Tuesday, March 31, 2009

-nUkiLAn-

salam mahabbah fillah buat kalian semua...
Tertarik dgn kata-kata ni, penuh dgn makna, terdetik plak rasa di hati nak berkongsi..kata2 ni bukanlah nukilan sendiri, dipetik dr page my brother, hanif..saya sendiri xpasti nukilan ni berasal dr mane...tapi yang penting smg mendapat sesuatu dr nukilan ni..insyaAllah..
Duhai diri kenapa?
Kau mengeluh kepenatan..
Kau muram kekecewaan..
Kau murung kesedihan..
Kau resah kebimbangan..
Hanya kerana, mereka tidak datang..
Bila kau ajak pada kebenaran..
Wahai diriku..
Bukan niatku melontarkan hamunku..
Cuma teguran setulus salju..
Tak seharusnya kau begitu..
Kufahami impianmu..
Supaya kita bersatu padu..
Kusanjungi ketulusanmu..
Mengajak ke jalan yang satu..
Namun, realiti memang tak seindah yang dimahu..
Lantaran jalan ini terlampau berliku..
Perlukan keabaran dan keteguhan jitu..
Kau harus hayati hakikat itu..
Ingatilah peribadi pejuang sejati..
Baginda tabah meniti hari..
Bermula dari seorang diri..
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi..
Bukannya baginda tidak berani..
Namun itu tertib wahyu..
Suburkan berbaik sangka..
Agar hatimu tenang..
Barulah makin kuat jadinya..
Bukan dirundung kelemahan..
Perbaharuilah iman..
Saban ketika, ingati janjiNya..
Keredhaan dan jannah..
Sedari sunnah perjuangan..
Dipenuhi derita, dihujani kepayahan..
Untuk kutempuhinya dengan ketabahan..
Jadilah orang yang menang!!!

Sunday, March 29, 2009

-sHaRinG tO rEmiNd-


Sedikit pengisian usrah semalam…

Dalam dunia ni ada tiga kategori manusia..kita ni duk kat kategori yg mane satu ye..jom kita same2 cek..

1.golongan yg hidup utk dunia sahaja.
-golongan ni merujuk kpd materialistic people..do we are??
-bila hidup ni bermatlamatkan kebendaan saja mesti mudah lupa akhirat..
-bila dah melupakan akhirat, mcm mne nak jadikan dunia ni sbg tmpt kita
b’kebun utk menuai hasil di akhirat kelak..
-boleh rujuk surah al-an’am 6: ayat 29

2.golongan yang sesat antara dunia dan akhirat.
-ni adalah golongan kebanyakan.
-golongan yg walaupun mrk percaya pd Allah dan hari akhirat, namun ‘aqidah
mrk just m’jadi gambaran palsu yg t’pish dan t’putus dr reality kehidupan.
-pd hakikatnya, golongan ni juga t’masuk dlm golongan yg menganut fahaman
kebendaan walaupon pd zahirnya mrk melakukan sebahagian dr upacara2
kerohanian.

3.golongan yang menganggap dunia ini adalah ladang tanaman utk di akhirat.
-nilah golongan yg benar2 beriman.
-mrk tahu hakikat sebenar hidup ni.
-golongan ini menginsafi nilai hidup dunia ini dibandingkan dgn akhirat.

“dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir.” (surah al-an’am 6:ayat 3)

-golongan ni sedar betapa rendahnya nilai dunia jika nak dibandingkan dgn akhirat.
-justeru itu, golongan ni tidaklah menjadikan kehidupan dunia sbg penghalang atau
menyibukkan mrk drp melaksanakn tujuan dan matlamat mrk diciptakan oleh Allah.

“dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mrk mengabdikan diri kepadaku.” (az-zariyat 51: ayat 56)

-golongan yg benar2 menggabungkan diri dgn Islam menganggap dunia ni sbg medan utk
berbakti mentaati Allah dan m’peroleh keredhaanNya.
-seluruh hidup mrk tidak kira ilmu pengetahuan, perniagaan, harta kekayaan, rumahtangga,
masa, pemikiran dan sebagainya semua dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah.
-tapi, berbeza dgn golongan kebendaan yg m’gunakan segala kurniaan tersebut demi untuk
memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat.

So, of course kita semua nak jadi golongan yg ketiga kan..hidup di dunia adalah tempat untuk kita semua bercucuk tanam, dalam bercucuk tanam itu mestilah dgn penjagaan yg rapi, cukup semua mineral yg diperlukan dan bersedia untuk menyingkir segala agen-agen perosak..insyaAllah, tanaman kita menjadi..sbb kita tak pasti, apa yg kita tanam kat dunia ni, adakah pasti membuahkan hasil di akhirat kelak..mungkin juga takde hasil yg dapat dituai krn cara kita yg silap..atau yg paling penting akar itu yang xcukup mantap..bila akar(‘aqidah) kita terpesong, xkn menjadilah tanaman kita tu..jom kita same2 muhasabah diri!!


p/s: boleh rujuk buku "apa ertinya saya menganut Islam" for further explaination...

Thursday, March 26, 2009

tAnGiSaN & aiR mATa


"...dan bahawasanya DIA-lah yang telah menjadikan orang yg tertawa dan menangis." (an-najm:43)


Jadi Allah lah yang mencipta ketawa dan tangis, serta sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ni. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil tapi ia tidak pernah kering.


Tangis tercela atau terpuji??


Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan memukul dada dan merobek-robek pakaian.


Ada pula tangisan yang sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan yang menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan seksa Allah.


Tangisan dapat memadam api neraka...


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah seseorang menitiskan air mata kecuali Allah mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak dikotori oleh debu kehinaan, apabila dari seseorang daripada satu kaum menangis, maka kaum itu akn dirahmati. Tidaklah ada sesuatu yang tak kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s.


Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya di jurang Serandip. Dari matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa burung meminum air mata Nabi Adam a.s. lalu berkata, " manis sungguh air manis.." Nabi Adam lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah menerima taubatnya dan mewahyukan, " hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada dituntut...


-Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Allah yang telah menentukannya.

-Janganlah menangis kerana cinta tak terbalas kerana mungkin bukan dialah jodoh yang Allah

tetapkan.

-Janganlah menangis dalam peperiksaan kerana mungkin kita kurang persediaan.

-Janganlah menangis wang kita hilang di jalan kerana mungki kerana kita kurang buat sedekah

sbg amalan.

-Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat kerana yakinlah rezeki itu pemberian Allah.


Dari itu...

Simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di bilik kelopak mata agar ia menitis membasuhi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat meleburkan dosa-dosa dan moga-moga mendapatkan ampunanNya jua.


Junjungan mulia bersabda:


" Ada 2 biji mata yang tak bersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kpd Allah dan 2 biji mata yang menajaga pasukan fisabilillah."


" Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari Qiamat ialah seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah lalu bercucuran air mata."


" Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kpd Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."


Berkata Salman Al-Faarisi r.a.

Aku dibuat menangis atas 3 perkara jua:

1) berpisah dgn Rasulullah s.a.w. para sahabat.

2) ketakutan yang perkasa tatkala melihat datang malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.

3) aku tidak tahu aku akan diperintahkan ke syurga atau neraka.


Air mata rahmat Tuhan

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jagalah mayat ketika kematiannya perhatikanlah 3 perkara: 1- apabila dahinya berpeluh. 2- air matanya berlinang. 3- hidungnya terkeluar cecair seperti hingus. Kerana hal-hal tersebut rahmat Allah untuk si mati." (Riwayat dari Salman Al-Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dari 4 perkara:

" Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dgn berzikir kpd Penciptamu, hatimu takut dan gementar kpd kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dgn taubat kpd Dzat yang memilikmu."

Tuesday, March 24, 2009

it's not too late...


mak dan ayah yg kusayangi dan kagumi..
salam mahabbah fillah buat sahabat semua..
alhamdulillah kupanjatkan kesyukuran tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana hari ini,
aku masih diberikan dua nikmat paling besar iaitu nikmat iman dan islam..syukur juga, krn anggota bdnku masih boleh berfungsi dgn baik...jari-jemari ini masih mampu utk menaip, mata masih mampu untuk melihat, telinga masih mampu utk mendengar, dan organ2 lain masih menjalankan fungsinya masing2..hebatnya Allah..seringkaliku ingatkan buat adik-beradik study circle juga adik-beradik usrah yg lain tentang nikmat2 ini..sbb kita semua manusia biasa yg mudah alpa dgn nikmat yg kita dapat..mana taknya, semua nikmat ni kita xperlu byr dgn duit..tapi, bila Allah dah tarik nikmat2 tu dr kita, baru kita nak ingat Allah..ya Allah angkuhnya kita..


tapi ada yg lain ingin dikongsikan..

mungkin di antara kita, ada yg sudah kehilangan mak atau ayah atau kedua-duanya sekali buat selamanya...tapi, buat yg masih mempunyai salah seorang atau kedua-duanya, sedarkah kita dgn kehadiran dua insan istimewa dlm hidup kita ini..lupakah kita, mereka berdua ini juga merupakan nikmat tak terhingga buat diri kita...siapa kita kalau bukan dgn kehadiran mereka..jadi, siapa kita nak meminggirkan mereka??


sahabat,

kubersyukur kerana masih punya mak dan ayah..

yang tak jemu mencurahkan sepenuh kasih sayang,

sabar melayani segala karenah anak-anaknya yang pelbagai ragam,

tekun berkerja untuk memberi yg terbaik buat anak-anaknya,

mengasuh dan mendidik kami adik-beradik untuk mengenal Pencipta,

kukagum dengan ketabahan mak dan ayah..


semua ini sering membuatkanku berfikir,

mampukah aku menjadi anak yg solehah??

mampukah aku menjadi adik dan kakak yg baik??

mampukah aku menjadi sahabat yg sebenar??

mampukah aku menjadi isteri yg taat kpd suami??

mampukah aku menjadi ibu yg mampu mendidik&mengasuh anak-anak kelak??

persoalan2 ini mendorongku untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri..


ibuku seorang ibu yg berkejaya iaitu seorang guru..pengalamanku menjadi guru sementara sewaktu cuti sem benar2 menghadirkan rasa keinsafan dlm diri ini..baru kutau penat dan lelah bekerja..melayan sikap dan perangai anak murid zaman moden yg mencabar dan benar2 menguji kesabaran...setelah pulang dari bekerja, tugas2 di rumah perlu disettlekan...memasak, mengemas rumah, melipat kain dn sebagainya..hanya Allah yg tau betapa letihnya diri ini, terdetik di dalam hati rasa macam nak jadi suri rumah je sepenuh masa..bimbang kalau2 xdpat nak laksankan tanggungjawab yg sepatutnya dgn baik..


saat ini gak, kurasakan kehebatan dalam diri seorang ibu..kekuatan dalaman yg Allah kurniakan juga sesuatu yang patut disyukuri..mungkin dah tak ramai ibu2 macam mak2 kita zaman sekarang ni..hanya pengalaman sebegini yg dapat kurasakan sendiri, tapi cukup utk memotivasikan diri ini utk buat yg terbaik sbg penawar dan penyenang hati mak dan ayah..kupanjatkan doa mohon kesejahteraan dunia dan akhirat buat kedua-dua insan istimewa dlm hidupku..


kuharapkan kesempatan utk bergelar ibu di saat mak ku masih di sisi..kerana kusendiri ingin merasa kesakitan yg pernah dilalui oleh mak tika melahirkanku dulu..kesakitan melahirkan sesuatu yg sukar digambarkan dgn kata2 untuk itu perlu dirasakan sendiri..semoga dgn merasai kesakitan tersebut menambahkan lagi kekuatan diri untuk menjadi anak yg solehah..insyaAllah..


sepanjang kehidupan kita bersama mereka, pernah tak kita memberitahu mak dan ayah kita, "sayang mak!", "sayang ayah!" ???sahabat2 yg disayangi fillah, mak dan ayah kita sgt sygkan kita tapi knp kita tak zahirkan juga rasa kasih dan sayang kita terhadap mereka..pernah ke kita cium pipi mak dan ayh kita sbg tanda kasih seorang anak?? jangan kita menjadi orang yg menyesal suatu hari nanti..kerana setelah ajal dtg menjemput mereka, baru saat itu kita ingin mengatakan sayang kita kpd mereka dan baru detik itu kita nak cium pipi mereka...alangkah ruginye kita..


dalam kesibukan kita belajar, berdakwah, dan sebagainya jgn lupa untuk kita contact mak ayh kita...jgn pernah kita buat mereka rasa xdihargai dan dipinggirkan..kalaupon kita malu untuk kita cakap "sayang mak!" dan "sayang ayah!" directly, face to face dgn diorg, at least 'sms' pon dah cukup untuk buat diorang rasa bahagia dan dihargai..mula2 mungkin sukar, tapi lama-lama akan jadi suatu kebiasaan..


Ayah mak, akulah anakmu,

Akulah permata hatimu,

Akulah yang akan menjadi penawar dan penyembuh

kepada segala duka dan keperitan hidupmu,


MAK...AYAH...

Telah banyak selama ini engkau berkorban

untuk aku anakmu,

Telah banyak jerit pedih engkau lalui,

Tidak terhitung lagi titisan peluh dan keringatmu

yang telah tumpah ke bumi ini,

Demi untuk melihatku bahagia..


Ayah..Mak..

Di hari ini, anakmu telah celik,

Telah tahu erti pengorbanan yang engkau berikan,

Kan kucuba untuk lakukan yang terbaik buatmu,

Kan kucari jalan kebahagiaan untuk dituju,

Kan kubina nanti untukmu mahligai damai yg abadi,

Sebagai anakmu yang solehah, PERMATA HAKIKI...

InsyaAllah!!!





Sunday, March 22, 2009

Di Mana Cantiknya Seorang Muslimah?...


Mungkin pada sepasang mata yang bening yang selalu menjeling tajam atau yang kadanga-kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan seorang perempuan.

Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk atas dasar iman dan Islam.

sAjak SyEikH AhmAD yaSiN


Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah.

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh baan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu, dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke hospital penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat Intifadah Aqsa,
Bangkitnya ummat, menentang,
Melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin, aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid di beri di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004-Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerna-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kita?
Apa sumbangan yang telah kita lakukan untuk agama ALLAH?!

Ya ALLAH!
Hebatnya mujahid agamaMu,
Walau di uji dengan pelbagai ujian yang getir,
Namun, tetap istiqamah dalam jalanMu,
Tetap thabat dalam perjuangan Islam,
Yang hanya mengharapkan redhaMu,
Yang mengimpikan mati syahid,
Apa saja dilakukan,
Demi meninggikan kalamMu di muka bumi ini,

Kupohon,
Aku ini hamba yang lemah,
Jadi kuatkanlahku,
Aku ini hamba yang hina,
Maka Engkau muliakanlah daku,
Semoga matlamat hidupku,
Hanya dikau Ya Allah,

Kutitipkan doa,
Buat adik-beradik seperjuangan,
Yang kusayangi fillah,
Semoga Allah terus pelihara hati kita,
Berikan kekuatan dan ketabahan,
Dalam menghadapi apa sahaja ujian dan dugaan,
Ya Allah,
Istiqamahkan kami dalam jalanMu,
Thabatkan kami dalam perjuangan Islam,
Semoga hidup mulia, mati syahid,
Milik kita, insyaAllah...

Friday, March 20, 2009

KRISIS HATI SEORANG PEMIMPIN


Hati kita boleh berkata-kata dan merasa. Bahasa hati hanya boleh difahami oleh pemiliknya dan Penciptanya. Pemimpin kesayangan Allah sudah pasti menjalankan urusan Allah kerana ingin mendapatkan nama di sisi Ilahi bukan di hati para insani. Iblis akan terus pastikan bahawa seorang pemimpin itu hanya akan hebat pada zahirnya, tetapi memiliki hati yang sentiasa berpenyakit. Antara penyakit hati seseorang pemimpin itu ialah:-

DIA suka diberi perhatian selalu, dilayan dan mecari-cari jalan supaya dia dipuji. Dia juga tidak suka pemimpin lain mendapat pujian yang lebih tinggi daripadanya.

DIA suka mempamerkan karismanya, kesibukan dan keberaniannya dalam melakukan sesuatu kerja sambil dipandang oleh pengikutnya. Sedang hakikatnya dia seorang pemalas dan penakut.

DIA mudah menghukum dan menuduh pengikutnya tanpa usul periksa. Ini didorang oleh rasa bimbang pengikutnya itu tidak menghormatinya.

DIA suka menegur dan memberi semangat kepada orang lain. Hakikatnya dia sukar untuk menerima nasihat dan suka memperlecehkan teguran orang di bawahnya.

DIA akan cuba membuat perubahan demi menaikkan namanya dan cuba memperkecilkan jasa dan perubahan yang telah dilakukan oleh pemimpin sebelumnya. Dia juga akan merendah-rendahkan kemampuan pelapis selepasnya.

DIA suka menyembunyikan kesalahannya dan sukar mengaku salah. Oleh sebab dia bijak berbicara, akhirnya kesalahan itu boleh menjadi kesalahan orang lain.

DIA mempamerkan sifat rendah diri di hadapan pengikutnya, supaya dia dikenali sebagai seorang pemimpin yang baik, sedangkan itu bukanlah sifatnya yang sebenar.

DIA suka berjalan dengan orang yang tidak setaraf dengannya dan tidak suka berjalan bersama orang yang lebih tinggi darjat daripadanya.

DIA suka mencari pengaruh dari kalangan pengikutnya kemudian menceritakan kepada pemimpin yang lain bahawa dia selalu menjadi tempat rujukan (mengadu) dan selalu diberi perhatian.

DIA suka membuat kenyataan yang berbeza daripada pemimpin yang lebih tinggi daripadanya. Jika dia yang tertinggi, dia akan meremehkan pendapat pemimpin lain.

DIA suka mengambil kesempatan di atas penghormatan dan kesetiaan orang lain terhadapnya

Moga Allah meluruskan hati kita sebagai pemimpin yang dipimpin untuk memimpin
.

pengalaman baru...pertembungan dua agama..



alhamdulillah, semuanya dah selesai...selamat pengantin baru buat abg n kak alis tersayang...selamat sudah akad nikah di sarawak walopon adiknye yg sorg ni terpaksa xenjoy mne sbb nk xm midsem...dhla paper fizik tp tetap nk fly..hihi..skrg, majlis smbut menantu pon dh settle, tapi kali ni memg memenatkan sbb byk nye keje kne buat...takpela ni time org,time kite nanti org plak tolong..anyway bukan ni sgt nak share..intro je bru..actually, femli kak alis kristian..alhamdulillah Allah bg hidayah kat kak alis untuk peluk islam tapi bkn sbb nk kawen dgn abg...niat tu dh lme dtg dr hati dia..ms mjlis akad nikah kat sarawak hari tu, memg tu la majlis yg amat syahdu pernah ku saksikan...dh dua org kakak kawen tapi xdela sesyahdu tu...pd awlnye, femli kak alis memg xsetuju, dhla terkejut dgn ank dia peluk islam..nk2 lg ble tau ank dia nk kwen dgn org t'ganu..katanye, org t'ganu ekstrim..tak tahula ekstrim yg mcm ne dimaksudkan..tapi, klu dh jodoh x kemana...akhirnya, selamat jugak disatukan setelah Allah buka jugak pintu hati parents kak alis..ms diorg dtg t'ganu hri tu, alhamdulillah kami sekeluarga sebolehnye bg layanan yg terbek sesuai dgn kehendak Islam..walopon agm lain2, tapi ni la masanya nak masuk ke dlm satu medan dakwah yg real...sambil cakap2 kami selitkan gk ape yg islam ajr..kalau sebelum ni ayh dia ckp org t'ganu ekstrim, tapi skang ayg kak alis ckp org t'ganu baik2...suka dtg tganu mknn pon sedap...nanti nak dtg lgi...bgus2, duduk cni trus pon takpe biar lme2 terdetik hati, smg Allah bg hidayah untuk dorg peluk islam..same2 kita doakan ye..
khair