Islam menyatakan bahawa jihad itu adalah wajib. Cuma yang mereka ulas, hanya sama ada jihad itu menjadi fardu kifayah atau fardu 'ain.

Mereka mengulas, bahawa jihad itu menjadi fardu kifayah, jika sekiranya negara Islam itu telah wujud. Adalah menjadi fardu kifayah kepada orang Islam untuk melancarkan jihad bagi menghadapi orang kafir dan menyebarkan Islam ini, serta menegakkan kalimah Allah. Bila musuh Islam menjadi ancaman kepada seluruh ummat Islam, dikala itu jihad menjadi fardu 'ain. Sayangnya kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh ummat Islam ketika ummat Islam hanya menghadapi musuh-musuh fizikalnya sahaja, di zaman ummat Islam tidak menghadapi musuh dari segi ideologi seperti sekarang ini.

Kalaulah di zaman ummat Islam menghadapi serangan dari musuh yang terang-terang dapat dilihat dengan mata kepala hanya berada beberapa saf sahaja daripada bumi Islam, maka semua 'ualama' Islam mengatakana pada ketika itu jihad sudah menajdi fardu 'ain. Kalau begitu rupa sudah menjadi fardu 'ain, maka cuba kita fikir bagaimanakah hukum jihad apabila ideologi-ideologi yang bukan Islam telah masuk ke dalam negeri-negeri Islam, apabila musuh-musuh Islam telah menukarkan taktik mereka dengan melancarkan serangan fikiran yang lebih bahaya daripada serangan senjata, yang telah menyesatkan ummat Islam dalam 'aqidah mereka. Sama ada disedari atau tidak disedari oleh mereka. Kalau ancaman musuh yang dapat dilihat oleh mata, maka kita hanya mati dari segi tubuh badan sahaja, tetapi kalau serangan dari segi fikiran, yang mati ialah 'aqidah kita. Mana lebih bahaya mati 'aqidah dengan mati tubuh badan? Kalau mati tubuh badan diancam oleh musuh dari segi fizikal menjadi fardu 'ain, jika mati 'aqidah yang menyebabkan kita ke dalam neraka lebih bahaya daripada itu, maka jhad lebih menjadi fardu 'ain lagi daripada apa yang digambarkan dalam kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh 'ulama'-ulama' Islam di zaman silam.

Banyak orang membaca hadis: " Kita kembali daripada jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar, iaitu jihad menentang hawa nafsu."

Masalah ini banyak disebut dan sering disebut oleh 'ulama'-'ulama' tasawwuf dan banyak orag keliru berhubung dengan hal ini. Adakah kita orang Islam terpaksa menentang hawa nafsu kita dahulu? Kemudian baru dapat kita menentang musuh yag lahir ini. Walaupun kita tidak dapat menafikan bahawa jihad menentang hawa nafsu itu adalah menjadi kewajipan kepada kita. Tetapi jihad menentang musuh juga menjadi kewajipan, di mana kewajipan di dalam Islam ini seperti rantai jala yang tali-menali antara satu sama lain. Kita tidak boleh ahulukan yang mana dan kita tidak boleh kemudiankan yang mana, tetai ianya hendaklah dilaksanakan dengan cara serentak. Sesungguhnya 'ulama'-'ulama' Islam sendiri mempertikaikan hadis ini. Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, dalam 'Tasdid al-Qul' mengatakan: " Bahawa yang sebenarnya perkatan ini bukannya hadis, tetapi ini ialah perkataan Ibarhim bin Ablah", dan menurut al-'Iraki yang mengtakhrij hadis, beliau mengatakan: " Bahawa hadis inii terlalu dha'if." Dan kita janganlah menafikan bahawa jihad melawan hawa nafsu itu adalah sebahagian daripada jihad yang besar.

~to be continued~

Tuesday, June 16, 2009

-piCnic-

Sebelum ni, masa masak-masak kat rumah mirah, memang plan nak pergi picnic kat pantai ramai-ramai..maybe perjumpaan last sebelum masing-masing dah membawa diri ke kampus masing-masing...plan asalnye nak buat 15 jun...tapi sunyi sepi je sehiggalah mirah dan sarah 'send sms' memaklumkan picnic yang dirancang sebelum ini akan dibuat esok(16 jun)..kebetulan my mom ajak pergi Angulia on that day for three days..urm, possibility untuk join picnic macam sikit je..apa lagi, along macam nak marah je adik tak boleh join..siap cakap lagi, kalau adik tak pergi so program tak jadi..huh, macamla penting sangat adik ni..ooo patut pon, rupanya diorang buat conference kat yahoo messenger tapi adik tak ada..suka hati je ye suruh adik bagi tazkirah..kalau adik tak join pon, ramai lagi ada..boleh je round circle bagi tazkirah satu sorang...setelah berbincang dengan my mom, mak cakap okla irah join je kawan-kawan, esok suruh kak cik hantar pergi kat mak..alhamdulillah, dapat juga buat keputusan..
Mengikut arahan dari pihak penganjur(mirah), along akan ambil adik kat rumah..tapi, adik ingat nak pergi hantar tempahan t-shirt kat rumah orang dulu so adik drive sendiri...padahal tak sempat pon nak hantar sebab dah 5.15 petang..dahla tazkirah pon i'm not really ready..sepanjang perjalanan, sambil baca mathurat dalam hati ni asyik berdoa minta Allah terangkan hati dan bantu diri yang serba serbi kekurangan ni dapat sampaikan tazkirah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat tersayang dengan baik agar sampai di hati kami semua..semoga, diri yang penuh bergelumang dengan dosa ini tidak menjadi hijab untuk hati sahabat-sahabat menerima dengan baik sedikit peringatan bersama...

I'm the first one sampai kat pantai tu..maybe sebab rumah dekat..waiting for them sambil habiskan mathurat..after solat asar tadi tak sempat nak baca sebab kelam kabut prepare barang-barang yang nak kena bawa...ni la akibat kalau amalkan last minute preparation..alhamdulillah sempat gak habiskan, kereta wawa dah kelihatan..sementara tunggu kereta along, kami bergerak dulu mencari port yang sesuai..dah jumpa, semua angkat barang dan tikar pon dibentangkan..dah lame tak picnic macam ni..biasanya dengan keluarga tapi sekarang siblings semua dah besar-besar dah berkeluarga pon..jarang-jarang je ada peluang buat aktiviti macam ni..ok, lupakan tentang tu..
Bila semua dah ada, andak sebagai pengacara majlis memulakan tugas-tugasnya..setelah dibuka dengan bacaan al-fatihah, sesi tazkirah dimulakan..siap kena pejam mata lagi op..bukan apa, biar dapat feel skit..hihi..yela, sama-sama kita ikhlaskan niat.. kita buat picnic ni pon kerana Allah..sebagai salah satu cara untuk kita pelihara sekaligus mantapkan lagi ukhuwwah bersama..moga-moga Allah terima usaha kita ni dan dikira sebagai ibadat kepada-Nya..bukan sekadar suka-suka, pergi dengan bersuka ria dan pulang dengan tak ada apa-apa yang dapat dimanfaatkan..semoga sedikit pengisian yang kita kongsikan bersama, dapat buat kita melihat dengan mata hati, berfikir dengan jiwa insani seterusnya bertindak secara realistik..truly, adik perlukan peringatan dan teguran membina daripada kawan-kawan semua secara berterusan..sebab kita manusia, bila-bila masa je boleh berubah dan sebagai manusia biasa juga adik sudah tentu banyak melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau sebaliknya..

Lepas habis tazkirah, along conduct aktiviti....main apa?..lor main bekas beracun..huh, janganla kena kat adik..dah wondering ni, janganla kena yang pelik-pelik..selam dalam laut ke, nyanyi ke..lagu nasyid egois pon kedengaran, dan berhenti time nadhirah yang pegang bekas beracun tu..dia yang buka kertas berlipat tu..macam dapat yang dahsyat je tengok riak muka..eh, mana aci..alongla kene baca..mana boleh baca sendiri..pelik-pelik..kertas kecil je tapi baca arahan panjang bukan main..bak kata orang terengganu, 'kecik tuik'.."anda dikehendaki membuat kawan-kawan menangis atau menitiskan air mata..gunakan apa cara sahaja..seorang pon dah memadai.."..lagu sedih pon dimainkan..nadhirah pon suruh kami semua pejam mata dan tundukkan kepala..dalam hati ni memang tak yakin langsung nadhirah boleh buat salah seorang dari kami menangis..yela, dari tadi duk gelak ketawa..dahla memang tak sesuai langsung dengan character kawanku yang sorang ni..ceria selalu..lama sangat tunggu bercampur dengan rasa tak yakin, adik pon buka mata..suruh cancel je..alasannya, tak sesuaila..jap lagi nak makan-makan..happy-happy..tapi sekarang nak suruh menangis..tak masuk tema langsung..marah cik nad ngan along bila adik buka mata..cepat-cepat suruh adik pejam mata..melihatkan aina yang semangat tengah feel nak nangis, adik pon tryla nak feel sedih..tengah-tengah feeling lagu sedih tu, tiba-tiba dengar diorang nyanyi lagu 'selamat hari lahir'..bila buka mata je, tegok kek coklat kat depan mata..wah terkejut+terharu sangat-sangat...first time, kawan-kawan buat suprise macam ni..dahla, dah seminggu hari lahir adik berlalu..tak sangka langsung..semua ada bakat berlakon..pandai ye wawa, cakap nak tengok kereta jap..padahal pergi ambil kek ye..bijak-bijak..rancangan yang totally menjadi!
Adik ucapkan terima kasih tak terhingga buat antunna semua..semoga Allah memberkati usaha dan pengorbanan kalian..adik sangat-sangat menghargainya..

aina
~terima kasih untuk jus epal dan mee goreng yang sedap dan menyelerakan tu! ;) along~syukran untuk puding caramel yang lemak manis rasanya..;)
andak
~thank you for the fried potato (my favourite)..;)
nadhirah
~sedap air bandung+laici dan buah-buahan tu..;)
wawa~dadih milo ke?apepun, memang sedap..bolehla buat lagi, mari hantar kat rumah;) 'amirah~penganjur op? well done..sy dok dang rasa cup cake(btol dok eja?) awak..tapi, kek tu memang attractive..kalau anak buah saya ada mesti dia nak..;)

Akhir kata, syukran jiddan semua!Semoga doa rabitah menjadi pengikat hati kita semua..Ampun maaf dipinta andai kata ada salah silap dan terlanjur kata..


"Biarpun mesra, hati pasti pernah terluka. Biarpun, ramah lidah, pasti ada yang menyentuh rasa. Atas sifat manusia, segala silap dan kelemahan ampun maaf jua dipinta. Ukhuwwah kita bukan sekadar di sini tetapi di mana-mana, bukan setakat sekarang tapi untuk selama-lamanya, selagi 'aqidah menjadi teras hubungan kita.."


BEKAS BERACUN~feeling to cry...lambatnye cik nad!

POTONG KEK~terima kasih semua kawan-kawan for the cake!

BALIK~nak maghrib dah ni..jom solat kat rumah adik semua..kita bahagikan makanan yang masih banyak tersisa..tak sempat nak habiskan semua sebab matahari dah terbenam..


p/s: buat sahabatku izan yang berjuang di negara seberang, jangan sedih-sedih ye..walaupun izan tak ada bersama kami secara jasadinye, tapi waktu kat pantai tu memang namamu ada disebut..miss you izan!!

Wednesday, June 3, 2009

gempar!

Segala puji untuk Allah, Tuhan sekalian alam..Dialah yang Maha Berkuasa..subhanallah!!Maha Suci Allah! Allahuakbar! Allah lah yang Maha Besar...

Mungkin saya agak lewat berkongsi cerita..disebabkan beberapa perkara yang harus diselesaikan terlebih dahulu, baru saat ini berkesempatan untuk berkongsi cerita, idea serta pandangan berkenaan berita gempar pada 2 jun 2009~runtuhnya stadium yang baru sahaja siap dibina dan digunakan sejak kebelakangan ini..bagi sesiapa yang pernah membaca entry saya yang lepas bertajuk "bising!" mungkin masih ingat sedikit sebanyak perkongsian saya tentang ketidakpuas hatian saya dengan apa yang berlaku di sekitar stadium tersebut..

Saya lupakan tentang itu untuk kali ini, tapi agak terkejut sebab baru sahaja rasanya saya minta Allah tak turunkan bala-Nya sehingga terkena kepada kami semua..apapun, secara peribadi saya agak bersyukur dengan musibah ini, kerana membuatkan saya lagi tahu menghargai kekuasaan Allah..lokasi kejadian amat dekat dengan kediaman kami..dalam kegembiraan saya, kakak dan emak berkongsi cerita sewaktu di dapur, tiba-tiba terdengar bunyi kuat lebih kurang dalam lima saat..saya sendiri ingat kapal terbang nak terhempas, sebab pelik selalunya bunyi kapal terbang takla sekuat tu..nak kata accident pon, macam tak logik sebab kuat sangat..kami pon just wodering what had happened sehinggalah mendapat panggilan telefon daripada abang ipar..dia yang memaklumkan kepada kami mengenai berita memeranjatkan tersebut..akhirnya terjawabla kebingungan kami sebentar tadi..saya terus ke bilik belakang untuk melihat stadium yang sebelum ini tersergam tinggi, kelihatan kesan runtuhan tersebut..ingatkan sikit je runtuh, bila saya keluar rumah barula tahu teruk juga runtuhan tu..itulah kuasa yang Maha Esa...

Dah banyak pihak yang megutarakan pendapat serta megulas mengenai kejadian tersebut, tapi bagi saya sendiri alhamdulillah dan kita semua patut bersyukur sebab tiada kemalangan meragut nyawa yang berlaku..hanya kerosakan pada beberapa buah kenderaan yang dilaporkan..mungkin inilah tandanya Allah masih sayangkan kita semua dengan memberi peluang untuk kita terus hidup tapi terpulangla pada diri kita sama ada ingin segera merebut peluang bertaubat kepada-Nya atau masih ingin terus berada dalam kealpaaan dan keegoaan diri sendiri..

"ya Allah, janganlah Kau jadikan aku, keluargaku serta muslimin dan muslimat yang masih diberi peluang untuk hidup ini mensia-siakan peluang kesempatan waktu hidup untuk bertaubat serta kembali ke jalan-Mu..jangan Kau biarkan kami menanti saat ruh di kerongkong kami, dan baru saat itu kami ingin bertaubat kepada-Mu..semoga kami semua bukanlah di kalangan orang yang mati dalam keangkuhan dan kesombongan diri sendiri..jauhkanlah kami dari penyakit-penyakit hati serta peliharalah hati-hati kami semoga senantiasa bertaut pada-Mu.."

Tadi, mak saya menunjukkan mesej dari seorang rakan sekerjanya...suka untuk saya kongsikan di sini, semoga sama-sama dapat ambil iktibar.."Asmk..runtuhnya stadium sultan mizan..adalah gambaran sebenar kekuasaan Allah s.w.t..hayatilah dan fahamilah..x ada makhluk Tuhan yang mampu mencabar keagunganNya..ya Allah lindungilah hati hati kami dengan rasa angkuh, ego dan takabbur kerana sifat-sifat itu adalah hakMu ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..jika selama ini kami memiliki sifat-sifat seperti itu.."..saya tidak berniat langsung untuk menunding jari atau menyalahkan sesiapa..hakikatnya, yang bersalah tetap bersalah dan harus berani bertanggungjawab..tidak perlu untuk menjadi pengecut..mungkin terselamat dari hukuman dunia tapi hukuman akhirat directly dari Allah adalah suatu kepastian..selagi pintu taubat masih di buka, sama-sama rebut peluang tu..diri sendiri pon masih banyak bergelumang dengan dosa, rasanya tak layak nak menghukum sesiapa..yang pasti, orang yang bertaubat nasuha itu walau seburuk dan sekeji mana pun dia, sekiranya taubatnya diterima Allah, maka sudah tentulah dia lebih baik dari sesiapa yang hanya enak menghukum dan memburukkan orang sedangkan diri sendiri tidak dimuhasabah terlebih dahulu..apapun, saya bukanlah insan yang faqih, ampun maaf andai kata ada dari tulisan hamba ini kesilapan yang tidak disengajakan..

"Persekitaran memerlukan keputihan dicemari dengan kekeruhan yang datang dari pelbagai sudut dan ruang. Justeru, ayuh kekangkan ia. Walaupun letupan gunung berapi, ombak menghempas, taufan mengganas, ribut membadai, sesungguhnya sentiasa terbuka peluang untuk diri merenung dengan mata hati dan berfikir dengan jiwa insani.."

Monday, May 25, 2009

kunjungan ukhuwwah

Alhamdulillah, selamat juga sahabat semua berkunjung ke terengganu...semoga semua berpuas hati dengan sambutan kami di sini..minta maaf banyak-banyak atas segala kekurangan atau ketidak mesraan kami dalam melayan tetamu..agak terkilan sebenarnya, sebab sahabat-sahabat yang datang dari jauh bukannya selalu datang tapi tak berkesempatan singgah di teratak ana..apa pun, ana faham atas kesuntukkan masa..kalu ada peluang lagi ke terengganu jemputla ke rumah..insyaAllah layanan terbaik buat sahabat-sahabat semua..maaf juga andai kata selera masakan terengganu tidak kena dengan selera mana-mana sahabat..kalau air tak cukup ke, pemanis mulut manis sangat ke..maaf sangat-sangat..buat pic bbq, alhamdulillah sedap bolehla share resipi..

~sharing moment~..ana tertarik dengan peringatan dari seorang sahabat, dah lama ana tak dengar peringatan tu..alhamdulilah, ada yang sudi mengingatkan..dalam persahabatan, memang sepatutnya kita selalu ingat kata-kata ni, " ingat kebaikan sahabat, lupakan kebaikan sendiri..ingat keburukan sendiri, lupakan keburukan sahabat.."

~i'll miss the moment we're together~

~night moment~

~bbq~

~dinner~

~ketupat sotong~hehe, ada sorang sahabat dari kedah..jeng3, k.anis orangnye, first time jumpa masakan ni..funny moment..k.anis tanya, " mana ketupatnya?"..tergelak kami semua..maaf ye k.anis..rilek2, ketupat dia kat dalam sotong..

Gembira sangat dengan kunjungan sahabat-sahabat semua..semoga ni bukan yang terakhir..masih ada lagi kunjungan macam ni next time..mungkin ke utara, selatan tak pon pantai barat..bak kata seorang sahabat, ukhuwwah fillahi walau sesaat lebih berharga dari segunung emas dan perak..

"Nikmat paling manis, apabila Allah mentarbiyyah kita dengan pelbagai ujian, namun..tautan ukhuwwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui robitoh hati..ya Allah! Peliharalah ukhuwwah kami.."~Allahhummarzuqna istiqamah..

p/s: harap tak serik nak berkunjung ke terengganu lagi...






Friday, May 22, 2009

gersang jiwa, dahagakan pengisian

Alhamdulillah, di petang jumaat yang penuh barakah ini saya dan along(sarah) diberi kemudahan oleh Allah untuk menghadiri usrah di klinik ummi..syukur tak terhingga kerana memilih untuk hadiri suatu liqa' perkongsian 'ilmu..tak lain hanya Allah la yang menggerakkan hati-hati kami ini ..ya Allah, hamdan wa syukran lillah..syukran juga buat kak sumayyah selaku naqibah kami..memang dah terbiasa apa sahaja yang kita nak buat kenalah pertama sekali ikhlaskan niat..itulah peringatan awal yang diberi..

Di sini, saya ingin berkongsi satu bahagian dari pengisian petang tadi..iaitu bahagian 'ulumul hadis..kak sumayyah membacakan hadis kedua daripada hadis 40..yang mana turut dikenali sebagai hadis jibril..

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ، وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ، وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ: أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

*Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Terdapat empat point utama dalam hadis tersebut..islam, iman, ihsan dan hari qiamat..atau lebih tepat tiga tunggak utama yakni rukun islam, rukun iman dan ihsan..islam itu sendiri merupakan penyerahan diri kita kepada Allah, tunduk padaNya serta perhambaan pada Allah..seperti ulasan kak sumayyah, iman itu tetap..penghayatan terhadap iman itu sebenarnya yazid(meningkat) au yanqus(menurun)..terdetik di dalam hati, "aku tak nak islam luaran sahaja, tapi aku nakkan iman yang sebenar-benarnya..semoga hadir ihsan dalam diri yang serba kekurangan ini!"..untuk tanda-tanda qiamat pula, terasa amat dekat saat itu untuk menjadi suatu realiti..yang pasti janji Allah itu pasti akan datang..tapi bersediakah aku menghadapinya??

Pengajaran dari hadis jibril ini memang banyak..antaranya adalah bukti kesyumulan islam itu sendiri..di mana islam itu adalah agama yang datangnya dari Allah..ia bersifat rabbanie, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat..tidak seperti agama-agama lain..disebabkan itulah ia sesuai untuk semua umat manusia di setiap tempat dan sepanjang masa..untuk itu, dalam mencapai kesempurnaan seorang mukmin, haruslah seseorang itu menunaikan segala rukun islam, rukun iman dan sifat ihsan..islam itu sendiri bersifat syumuliah yakni menyeluruh..jadi, islam tidak sempurna jika hanya diambil dari segi zahir, atau batin sahaja juga dari aspek kerohanian semata-mata..kesempurnaan islam itu tercapai apabila diamalkan secara menyeluruh..selain itu, 'ilmu itu tidak hanya dengan kita membaca buku kerana kita juga perlu berguru..kak sumayyah turut menceritakan bagaimana sewaktu dia belajar di mesir..syeikh-syeikh di sana amat menekankan adab menuntut 'ilmu..sehinggakan syeikh tersebut tidak redha walau hanya memusing-musingkan pen atau pensel di tangan..tapi, berbeza sangat keadaannya di tempat saya sendiri..kadangkala sedih, geram semua bercampur baur..bila mana ada classmate yang slumber berbual-bual ketika lecturer sedang bercakap di hadapan..mana hilangnya rasa hormat kita terhadap guru?..mungkin itulah salah satu punca kenapa susah kita nak dapat 'ilmu apatah lagi nak mengamalkannya..mungkin redha guru itu tiada..na'uzubillah..

Setakat ini dulu perkongsian pada kali ini...walaupun masih banyak lagi perkongsian dalam usrah tadi yang saya belum kongsikan dengan sahabat dan sahabiah semua..ya Allah, janganlah Engkau hijabkan hati sesiapa sahaja yang membaca perkongsian daripada hambaMu ini, lantaran dosa yang ada pada diri ini..semoga setiap apa yang dikongsikan dapat sampai di hati ini serta sahabat sahabiah semua..



khair